Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Friday, 6 April 2018

Dheo's (BAB 16)


BAB 16

“Hai, Rissa!” Arin menegurku. Arin dah siap beruniform.

Aku senyum dulu.

“Hai, Arin!” tegurku balik.

“Rissa nanti jangan lupa ya?” katanya tiba-tiba.

“Lupa? Lupa apa? Ada apa-apa yang jadi ke hari ni?” soalku blur.

“Eh, Rissa tak tahu ke?” Arin sedikit terkejut.

Tak suka betul aku kalau dia tanya macam tu. Sebab nampak sangatlah aku ni tak tahu apa-apa.

Arin tepuk dahi.

“Allah.. lupa! Rissa tak datang semalam. Patutlah tak tahu. Nasib baik Arin cakap.”

“Ada apa? Ada event penting lagi ke?” tanyaku lagi.

“Eh, tak adalah! Hari ni ada makan-makan sikit. Hari jadi Ahmad. Kak Fizah masak. Kita kat sini memang selalu macam ni. Kalau ada hari jadi staf, biasanya kita buat makan-makan. Tapi biasanya antara kita-kita aje.”

“Hari ni hari jadi Ahmad?” Aku sedikit terkejut. Kalau aku tahu, pasti aku belikan sesuatu untuk dia. Paling tak pun turut menyumbang dalam siapkan makanan.

“Haah.. hari jadi dia. Kita kat sini dah biasa dah dengan tradisi macam ni. Buat makan-makan pun dah dikira sedekah. Lepas tu dapat eratkan silaturrahim.”

Aku jadi kagum. Bagus betul. Tak kedekut untuk gembirakan hati staf lain. Patutlah semua staf di sini punya hubungan baik. Suasana sihat untuk elakkan stres di tempat kerja. Bagus.

“Hari jadi Rissa pula bila? Nanti bolehlah kita sambut Rissa punya pula.”

“11 Mei,” jawabku.

“Mei? Ada beberapa bulan lagi.”

Kemudian matanya meluas. Terkejut.

“Hari jadi Rissa sama dengan Encik Han.”

Kali ini aku pulak yang kaget. Susah nak percaya. Serius aku tak pernah tahu. Kami kongsi tarikh lahir yang sama? Tak tahu aku nak rasa apa.

“Wah.. kebetulan sungguh! Nanti boleh sambut sama-sama,” kata Arin dengan penuh rasa teruja.

Aku dan Dheo nak sambut sama-sama? Haha. Lawak kurun ke berapa ni? Dalam mimpi, boleh la. Aku dan dia sekarang ni dari dua dunia yang berbeza. Kalau pun dia sambut, mesti dalam kalangan elit. Majlis besar. Kek setinggi KLCC agaknya. Mungkin juga beberapa orang wartawan dijemput.

Aku? Aku tak tahu la kalau sebelum aku hilang ingatan tu macam mana, tapi seingat aku, sambutan hari jadiku cuma biasa-biasa. Hanya di kalangan kawan-kawan atau warga I’s Café. Itu pun kalau ada yang ingat hari jadi aku.

Arin petik jari. Seolah-olah ada idea bernas yang baru muncul. Senyum lebar dia pandang aku.

“Oh, ya! Bila Rissa pergi kemas rumah Encik Han, kalau terserempak dengan dia nanti ajaklah dia sekali. Manalah tahu Encik Han boleh datang.”

Dengar aje nama Dheo, terus tajam pandanganku.

“Encik Han datang kerja ke?” soalku.

Semalam, aku tak tahu bila semua menyelinap keluar dari rumahku. Tiba-tiba rumah dah kosong. Masa tu, hanya nota kecil ditinggalkan, menyatakan mereka berterima kasih atas hospitaliti yang aku berikan.

Dan yang anehnya, aku  tak rasa pelik pun bila semua ni jadi. Tak rasa kecil hati. Tak rasa marah juga. Tapi seakan-akan faham dengan mereka. Yang aku terkilan, tak sempat aku bertukar nombor telefon dengan Nafisha. Nasib baiklah ada Nafisha. Kalau tak, tak boleh bayangkan aku duduk serumah dengan ramai lelaki. Tak manis.

Walaupun cuma sehari mengenali Nafisha semalam, aku rasa gadis itu seorang yang kelakar. Nampak pendiam pada mulanya. Tapi kalau dah berbunyi, mak ai.. murai pun boleh tabik spring. Apatah lagi kalau dia dah mula bertekak dengan Arrayan. Aku rasa macam hidup dengan pasangan yang dah kahwin sepuluh tahun. Aku harap aku dapat jumpa Nafisha lagi.

“Datang. Tadi Arin terserempak dengan dia sebelum dia naik lif.”

“Dia pakai baju kerja?” Aku meminta kepastian. Manalah tahu dia datang sini untuk berehat di penthousenya.

“Yalah.. dah nak pergi kerja, mestilah pakai baju kerja. Apalah Rissa ni.” Arin ketawa.

Tapi aku ketap gigi. Tahan rasa. Nak marah sebab Dheo dah datang kerja. Tak sampai dua hari kut dia kena tembak. Kena tembak! Dengan pistol betul bukannya pistol air. Tapi dia dah datang kerja?

Aku risau. Marah dan risau.

“Nanti ajak Encik Han tau Rissa. Kalau sempat jumpa dia.” Arin mengingatkan lagi.

“Eh, mesti sempat jumpa dia! Grenti punya,” jawabku sambil ketap gigi. Mulut cuba senyum.

Kalau tak sempat jumpa dia, jangan risau memang aku yang pergi cari dia. Nak marah dia!

“Wah.. baguslah! Manalah tahu Encik Han nak join.” Suara Arin teruja. Langsung tak perasan dengan lava gunung berapi dalam jiwa aku ni. Pencetus gunung berapinya cuma satu. Dheo Han. Tunggu jumpa dia, grenti meledak.

“Dia selalu join ke?” Aku nak tahu.

“Tak selalu. Kalau dia ada masa, dia join la. Tapi.. dah lama dah dia tak join. Sebab maklumlah.. sebelum ni dia tinggal di Itali. Setahun sekali dia akan balik Malaysia. Biasanya dia hantarkan Cik Nancy. Tapi kalau Cik Nancy datang, lecehlah sikit. Tu tak makan, ini tak makan. Jadi, pesan kat Encik Han nanti, kalau dia tak boleh datang, tak payahlah suruh PA dia tu datang ya?”

Kata-kata Arin itu buatkan aku tergelak.

    -------

Sampai di depan penthouse milik Dheo, aku terus memasukkan passwords dan kunci eletronik rumah Dheo. Walaupun firasat aku kuat mengatakan yang Dheo ada di dalam, tapi aku tak ketuk pintu dulu. Bila kunci dah terbuka, terus aku melolos masuk.

Betul sangkaanku. Masuk aje rumah Dheo, susuk tubuh dia la yang pertama aku nampak. Sedang duduk di sofa ruang tamu sambil tangan pegang satu tablet. Gaya duduk macam bos. Oh, lupa! Dia memang bos.

Lantas kaki merapatinya. Aku tahu dia sedar dengan kedatanganku, tapi langsung perhatiannya tak beralih dari tablet di tangannya itu. Tengok apalah sampai khusyuk macam tu? Aku haraplah bukan mengusyar model-model cantik berkaki panjang!

“Encik buat apa kat sini?” soalku.

Dia angkat muka sekali. Kemudian kembali pandang tabletnya.

My home. Pelik ke?” Mudah jawapannya.

“Maksud saya, apa yang encik lakukan sekarang ni? Kenapa Encik duduk di sini? Sepatutnya sekarang ni encik kena duduk sana,” kataku sambil menunjukkan ke arah bilik tidurnya.

“Berehat,” sambungku.

I’m not crippled, Tesoro.”

“Memanglah tak crippled. Tapi awak baru kena tembak. Kena rehat dulu beberapa hari. Bed rest.” Aku marah dia.

Dia diam dulu. Kemudian tablet di tangan diletakkan di atas meja di depannya. Duduknya dibetulkan sedikit sebelum dia bangun.

Bila tengok dia bergerak, kening aku pula yang berkerut. Risau. Sebab aku bayangkan macam mana rasanya luka di tepi perutnya kalau dia bergerak. Dia tak sakit ke? Macam mana kalau luka kembali terbuka?

I’m fine, Rose. This is nothing new to me.” Dia berkata selamba.

Wajahnya dipandang. Sama macam sebelum ni. Sedingin ais. Kalau aku tak tahu apa yang dah jadi, memang aku takkan syak dia kena tembak. Aku takkan tahu di sebalik baju kemeja biru cair dan kot hitamnya itu, ada satu balutan besar di bahagian perutnya.

Tapi aku tahu! Aku tahu dan aku risau. Apatah lagi kalau aku sendiri yang jadi saksi nyawa Dheo diselamatkan. Tak sampai dua hari kut. Memang masih segarlah dalam kepala aku.

“Bagitahu saya. Awak risaukan saya?” Dheo seakan-akan mencabar.

Aku telan liur. Lidah rasa lumpuh seketika.

Tell me!”

Aku angguk. Jujur.

“Kenapa?”

Telan liur lagi. Kepala cari alasan.

Why? Have you developed feelings for me?”

Nak tercekik. Amboi soalan dia! Tak ada tol, tak ada roadblock, terus straight to the point.

You can’t have things for me. I’m out of your league.” Suaranya berbaur amaran. Menggigil tubuhku mendengarnya.

Tapi aku tayang muka berani. Mungkin dah banyak kali menghadap Dheo versi ni, aku tak rasa takut. Auranya mampu membuatkan orang sekelilingnya tegang bulu roma, tapi anehnya aku tak rasa gerun. Sebab aku tahu, seganas-ganas Dheo, dia tak pernah cederakan aku.

Secebis hatiku, aku rasa sedikit terluka dengan kata-katanya. Dia tegaskan yang kami berdua dari dua dunia yang berbeza. Aku dah tahu kenyataan tu, tapi tetap auchh jugak rasanya bila dia cakap macam tu.

Tolak ke tepi semua perasaan itu.

“Siapa cakap saya ada feelings pada encik? Jangan nak perasan sangat ya!” bidasku berani.

Calm Nurissa got fangs!

Wajah Dheo nampak terkejut. Bukan terkejut sebab aku cakap aku tak ada perasaan dengannya. Tapi dia bagaikan tersedar sesuatu. Kalau tak, masakan senyuman yakin terukir di bibirnya.

“Saya cuma risau sebab encik tu bos saya. Kalau jadi apa-apa kat encik, siapa nak bayar gaji saya? Saya tak kerja percuma. Zaman millennium ni, harga nak masuk tandas pun dah naik so tiada kerja yang free melainkan amal kebajikan. Itupun hati kena ikhlas,” sambungku lagi.

Good to know. Don’t fell for my charms. Once you fell..”

What? Once I fell, only you can pull me up? As if,” potongku sebelum mencebik.

Tak sedar manusia di depanku itu dah terkaku.

“Macam mana awak tahu apa yang saya nak cakap?”

Kelip-kelip mata pandang dia. Tak tahu nak jawab apa. Ayat keluar spontan. Macam pernah dengar. Malah, hati terasa bagaikan pernah melalui situasi seakan-akan seperti ini.

Bayangan masa silam?

“Rasa macam pernah dengar. Maksudnya, ayat awak tu, lame.” Aku menjawab. Sempat sindir sedas.

Macam tak percaya, hampir sebulan yang lepas, lutut macam hidup segan mati lebih baik bila berdiri depan dia, dan sekarang aku berani bertikam lidah dengannya. Pertikaikan setiap bait katanya.

Whatever floats your boat, Rose.”

Sekali lagi aku senyum sinis.

“Tu pun lame. Selalu dengar.”

Dia jeling tajam ke arahku. Cuma sekejap sebelum pandangannya berubah lebih lembut. Bukan romantik, tapi hanya sekadar perasaan senang.

Dheo senyum manis. Terpana aku melihatnya.

Wow.. wow.. wow.. Dheo senyum weh! Manaih leting! Cair patella!

“Okey.”

Okey? Hanya okey?

Dheo pandang jam di pergelangan kirinya.

“Saya ada meeting. Don’t worry about me, Tesoro. A bullet cannot do harm to me. I had worse.” Dheo berkata. Sekelip mata, matanya berubah dingin.

Kata-katanya cuma selamba tapi aku rasa sakit. Sakit sebab dia dah alami sesuatu yang lebih teruk. Nak aje aku tanya dia, encik tak sayang nyawa encik ke? Tapi.. aku tahan.

Dia mula melangkah. Tiba-tiba teringat pesanan Arin.

Err.. encik.” Terus aku panggil dia.

Dia berhenti sebelum berpaling.

“Pukul 12 nanti ada buat makan-makan sikit untuk birthday Ahmad. Kalau encik ada masa, encik datanglah ya?”

“Awak nak saya datang ke?”

Itu soalan atau jerat?

Tapi aku tetap angguk. Jujur. Kalau dia datang, pasti rasa istimewa sikit. Maklumlah.. dia bos paling besar di sini. Staf-staf pasti gembira kalau dia sudi datang.

“Tengoklah.”

Hmm.. lepas tu, kalau encik tak dapat datang, ada orang suruh pesan supaya jangan hantar Cik Nancy pulak.”

“Kenapa?” Keningnya berkerut sedikit. Ingin tahu.

Sebab si Nancy tu spesis chopstick bergerak. Diet habis sebab nak jaga makan. Semua benda tak makan melainkan salad. Maklumlah, kembar lembu. Herbivor.

“Nanti susahkan Cik Nancy aje. Kalau dia turun pun, selalunya dia tak makan. Kesian dia nanti. Buat penat turun aje. Insya-Allah semua takkan terasa hati kalau encik tak datang,” jawabku. Versi sopan sikit.

Bibir Dheo naik sikit. Tahan lucu.

“Okey.. tengok la macam mana.”

27 comments:

  1. Ishhh, buat saya rasa ingin tahu lagiiiii

    ReplyDelete
  2. Maa baby boo....muah ciked special untuk kak anjel kita ^°^

    ReplyDelete
  3. Ada ura2 akan keluar pbakl ke? Heeee

    ReplyDelete
  4. Oooo
    My love 😍
    Can't wait to have this Novel 😘😘😘😘😘

    ReplyDelete
  5. bila boleh peluk novel ni ek ?
    x sabar nye 😍😍😍

    ReplyDelete
  6. makin curious nak tahu apa hubungan rose ngn dheo sebelum dia lupa ingatan😅😯

    ReplyDelete
  7. Baby alpha male mnggu lepas smpai, dheo's pulak lpasnii! Kak anjell I love u! 😍. I fell inlove with dheo han too right now! 😍

    ReplyDelete
  8. X sabar menunggu next dheo n rose... 😘

    ReplyDelete
  9. nk lg.. x sbar tunggu n0vel yg spenuhnya

    ReplyDelete
  10. Suwitt..
    Baca sambil tersenyum. X puas laaa..anjell.😄😍

    ReplyDelete
  11. Peritnya everytime nak tunggu next bab keluar😭 Srs I cant wait for the novel😭

    ReplyDelete
  12. baca sambil malu-malu...😆😆😆

    ReplyDelete
  13. Someone’s cold heart is thawing gradually and
    Someone’s guts is getting strong progressively.
    Hahahhaha....

    ReplyDelete
  14. Nak lagi n nak lagi terus nak lagi... macam tu la rasa.. baik kluar novel.. huhu 😋😉🤣

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Please next bab . Very interesting

    ReplyDelete
  17. X bole move on laaa...😍😍😍😍

    ReplyDelete
  18. I rasa Dheo ada hati dgn Rose tp x nk admit

    ReplyDelete
  19. Hahaha..tergelak baca disamakan nancy ngan lembu 😂😂😂

    ReplyDelete
  20. Nak novel baru...semua novel akk saya dh beli and baca dheo's pon dah interesting gila bila baca beli kat pesta buku PWTC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bleh x saya nk beli novel dheo Dr Awak?? 0132414185

      Delete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )