Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday 1 August 2015

Hero Seorang Cinderella (BAB 19)


BAB 19

Gara-gara kaki terseliuh, Tengku Ian hanya mampu duduk di dalam biliknya. Kaki yang sakit menghalangnya untuk berjalan jauh. Bosan juga dia asyik terperap di dalam bilik. Bilalah kakinya nak betul-betul sembuh?

Sesekali Tengku Ian angkat muka memandang Farizzam yang tengah bergayut telefon tu. Biasalah.. tengah-tengah bosan, memang bilik Farizzam la bilik pertama yang dia akan cari.

“Iya, ibu. Ibu jangan risau. Ian okey. Kaki dia sikit je terseliuh tu. Ibu janganlah cakap dekat ayah dengan bonda pasal benda ni. Nanti dorang risau pulak.”

Tengku Ian mendengar suara Farizzam. Kemudian nampak Farizzam diam mendengar apa yang dikatakan Ayana.

“Baik, ibu. Kami kat sini semua baik-baik. Ibu jangan risau. Ibu jaga diri. Sayang ibu juga. Assalamualaikum.” Farizzam mematikan talian. Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja kecil tepi katil.

“Ibu kirim salam. Dia pesan supaya kau jaga kaki elok-elok.” Farizzam menyampaikan amanat ibunya.

“Waalaikumussalam. Ibu sihat?” soal Tengku Ian pula.

“Alhamdulillah, sihat.” Farizzam rebahkan tubuhnya di atas tilam empuk biliknya itu.

“Zam.. kalau kau nak balik jumpa ibu, baliklah,” kata Tengku Ian tiba-tiba. Farizzam terus pandang Tengku Ian. Kenapa tiba-tiba?

“Kenapa tiba-tiba kau cakap macam tu?” soal Farizzam pelik.

“Apa yang tiba-tibanya? Aku cuma cakap kalau kau nak balik jumpa ibu, baliklah. Aku tak kisah. Dah lama dah tak jumpa ibu. Mesti dia rindukan kau. Tak lama lagi kau nak masuk kerja balik. Bila lagi kau nak luangkan masa dengan ibu?” balas Tengku Ian.

“Kau tak kisah ke?” tanya Farizzam balik. Dia sejujurnya turut rindukan ibunya. Juga risaukan ibunya yang dah lama ditinggalkannya.

“Tak kisah pun. Bukannya jauh pun. Bila-bila masa kau nak datang sini, kau datanglah.” Sedap Tengku Ian bercakap macam Pulau Perhentian ni bapak dia yang punya.

“Tapi, kaki kau?” Risau pula Farizzam dengan Tengku Ian. Rasa melampau kalau tinggalkan Tengku Ian dalam keadaan macam tu.

“Alah.. setakat terseliuh je. Bukannya aku patah. Pandailah aku jaga diri aku. Lagipun, dengan kaki macam ni, apa sangatlah aku boleh buat sekarang. Tak payah risau. Dan jangan lupa, ada Luke.” Tengku Ian meyakinkan Farizzam.

“Kalau ada orang tanya pasal aku?”

“Pandailah aku jawab nanti,” jawab Tengku Ian. Dia yang mulakan, jadi biar dia yang sesakkan kepala fikirkan caranya nanti.

“Kalau macam tu, aku baliklah besok atau lusa,” putus Farizzam.

“Nanti kirim salam sayang dan rindu aku kat ibu.”

Hmm.. ya la.” Kemudian teringat sesuatu. “Sekarang dah pukul berapa?” soal Farizzam. Kemudian pandang jam pada telefonnya.

“2.30. Kenapa?”

Niat nak tidur terus dibatalkan. Farizzam bangun daripada pembaringannya. Teringat janjinya.

“Aku dah janji dengan Puteri semalam. Nak temankan dia pergi Pulau Kecil.”

Terangkat kening Tengku Ian mendengar kata-kata Farizzam itu.

“Puteri? Puteri, jiran kita?”

“Taklah. Puteri gunung ledang. Yalah.. Puteri mana lagi? Puteri tu la.”

Farizzam capai jam tangannya. Buat tak nampak dengan Tengku Ian yang senyum semacam tu.

“Amboi, kau! Bukan main ya sekarang? Ada apa-apa ke ni?” Mengusik.

