BAB
1
“Hazel!”
Panggilan itu buatkan aku menoleh ke belakang.
Hazel.
Ya.. itu nama aku. Nama penuh, Tristin Hazel binti Tahir. Nama aku biasa-biasa
je. Tapi.. kenapa orang kalau dengar nama aku mesti komen pertama mereka
adalah, peliknya? Tristin mahupun Hazel, dua-dua orang cakap pelik.
Tak
tahulah apa yang pelik. Tak faham aku. Lainlah kalau letak nama Corylus Avellana, aku tak peliklah kalau
nak jatuh rahang depan aku. Apa tu? Silalah google
sendiri ya. Kira nasib baiklah mak aku tak letak nama tu, kan?
“Hazelnut. Hazelnut butter.” Aku dengar
dia menyambung sebelum mengatur langkah ke arahku. Sengih lebar macam biasa.
Hazelnut.
Memang ramai sangat suka panggil aku dengan nama tu. Banyak lagi gelaran orang
lain yang suka main-mainkan nama aku. Dulu, ada rasa jugak nak tendang sampai
enam kaki ke bawah. Tapi sekarang ni, aku dah tak kisah. Dah imun.
Nama
aku memang Hazel. Tapi, jangan risau. Nama abang aku bukan gajus, adik aku pun bukan
pistachio. Hanya aku, Hazel. Kenapa? Entahlah.. mak aku mengidam kacang hazel
masa mengandungkan aku dulu agaknya. Mungkin juga sebab mata aku memang warna
hazel. Satu-satunya pewaris mata mak aku.
Hazel
aku cuma pada nama. Yang pasti aku tak suka kacang hazel. Aku punya masalah
dengan nama aku ke? Langsung tidak. Aku suka nama aku. Aku tak rasa pelik pun.
Kalau orang boleh letak nama bunga, kenapa tidak nama kacang? Lagipun, di luar
negara berlambak orang letak nama Hazel.
“Hazel.. Hazel.. Hazel..” Cantik sangat
agaknya nama aku sampai tak puas-puas budak tu seru.
Aku
turut senyum sambil melambai tangan ke arah si pemanggil itu. Sabiha. Kawan
baikku di universiti ni. Orang pertama yang aku kenal sejak jejak kaki ke
kampus ni. Orang sama yang sama-sama kena denda sebab tak pakai stokin masa
minggu orentasi dulu. Orang yang sama aku ajak bersubahat, mintak dia
tandatangan kalau aku ponteng kelas. Tak sangka kami dah kenal lebih tiga
tahun. Dan sekarang, kami dah di tahun akhir.
“..
Lamanya tak jumpa kau. Rindu..”
Kami
terus berpelukan lepas jumpa. Perempuan.. biasalah kalau dah jumpa. Teori
tentang perempuan. Bila berjumpa, kalau tak terkinja-kinja macam monyet bukan
perempuan namanya. Saja nak jejak kasih kat tengah-tengah kafe ni.
“Tak
payah nak poyo sangat, boleh? Lama pekebendanya. Dua bulan je kut.” Aku
mencebik. Balasannya, kena hempuk dengan buku setebal kamus dewan kat bahu.
“Woi..
sakitlah! Kalau dislocate bahu aku
ni, apa kau nak jawab dekat Iwan?” marahku sambil gosok-gosok bahu kanan yang
tak bersalah dan dah jadi mangsa kekejaman Sabiha.
Siapa
Iwan? Iwan tu tunang aku. Bukan kekasih ya, tapi tunang. Umur dia lebih tua dua
tahun daripada aku. Dia senior aku dulu. Sekarang dah kerja kat Johor.
Jarang-jarang dah kami jumpa. Hubungan jarak jauh la katakan.
Cebikan
Sabiha buatkan khayalan aku tentang tunangku terbang. Di depan mata sekarang, nampak
muka comel Sabiha yang menyampah tiap kali aku keluarkan nama tunang tersayang.
“Eleh..
gedik. Lapar.. jom makan.” Dia ajak aku. Pantang nampak aku, mesti ajak makan.
“Dah..
jom.” Aku setuju. Lapar jugak sebenarnya.
----------
Kelas
aku habis agak awal hari ni. Maklumlah.. semester baru bukak. Pensyarah
bukannya nak mengajar sangat. Sesetengah tu sengaja batalkan kelas. Sesetengah
pulak jumpa sekadar nak bagi pengenalan tentang apa yang akan diajar.
Tapi..
kira baiklah aku datang jugak. Maklumlah.. dah jadi senior. Dah insaf. Dah
kembali ke pangkal jalan, dan tinggalkan alam jahiliyyah.
“Weh..
jom teman aku pergi post office. Aku
nak settle bendalah.” Sabiha
mengajakku.
“Lepas
tu nak belanja aku apa?” Aku sengih jahat.
“Hazelnut butter betul kau ni! Dengan aku
pun nak berkira.” Dia tarik muka masam dan aku terus gelak.
“Mestilah
weh. Tu aku belum kenakan GST lagi, tahu?” jawabku. Sengaja nak mengusik.
“Aku
belanja kau tengok wayang. Nak?”
Lebar
sengih aku. Pantang dengar perkataan wayang. Memang aku ni kaki movie. Apa-apa cerita baru, mesti aku
pergi menonton di panggung wayang.
“Mestilah
nak. Jom.” Terus aku setuju. Dah lama tak lepak dengan Sabiha. Minggu pertama
la nak berhuha-huha. Sebelum kepala sesak dengan assignment. Sebelum jadual padat nak berkejar ke kelas. Sebelum
sibuk kendalikan final year project.
-----------
Daripada
bosan menunggu Sabiha yang tengah menunggu giliran di pejabat pos itu, ada
baiknya aku keluar jalan-jalan. Nampak 7-Eleven yang berada bertentangan dengan
dengan pejabat pos ni. Nak beli top up.
Baru teringat kredit telefon dah nyawa-nyawa ikan. Maklumlah.. standard
pelajar. Pakai kad prabayar je la.
Alang-alang
dah singgah 7-Eleven, mata gatal jeling peti besar aiskrim. Cun pulak aiskrim
Magnum duduk paling atas. Tekak terus gatal mengidam. Dah lama tak makan
aiskrim yang sama harga dengan sepinggan nasi tu. Aku memang suka aiskrim
Magnum. Magnum almond. Tapi.. boleh
beli seminggu sekali tak pun sebulan sekali. Kalau dah hujung-hujung semester
pulak, makan dalam mimpi je la. Maklumlah.. ekonomi merudum.
Lepas
bayar, aku jalan keluar. Terus aku buka plastik aiskrim itu sambil tangan menolak
keluar pintu kedai. Baru sahaja aiskrim itu digigit sedikit, tiba-tiba bahuku
dirempuh. Kuat tak kuat, bergegar jugaklah 3.1 skala Ritcher tubuh aku ini. Nasib
baik tak terbalik.
“Oh, shit! Damn it!”
Aku
tak sempat menganalisa pemilik suara yang menyumpah itu apabila aku perasan yang
magnum aku dah lesap dari tangan. Terus pandang bawah. Nak menangis aku tengok
magnum aku yang tengah seronok bercium dengan lantai itu! Rezeki lantai. Waaa….
Magnum aku!
“Hei,
apa ni? Buta ke?” Aku terdengar komen tu. Suara garau yang agak keras. Terus
aku angkat muka. Lelaki. Muka agak tegang sambil gosok-gosok jaket kulitnya.
Takut aku kotorkan jaket kulit mahal dia agaknya.
Ewah..
buta kau panggil aku? Berasap rasa telinga. Macam tahu-tahu aku tengah marah, dia
angkat muka. Mata kami berlaga. Terpaku juga aku dengan panahan matanya yang
tajam tu. Sebab sumpah mata dia sangat lawa. Jeling tajam macam tu pun tetap
lawa.
Oh..
Muka macam ni aku klasifikasikan dia sebagai penyebar virus T.I. Apa tu T.I? T.I
tu adalah Teleng Inducing. Maksudnya bila
dia lalu sebelah perempuan, perempuan mesti terteleng-teleng nak pandang lagi
sekali. Lagi dan lagi dan lagi. Oh.. bahaya betul virus T.I ni!
Rambut
gaya pacak. Kening agak lebat, kena dengan bentuk wajahnya. Hidung sekali
tengok orang dah cakap mancung. Berjambang nipis dan terurus. Tak berserabut
macam hutan belukar belakang rumah nenek aku. Just nice! Bibir pun merah. Tengah senyum sinis. Tapi dah cukup
menunjukkan dua lesung pipit di pipinya. Sinis-sinis pun lawa. Kalaulah dia
senyum manis…
Eh,
kejap! Apa aku merepek ni? Dia senyum sinis? Aku terus tersedar. Sekali lagi
mata pandang dia. Ya.. dia tengah senyum sinis. Macam tengah mengejek aku.
Macam dah tahu itulah reaksi perempuan tiap kali terpandang wajah dia. Membuktikan
lagi teori aku tadi. Menularnya virus T.I di udara. Cis!
“Dah
habis tenung dah? Taknak ambik gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh
cium.” Sarkastik suara dia sesakartik senyuman di bibir merahnya.
Merah
muka aku! Kurang ajar! Aku mendengus geram. Terus aku mengalih pandang. Nampak
magnum aku dah cair atas lantai. Rasa kembali marah dengan dia.
“Lain
kali jalan guna mata. Menyusahkan orang je. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat
kepala. Bukan kat lutut,” marahnya lagi.
Inilah
kelemahan manusia. Bahasa tak seindah wajah. Amboi, sedap mulut mamat ni
bercakap! Tegur baik-baik tak boleh ke? Lagi.. memang salah aku ke? Aku rasa
dia yang salah. Sepatutnya aku yang marah dia. Jalan main rempuh orang je. Ingat
ni apa? Ragbi? Dia ingat dia besar daripada aku, dia boleh buli aku ke? Dia
ingat dengan muka handsome dia tu aku
nak control ayu ke?
Hei..
salah orang la derr!
“Ya..
memang Tuhan tak ciptakan mata kat lutut. Tapi Tuhan pun tak ciptakan mulut kat
punggung. Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?” marahku lagi. Dia nampak terkebil-kebil mendengar
bahasaku.
Kalau
dia cakap aku buta, aku nak dia tahu aku cakap mulut dia macam longkang! Patut
ke aku masuk balik 7-Eleven ni, pergi beli Clorox kalau ada jual? Bagi mamat ni
minum seteguk dua. Manalah tahu cuci kesan-kesan degil yang melekat di kotak
suara dia!
“Sedara?” Aku tak tahulah maksud suara
dia itu apa. Dia tak faham ke sebab muka dia nampak blur? Baru mendarat dari planet Utarid ke apa mamat ni? Sedara pun tak tahu ke?
“Ya..
sedara. Saudara saudari cikebong
cikebong.” Aku cakap lagi kut-kut dia tak faham. Siap lagu aku bagi tu!
Lagi
sekali mata dia mencerun pandang aku. Muka serius. Aku buat tak tahu.
“Lagipun,
sedara, saya rasa sedara yang salah. Sedara yang langgar saya.” Aku pulak tuduh dia.
Betul
apa? Nasib baik tak terbalik aku tadi. Ingatkan langgar tiang. Orang rupanya.
Gegaran otak aku sebab terlanggar dada dia tu.
“Jangan
nak…”
“Baby..” Baru je dia nak menjawab, datang
seorang wanita cantik mencelah.
Hei..
tengah-tengah orang nak bertegang leher ni, siapa pulak cari baby dia yang hilang ni?
“Baby.. what’s wrong?” Manja suara wanita
itu bertanya. Lengan si baby besar anak
gajah depan aku itu dipaut mesra. Meluat.. tak tahu kenapa. Walaupun aku tak
kenal mereka berdua.
“Nothing, darling. Ada salah faham sikit.
Ni budak ni. Dah dia langgar I, dia taknak mengaku salah. Tak reti minta maaf. Budak-budak
zaman sekarang,” jawab si baby tu.
Mengadu.
Aku
jeling dia. Tak payah nak budak-budak sangat la! Aku tengok si baby depan aku ni bukannya tua sangat
pun. Rasanya beza umur mungkin cuma beberapa tahun. Masam muka aku. Mesti dia
ingat aku budak lepas sekolah. Sebab dengan tinggi aku, orang selalu tersalah
kira umur aku. Aku rasa si Baby ni
pun sama..
“Mana
ada saya langgar. Kalau betul pun. Saya terlanggar. TER. Kata imbuhan bagi kata
kerja yang tidak disengajakan.” Haa.. kelas Bahasa Melayu aku bagi.
“Bukannya
saya sengaja pun. Sekarang ni, sedara
tengok, saya dah tak dapat makan aiskrim saya,” sambungku lagi. Serius kau,
Hazel? Ayat terakhir kau tu dah macam budak enam tahun.
Dia
pandang aku. Pandangan dia… wow!
“Alah..
baby. Takkanlah you nak bergaduh
dengan budak sekolah…”
Haa…
kan aku dah cakap! Hai, si darling
ni! Budak sekolah kau cop aku. Padahal umur aku hampir dua puluh dua.
“..
You ni.. apa orang cakap nanti. Mengalah la sikit, baby.” Aku dengar si darling
bercakap lagi.
Lelaki
itu mendengus tak puas hati. Muka dah tegang.
“Haa..
betul tu, darling. Cakap kat baby ni, lain kali cakap jangan main
sedap mulut je. Ini nasib baik dia langgar saya. Kalau dia langgar ketua mafia
entah mana-mana, tak sempat membesar baby
darling ni.”
Aku
senyum sinis kepada lelaki itu. Dia nampak terkejut dengan kata-kataku. Sebelum
dia buka mulut, aku angkat kaki. Malas aku nak layan. Takde salam, takde apa,
terus aku blah. Dia dah biadap dengan aku, buat apa aku nak berbudi bahasa
dengan dia? Sorry sikit eh!
“Kita
masih punya hutang, tahu?” Aku sempat dengar suara dia.
---------------
“Weh,
apa hal?” Aku dengar soalan daripada Sabiha. Kebetulan dia pun baru keluar dari
pejabat pos. Mesti dia pelik tengok muka cuka aku.
“Huh..
dasar baby tak cukup zat. Aku harap
aku tak jumpa dia lagi.” Aku membebel. Tak puas hati lagi dengan niat nak makan
magnum yang tak tercapai.
“Kenapa
ni? Apa dah jadi?” soal Sabiha lagi.
“Tadi..
aku terlanggar sorang mamat ni kat depan 7-E. Bukan main puaka mulut dia. Suka
hati dia marah-marah aku,” aduku.
“Loh..
patutlah muka kau macam tu,” komen Sabiha.
“Muka
aku macam mana?”
Terus
aku pandang cermin sisi motor entah siapa-siapa di sebelahku. Tilik diri
sendiri. Bulat mata aku.
“Waa..
kau siapa?” soalku sambil jari tunjuk cermin tu. Sabiha gelak.
Aku
tilik lagi sekali. Nampak ada kesan coklat di hujung mulut aku. Hujung hidung
warna putih. Sah kena aiskrim tadi. Comotnya! Ni mesti sebab terlanggar baby tu tadi. Kenapa aku tak perasan?
Dan..
aku bergaduh dengan mamat tu dengan muka macam ni? Waa… malunya! Patutlah confident je mamat tu cop aku budak
sekolah. Dengan muka macam ni, jangan cakap macam budak sekolah. Dah macam
budak tadika pun ada!
Terus
aku capai tisu yang diberikan Sabiha. Sapu mulut dan hujung hidung aku. Marah
punya pasal, tak perasan semuanya. Patutnya tadi sebelum aiskrim aku jatuh, aku
tonyoh dulu satu round kat jaket
mamat tu. Baru adil kalau nak marah aku.
“Ni
semua mamat tu punya pasal. Lepas tu ada hati lagi nak marah aku. Padahal dia
yang salah.” Aku membebel lagi. Tak puas hati.
“Lupakan
je la, Zel. Dia dah takde dah. Kalau kau jumpa dia lagi, kau marahlah dia
puas-puas ya?” kata Sabiha. Gelak lagi. Seronok dia tengok aku naik angin.
“Sorry la. Aku tak rasa aku nak jumpa
dia. Kira nasib baiklah aku tak kenal dia siapa,” jawabku.
Aku
harap aku takkan lagi jumpa mamat tu!
----------------
Dewan
kuliah yang mempunyai hampir dua ratus orang pelajar itu gamat dengan suara
semua orang. Masing-masing sibuk berkongsi cerita sementara menanti pensyarah
masuk mengajar. Aku duduk di tengah-tengah. Tak belakang sangat, tak depan
sangat. Petang ni aku ada kuliah untuk subjek Research and Statistics.
Huh…
dengar nama pun aku memang dah tahu. Boh-san!
Nasib pulak dapat kelas petang. Perut tengah menghadam makanan tengah hari
tadi. Lagilah mengantuk. Aku menguap sekali. Tengok.. belum mula lagi, aku dah
mengantuk.
“Weh,
Hazel! Kau nak dengar gosip tak?” tanya Sabiha.
“Gosip
apa?” tanyaku malas.
Orang
cakap budak perempuan memang suka bergosip. Perempuan lain ya. Tapi aku tak.
Bukan benci, tapi malas. Tadah telinga kalau orang cerita, kalau taknak cerita
aku memang takkan tanya. Tapi.. berkawan dengan Sabiha ni, memang cepat berita
panas sampai ke telingaku sebab si Sabiha ni memang kaki gosip.
“Pasal
lecturer baru course kita”
“So?” soalku lagi. Pensyarah baru pun nak
kena gosip ke? Macamlah tiap-tiap tahun takde pensyarah baru.
“Dia
hot.”
“Aku
prefer Panasonic,” kataku tiba-tiba.
“Panasonic?”
Sabiha blur.
“Laa..
suruh dia beli aircond Panasonic la.
Kata panas?”
Pap!
Balasannya lengan aku kena hempuk sedas. Aku gelak. Sakit, siot!
“Main-main
pulak kau. Hot and sexy la. Sekali
pandang tak puas, tahu?” Sabiha gelak. Ada bau-bau miang. Dah sekali pandang
tak puas, pandanglah dua kali. Apa susah? Aku geleng kepala.
“Oo..
penyebar virus T.I la ni?” soalku. Sabiha angguk. Sengih tak hilang-hilang
lagi.
“Kau
pernah jumpa ke?” Aku tanya lagi.
“Pernah.
Sekali. Perghh.. tak boleh tidur
malam aku dibuatnya!”
“Aku
ada ubat tidur. Nak?”
Sabiha
jeling tajam kepadaku. Amaran. Aku gelak.
“Okey..
okey..” Aku angkat tangan mengalah. Tak loyar buruk dah. “Dia ajar apa?” Bukan
berminat tapi saja nak tahu.
“Calculus I and II.” Kali ni muka Sabiha
macam tak puas hati. “Kenapalah dia tak masuk awal-awal dulu? Kalau tak mesti
dia sempat ajar kita. Mesti A plus
Calculus aku. Huh.. Untung junior kita.”
Aku
cuma ketawa. Siapa tak suka dapat lecturer
handsome weh? Tanyalah mana-mana budak perempuan normal, mesti dorang nak lecturer handsome. Bonus kut! Baru
semangat sikit nak pergi kelas. Haha. Bukan senang nak dapat pensyarah muda lagi
handsome ni. Sekali dapat memang jadi
jejaka terhangat di pasaran la.
“Kau
doalah biar dia ajar kita subjek Research and Statistics ni,” gurauku sebelum
gelak. Pandang Sabiha di sebelah. Mulut tengah terkumat-kamit. Tengah berdoa
ke? Haha.
Dewan
kuliah tiba-tiba jadi sunyi. Itu tandanya pensyarah dah menapak masuk. Ketawa
aku pun turut mati. Okey.. mod skema!
“Assalamualaikum,
kelas. Sorry sebab lambat.” Aku
dengar suara bergema melalui mikrofon. Lelaki.
Kebetulan
masa tu, ada bunyi notifikasi mesej masuk dalam telefonku. Aku terus cari
telefonku. Lupa nak silentkan sebelum
kelas mula tadi. Buatnya buat konsert tengah-tengah kelas nanti, mahu tembus
aku kena tenung dengan pensyarah aku.
“Weh..
Hazel.. Hazel..” Aku dengar suara Sabiha. Tampar-tampar lengan kananku. Aku
pandang dia.
“Apa
dia?” Suara aku agak marah. Rimas.
“Dia..
lecturer handsome yang aku cakap
tadi!” Sabiha teruja sambil mata tengok depan.
Terus
aku pandang ke arah tengah-tengah dewan kuliah besar itu. Nak jugak tahu sehandsome mana pensyarah yang dikatakan
Sabiha tu. Sampai muka tu bercahaya macam bulan purnama penuh. Ada iras biji
kopi ke sebab kata Sabiha, dia tak boleh tidur lepas tengok muka pensyarah itu.
Ternganga.
Tak percaya. Bulat mata aku bila pandang pensyarahku itu. Dia berbaju kemeja
kelabu dan berseluar slack hitam. Lengan baju dilipat hingga ke siku tanpa tali
leher. Imej biasa kalau lepas waktu rehat.
Walaupun
agak jauh, aku masih cam dia. Wajah dia. Susuk badan dia. Rambut dia. Okey..
dia memang handsome. Tapi itu tak penting.
Yang buatkan aku tergamam terkelu dan terkedu adalah…
“Baby?!” Macam tak percaya aku suarakan
apa dalam kepala. Bergema satu dewan kuliah.
Aku
terus tutup mulut aku dengan kedua-dua tangan. Oh, tidak!
wa..best!!!..penat gelak..haha..tak sabar nak tunggu bab seterusnya...fighting kak anjell!! ^-^
ReplyDeleteWarghhhh bestttt...
ReplyDeleteThx Anjell. Satu lagi karya yg bakal boom.
ReplyDeleteOh my!!!! BEST SANGAT2 BAB 1 NI..TAHNIAH ANJELL!!Semoga idea terus mencurah2!..akak sukaaa sgt!! .best sgt!!
ReplyDeleteAkak punya karya mmg top... Hrap selepas jadi Dr. , akak akn teruskn karya ini yep... Kita org akn support akak selalu... P/s: selepas baca nim, sengih sampai telinga... #smile_always ^♪^
ReplyDeleteAdoi,ayat th takleh blah,tuhan tak cipta mulut kat punggung....deep ayat ni...tahniah bakal novel baru
ReplyDelete😆😆 adoih. Anjell serious lawak. Keras perut gelak.
ReplyDelete1st time saya comment ni. speechless. marvelous. thumbs up
ReplyDeletehahaha....serius lawak sangtttt....I love this...xsabar nk tunggu story nie....hihihi
ReplyDeleteTak pernah mengecewakan
ReplyDeleteAaaa syoknya akak ! Best gilaaaa
ReplyDeleteAnjell, nak lg please......
ReplyDeleteAkak suka starting citer gini..please nak lg le......
ReplyDeleteMmg best. Tak pernah mngecwakn. Kipidap anjell. Belnja teaser hsc 1
ReplyDeletehahahhaahha...lawaklahhh. best !!!
ReplyDeleteHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHA OMG. THANKS UNTUK HIBURAN PETANG I OLLS. *flip rambut*
ReplyDeleteHuaaa kak anjell meletopz laa bab 1 pun dah boost emotion saye kipidap your good works kak anjell the best la
ReplyDeleteHahahahaha BABYYYYYY..giler lawak
ReplyDeletebesttt.. haha.. baby ye
ReplyDeletebaru baca tajuk je dah,... woahh, dah macam nak buat cerita warewolve. iloike. bila baca sampai habis, berlorilori LIKE I bagi.. best gilosss
ReplyDeleteTerbaek la.. sambung cepat2 eh.. :)
ReplyDeletebest.....
ReplyDeleteBestttttt....nk lagiii
ReplyDeleteBest sgt2,,,lg lg
ReplyDeletehabis la hazel dibabykan nanti..wakakakakak
ReplyDeleteI like......
ReplyDeletetak sabar entri baru.. all the best anjell
ReplyDeleteStarting pun dah best...nak lagi
ReplyDeletewah mesti best ni tak sabar nak tunggu lanjutannya :)
ReplyDeleteWahh..😍😍😍😚😚😚
ReplyDeleteBesttttt...pandai akak karang.love itt
ReplyDeletehahaha.....ambik kau....habis satu lecture hall di 'baby'kan......
ReplyDeletehaluuuuuuu kak anjel #sapotbaby
ReplyDeletebilo demo nok sambung ni dik Anjell oiiii, abe dok saba ni
ReplyDeleteLOL (^o^)!!!!
ReplyDeleteTjuk pon gmpak dah...hunky guy called BABY?!..mmg jd bhan lar..kekekeee..smbung2..good writing as always..thumbs up
ReplyDeletesiyes gelak sakan ^^ thanks kak anjel
ReplyDeleteKarya akak buat saya tergelak di malam hari.hahhaha..all the best Kak.saya peminat akak.novel2 akak semua best.xsabar nak tunggu bab seterusnya..
ReplyDeleteKarya akak buat saya tergelak di malam hari.hahhaha..all the best Kak.saya peminat akak.novel2 akak semua best.xsabar nak tunggu bab seterusnya..
ReplyDeleteBestlah akak cite ni...tak sabar nak tu sambungannya😀
ReplyDeleteSambung lagi please... Best sgt. Rindu hazel n baby. Lol
ReplyDeleteKak anjell mmg besttttt gilerr , sakit perut gelak ... harap bole baca lagi next en3 , chayokkk2
ReplyDeleteWo!! Aq terbayang mario maurer, der.. serius wow!! K. Anjell ni mmg ska laki lesung pipit eh??
ReplyDeleteWarghh bestnya
ReplyDeleteWow! karya baru! memang DAEBAK!!!... Baru baca chapter 1 pun da mampu buat sy tergelak sorg diri tgh mlm ni.. caya laa kak anjell!! Terbaik...
ReplyDeleteThumbs up to Anjell...permulaan yg sangat baik...baca senyum2 wehhh....
ReplyDeleteakak...daebak..sakit perut saya tahan gelak.. haahhaha...
ReplyDeleteWahhh.. Hahahah.. Bestnya.. nak lg part 2?
ReplyDeletehahahhaha..
ReplyDeletebleh plak dia dok jerit baby...
aduyai...
tak sabar nak tggu terbit ni...
Bila nak publish novel ni?...
ReplyDeleteX sabar nak beli 😆
Haha..best giler novel ni...hope blh baca sampai final bab..fighting kak anjell..keempat empat novel akak saya dah baca..memang tk mengecewakan..thumbs up!
ReplyDeleteHaha..best giler novel ni...hope blh baca sampai final bab..fighting kak anjell..keempat empat novel akak saya dah baca..memang tk mengecewakan..thumbs up!
ReplyDeleteNovel ni mmg best giler..dh beli dh novel ni,mcm syg2 nak habiskan baca novel ni sbb jln cetanya mmg best n gempak..bca brulang klipn xkn boring pnya..novel2 kak anjell semua sya dh baca..tundukan playboy itu,hero seorang cimderella,suamiku paling sweet,ekspiremen cinta,n dr alpha male..semua sya dh baca..semuanya best2..mmg x mngecewakan..
ReplyDelete