Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Tuesday 27 March 2018

Dheo's (BAB 14)


BAB 14

Bunyi nada dering telefon pintarku itu membingitkan telinga. Menyedarkan aku dari lena yang baru bertamu. Dalam kegelapan, tangan meraba-raba. Nampak telefonku bercahaya. Baru nak tengok siapa pemanggil, panggilan itu mati. Tak sempat nak jawab.

Beberapa saat kemudian, telefonku kembali berdering. Aku melihat nama si pemanggil.

Lucca? Ada apa dia telefon aku malam-malam macam ni? Bukan malam dah ni. Dah pagi. Jam satu pagi. Janganlah dia cakap Dheo buat kerja gila suruh aku pergi kemas rumah dia. Maklumlah.. perjanjianku dan Dheo menyatakan kerjaku merangkumi housekeeping whatever, whenever and wherever dia nak.

Walaupun bermacam soalan menggasak kepala, ikon hijau tetap kugesek. Telefon dilekapkan di telinga.

“Helo. Salam satu pagi.” Dalam mamai, aku masih menyapa. Sempat juga aku kenakan Lucca. Mohon dia sedar dan tengok jam berapa dia telefon aku ni.

Signora, please open the door.” Suara Lucca bagaikan tergesa-gesa. Macam tengah semput pun ada.

Open the door? Door mana? Rumah saya?” soalku. Mataku dah luas. Alert. Dah hilang segala rasa ngantukku tadi.

Si, signora. Open the door. We are outside.”

Dan talian diputuskan. Aku tenung telefonku.

We? Siapa lagi yang ada bersama Lucca? Yang penting, kenapa datang rumah aku awal pagi macam ni?

Tanpa menghiraukan soalan yang tak berjawab, aku tetap menggeliat bangun. Capai kardigan hitam dan selendang hitam untuk menutup auratku. Lepas siap, aku menapak turun ke bawah.

Tangan capai segugus kunci yang tersangkut di tepi tangga. Aku mencari-cari kunci pintu utama rumah. Bila dah jumpa, aku masukkan ke lubang kunci sebelum tombol pintu rumah ditarik. Daun pintu aku kuak perlahan.

Hampir terbeliak mataku bila melihat Lucca dan Dheo yang berada di depan rumahku. Bukan itu yang buatkan aku terkejut. Tapi keadaan mereka berdua. Peluh jelas merinik di dahi masing-masing. Rambut kedua-duanya macam baru lepas bergaduh. Berserabai. Dahi Lucca pun aku nampak sedikit berdarah.

Lucca sedang memapah Dheo. Dan bila mataku melorot pada tubuh Dheo, tangan Lucca yang mendarat di situ jelas kemerahan. Apa tu? Darah? Rasa macam nak putus nyawa aku melihatnya. Reaksi spontanku, aku mahu menjerit.

Don’t scream.” Amaran keras dari Dheo. Dia bagaikan tahu apa yang aku mahu lakukan.

Terus aku tekup mulut dengan tapak tangan. Cuba kawal nafas yang dah mula tak teratur. Ya lah.. kita tak selalunya terima tetamu yang berlumuran darah. Pukul satu pagi pulak tu.

Wajah Dheo berkerut kesakitan. Dheo sakit! Tapi aku masih kaku. Tak tahu nak buat apa.

Please help me.” Kata-kata Lucca itu buatkan aku tersedar dari fasa pegunku. Laju aku angguk.

Daun pintu aku kuak makin luas. Memberi ruang kepada mereka berdua untuk masuk. Lucca memapah tubuh tinggi Dheo ke sofa. Bila tiba di sofa, perlahan-lahan Dheo didudukkan. Wajah Dheo sesekali berkerut kesakitan.

“Apa jadi?”

Lucca tidak mempedulikan pertanyaanku. Dia hanya fokus kepada Dheo. Bagaikan aku tak wujud. Aku tengok Lucca pantas bertindak. Baju kameja Dheo yang dah tak nampak warna itu dikoyak dengan rakus, mendedahkan kawasan tepi perut Dheo.

Sekali lagi aku tekup tangan ke mulut. Mata melihat darah merah masih mengalir keluar dari tempat itu. Lucca pula tekap tempat itu dengan baju Dheo. Menghalang Dheo dari hilang darah.

Nak pengsan!

“Dia kena tembak!” kataku.

 “Correct. You get ten mark, Tesoro.” Dalam kesakitannya, sempat lagi Dheo menyindirku. 

“Dia harus segera dirawat. Kita kena hantar dia ke hospital.”

No, signora! Kalau luka tembakan nanti akan jadi kes polis,” bantah Lucca.

Tak nak jadi kes polis? Tak nak libatkan polis? Ya Allah.. apalah yang mereka dah lakukan ni?

“Habis, macam mana nak rawat Encik Han?” soalku berbaur risau.

Tolak tepi semua cerita, keselematan Dheo harus diutamakan. Aku harap dia akan baik. Aku tak suka tengok wajahnya berkerut kesakitan itu. Hati rasa macam ditarik-tarik. Rasa macam nak usap-usap aje wajahnya sebagai sokongan. Supaya hilang kerutan di wajahnya. Supaya dia tahu aku ada di sampingnya.

“Kalau jadi apa-apa, macam mana?” Kali ini aku rasa nak menangis. Cemas. Sebab aku terlalu risaukan Dheo. Tak boleh bayang kalau Dheo tak dapat diselamatkan.

I’ve been shot, Tesoro. Not dying. Don’t cry, please.” Perlahan suara Dheo. Bagaikan tahu-tahu air mataku hanya tunggu masa untuk keluar.

Kami berbalas pandangan. Renungannya kali ini lembut. Bagaikan sedang memujukku. Bagaikan sedang menenangkanku.

“Nanti Doktor Arrazi, doktor peribadi Dheo sampai. Saya dah call dia,” kata Lucca, langsung mengalihkan pandanganku daripada Dheo.

Aku haraplah cepat Doktor Arrazi tu sampai. Sebab masa berdetik. Setiap masa yang berlalu, nyawa Dheo mungkin dalam bahaya. Tak sanggup aku bayangkan apa-apa yang buruk terjadi pada Dheo.

Bagaikan doaku dimakbulkan, kedengaran loceng rumah kedengaran. Aku terus berlari untuk membuka pagar automatik. Tak beberapa lama lepas tu, muncul seorang lelaki tinggi melangkah masuk. Ada satu beg sederhana besar di tangannya. Pasti ini Doktor Arrazi.

Doktor Arrazi terus menghampiri Dheo. Begnya dibuka. Kemudian dia mengambil sepasang sarung tangan getah sebelum disarungkan ke kedua-dua tangannya. Diperiksa keadaan Dheo dulu.

“Ya Allah.. Apa pulak yang kau dah buat kali ni, Dheo?” Sambil memeriksa, aku dengar Doktor Arrazi membebel. Suara dia macam dah kalis. Macam ni bukan kali pertama Dheo seperti itu.

Doktor Arrazi menekan kawasan luka di perut Dheo. Terus Dheo menjerit kesakitan. Kemudian aku nampak Dheo menggigit bibirnya. Jelas kesakitan. Apatah lagi dahinya yang dah lencun dengan peluh.

“Nasib baik peluru ni tak kena organ penting, tahu tak? Kau memang nasib baik, Dheo. Kalau teruk, memang tak ada pilihan lain. Major operation. Kena hantar hospital.” Doktor Arrazi geleng kepala.

“Tapi luka kali ni agak teruk juga. I need assistance. I cannot do it alone.”

“Aku dah call Arrayan. Kejap lagi Arrayan sampai.” Lucca bersuara. Siapa pula Arrayan? Yang pasti aku tak kenal.

Hmm.. membantunya Arrayan tu!” Suara sarkastik dari Doktor Arrazi. Kemudian wajahnya serius berkerut. Melakukan tugasnya untuk menyelamatkan Dheo.

Belum sempat Lucca membalas, aku dengar pintu rumah diketuk lagi. Laju saja kaki menapak ke pintu. Bila aku buka pintu, seorang lelaki meluru masuk bersama seorang perempuan cantik.

“Bos!” Lelaki itu menyapa Dheo.

Dheo cuma angguk sekali. Tengah-tengah bertarung nyawa, sempat lagikan nak berbalas sapa?

“Abang, Dheo macam mana?” Perhatian diberikan kepada Doktor Arrazi. Walaupun wajahnya nampak serius, tapi suaranya tetap bersalut kerisauan. Dia  kesahkan Dheo.

Trying to take out the bullet. I need an assistant.” Kepala Doktor Arrazi menoleh ke sekelilingnya.

“Ada sesiapa yang ada medical experience?” Empat orang di situ ditanya. Termasuklah aku. Semua saling berpandangan.

Ketika ini betapa aku harapkan aku adalah seseorang yang pakar dalam bidang perubatan. Aku nak tolong Dheo tapi aku tak mampu.

“Lucca cakap kau boleh tolong, Ryan?” Pandangan Doktor Arrazi kini tertumpu kepada lelaki yang baru muncul tadi. Oh, dialah Arrayan!

Tiba-tiba Arrayan tarik lengan perempuan yang datang bersama dengannya tadi. Melihat muka berkerut perempuan itu dan gaya ingin melepaskan dirinya, aku rasa dia dan Arrayan macam tengah bergaduh. Not in good terms. Tapi cukup Arrayan jeling sekali, terus telan liur perempuan tu.

Entah kenapa situasi mereka mengingatkan tentang aku dan lelaki yang tengah berkerut menahan kesakitan itu. Sama tapi tak serupa.

“Aku tak boleh tolong. Tapi dia boleh.” Ditolak perlahan perempuan itu ke hadapan.

Perempuan itu jeling tajam ke arah Arrayan. Takut-takut pun, masih ada taringnya. Mulut diam. Tapi berbicara melalui bahasa mata. Tapi wajah Arrayan pula macam tak berperasaan. Tak peduli.

“Paramedik? Nurse? Doktor?” soal Doktor Arrazi kepada perempuan itu.

Aku nampak perempuan itu telan liur sekali sebelum menjawab.

“Doktor.”

“HO?”

“Baru aje habis final exam. Belum posting lagi.”

Kali ini Doktor Arrazi berpaling kepada Arrayan.

“Kau culik student, Ryan?” Suara dia macam marah Arrayan. Kemudian geleng kepala. Wajah Arrayan pula sama macam tadi. Tak berperasaan.

Aku yang dengar rasa macam nak terkecik. Culik? Perempuan tu berada di sini tanpa keinginannya? Adakah aku sekarang ni dikira bersubahat?

Bagaikan tahu-tahu dah terlalu banyak masa yang dibazirkan, wajah Doktor Arrazi kembali serius. Perempuan itu dipandang tepat.

I need you to assist me. Pernah assist surgeon?”

Perempuan itu angguk. Nampak teragak-agak tapi dia cuba yakin.

Good.”

Kemudian aku nampak mereka mula bekerja. Entah apa yang mereka lakukan, aku pun tak tahu. Sesekali wajah Dheo merah menahan kesakitan. Sampai timbul urat di dahinya. Doktor Arrazi cekap melakukan kerjanya. Perempuan itu juga turut pantas walaupun bekerja di bawah arahan Doktor Arrazi.

Aku pula hanya mampu berdoa semoga Dheo selamat.

   ----------

Entah berapa lama masa diambil, akhirnya peluru berjaya dikeluarkan. Gara-gara peralatan yang terhad, Doktor Arrazi kena pantas berfikir. Alhamdulillah, Dheo selamat. Walaupun aku tak tahu apakah punca dia ditembak.

