BAB
20
Dan
setelah itu, tiada lagi Shahril. Bagaikan lelaki bernama Shahril itu tak pernah
wujud. Dan lagi tragis, kad nama lelaki itu hilang entah ke mana. Tercicir
entah bila. Tak perasan. Aku rasa aku dah simpan dalam dompetku. Entahlah..
ilusi aku kut! Tak pun tercicir ketika aku buka tutup dompetku.
Tiada
rezeki. Terkilan juga kad nama itu hilang. Walaupun aku tahu belum tentu aku
hubungi dia sekalipun aku ada kad itu. Tapi, manalah tahu kalau-kalau aku
berubah fikiran? Teringin juga aku nak tahu kehidupanku ketika di London dulu.
Kalau dia tak reka cerita la.
Hari-hari
berlalu seperti biasa. Fokus untuk peperiksaan. Kadang-kadang belajar di rumah.
Kadang-kadang Fahim ajak aku belajar bersama kawan-kawan lain di perpustakaan
universiti.
Hari
berganti hari, sedar tak sedar berlalu juga peperiksaanku. Dengan itu, secara
rasminya lunturlah gelaran pelajarku. Macam tak percaya aku dah habis belajar.
Rasa macam kejap aje tiga tahun aku belajar.
Gara-gara
kemalanganku, aku terpaksa mula dari bawah. Bermula dari semester satu balik.
Sebab itulah aku habis belajar lambat sikit. Ketika usiaku dua puluh empat
tahun. Orang lain yang sebaya aku mungkin dah lama kerja.
Dan
bila dah habis urusan peperiksaanku, tibalah masanya untuk aku kembali
berkhidmat di Hotel La Prince. Hampir tiga minggu aku tak bertemu dengan semua
staf, serius aku rindu.
Rindu
dengan staf ke, rindu dengan bos? Suara hati berbisik.
Okey..
jujurlah! Bos dia pun aku rindu jugak. Malah boleh dikatakan tiap-tiap hari aku
asyik teringat. Nasib baik tak masuk mimpi. Bila cakap pasal Dheo, bibir
tiba-tiba menguntum senyuman.
Aku
masih ingat lagi hari pertama kertas peperiksaanku. Hati rasa macam nak
meletup. Gundah aku nak jawab kertas peperiksaan. Maklumlah.. nak duduk
peperiksaan, manusia normal mesti rasa gugup, kan?
Lima
belas minit sebelum dipanggil masuk ke dalam dewan peperiksaan, hanya doa yang
mampu dibaca. Nota dah tolak ke tepi. Hanya kepala cuba mengingat apa-apa yang
perlu. Sekarang ni memang kena banyak berdoa. Kalau ada orang bagi kata-kata
semangat lagi bagus.
Dan
tiba-tiba telefonku bergetar. Biasalah, nak masuk dewan peperiksaan, telefon
kena tutup atau senyap. Ada notifikasi baru masuk. Memandangkan masih sempat, hati
terlintas untuk membukanya. Notifikasi untuk WhatsApps.
Dheo
Han. Lagi berdebar jantung nak buka. Macam
tak percaya, dia boleh muncul. Dia nak apa? Bukan dia masih berada di Sicily
ke? Laju tangan tekan ‘Open’.
Best
of luck for today. Be calm n don’t be nervous
Dia
bagi kata-kata semangat. Dheo bagi kata-kata semangat untuk aku! Rasa nak
berjoget aje kat situ. Dia macam tahu-tahu aje aku dah rasa nak terkucil dah
sekarang ni. Padahal sebelah kaki pun belum jejak dewan peperiksaan.
Anehnya..
kurang sikit rasa gundahku setelah membaca kata-kata semangatnya itu. Hati
sedikit tenang. Aura Dheo Han ke? Dia tak ada depan mata pun, tapi aku tetap
rasa macam kata-kata itu diungkapkan sendiri olehnya. Dah boleh bayang wajah
dia, mata dinginnya bila sedang bercakap.
Kena
betul masanya. Tak awal sangat, tak lambat sangat. Macam tahu-tahu aku akan memeriksa
telefonku. Macam mana dia boleh tahu peperiksaan aku hari tu? Dan lebih
spesifik lagi, macam mana dia tahu pukul berapa?
Aku
dah berhenti bertanya soalan itu pada diri sendiri. Sebab aku dah tak pelik
bila dia tahu.
Well.. let’s just say.. He’s Dheo
Han!
------------
Pagi-pagi
lagi aku keluar rumah. Bersemangat untuk masuk kerja. Maklumlah.. dah rehat
panjang. Jadi rasa teruja nak bekerja tu lain macam sikitlah. Apatah lagi boleh
tatap muka Encik Bos hari ni. Haha.
Baru
aje nak kunci pagar, aku dah nampak dah Audi putih Arrayan. Dia siap berdiri
dan bersandar pada depan keretanya itu. Siap senyum segaris kepadaku. Nak seram
ke nak apa ni kalau Arrayan senyum?
“Hai, Nurissa! Long time no see.”
Agak
lama jugalah tak jumpa dia. Sebab kebiasaannya masaku dihabiskan dengan Fahim.
Aku
senyum kepadanya. Berjalan merapatinya.
“Driver saya?” soalku.
Dia
angguk dua kali.
“Mana
Lucca?” soalku. Berkerut sedikit keningku. Pelik. Bukankah dia dah balik dari
Sicily ke?
“Auch.. I’m hurt, Nurissa. Rasa macam
kehadiranku tak diperlukan di sini.” Dia pegang kawasan jantungnya.
Aku
ketawa mendengarnya. Sejak bila jadi dramatis ni?
“Saya
tanya aje. Biasanya dia yang selalu ambil saya.”
“Dia
jadi driver Dheo hari ni. Dheo kena
pergi tempat lain dulu. Sebab tu saya ambil awak hari ni,” jelas Arrayan.
“Sepatutnya
tak payah pun tak apa. Saya boleh pergi sendiri,” kataku balik. Aku tak suka
betul susahkan orang.
“It’s okay. Dheo’s command.”
Bercakap
tentang kesetian! Huh! Setia betul dia dengan Dheo.
“Let’s go. Nanti jem,” ajak Arrayan.
Aku
angguk. Nak cakap apa lagi kalau dah si driver terpacak di depan rumah dari
awal lagi?
---------
“Rissa..
lamanya tak jumpa. Rindu!” Arin memelukku kuat-kuat bila kami berjumpa. Sekali
tengok macam aku baru balik dari planet Marikh. Macam berkurun lamanya tak jumpa.
“Bagilah
budak tu bernafas. Nak putus nyawa dah budak tu aku tengok.” Kak Fizah yang
turut berada di situ menegur.
Terbantut
seketika sesi jejak kasih kami. Aku dan Arin renggangkan pelukan. Baru perasan
bilik itu ada orang lain juga.
“Rissa
pun rindukan semua,” akuiku jujur.
“Rindu
semua ke rindu Encik Han?” Arin mengusik. Siap cucuk-cucuk pinggangku.
Berbahang
wajahku tiba-tiba.
“Eh,
mestilah semua! Apa kaitannya dengan Encik Han?” Kalau pun aku rindu Dheo, gila
aku nak mengaku?
“Eleh..
ya la tu! Mengaku aje la. Kita orang okey aje,” kata Arin lagi.
Aku
pandang muka-muka yang ada di situ. Semua senyum-simpul. Kenapa semua macam tak
kesah? Semua ingat aku dan Dheo ada apa-apa ke?
“Eh,
memang betullah! Rissa rindu semua orang.” Bersungguh-sungguh aku yakinkan
mereka. Memang betul pun. Aku rindukan semua orang. Dan semua orang tu termasuk
Dheo.
Semua
orang gelak lepas tu.
“Rissa
ni comellah.” Kak Fizah geleng kepala.
“Dah..
jangan kacau dia. Kesian dia. Bagilah dia tukar uniform dulu,” sambung Kak Fizah
lagi.
Lega
bila lepas tu semua orang dah diam. Walaupun masih ada yang senyum simpul. Aku
juga turut berlalu ke lokerku. Pintu loker dibuka lalu kuambil uniform coklat
keperangan itu. Dah lama tak pakai.
Lepas
tukar uniform, aku kembali keluar. Arin tengah bersembang dengan Ainul. Kak
Fizah tengah tengok telefon dia. Entah apa yang dia tengok. Mesej dari suami
agaknya. Itu yang senyum simpul.
Aku
berjalan ke arah Arin dan Ainul yang sedang duduk di atas kerusi panjang itu.