“Ada apa-apa apa? Dia minta aku temankan. Salah ke? Karang kalau dia pergi sorang-sorang, jadi macam Medina hari tu, siapa nak bertanggungjawab?” bahas Farizzam balik.

“Aku rasakan, dia dah sangkut dengan kau la.” Tengku Ian kemukakan teori.

Nonsense. Yang penting aku tak rasa apa-apa pun. Sebab apa? Sebab mungkin dia takkan suka aku lagi lepas dia tahu siapa Ku Zam yang sebenar.” Suara Farizzam mendatar.

 “Tapi Ku Zam yang sebenar pulak rasanya takkan suka dia.”

“Sebab dah sangkut dengan adik dia ke?” bidas Farizzam balik. Kenakan Tengku Ian pula. Tengku Ian cuma ketawa.

“Bila sebut pasal adik, tiba-tiba aku teringat sesuatu. Ian, masa Medina hilang hari tu, kau ada cakap pasal adik, kan?” soal Farizzam. Terus mati ketawa Tengku Ian.

“Adik? Yang mana ya?” Tengku Ian buat-buat lupa. Sangat tak sangka Farizzam akan bangkitkan hal itu. Tiga hari selepas kejadian.

“Kau cakap sebagai abang, aku sepatutnya risaukan Medina. Maksudnya macam adik la kan?” soal Farizzam lagi.

“Oh.. yang tu ke? Yalah.. kaukan selalu cakap kau anggap dia macam adik. So, kau tak risaukan dia macam abang risaukan adik ke? Macam aku la. Risaukan dia macam abang risaukan adik,” jawab Tengku Ian.

“Eleh, ya ke kau tu macam risaukan adik?” Farizzam mengusik.

Tengku Ian terus sengih. Seakan-akan melayan usikan Farizzam. Tapi agak kaku. Haraplah Farizzam tak perasan.

Sorry, Zam. Bukan masanya untuk kau tahu lagi. Bukan sekarang.

“Kau tadi cakap nak keluar dengan Puteri, kan? Pergilah. Dah lambat ni.” Tengku Ian seakan-akan menghalau tuan bilik ni.

“Nak mengelak la tu.” Gelak Farizzam pecah. “Aku pergi dulu. Ni kunci bilik.”

“Nanti cakap kat dia kau nak balik KL. Aku malas nak jawab soalan-soalan dia bila kau takde nanti.” Sempat Tengku Ian berpesan.

  --------

“Kaki macam mana?” Prihatin Medina bertanya apabila melihat kaki kanan Tengku Ian. Sejak kaki Tengku Ian terseliuh, hari-hari Medina datang bertanya.

“Dah agak okey. Saya dah boleh gerak penuh kaki saya. Speed recovery. Saya rasa hari tu tak serius sangat,” jawab Tengku Ian. Tak percaya juga dia. Dalam beberapa hari, kakinya dah hampir sembuh. Adakah ini berkat Medina yang asyik membantunya? Boleh jadi juga.

“Alhamdulillah. Lega saya dengar.”

“Saya pun lega jugak. Sebab dah tak payah terkurung lagi. Bosan gila duduk sorang-sorang. Zam takde. Luke asyik keluar je.”  Tengku Ian mula membebel. Farizzam dah balik dan Luke pula selalu keluar dengan Zuyyin. Cuma kadang-kadang Medina sudi datang hiburkan dia.

“Bosan ya? Hmm.. kalau saya ajak awak ke satu tempat, awak nak ikut tak?”

“Apa punya soalan ni? Mestilah nak ikut.”

“Okey.. tapi tempat tu jauh. Kaki awak masih tak boeh nak lasak sangat.” Medina ingatkan Tengku Ian.

“Apa nak jauh sangat kalau setakat dalam pulau ni? I’m absolutely okay. Kita nak ke mana?” tanya Tengku Ian lagi. Indahnya dunia luar.

“Kincir angin. Saya teringin sangat nak tengok pemandangan pulau ni dari tempat tu. Mesti cantik, kan?”

Medina nampak Tengku Ian senyum nakal.

“Kenapa?” Nak marah je rasa tengok senyuman cantik lelaki itu.