Jam di dinding menunjukkan pukul empat pagi. Terkejut juga aku melihatnya. Mata terbuka luas tapi badan penat. Itulah tandanya kita tak cukup tidur. Bila aku melihat sekeliling, ternyata semua orang pun sama. Masing-masing penat.

“Pergilah tidur. Semua mesti penat, kan?” Aku berkata kepada mereka. Apa-apa persoalan, boleh tunggu besok.

Aku menyiapkan bilik untuk mereka. Nasib baiklah dalam rumah ni ada lima bilik. Tolak bilik tidurku, bilik kerja arwah ayah dan bilik yang sedang didiami Dheo, tinggal lagi dua bilik. Perempuan yang kuketahui namanya Nafisha boleh tidur di dalam bilikku. Selebihnya, pandai-pandailah bawa diri.

Aku membawa Nafisha ke bilik. Dia lebih banyak berdiam diri. Mungkin tak biasa lagi denganku. Bila tiba di bilikku, aku memberikan dia pakaian untuk ditukar. Kalau dia nak. Walaupun aku lebih tinggi darinya, bolehlah kalau setakat nak pakai untuk tidur.

“Fisha nak mandi ke? Kalau nak mandi, ni tualanya,” kataku lagi. Dia dah bermain darah. Aku kira mesti dia nak bersihkan dirinya dulu.

“Terima kasih.” Dia senyum kepadaku meskipun wajahnya jelas kepenatan.

Nafisha pandang sekeliling.

“Rissa pun tawanan di sini ke?” Soalannya itu buatkan aku sedikit terkejut. Tawanan?

“Eh, mana ada! Rissa tinggal di sini.”

“Rissa memang tinggal seorang ke dalam rumah ni? Beraninya.”

Aku senyum tawar. Hanya angguk. Dia tak tahu yang aku baru aje tinggal sendirian. Tak pernah rasa gerun bila tinggal sendirian di sini. Entahlah, ini rumahku. Aku hanya mampu tawakal kepada Allah kalau ada apa-apa berlaku.

“Ingatkan Rissa pun tawanan mereka. Sebab mereka datang di rumah Rissa. Rissa kenal mereka?”

Aku angguk. Dheo dan Lucca aje la.

“Berkawan dengan gangster macam dia orang?” Dia pula terkejut.

“Gangster?” Aku blur. Mereka semua gangster ke?

“Rissa tak tahu?”

“Tahu apa?”

“Fisha tak tahu yang lain macam mana, tapi Arrayan tu.. Fisha rasa dia ketua kongsi gelap.”

Rasa nak tercekik air liur aku dengar.

What? Mana tahu? Pernah nampak dia buat jahat ke?” soalku. Aku tak suka kalau tuduh orang sesuka hati. Baik siasat betul-betul. Sahkan fakta.

“Fisha rasa aje. Sebab perahsia sangat. Pastu semua orang macam tunduk hormat kat dia.”

“Tak baik cakap macam tu. Entah-entah Arrayan tu baik.” Aku menjawab. Aku rasa tak adil kalau Arrayan diadili secara membabi buta.

Macam Dheo. Aku tahu Dheo bukan sembarangan orang. Firasat menyatakannya walaupun aku tak tahu dia sebenarnya siapa. Aku nampak kekasaran yang Dheo lakukan. Tapi aku tak tahu puncanya. Siapa tahu semuanya atas alasan yang baik? Pendek kata, selagi belum ada bukti, jangan menuduh. Apa yang kita nampak, belum tentu itu yang jadi. Kadang-kadang pasti ada cerita di sebaliknya.

“Kalau tak, kenapa dia tak lepaskan Fisha lagi? Dahlah tak kenang diuntung. Rissa tahu tak yang sebelum ni Fisha dah pernah selamatkan nyawa dia. Tiba-tiba muncul depan rumah Fisha, penuh darah.”

Err… Kenapa cerita dia tu lebih kurang apa yang aku lalui tadi?

“Tapi, tengok apa yang dia balas? Dia culik Fisha. Geram aje rasa. Bila tanya, bukannya reti nak jawab.” Nafisha tiba-tiba pula jadi banyak cakap.