Mati sekejap perbualan mereka bila nampak aku. Aku melabuhkan punggungku di
atas kerusi berdekatan. Masih ada beberapa minit lagi sebelum shif bermula.
“Seronok
cuti lama, Rissa?” Ainul bertanya kepadaku.
“Biasa-biasa
aje. Bukannya cuti pun. Otak penat berfikir. So tak rasa cuti.” Aku mengeluh. Ni kesan terlebih kafien masih
terasa. Bahananya kalau dah tiap hari teguk nescafe.
“Tak
apalah.. semua dah lepas. Boleh jawab exam
tak?” tanya Arin pula.
Aku
sengih.
“Jawabnya
boleh. Betul ke tak tu, tak tahu la.”
“Mesti
boleh punya. Rissa bijak. Untung Rissa boleh belajar tinggi-tinggi. Kita-kita
semua ni, semua tak pandai. Belajar takat SPM aje banyak.” Kak Fizah yang
tiba-tiba muncul menyampuk.
“Jangan
cakap macam tu, kak. Rezeki masing-masing. Yang belajar tinggi pun belum tentu
dapat kerja. Allah tak bagi pandai, Allah bagi benda lain. Rissa pun bukannya
pandai,” balasku.
“Ni
semasa Rissa cuti, ada apa-apa yang menarik terjadi ke?” Aku kembali bertanya.
Teringin juga nak tahu berita terkini tentang hotel ini.
“Tak
ada apa-apa pun. Sebab Encik Han pun pergi Itali. Oh, ya! Lepas dia balik dari
Itali. Dia ada datang sini. Dia bagi ole-ole kat kami semua. Semua staf dapat.”
“Semua?”
soalku. Inginkan kepastian. Baru nak puji Dheo sebab ingat semua pekerja.
Tapi
lain pula yang Arin faham. Wajahnya seakan-akan baru teringatkan sesuatu.
“Haahlah..
hari tu bagi ngam-ngam untuk staf yang ada. Lupa pulak pasal Rissa.” Nampak
Arin macam cuba perah ingatan.
“Ainul,
hari tu ada orang simpankan ole-ole Encik Han untuk Rissa tak?” Arin tanya
Ainul.
“Tak
pasti la pulak aku. Muka semua masa tu happy
sebab dapat ole-ole. Maklumlah.. bukan selalu dapat barang dari luar negara.
Tapi rasa macam cukup-cukup untuk yang ada di situ,” jawab Arin.
Wajahku
sedikit muram. Bukan sebab sedih tak dapat ole-ole dari Itali. Tapi sebab Dheo
Han lupa aku. Rasa sedikit kecewa dan kecil hati dengannya.
“Jangan
sedih pulak, Rissa. Entah-entah Encik Han nak bagi sendiri pada Rissa.” Suara
Arin seakan-akan memujuk. Suaranya bersalutkan simpati. Dia simpati denganku.
Lagilah aku rasa menangis dengannya.
Ya
la tu Dheo nak bagi sendiri ole-ole tu kepadaku. Apa istimewanya aku? Dia
memang dah lupakan aku kut. Aku pun bukannya penting sangat. Kalau aku dah tak
kerja kat hotel ni pun, tak jadi kudis pun. Entah-entah orang pun tak ingat kat
aku.
“Tak apalah. Mungkin sebab Rissa bukan staf
tetap sini. So buat apa dia nak
membazir duit belikan untuk Rissa, kan?” kataku. Dah kenapa rasa suara macam
orang merajuk?
Tak
apalah kalau aku bukan sesiapa di sini. Tak apa juga kalau tak dapat ole-ole
itu. Yang penting Dheo pergi dan balik dengan selamat. Itu pun aku dah
bersyukur.
“Jangan
cakap macam tu, Rissa. Semua staf sini sama aje. Tetap ke tak tetap ke, tetap
bagi sumbangan untuk hotel ni. Encik Han mungkin terlepas pandang kut.
Maklumlah.. Rissakan tak ada hari tu. Dia pula beli untuk beratus-ratus staf
dia. Jadi mungkin ada tercicir di mana-mana,” celah Kak Fizah. Suara mak-mak
yang macam bagi nasihat. Lembut dan memujuk.
“Betul
tu, Rissa. Hari ni tak dapat. Mungkin esok lusa, Encik Han bagi benda lagi
istimewa untuk Rissa? Rissa kan personal
housekeeper dia. So mungkin lagi special.” Kini Ainul pula yang berkata.
Cuba terapkan unsur positif dalam kepala aku.
Dah
kenapa semua macam nak pujuk aku ni? Nampak aku merajuk ke? Serius aku dah tak
rasa apa-apa dah walaupun tak dapat ole-ole dari Itali. Macam yang aku cakap
tadi, Dheo dah pergi dan balik dengan selamat pun, aku dah bersyukur.
---------
Aku
berjalan menuju ke penthouse Dheo.
Lama tak menapak ke sini, semuanya masih sama. Masih sunyi mengalahkan tanah
perkuburan malam jumaat. Sunyi lagi sepi. Maklumlah.. kawasan persendirian
Dheo, semua orang dilarang masuk kecuali tetamu yang berdaftar.
Lama
tak jumpa Dheo, dada rasa berdebar. Tak tahu kenapa. Malah aku masih tak faham
kenapa jantung aku ni macam nak kena sawan tiap kali berdepan dengan Dheo.
Belum lagi mata bertentang mata, jantung rasa nak berhenti terus.
Serius..
ini kali pertama impak lelaki sehebat itu untuk diriku. Sedangkan aku sebelum
ini tak pernah rasa tertarik dengan lelaki. Bila lelaki datang dekat, aku rasa
bagaikan tiada chemistry. Sudahnya,
kalau tak kena soalan maut dengan ayah, mesti lari sebab Fahim. Patutlah Fahim
dah arwah ayah dulu boleh geng.
Tiada
siapa yang berjaya buatkan hati aku rasa aneh. Sehinggalah aku jumpa Dheo!
Kaki
berhenti betul-betul di depan pintu kayu itu. Dada pula makin laju berdebar.
Aku tenung pintu kayu itu macam nak kasi tembus. D.T.H. Dheo Tyler Han. Aku
baru tahu sekarang. Agak-agak, Dheo ada
ke tak kat dalam? Aku naik lambat sikit hari ni. Kalau ikutkan, waktu pejabat
dah bermula. Lagi pun, setahu aku dia tidur di rumah banglonya semalam.
Nafas
dalam-dalam ditarik untuk menenangkan diri. Passwords
ditekan dan kunci eletronik dimasukkan. Setelah isyarat pintu dibuka kunci
kedengaran, baru aku tarik tombol pintunya untuk masuk ke dalam rumah.
Rumah
sunyi. Betullah dia dah pergi kerja. Hela nafas panjang-panjang. Nak rasa lega
atau kecewa sekarang ni?
Aku
memerhatikan sekeliling rumahnya itu. Walaupun dah lama aku bercuti, susun atur
perabotnya masih sama. Nampak bersih juga. Terfikir. Sepanjang aku bercuti,
siapa yang datang kemaskan rumahnya?
Aku
berlalu ke bilik tidurnya. Nak tukarkan cadar dan sarung bantal. Memang
tiap-tiap minggu dia akan suruh aku tukarkan cadar dan sarung bantalnya. Sebaik
sahaja kaki melangkah masuk ke dalam biliknya, mataku tertumpu pada satu beg
kertas sederhana besar yang terletak betul-betul di tengah katilnya.
Geleng
kepala. Nak cepat sangat agaknya sampai-sampai tak sempat nak simpan barangnya
itu. Aku berjalan ke arah katil. Mahu menyimpan barang itu di tempat
sepatutnya. Mana-manalah, janji bukan atas katil.
Bila
kaki dah dekat, baru perasan sesuatu. Ada sesuatu tertampal pada beg kertas
itu. Macam kad.
Nurissa
Rose
Nama
aku? Barang ni untuk aku? Dada tiba-tiba berdebar laju.
Tak
semestinya, Nurissa! Entah-entah dalam ni ada baju dia atau seluar dia. Pastu
siap dengan nota, ‘Tolong basuh. Handle
with care, please!’. Tak pun tulis, ‘Tolong bawa pergi tailor.’ Siapa tahukan? Maklumlah.. akukan budak suruhan dia.
Lepas
rasa harapan menggunung tadi dah sedikit menurun, aku buka isi beg kertas itu.
Tiada baju. Tiada seluar. Yang ada hanyalah satu bebola kristal. Di dalamnya
ada sekuntum bunga ros berwarna emas. Bila bebola kristal digoncangkan, nampak
serbuk berwarna keemasan di dalamnya.
Cantiknya!
Aku ni dahlah pantang nampak benda-benda cantik. Ni untuk aku ke? Hati antara
dua. Tak tahu nak percaya atau tak. Aku ambil kad lantas membukanya. Tulisan
tangan Dheo.
Don’t
worry, I don’t forget you.
Rose is for Rose
D.HRose is for Rose
Sengih.
Itu reaksiku sebaik sahaja membacanya. Aku tahu ini adalah ole-olenya dari
Sicily. Tiba-tiba rasa nak berjoget. Teringat balik apa yang Arin tadi. Tak
sangka pula betul.
Aku
tenung balik ole-ole itu. Comel sangat. Kena pula isinya adalah ukiran bunga
ros. Pandai dia cari. Aku goncang lagi sekali bebola itu. Nampak kilauan emas
terapung-apung. Senyum lagi.
Kemudian
aku simpan balik ke dalam beg kertas itu. Dengan penuh cermat. Ole-ole itu
harus ditolak ke tepi itu. Aku ada tugas untuk disiapkan. Tapi cukup dengan
itu, mood kerja yang merudum jatuh
sikit tadi dah kembali.
Dan
sepanjang hari, aku bekerja dengan senyuman di bibir.
Last update ye sis? 😢
ReplyDeleteWauuh ni sambungan cerita Dr Alpha male, yg dheo dgn Nurissa 😭😍😍
DeleteAduhaiii..x sabar nk dptkan Dheos.😍😍
ReplyDeleteTq Anjell.
Can't wait to buy this book ! Cepatlahh keluar kt popular . So excited. thank u anjell
ReplyDelete😍😍
ReplyDeleteDheos dah laut update😭😭😭
ReplyDeleteTak sabar nak peluk n tahu ending yer mcm mne.
Why so sweet man? 🤒
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesedih pabila ni bab last, july please come faster ❤
ReplyDelete😭😭😭😭
ReplyDelete<3
ReplyDeleteSweetnyaa Dheo ni 😍
ReplyDeleteSis belanja teaser jgk huhuhu
ReplyDeleteUpdate lgi please 👉👈
ReplyDeleteTerpaksalah menunggu ni....
ReplyDeleteHow can I say about Dheo is that he’s there in mind but not there in person. Still no Dheo. Maybe I have to wait for July. What an excruciating wait... but not as long as Dheo waiting for his rose. Hehehehhehe....
ReplyDeleteSee you next week, dheo
ReplyDeleteSo sweet..cant wait to hold dheo 😍😍
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBaca bab 20 ni,senyum sorang2..😁
ReplyDelete#anjell..👍
Saya dah beli dheo's dekat pbakl.
ReplyDeleteAnjell, tolong buat spin off novel pasal lucca 💖
kan....Lucca pun sweet gak!
Deleteyup siss
Deletewe want LUCCA....LUCCA... LUCCA
HEHEE
kak anis... jual kt saya.. plss 0132414185
DeleteYeay akhirnya dapat buku ni di PBAKL!!
ReplyDeletedone baca novel ini. tak menyesal bersesak-sesak di pwtc semalam. Good job Anjell
ReplyDeleteAlhamdulillah DONE READING.... Tq anjell, cerita yang xboleh nak agak2... lasly, fall in love with Fahim.... Tq anjell,naskah yang berbaloi untuk bersesak ke PWTC....
ReplyDeleteOh x sabar nk bli novel ni sis? Bila nk terbit sis?
ReplyDeleteOh dah ada, kena bli ni huhu suka bc novel sis
ReplyDeletefall in love dgn fahim? sapa nurissa ke/ ? oh no...bukan dgn dheo? frust...
ReplyDeleteNo!! you have to read first, tengkujuh garage si petualang jalanan 😊
DeleteIt's beyond expectation..
haha sorry to confuse you. Act, I'm the one who fall in love with Fahim, not Nurissa... sure its beyond ur expectation 😄
Deletesis watak arrayan pon sweet jugak leh kembangkan dengan watak cik doktor tu
ReplyDeleteHeart eyes emoji..Can’t wait
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCurrently waiting for my novel to be posted coz I asked personal shopper to buy it for me during pbakl, after reading this I just can't waittttttt to have it! Thanks Anjell, here wishing you to get more ideas to keep writing! Love from Sabah❤
ReplyDeleteHappy Birthday to our Rose-Han.. It’s say somewhere that 11th May is both of their birthday. I’m waiting for my novel to arrive. It took 3 people to get the novel to me just cause I can’t wait for July.
ReplyDeleteNew update. I actually have the novel right at this moment. Just received. *Doing my happy dance* It feels like a birthday present...
Deletevery amazing and interesting post, thank you for sharing
ReplyDeleteGreat Quotes
Positive Life Quotes
Fitness Quotes - Best Quotes
Future Quotes - Success Quotes
Image Bank - Xyore
اقوال وحكم
Bessttttt sangatttt😍😍
ReplyDelete😍😍❤😘
ReplyDeleteDah Ada kt kedai buku ke
ReplyDeletei dah grab DHEO dekat pbkl baru ni... asyikkk.. best giler dapat peluk DHEO finally.. ha ha ha.. thanks anjell for made my days
ReplyDeletenak tanya, ada kaitan ke Dr Alpha Male and Dheos ni? and kalau ada which one yg first novel? tq.
ReplyDeleteTak ada kaitan pon act. Cuma dheo n nurissa ada buat cameo dlm dr alpha male.
DeleteAlready grab Dheo's and finished in 2 days. Seriously the best. 👍👍👍
ReplyDeleteAssalammualaikum. Nak tanya, saya ada beli novel dheo but tersalah print page. Bab 23 half sampai bab 26 takde. Boleh saya tahu kisah antara bab tu?
ReplyDeletehai DHEO ada dekat popular tak?
ReplyDeleteKat popular x pnah nampak..tapi kat hasani selalu la...
DeleteNovel ni dh keluar dh pon...cari dekat kedai buku popular...semalam tngk ada banyak stok lg
ReplyDeleteWait dont tell me at the back of the painting j.h stands for jin hai....ohhh gosh..
ReplyDeleteYa allah...apesal dheo ni sweet sgt...
ReplyDeletebest novel ni..sy ske sgt penulisan anjell ni..smua novel dh ada..kecuali yg anak sulong tu..lepas ni nk cri eksperimen cinta plak...ari tu cri xjmpa pown kt tmpat sy pergi..dheos bru beli ari khamis..bca smlm dri pkul 8 smpai la pkul 3.30 pagi..xleh nk berhenti kalau beli nvel penulisan sis..
ReplyDeletetitle yg same ke?
ReplyDeletesambung lagi chapter 21 sampai habis :(
ReplyDeletesambung lagi chapter 21 sampai habis :(
ReplyDeleteBila nak sambung sis..rindunya dengan dheo 😍😍
ReplyDeleteSaya ada beli novel anjell tapi lebih 20 pages yang hilangg 😭😭😭😭.. rasa tergantung takde pages tu
ReplyDeleteMaksud saya novel dheo's ni
DeleteBeapa harga buku dheos ni!??
Deletekak anjell sambung lah lagi
ReplyDeleteDkt mph ad jual x buku ni?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteI have bought your novel but some error in printing.. so, there's no pages from 537-568..
ReplyDeleteCan you share that part? I can't find it from any websites.
ReplyDeleteNext chapter takde ke? I really love this story!!♡
ReplyDeleteBaru ja beli novel ni tadi. Best sangat! Semoga Anjell berterusan berkarya dan dapat banyak inspirasi yg best2 untuk tulis novel seterusnya.
ReplyDeleteSejujurnya, saya bukanlah penggemar novel melayu, tetapi karya daripada Anjell sangat menarik minat saya untuk terus membaca terutamanya novel Dr.Alpha Male dan Dheo. Kedua-dua cerita ni mempunyai jalan cerita yang menarik dan saya rasa seolah-olah tengah membaca novel-novel bahasa inggeris.
Terima kasih dan teruskan berkarya!
I cant read bab after 20 ://
ReplyDeletenak jugak novel ni...pergi cari kat kedai buku semua dah takde..huhuhu~~ salah sendiri jugak sebab lambat tau pasal citer ni...huwaaaa (mengapa ini semua harus berlaku) tidakkkkk!!!!!!!
ReplyDeleteNext capter. I really love this stories
ReplyDeleteSmbungg
ReplyDeleteNext chapter please..i like this novel kak anjell
ReplyDeleteAnjell...pls kluarkan dheo's siri 2 plssss...x puas baca😭😭😭
ReplyDeletebila ada novel ni kat Indonesia?
ReplyDeletenext chapter pleasee... i beegging to you
ReplyDelete