“Kan betul apa yang saya cakap dulu. Satu hari, awak pasti akan ajak saya ke sana.”

“Awak nak ikut tak ni?” Medina panas hati. Geram dengan usikan Tengku Ian tu. Macam la aku ni nak pergi sangat dengan dia. Menyesal pulak pergi ajak dia!

“Ya.. ya.. nanti kita pergi sama-sama ya?” jawab Tengku Ian dalam sengihannya sebelum gadis itu berubah fikiran.

“Saya bukannya apa. Saya cuma nak tepati janji. Sayakan dah janji takkan ke mana-mana sorang-sorang. Awak je la yang ada nak temankan awak. Zuyyin pulak macam Luke awaklah. Lesap entah ke mana,” kata Medina lagi. Semoga Tengku Ian tahu dia bukannya nak sangat pergi dengan lelaki tu. Kang kalau dia pergi sorang, mengamuk pula mamat itu. Tak pasal-pasal kaki kiri pulak terseliuh.

“Yalah. Of course I’m truly honored to be your company. Always. Here you are, here I am. There you are, there I am.”

“Dah.. dah.. sakit telinga saya dengar awak bermadah. Dah habis dah?”

Ketawa Tengku Ian mendengar kata-kata Medina itu.

“Kalau dah habis, let me do something to your ankle. At least it can protect your ankle,” tambah Medina lagi.

Kemudian dia keluarkan satu kinesio tape berwarna biru dan gunting. Tengku Ian cuma melihat tangan Medina yang lincah membuat kerja. Tak sampai dua minit, ada beberapa tampalan berwarna biru sekitar kaki kanannya.

Dia tahu itu apa. Taping yang selalu digunakan untuk menghilangkan sakit, melindungi tempat yang cedera dan juga mengelak daripada cedera. Para atlet ramai yang menggunakannya di pelbagai bahagian anggota badan. Terutama sekali ketika dalam pertandingan.

“Okey?” soal Medina.

Tengku Ian menggerakkan pergelangan kakinya.

“Okey. Comfortable.”

  ----------

Ian!” Laungan itu membuatkan Tengku Ian dan Medina sama-sama berpaling ke arah suara itu. Ada seorang wanita tinggi berambut blonde tersenyum mesra sambil tangan melambai ke arah mereka. Kemudian nampak wanita itu melangkah ke arah mereka.

Tengku Ian cuba mengecam sebelum turut senyum membalas lambaian tangan wanita itu.

Bonjour,” tegur wanita itu lagi.

Bonjour, Cantrelle! Ca fait longtemps depuis la derniere fais qu’on s’est vu,” balas Tengku Ian juga.

Seronok betul mereka berdua bercakap dalam bahasa Perancis. Aku kat tengah ni krikk-krik. Medina cuma pandang mereka berdua yang makin panjang berbual. Dia di tengah-tengah cuma senyum dan diam. Sepatah haram pun tak faham mereka berdua bercakap.

Kawan dia kut. Medina buat tekaan sendiri. Mungkin sekarang tengah bertanya khabar masing-masing. Teka lagi! Sesekali nampak Cantrelle pandang dia, kemudian senyum. Medina cuma balas senyuman Cantrelle. Apa la dua orang ni cakap? Entah-entah tengah mengumpat dia.

Est-ce que c’est ta petite amie?”

Tengku Ian cuma senyum bila mendengar soalan Cantrelle itu. Cantrelle bertanya sama ada Medina adalah teman wanitanya.

Cantrelle turut senyum mengusik bila melihat reaksi Tengku Ian. Lelaki itu tak angguk, tak juga geleng. Mungkin memang betul teman wanitanya.

Elle est belle.” Tengku Ian senyum lagi bila Cantrelle memuji Medina cantik.

Comment s’appele-t-elle?” Cantrelle bertanyakan nama Medina pula.

“Medina,” jawab Tengku Ian.

Medina cuma senyum bila namanya tiba-tiba disebut. Cantrelle mengalih pandang ke wajah Medina.

Tu as de tres beaux yeux, Medina.”

Hah? Apa dia cakap? Medina pandang Tengku Ian. Mohon translate apa yang dikata Cantrelle tu.

“Dia cakap mata awak cantik.”

Oh, thank you. Merci,” ucap Medina. Tu jela satu-satunya bahasa Perancis yang dia tahu. Malu juga dia bila kena puji macam tu dengan orang yang tak dikenali.

Tapikan… entah betul, entah tak sebab tukang alih bahasanya adalah Tengku Ian. Takpelah.. percayakan aje apa yang lelaki itu cakap.

A la prochaine, Ian, Medina. Au revoir.” Cantrelle meminta diri.

Au revoir. Bonne journee,” balas Tengku Ian pula.

Kemudian Cantrelle meninggalkan mereka. Gembira melambai-lambai ke arah mereka sebelum berlari menyertai kumpulannya. Cantrelle datang bercuti ke Malaysia bersama beberapa orang kawannya.

“Siapa dia tu?” soal Medina kepada Tengku Ian. Berminat nak tahu.

“Kawan saya. Dia tak fasih sangat berbahasa Inggeris. Dah lama tak jumpa dia.”

“Oo.. kawan. Tapikan.. pandai juga awak cakap French,” puji Medina pula. Memang betul pun. Dengar esen percakapan Tengku Ian tadi pun sedap. Dah macam orang Perancis tulen pun ada.

Tengku Ian ketawa mendengar pujian Medina itu. Kembang jugaklah hidung tiga inci.

“Mesti awak rasa cara saya cakap French tadi sedapkan? Amacam.. ada gaya mamat French tak?” Tengku Ian mengangkat kening beberapa kali.

Medina tayang muka menyampah. Ni aku malas nak memuji. Inilah Melayu. Melayu mudah lupa! Nak kasar sikit, Melayu cepat nyanyuk!

“Helo.. jangan nak perasan boleh tak? Pandai bercakap dengan sedap didengar tu lain, okey? Sedap apa ke bendanya? Macam nak buang kahak je,” bidas Medina balik.

Makin kuat ketawa Tengku Ian. Buang kahak? Haha. Penat dia belajar bertahun-tahun nak bagi lancar tapi masuk je telinga Medina terus jadi macam orang nak buang kahak? Kalau Cantrelle dengar tadi, mahu si Medina ni kena kejar dengan parang.

“Hei.. tunggu sayalah! Sampai hati tinggalkan orang sakit kat belakang. Kejam!” jerit Tengku Ian bila Medina berlari menaiki anak tangga itu. Sambung perjalanan balik. Tak sampai separuh anak tangga yang banyak itu didaki mereka.

Medina buat tak dengar. Tapi cuma sekejap. Lepas dah banyak anak tangga didaki, barulah pusing belakang untuk menunggu Tengku Ian.

  ------

At last, sampai juga kita!” Tengku Ian berpuas hati. Berjaya juga mereka sampai ke destinasi.

Air mineral diteguk lagi. Ganti balik semua air yang tersejat menjadi peluh tadi. Perjalanan yang menguji stamina. Tak cukup kuat, mahu patah balik. Tak pun cari cara mudah nak sampai ke kincir angin ini.

“Subhanallah.. Cantiknya.” Medina teruja. Dipandangnya permandangan di depan mata. Macam yang Tengku Ian cakap dulu. Sangat cantik. Boleh nampak permandangan pulau ni. Air yang biru turquoise dah macam berlapis-lapis. Jatuh cinta dia dengan alam.

“Betullah orang kata, at least sekali kena tengok permandangan pulau ni dari sini. Cantik sangat,” puji Medina lagi. Kagum dengan ciptaan Allah.

Tengku Ian di sebelah cuma senyum. Mengakui kata-kata Medina. Siapa cakap Malaysia tak cantik? Nak tengok laut cantik tak semestinya kena pergi Maldives.

Kemudian dia pandang Medina di sebelah. Medina tersenyum berpuas hati dengan usaha mereka hari ini. Susah nak tengok senyuman Medina yang macam tu.

“Cantik dalam French apa?” Medina bertanya.

Belle.”

“Permandangan?”

Paysage.”

Belle paysage.” Medina aci hentam guna bahasa Perancis sendiri. Tengku Ian ketawa mendengarnya. Orang kalau baru nak belajar bahasa Perancis, memang macam tu la. Haha.

Belle.”

Medina menoleh ke arah Tengku Ian bila Tengku Ian berkata macam tu. Tepat Tengku Ian pandang dia.

“Siapa?”

“Awak.”

Mata mereka berlaga. Terus Medina alihkan pandangannya ke arah laut. Entah kenapa renungan Tengku Ian kali ini lain macam. Medina buat-buat ketawa. Tapi rasa canggung semacam. Oh, dada! Janganlah bekerja lebih waktu sangat.

“Awak tahu tak awak sangat cantik kalau awak senyum macam tadi?” Tengku Ian bersuara lagi.

Makin berdebar jantung Medina dibuatnya. Kenapa ni? Kenapa tiba-tiba nak memuji memuja ni? Jangan cepat percaya sangat dengan lelaki, Medina! Ingatan untuk diri sendiri.

“Hei.. saya ni memang cantik tak kira macam mana tahu?” Status riak lagi takbur dari mulut Medina sekadar untuk menghilangkan kecanggungannya.

Tengku Ian ketawa. Mengiakan.

“Dahlah.. daripada awak nak bergurau aneh-aneh macam tu, apa kata awak ajar saya cakap French?” Medina cepat-cepat cari idea untuk menukar topik.

“Hai, nak belajar jugak ke bahasa buang kahak ni?” Tengku Ian gelak lagi. Menyindir.

“Cepatlah!” Malas Medina nak layan.

Je pourrais rester heureux toute a vie, tant que tu seras a mes cotes,” bicara Tengku Ian sambil mata tepat menikam ke dalam anak mata Medina. Betul-betul maksudkannya.

Ewah.. ni betul-betul nak menyindir ni!

“Awak ni nak kena tendang sampai bawah ke? Bagilah ayat pendek sikit,” marah Medina.

Tengku Ian ketawa. Adoi, Medina ni! Hilang terus suasana romantis tadi. Tengku Ian cuba fikirkan ayat yang lebih pendek.

Tu es toujours dans mon coeur.”

Tu es toujours...” Perlahan-lahan Medina mengikut. Agak gigih dia mencuba beberapa kali sebelum sebutannya diluluskan oleh Tengku Ian.

Tu es toujours dans mon coeur.” Medina ulang lagi. Tengku Ian cuma angguk.

“Tapikan, maksud dia apa?” soal Medina. Aku ni main sebut je. Entah-entah dia cakap aku ni gila. Manalah tahu Tengku Ian kenakan dia? Tengok senyum mamat tu pun dah lain macam.

 “Carilah sendiri.” Senang Tengku Ian jawab.
“Macam mana saya nak cari? Ejaan pun saya tak tahu.” Medina tak puas hati.

Tengku Ian cuma angkat bahu.

“Saya tak tahu. Pandai-pandailah awak cari sendiri. Saya taknak cakap.” Sengaja.

“Taknak cakap sudah. Ingat saya tak boleh cari sendiri ke?” Medina rasa tercabar.

“Carilah. Nanti cakap kat saya maksudnya apa, okey?” Tengku Ian senyum. Seakan-akan mencabar.

And again.. Tu es toujours dans mon coeur, Medina,” ucap Tengku Ian sekali lagi.


  ---------------

Betulkan saya jika saya silap. Saya budak baru belajar..

18 comments:

  1. you are always in my heart ??
    (^-^)

    ReplyDelete
  2. Waa... Sweetnya Ian...
    Apa mksudnya?

    ReplyDelete
  3. Best...
    Enjoy....nak lg bole😀😀😀

    ReplyDelete
  4. Wahh..akk ..teringin jgk nk tahu maksud bahasa french tu

    ReplyDelete
  5. nak lgi...please sambung... :)

    ReplyDelete
  6. " I could stay happy all life has , as you will be by my side , "
    Kata google ;)

    ReplyDelete
  7. nanti sambung lagi tau...saya suka sangat semua novel kak anjell... :)

    ReplyDelete
  8. wah......apa agaknya medina buat bila tahu maksud dia.....Hahaha....x sabarnya nak tahu

    ReplyDelete
  9. Bestttt. Tak pernah x best. Keep it up anjell ☺

    ReplyDelete
  10. Anda sentiasa berada dalam hati saya

    ReplyDelete
  11. Awak sentiasa dalam hati saya.Tu kan maksud 'Tu es toujours dans mon coeur' tu?

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )