BAB
19
Dua
hari berlalu, aku hanya duduk di rumah. Belajar apa-apa yang patut. Dan bila
bosan, marathon movie. Tapi bosan
juga bila asyik terperuk di dalam rumah. Dan bila Fahim ajak aku keluar, terus
aku setuju.
Aku
dan Fahim hanya keluar berdua. Fahim mengajakku untuk menonton wayang. Biasalah
mamat tu, pantang ada cerita aksi baru nak keluar, mesti dialah orang pertama
yang beratur. Dan selalunya akulah orang yang dia cari untuk dijadikan teman.
Kali ini, dia ajak aku untuk menonton cerita Maze Runner: The Death Cure. Siri terakhir untuk Maze Runner.
Aku
hanya memakai seluar jeans hitam dan blouse
ungu. Selendang ungu muda dililitkan ke kepala. Kalau janji Fahim bukan janji
Melayu, mungkin pukul sepuluh pagi dia dah siap menunggu di depan rumahku.
Betul-betul
pukul sepuluh pagi, Fahim WhatsApp aku. Menyatakan yang dia dah tiba. Nasib
baiklah aku dah siap. Fahim kalau dah berjanji memang tepat. Itu yang aku kagum
dengannya.
“Hai,
Bunga! Lama tak nampak kau. Rindu,” tegur Fahim sebaik sahaja aku masuk ke
dalam kereta.
Aku
sekadar membalas hai balik. Malas nak layan dia. Fahim segak dengan seluar
jeans dan baju t-shirt polo berwarna hitam. Dia ni, kalau diam mesti nampak macho. Apatah lagi dengan tubuhnya yang lean muscular. Tapi, sekali mulut dia
berbunyi, terus lari semua awek mengusyar. Belum lagi tengok tangan menyotong.
Tapi
aku tetap terima dia seadanya. Selesa dengannya. Kalau orang yang lari
daripadanya hanya kerana sifat dia yang macam tu, orang tu yang rugi. Sebab
Fahim seorang kawan yang sangat baik. Dari semester satu sampailah sekarang,
tak pernah dia tak tolong aku bila aku dalam kesusahan. Kebaikan dia
mengalahkan kawan-kawan perempuan lain. Sebab tu aku selesa dengannya.
“Kita
nak pergi mana?” soalku. Tali pinggang keledar dipakai.
“Mid
Valley.”
“Kau
ni.. pergilah tempat lain. Pergi kuliah lalu situ. Balik kuliah nampak itu.
Bertahun-tahun, situlah tempat permainan budak-budak UM. Pergilah tempat lain,”
bebelku tak puas hati.
Bosanlah
asyik pergi Mid Valley. Tiga tahun aku belajar, mahu beratus kali aku pergi
situ. Peta pun aku dah hafal dalam kepala. Entah-entah pak guard situ pun dah
kenal aku.
“Ya,
Tuan Puteri. Kalau macam tu Tuan Puteri nak pergi mana?” soal Fahim. Sempat
sindir aku sedas.
Aku
berfikir sejenak.
“Haa..
kita pergi OU nak? Lepas tu, boleh singgah IKEA. Dapat juga merasa makan meatball.” Aku memberi cadangan.
Bayangkan rupa meatball IKEA pun dah
kecur liur. Sedapnya!
“Sure ke tak alergik meatball? Aku tak nak kena sula dengan Dheo Han.” Sekali lagi Fahim
menyindir.
Aku
mencebik. Menyesal aku cerita kat dia dulu. Tak pasal-pasal dia marah aku sebab
cuai. Kesian aku kena marah dengan Fahim hari tu. Nasib baik dia minta maaf
balik. Sayang juga dia kat aku ya? Haha.
“Yalah..
aku alergi udang aje.” Juling mata ke atas. Aku dah tahu macam mana tindak
balas alergiku dengan udang. Takkanlah aku bodoh nak makan udang lagi?
“Okey..
apa-apa demimu, bos. Saya yang menurut perintah. Jom kita ke OU.” Dia tabik
hormat. Sindir aku lagi.
Kemudian
gear ditukar. Memulakan perjalanan.
---------
“Sedihlah..
kenapa Newt mati?” Dari dalam panggung sampailah dah jalan keluar, itulah yang
tak habis-habis Fahim bebelken.
Aku
geleng kepala. Ni yang aku malas keluar tengok wayang dengan mamat ni. Review
lepas tengok wayang dia tu, berjela-jela. Komen mengalahkan dia pengarah cerita
tu.
“Biasalah..
dalam hidup ni, tak semua akan ada happy
ending. Newt made a sacrifice. Kematian dia bukan yang sia-sia,” komenku.
Kalau
ikutkan hati, tersentuh juga hatiku dengan persahabatan Thomas dan Newt dalam
cerita itu. Dari mula mereka kenal sehinggalah ke hujung nyawanya, Newt selalu
percayakan Thomas. Aku dapat rasakan nilai persahabatan yang diterapkan. Kira
sampailah kepada penonton. Kalau tak, masakan aku dengar ada penonton
teresak-esak menangis.
“Tapi
aku kagum dengan persahabatan mereka.
Kira okeylah, hero tak mati.” Aku ketawa bila melihat jelingan tajam Fahim.
“Betul..
aku kagum dengan persahabatan mereka. Dan aku kagum dengan kesetiaan Newt ikut
Thomas sampai dia mati. Berkorban demi sahabat.” Fahim juga berfikir benda yang
sama.
“Kalau
kau kat tempat Newt, kau sanggup tak berkorban untuk aku?” soalku berbaur
gurauan.
“Mestilah
sanggup. Kaukan kawan kesayangan aku.”
“Eleh..
ya lah tu! Entah-entah lepas dah habis belajar ni, ingat aku pun tak.” Aku tak
percaya. Cebik bibir siap.
“Betullah..
tak percaya, tengok la nanti. Nanti kalau aku jadi macam Newt, kau jangan
menangis pulak.”
“Haish.. jangan cakap macam tu! Aku tak
suka la kau cakap macam tu.” Suaraku bertukar serius. Tak suka!
“Rileks
la, Bunga! Gurau aje la. Jangan risau. Apa yang nak jadi kat kita sampai kita
nak macam tu?” jawab Fahim.
Betul
jugak kata-kata dia.
“Pastu
aku pulak? Apa aje yang aku boleh buat?” Fahim mencebik pada diri sendiri.
“Eh,
kau banyak guna, Fahim! Kau boleh hiburkan aku. Besar peranan kau tu
buatkan aku gembira,” gurauku.
Fahim
cuma ketawa mendengarnya.
“Dahagalah..
jom beli air!” ajakku bila lalu satu kiosk minuman. Kering pulak rasa tekak.
Kami
berdua berjalan ke kiosk yang menjual beberapa jenis minuman itu. Mata melihat
menu. Nak tengok apa yang sedap untuk hilangkan dahaga tekak. Fahim pula berada
semeter di belakangku. Tengah tengok telefon dia. Katanya, dia tak nak.
Maklumlah.. dah kenyang makan popcorn,
minum pepsi masa wayang tadi.
“Hai,
selamat datang, cik adik manis! Nak order
apa?” soal pelayan lelaki itu kepadaku.
“Hmm.. bagi saya chocolate ice blended satu.”
Aku
buat bayaran sebelum menunggu minumanku disiapkan. Beberapa soalan ditanyakan
kepadaku sementara menunggu. Ada yang aku jawab sekadar berbahasa. Dan bila
rasa soalan yang agak peribadi, aku hanya senyum. Contohnya macam, “Awak dah
ada boyfriend?”
Beberapa
minit kemudian, satu cawan plastik sederhana besar dihulurkan kepadaku.
“Tahu
tak apa beza awak dengan chocolate ice
blended ni?”
Oh,
jangan cakap dia nak bagi pick-up
line kat aku pulak!
“Err.. tak tahu?” Aku masih menjawab.
“Bezanya…
manis-manis chocolate ice blended ni,
manis lagi senyuman awak.”
Krikk.. krikk.. krikk…
Okey..
dia memang bagi pick-up line. Dan
sekarang ni, apa aku nak jawab? Terima kasih? Senyum aje?
Pap!
Tak
sempat bibir nak senyum, ada tangan menghentak kuat di atas kaunter di
sebelahku. Terkejut sampai terangkat kedua-dua bahuku. Aku toleh sebelah. Fahim.
Sebelah tangan atas kaunter, sebelah lagi pegang cermin mata besarnya itu. Mata
mencerun ke arah lelaki itu. Garang.
“Kau
tahu apa beza kau dengan kipas?” soal Fahim. Gaya macam gangster.
“Tak..
tak tahu bang.” Kira menjadi la gayanya sebab budak lelaki tu tergagap.
“Bezanya..
laju-laju kipas berpusing, laju lagi kepala kau berpusing aku lempang. Nak
mengurat pun pandanglah kiri kanan.”
Muka
budak tu macam dah hilang darah. Silap-silap kalau toreh, mahu orang ingat
keturunan Mahsuri. Darah putih.
“Sor.. sorry.. bang. Tak tahu!” Lelaki itu aku nampak macam dah nak
terkencing dalam seluar aku tengok.
“Err..
sorry ya. Dia memang macam ni. Fahim,
dahlah. Jom!” Aku heret baju Fahim.
Aku
sempat dengar kawan-kawan lelaki itu gelak dan mengatakan itulah balasannya
kalau dah mengurat kekasih orang. Salah orang nak bagi pick-up line.
“Kau
ni kenapa? Nak terkencing budak tu aku tengok.” Aku marah Fahim bila kami dah
jauh.
Fahim
jongket sebelah bahu. Kembali kenakan cermin matanya. Fahim kalau dah buka
cermin mata dia tu, memang nampak matang.
“Saja
aje nak ajar budak tu. Dah tahu perempuan keluar dengan lelaki, janganlah
berani nak ayat. Ni kalau pakwe orang lain ni, mesti dah bagi sebiji. Kira
okeylah aku bagi pick-up line kat
dia.” Fahim berkata. Sempat senyum sinis di hujungnya.
“Tengok..
aku pun ada aura jantan sebenarnya.” Fahim ketawa. Angkat kening beberapa kali
ke arahku. Dah kembali ke Fahim yang aku kenal.
“Kau
tu memang dah jantan, Fahim.” Juling mata ke atas.
Aku
geleng kepala. Faham maksud Fahim sebenarnya.
“Lepas
ni nak pergi mana?” soal Fahim.
“Aku
nak pergi Popular. Nak cari buku la.”
“Jom..
aku pun nak cari komik! Tengah stres nak exam
ni, baik baca komik sekali sekala,” jawab Fahim dengan riangnya. Dah kembali ke
gaya asal.
--------
Masuk
aje kedai buku Popular, terus aku melangkah ke arah buku kategori English
Fiction A-Z. Nak cari buku untuk bahan bacaan terbaru. Dah lama aku tak beli
novel. Sekarang rasa macam nak membaca. Mungkin macam yang Fahim cakap, tengah
stres nak exam, baik membaca sesuatu
untuk hilangkan stres.
Cakap
pasal Fahim, dia pun turut menghilang ke bahagian komik. Aku dah tahu dah komik
apa yang bakal diambil Fahim nanti. Mesti Lawak Kampus. Fahim tu pengikut tetap
siri komik Lawak Kampus itu. Kalau bukan Lawak Kampus, mesti komik lawak yang
lain, yang boleh dibuat gelak bila baca. Kadang-kadang aku suka juga pinjam
daripada dia.
Aku
nak beli buku apa ya? Jodi Picoult ada keluarkan novel baru rasanya? Lantas aku
mencari novel keluaran penulis Jodi Picoult itu. Baca buku dia kadang-kadang
tangkap leleh. Dah lama aku tak baca buku yang sarat dengan emosi.
Mata
khusyuk dilarikan dari satu buku ke satu buku. Melihat tajuknya. Gara-gara
terlalu khusyuk, aku tak sedar yang bahuku terlanggar orang.
“Auchh.. Sorry!” kataku laju. Takut jugak kena maki sebab memang dah salah
aku.
Aku
angkat kepala. Tak hairanlah kalau aku yang langgar tapi aku yang nak terbalik.
Sebab yang aku langgar tu lelaki. Berkerut dahinya bila kena langgar.
Hanya
seketika. Sebelum matanya membulat gara-gara terkejut. Bukan sikit. Sampaikan
aku rasa macam dia kena sumpah. Wajahnya sarat dengan emosi.
“Nurissa?”
Aku
terkaku. Dia sebut nama aku!
Lama
aku pandang wajahnya. Cuba mengecam siapa. Tapi, tiada nama yang terlintas.
Tapi.. wajahnya.. susuknya.. bagaikan pernah dilihat.
“Oh my God! It’s really you!” Dia masih
tak percaya. Aku ditenung dari atas sampai bawah.
“Kita..
kenal ke?” Aku ragu-ragu bertanya.
“Of course. I’m Shahril. Kita sama-sama
belajar di London dulu. Awak dah lupakan saya?” Dia tetap menjawabnya walaupun
dengan dahi yang berkerut. Pasti pelik.
Nafas
rasa tersekat tiba-tiba. Selama tiga tahun selepas aku sedar dari koma,
hubunganku dengan London terputus terus. Aku tak pernah jumpa sesiapa yang
kenal aku di London dulu. Seolah-olah kehidupan di London dulu bukan sebahagian
daripada sejarah hidupku.
“Sorry.. saya tak ingat apa-apa. Saya
hilang ingatan lepas kemalangan.”
Wajahnya
nampak terkejut.
“Awak
tak ingat apa-apa yang jadi di London? Apa yang awak tahu ketika awak di
London?
Aku
geleng. Kosong.
“Nothing at all?” Dia meminta kepastian.
Aku
angguk. Dia terdiam. Cuba menghadam maklumat itu agaknya.
“I see. Patutlah awak menghilang. Rupanya
awak kemalangan. Glad you are okay now.”
“Apa
hubungan kita dulu?” Aku ingin tahu.
“We used to be lovers.”
Meluas
mataku mendengarnya. Terkejut.
“Macam
mana saya tahu awak tak menipu?” Tiba-tiba aku jadi ragu dengannya.
Aku
nampak dia capai dompetnya lalu dibukanya. Kemudian dia menyerahkan satu kad
namanya kepadaku.
“Take it. Di situ ada nombor telefon
saya. I have to go now. But I’m really
glad to see you, Nurissa. Bila awak rasa awak yakin, awak boleh contact saya melalui nombor itu. We can see each other again. For old time’s
sake.”
Teragak-agak
aku mengambilnya. Gayanya macam betul-betul tergesa. Sebaik sahaja tangan
menyambut kad namanya itu, dia senyum segaris.
“I really hope you will contact me in future,
Nurissa. And for you to know, I miss you. And I still love you,” katanya sebelum dia berlalu.
Aku
terkedu bila dia cakap macam tu. Terutama sekali bila bahagian ‘I stil love you’ itu. Melihat dia dengan
selamba berkata sebegitu, dia mungkin seseorang yang penting dalam hidupku
dulu. Adakah dia Encik Duri?
Kad
nama di tangan ditenung. Shahril Azmir. Salah seorang staf di Kenyalang
Enterprise. Ada nombor telefon disertakan. Seseorang dari masa silamku telah
muncul. Semua ni pasti dah tersurat. Pasti ada hikmahnya.
“Siapa
dia tu?” Suara Fahim buatkan aku tersedar ke alam nyata.
Fahim
dah muncul di sebelahku. Langsung aku tak perasan. Di tangannya ada tiga buah
komik yang dah dipilih. Wajahnya serius. Pasti dia nampak pertemuan aku dan
Shahril itu.
“Aku
tak kenal dia.”
“Habis
tu kenapa dia datang dekat kau? Aku patut cepat tadi. Mamat tu pun patut merasa
pick-up line aku!”
“Dia
kata dia kenal aku. Kami kenal masa di London,” ceritaku. Tolak bahagian yang
kami pernah bercinta.
“Kau
percaya?”
Aku
diam. Aku pun tak tahu. Hati antara dua.
“I don’t trust him, Nurissa. He’s a bad news,”
kata Fahim. Serius! Jarang dia panggil aku Nurissa.
“Macam
mana kalau dia betul? Kalau dia kenal aku dulu? Inilah peluang kau untuk korek
macam mana kehidupan aku dulu. Mana tahu aku dapat ingat?”
“No, Nurissa! Aku tak rasa kau patut
percayakan dia. You’re naïve and innocent.
Kita tak tahu kalau dia sebenarnya menipu kau.” Bersungguh-sungguh Fahim
membangkang.
Aku
terdiam. Ragu-ragu aku itu memang dah lama wujud.
“Aku
tahu. Aku pun tak adalah percayakan dia seratus peratus,” jawabku.
Sebab
aku juga masih ingat kata-kata Dheo dulu.
“Suatu
hari nanti, tak mustahil ada orang muncul dalam hidup awak, berkata dia adalah
kawan awak. Padahal sebenarnya dia adalah musuh awak.”
Adakah
masanya dah tiba? Adakah aku sedang melalui fasa itu? Kalau betul, aku harus
ingat pesanan Dheo yang seterusnya.
“Selagi
awak tak ingat, selagi itulah awak kena ragu dengan setiap status yang keluar
dari mulut orang yang nyatakan dia kenal awak sebelum ni.”
Dan
sebab itulah aku memilih untuk meraguinya sampailah aku betul-betul yakin.
I might be looking innocent but I’m not stupid.
Alaaaaaa....dheo x de....😥😥😥😥
ReplyDeleteJgn laaa fahim mati...siann die...
haah la kan.. Dheo xde, ada rasa2 macam mati kan... :(
DeleteDheo x balik lg ke...
ReplyDeleteFuhh...suspen..siapa tu..? Kawan atau musuh?
ReplyDeleteI think musuhhh...
DeleteI hope fahim tak mati . Sbb mesti akan sedih ceritanya nnti .
ReplyDeleteNampak gayanya Fahim akan mati..
ReplyDeleteI'm waiting for them to meet Hazel and Hilman., can u upload it for the teaser?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteFahmi ni mcm bodygrd nurissa je. Rasa dia mcm lucca. Sebab kenapa Shahril tu tergesa2 kan. Mesti Shahril tu kenal Fahmi betul x?? Alamak penuh ngn persoalan ni..
ReplyDeleteDok nampak gaya Fahim ni mcm org Dheo jugak jer. Tak sabar nk tahu apa jadi !!
ReplyDeletebetul2. Nampak gaya la. Tp x sure la.. 🤣
DeleteKalau ade baca alpha male tau laa cikit bole agk cikit laa sape Fahim ni..
ReplyDeleteEhh...fahim ada ke dlm alpha male...x perasan laaa
Deletebetol la fahim org dheo jugak.. Dlm DAM fahim ada..mesti dheo suruh fahim jaga nurissa dlm kwsn u..
DeleteFarhani Nabiha dlm alpha male yg part hazel kunun ny nk survey laptop kne kacau dgn 2 llki. pas2 dheo han tolong, lucca n fahim pun ad skli. Part tu fahim mcm dh jdi org dheo.
DeleteMy belove Anjell harap2 fahim pnye watak x mati... ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
yes fahim ada juga part hazel kena kacau dengan 2 org lelaki malam 2 tu
DeleteJgn la fahim mati.. boleh banjir nant..huhu
ReplyDeleteX sabar la baca novel Dheo
ReplyDeletekalau dlm nov DAM... fahim ni nnt kerja dngn dheo... hermmm.... ada ura-ura tu...
ReplyDeletenurissa kne jaga diri ye. . sementara dheo xde ni. . takut plak dgr tetibe shahril muncul..
ReplyDeletehaha..cute pick up line fahim...
ReplyDeleteTiba-tiba rasa Fahim ni pun sebenarnya org Dheo jugak. And dia tak sesotong yg disangka ��
ReplyDeleteSaya nk tanya...akak ada ke dekat pbakl nnt?
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteAssalammualaikum,
ReplyDeletedear penulis yang disayangi...saya menanti novel yang seterusnya...
i baru habis baca dHeo’s i realised ada nama HAZEL! HAHAHAHAHA lepas siap baca this book i terus khatam baca Dr Alpha Male lagi sekali! that is how much i miss Hazel really! huhu
ReplyDeleteassalamualaikum, sis bila nak ada novel baru. lama dah sis tak update fb atau blog ni :(
ReplyDeleteAssalamualaikum ! Hai Kak Anjell , saya sebenarnya nak cakap, saya baru je baca Dr.Alpha Male.. mmg fall in love gila la dgn Hilman ehehe.. Lepastu, saya jalan ii kt Popular , terjumpa buku Dheo's ! That time i was very excited sbb ada buku psl Dheo dgn Nurissa , but i'm still study so duit takde, and then , saya minta aunty saya bwa novel ii dia untuk sy baca , bcs i love to read novel ehehe.. bila dh dpt buku ii , saya selongkarlah buku ii yg sy pinjam, TERJUMPA BUKU DHEO'S KAAAAKKK ! TIME TU RASA NAK MENANGIS ADA, NAK MENJERIT HAPPY PUN ADA ! sbb mmg sy nk buku tu tp xkesampaian nak beli.. Ya Allah excited gilaaa ! Skrg dh habis baca dh kak , Ya Allah, akak mmg talented dlm mengarang.. Srs best gila sampai nangis ii saya baca, skrg ni plk sy tgh baca Suamiku Paling Sweet.. BEST SANGAATT KAAAKKK ! i really love your books.. Sumpah besttt. saya pula mmg suka menulis jd sy slalu baca novel, And akak adalah inspirasi saya kak :) , saya mmg niat nak hasilkan satu novel.. walaupun sy msih secondary school.. ihihihi, i hope saya dpt jmpa akak f2f, bestnyaaaa ! Byee kak ! <3
ReplyDeleteselalu buka blog akk..plez update novel baru....
ReplyDeleteakk bila nak kluarkan novel plus crita bru lagi???? dah rnduu lah nak bca novel akk... smua novel dan beli and dah asyik ulang2 bca sbb you are the best author for me
ReplyDeleteSapa plak shahril niii
ReplyDelete