“Mungkin sebab Arrayan fikir semuanya tak ada kaitan dengan Fisha. Ataupun something confidential. Ada dia dera Fisha? Tak bagi makan kat Fisha?”

Kali ini nampak dia macam berfikir. Mungkin dia fikirkan perkara yang sama.

“Bukannya Rissa nak bela Arrayan. Cuma tak nak judge dia. Buruk-buruk dia, pasti ada sisi dia yang baik, kan? Kalau kita dah tak suka, mesti yang buruk aje kita nampak. Apa kata kalau kita jadikan yang buruk dia tu sebagai kelemahan dia dan kita cuba terima?” nasihatku.

Rasa macam nasihatkan diri sendiri. Teringatkan Dheo. Aku tahu dia punya sisi gelap yang dirahsiakan dari mata umum. Tapi dia tak pernah layan aku teruk. Malah semua staf dia dilayan dengan baik.

 “Nanti Fisha tidurlah ya. Anggaplah macam bilik sendiri. Rissa nak pergi bawah kejap,” ujarku lagi.

Nafisha cuma angguk.

27 comments:

  1. yeayyyy........i love it...thank you sis...

    ReplyDelete
  2. Hmmmm... Nafisha & arrayan ni... hero & heroin next novel eh?😁

    ReplyDelete
  3. Mmg mengujakan.. Penuh rasa ingin tahu.. Next Anjell dear...

    ReplyDelete
  4. 😍😍😍 jap jgn ckp fisha & rayan next hero & heroin hahaha . Thank you for update kak 😘

    ReplyDelete
  5. ahhh tak sabar tunggu dheo's publish💕💕😶

    ReplyDelete
  6. Terujam.....x sabar nak genggam hard copy

    ReplyDelete
  7. Wowses....kak anjel
    Speechless..thats the word
    Rasa mcm nak meletup letup..as long as saya x tahu citer sebenar...i'm dying here kak...pls..i want more😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  8. Huhuhu, makin senak perut ni menanti apalah sebenarnya yang berlaku...huhuhu...

    ReplyDelete
  9. Yeayyy!! New chapter~

    Hmm.. wonder what happened to Dheo and who ia Arrayyan.

    - Ain Qyara

    ReplyDelete
  10. I'm craving for next chap!!

    ReplyDelete
  11. tetap menyengat..hehehe..
    semakin x sabar..

    ReplyDelete
  12. Thanks anjell, makin menarik!!! Suka sangat 😘

    ReplyDelete
  13. arrrgggg we want more.. tak sabarnya nak tahu cerita sebenar.

    ReplyDelete
  14. kalau dah kluar ni 4 - 5 round baca balik..😂😂

    ReplyDelete
  15. Ohhhh man.... you got me hooked on this story so much. Kena tunggu dengan penuh kesabaran waiting for this novel to come out. Do you have any possible estimation when would the novel come out? Takpe lah kena belajar besabar.

    ReplyDelete
  16. Mesti novel ni akn keluar masa Pesta Buku Antarabangsa 2018 kan?

    ReplyDelete
  17. Bestnyaa..Bila novel ni nak publish..xsbr nk beli dh ni :3

    ReplyDelete
  18. Tenkiu Anjell....smakin menarik dan mendebarkan...luv uuuu

    ReplyDelete
  19. Nanti mesti ada cerita pasal arrayan dengan fisha oh my god tak sabar

    ReplyDelete
  20. Sumpah tak sabar tunggu novel. Buat tertanya2. Nak novellll😭😭

    ReplyDelete
  21. Huarghh..bile nak update kak anjell?? I miss dheo so much.😭😘

    ReplyDelete
  22. Replies
    1. Kenape rs mcm familiar arrayan dgn nafisha ni.prnh mntion me drg dlm novel2 anjell? Plis.i'm so curious

      Delete
  23. Salam. Dah baca sinopsisnya. Tunggu novel dapat di tangan. Terima kasih ya cik puan Anjell. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )