BAB
2
Aku
gigit bibir bawah. Sumpah sekarang aku rasa nak menggelonsor ke bawah kerusi
orang depan. Oh, kerusi belah, kerusi bertakup. Makanlah aku, telanlah aku!
Sebab mulut aku ni dah derhaka dengan tuan dia. Macam mana aku boleh terlepas
cakap ni? Aku babykan pensyarah aku
wei!
Dewan
kuliah yang tadinya sunyi kini makin sunyi. Dapat rasakan pandangan baby besar di depan itu dan semua kepala
tertumpu ke arahku. Sabiha di sebelah pun dah terlopong. Tak faham.
Cepat-cepat
aku tunduk. Dada berdebar bukan main. Dia.. tak cam aku kan? Takkanlah dia nak
ingat muka aku. Hari tu aku pakai tudung bawal. Hari ni pakai selendang. Hari
tu muka aku comot. Hari ni aku dah lawa. Amboi.. sempat perasan kau!
Dalam
hati berdoa semoga dia tak kenal aku siapa. Lagipun sekarang ni aku duduk agak
jauh dari tempat dia berdiri. Mesti dia dah tak cam aku siapa walaupun baru
tiga hari berlalu. Mintak-mintaklah lepas kami bergaduh hari tu, dia langgar
tiang dan hilang ingatan.
“Yes.. Excuse me?” Aku dengar suara dia bertanya. Dua maksud kalau dia
cakap macam tu. Pertama, dia nak aku ulang apa yang aku cakap tadi. Mati hidup
semula dan mati lagi sekali pun aku takkan ulang benda tu. Kedua, dia nak aku
pandang dia sekali lagi.
Aku
angkat muka. Sekali lagi mata kami berlaga walaupun jarak kami jauh. Dia.. tak
ingat aku, kan? Atau mungkin bukan dia depan aku ni. Pelanduk dua serupa?
Kembar dia mungkin? Atau sebenarnya….
“Any problems.. sedari?”
Sah!
Memang dia.
Gulp!
Dia ingat aku! Nak-nak lagi bila tengok senyuman itu. Orang lain yang tengok
akan cakap senyum dia lawa. Tapi bagi aku itu senyuman sinis.
Waa..
bodoh kau, Hazel! Yang kau pergi babykan
dia tu, siapa suruh? Kalau kau tak jerit tadi, mesti dia tak ingat kau siapa. Memang
dia takkan perasan kau wujud dalam kelas ni. Kau memang sengaja nak terjun
gaung, masuk mulut naga.
“No. Teringat baby kat rumah. Sorry.”
Aku aci redah. Kedengaran suara beberapa orang ketawa. Tapi aku peduli apa.
“Okey..
kalau macam tu, rasanya takde masalahlah untuk kita mulakan kelas.” Dia berkata
lepas ketawa semua orang reda. Gaya dia bercakap menunjukkan betapa
berkarismanya dia sebagai seorang pensyarah.
Semua
kembali kepada normal. Aku turut rasa lega. Lega untuk sekarang. Atas bumi
Malaysia ni dan dalam banyak-banyak spesis lelaki, kenapa dia juga yang jadi
pensyarah aku? Otak macam tengah mencerna maklumat tu. Pensyarah aku! Mamat
yang kurang ajar di depan 7-Eleven dulu adalah pensyarah aku. Tidakk!!
“Seperti
yang semua dah tahu, saya akan mengajar subjek Research and Statistics ni. Nama
saya, macam yang tertulis pada slide,
Dr. Hilman Ukasyah. Awak semua boleh panggil Dr. Hilman.”
Aku
cuma mendengar. Hilman Ukasyah. Lawa nama dia. Muda-muda pun dah berpangkat
doktor falsafah. Aku yakin semua gadis akan ingat sebaris nama itu. Ulang dan
ulang lagi dalam kepala. Aku pandang sekeliling dewan kuliah. Dan telinga aku
menangkap desas-desus yang mengandungi pujiian melambung untuk mamat tu. Muka yang
bersinar-sinar pandang Dr. Hilman tak payah cakap la.
“Baby mana kau ni?” soal Sabiha. Dr.
Hilman yang tengah membebel pasal apa yang akan diajar itu tak dipedulikan.
“Nantilah
aku cerita.” Aku jawab malas. Tiba-tiba merudum jatuh semangat aku nak belajar.
“Handsomekan dia? Tak sangka dia ajar
subjek ni juga. Memang hot kut!”
Ya..
hot sangat sampai aircond dewan kuliah ni pun tak boleh
nak sejukkan.
Aku
pandang sebelah. Mata Sabiha tak berkelip pandang depan. Mulut sengih lebar.
Habislah semua anak dara dalam kelas ni. Terkena sumpahan mamat magnet tu.
Magnet? Ya.. sebab semua mata perempuan tertarik nak pandang dia je.
Kecuali
aku! Kalaulah peristiwa di depan 7-Eleven dulu tidak terjadi, mungkin aku pun terjebak
sekali. Satu perkara yang aku sebal. Mamat yang bermulut puaka dulu
berpangkatkan Doktor PhD rupanya.
“Saya
rasa mostly dalam kelas ni dah di
tahun akhirkan? Subjek ni memang nampak bosan, tapi sangat membantu untuk final year project nanti. So better pay attention in every class.”
Dia mula bersuara.
“Luckily, subjek ni takde final exam. Cuma kena submit project in group. Satu group
empat hingga lima orang. 95% continuous
assessment including 30% assignments, 10% project presentation, 5% mid-term test
and 50% written report. Another 5%? Bonus. Lima peratus tu besar juga.
Boleh jadi penentu dari gagal kepada lulus, C kepada B. A- kepada A. Tanpa A,
takde pointer 4 flat, tahu? Jadi,
pandai-pandailah behave dalam kelas,
ya?”
Err..
kenapa aku rasa mata dia tengok aku masa dia cakap ayat terakhir dia tu?
“Oh,
ya! Jangan ingat mentang-mentang subjek ni takde final, awak semua boleh sesuka hati nak datang, taknak datang kelas
saya ni. Kalau bab belajar, saya tak suka orang main-main. Saya sangat strict dengan kehadiran. Three
strikes, I’ll fail you. No compromise.
Just try me.” Dia berkata tegas.
Teguk
liur semua yang mendengar. Dah biasa dengar daripada mulut pensyarah lain. Tapi
bila keluar daripada mulut dia, kenapa kesannya lain? Macam seram je!
“Berbalik
kepada group project, saya nak briefing sikit. Projek subjek saya
senang je. Tajuk bebas. Nak ada relationship
dengan course awak boleh, tak ada relationship pun boleh. Just summarize ten journals into five
thousand words writing. Easy.”
Kedengaran
suara halus tak puas hati. Telan liur aku. Summarize
dia sampai lima ribu patah perkataan? Tu easy
dia?
“Well.. I’m not going to make it easy to you.
This subject has no final examination. Thus, you have to give one hundred
percent commitments and work hard to earn high marks. Tapi, jangan risau.
Kalau awak ikut apa yang saya cakap, saya grenti A dalam tangan. Ada soalan?”
Dr.
Hilman pandang kami semua. Dewan kuliah sunyi.
“Dalam
kelas ni ada berapa course ya?” Aku
dengar Dr. Hilman bertanya lagi.
Sekali
lagi dia pandang ke arah sini. Aku rasa nak dekat sepuluh kali jugaklah mata
kami berlaga. Atau semua ni perasaan aku?
“Lima?
Hmm.. banyak juga ya. Macam biasalah,
saya nak nombor telefon seorang representative.
Tak kisahlah mana-mana course pun,”
katanya lagi.
Permintaan
biasa daripada seorang pensyarah tiap kali masuk semester baru.
“Anyone?” soalnya lagi. Kemudian dia
duduk di hujung mejanya sambil menyilangkan tangan ke dada. Mata memandang
sekeliling dewan kuliah.
Sunyi.
Semua memang malas kalau bab-bab macam ni. Termasuk aku.
“Oh.. I
really hate people with no confidence and afraid of commitment…”
Okey..
aku rasa dah memang termaktub dalam kromosom Y dia yang mulut dia memang macam
tu. Bercakap apa yang dia rasa. Tak hipokrit. Berbisa. Tapi penuh yakin.
“So.. let’s call a name.” Dia capai
kertas kehadiran yang belum diedarkan lagi.
“Hmm.. kita cari nama yang unik dan
cantik sikit.”
Unik?
Argh… aku paling benci kalau orang
bercakap pasal nama unik, pelik, aneh dan anak-beranaknya ni. Cantik? Okey..
nama aku memang tak tergolong. Patut ke aku rasa lega?
Dada
berdebar bila aku tengok dia belek-belek kertas kehadiran tu. Makin belek ke
belakang, makin jantung macam nak pecah. Tolonglah jangan panggil nama aku! Nama
aku tak unik apatah lagi cantik.
Tolong
jangan nama aku! Tolong jangan nama aku! Tolong jangan na..
“Tristin
Hazel binti Tahir.”
Shit!
“Mana
Tristin Hazel binti Tahir?” Matanya meliar ke sekeliling dewan kuliah.
Kurang
asam! Punyalah beratus nama dalam senarai tu, kenapa nama aku jugak yang dia berkenan?
Terima kasih pada dia, sekarang ni seluruh kelas ni dah kenal nama aku. Dia dah
jadikan aku juara nama paling unik dan cantik di antara hampir dua ratus orang ini.
Terima kasih sangat-sangat!
Lambat-lambat
aku angkat tangan. Nasib malang memang kekasih aku! Dia pandang aku. Aku nampak
dia pun macam tak sangka terseru nama aku. Ya, baby! Sayalah Tristin Hazel. Tak percaya ke? Kita.. memang ada
jodoh, kan? Huh.. aku benci kebetulan!
“Awak
yang teringat baby kat rumah tadi,
kan?” soalnya. Buat-buat tak kenal pulak dah si baby ni! Gamat dewan kuliah tu dengan gelak para pelajar. Huh..
entah apa yang lawak. Aku diam.
“Tristin?
Hazel?” Aku tak tahulah maksud dia apa. Tapi aku dengar macam dia tanya apa yang
dia patut panggil aku.
“Hazel.”
“Okey,
Hazel, boleh jadi class representative?”
Aku tak dengar suara dia tu macam soalan. Tapi lebih kepada arahan.
“Okey.”
Separuh hati aku setuju. Macamlah aku ada pilihan lain.
“With that, 5% bonus mentioned earlier is
already yours.”
Waa..
seriously? Jangankan aku, semua orang
pun terkejut. Kedengaran suara beberapa orang bersuara. Sesetengah luahkan
kekesalan sebab tak jadi wakil kelas. Itulah.. siapa suruh tak gatal angkat
tangan tadi? Takdelah dia nak seru nama aku. Macam tak percaya, macam tu je dia
bagi aku lima peratus. Tak payah nak tunjuk rajin depan dia.
“Okey.. lepas kelas lepas ni, bagi nombor
telefon awak kat saya,” arahnya lagi.
Eleh..
cakap je la kau memang nak nombor telefon aku, kan?
“Biasanya
saya akan hubungi class representative
kalau kelas batal atau kalau saya ada benda penting nak cakap. Jangan risau.
Saya takkan mengurat awak,” katanya lagi sebelum bagi senyuman versi pencair
hati. Tapi, masuk je kornea mata aku terus jadi sinis.
Aku
dengar ramai yang gelak. Aku pulak yang rasa malu. Macamlah aku nak dia mengurat
aku. Aku ni dah ada tunang, tahu?
“Wakil-wakil
kos lain pandai-pandailah update
dengan Hazel ya? Okay.. shall we start
our first topic?”
---------
Lepas
habis kelas, cepat-cepat aku kemas barang. Nak cepat-cepat berambus dari dewan
kuliah ini. Sesak nafas tak sudah-sudah dengan kewujudan Dr. Hilman ni.
Sumpah.. aku kena berdiri di tepi pokok lepas ni. Nak sedut oksigen puas-puas.
“Aku
tunggu kat luar.”
Belum
sempat apa-apa, aku tengok Sabiha dah jalan keluar. Otak baru mencerna maksud
ayat Sabiha. Baru teringat aku kena jumpa Dr. Hilman sebab nak bagi nombor
telefon aku. Cis! Sia-sia je aku kemas beria-ia tadi.
Aku
mengeluh. Seorang demi seorang beransur keluar dari dewan kuliah ni. Kemudian
pandang meja pensyarah yang berada di tegah-tengah dewan kuliah itu. Dr. Hilman
masih dikelilingi oleh beberapa orang pelajar perempuan yang nak bertanya
soalan.
Perlahan-lahan
aku berjalan turun. Aku duduk di atas sebuah kerusi di barisan paling depan.
Menunggu mereka semua habis. Lima minit berlalu, tak nampak langsung
tanda-tanda nak habis. Hish.. tak
boleh jadi ni. Aku merapati mereka semua.
“Ehemm..”
Aku berdehem sebab nak dorang tahu aku wujud kat situ. Klise kan?
Klise-klise
pun, berjaya jugak. Empat kepala pandang aku. Dr Hilman mengangkat kening. Muka
tiga perempuan tu aku nampak macam nak sula aku sebab aku kacau mereka. Huh..
peduli apa aku. Kau nak tanya soalan, tanyalah sampai subuh besok pun. Tapi, bagi
aku cakap dengan Dr. Hilman tu seminit sebab aku nak balik rumah!
“Tadi
Dr. nak nombor telefon saya, kan?” soalku.
“Oh..
ya.. ya..” Aku tak tahu dia sengaja buat-buat lupa atau memang kena amnesia
lepas dikelilingi tiga perempuan tu.
“Kita
bincang next class, boleh?” Aku
dengar Dr. Hilman berkata kepada mereka.
“Eh,
boleh.. boleh..” Senyum manis yang dibuat-buat oleh si tukang jawab yang aku
tak tahu nama tu. Bila lalu depan aku, sempat dia jeling sedas.
Apa
masalah minah ni? Elok-elok mata boleh jeling, ada jugak aku backhand sampai juling karang!
Dan
sekarang, tinggallah kami berdua.
Awkward…
Sabiha..
kenapa kau tinggal aku?!
“So.. Hazel?”
Dia
berdiri dari tempat duduknya dan berjalan ke arahku. Berhenti betul-betul depan
aku, sebelum duduk di hujung meja sambil meletakkan kedua-dua tangan di
sebelahnya. Automatik aku berundur setapak sebab jarak kami agak rapat. Semerbak
bau minyak wangi yang dia pakai. Wangi. Tergugat iman aku.
“Kenapa,
Hazel? Takkan takut dengan saya kut?” Suara dia cuma biasa-biasa. Tapi tak tahu
kenapa aku rasa sekarang ni dia tengah seronok gelakkan aku. Betapa berbezanya
aku sekarang ini dengan aku tiga hari yang lepas.
Huh..
kalaulah dia bukan pensyarah aku dan kalaulah tak wujudnya perkataan hormat..
“Dr.
nak nombor telefon saya sekarang atau saya bagi next class?” soalku tanpa jawab soalan dia. Bersedia nak cabut.
Aku
dengar dia ketawa. Macho. Cantik lesung pipit dia. Arghh.. apa aku merepek
petang-petang ni? Mental aku kalau lama-lama berdiri di depan dia ni.
Aku
nampak dia keluarkan iPhone 6s dari poket seluarnya dan dihulurkan kepadaku.
Teragak-agak aku mengambilnya. Patut ke aku selfie
sekeping? Aku pegang telefon Dr. Hilman wei! Menangis perempuan lain kalau tengok
ni aku rasa.
Dia
nak aku masukkan sendiri ke apa? Ya la kut sebab tu dia bagi aku. Aku terus masukkan
nombor telefon aku. Rasa macam kena sampuk Parkinson, menggigil-gigil tangan
aku. Nasib baik tak jatuh telefon mahal orang itu. Kenapa dengan aku ni?
“Err..
saya nak save nama apa ni?”
Menyesal
aku rasa lepas tanya soalan itu. Sepatutnya tak payah tanya. Bagi je la telefon
tu balik kat dia. Lepas tu terus blah. Lantaklah dia nak letak nama apa pun.
Bibirnya
tersungging sinis.
“Sedari cikebong cikebong?”
Sekali
lagi, menyesal aku tanya dia! Aku tarik nafas dalam-dalam. Dia sengaja nak
kenakan aku! Agaknya dia masih berdendam pasal tiga hari lepas. Selagi dia tak
ungkit, aku akan terus buat tak tahu.
Aku
diam sebelum bagi balik telefon dia. Nampak dia tekan-tekan skrin telefon tu. Tak
tahulah dia letak nama apa. Entah-entah betul dia letak nama aku sedari cikebong cikebong. Okey… sekarang
aku rasa menyesal sebab dah perkenalkan perkataan itu dulu!
“Awak
bagi nombor awak, bukan nombor mak awakkan?”
Hah?
Aku ternganga. Dia ingat aku ni apa? Apa kejadahnya aku nak bagi nombor telefon
mak aku kat dia? Boleh dia fikir sampai macam tu? Sebab ingat aku nak lari
daripada dia ke apa? Tapi.. bila difikirkan balik, bernas juga idea dia.
Kenapalah aku tak bagi nombor telefon mak aku kat dia?
“Nombor
telefon sayalah.” Aku tetap jawab.
“Good.” Dia senyum. “Awak boleh pergi.”
“Okey..
terima kasih, Dr.” Huh.. sopannya aku! Terus aku angkat kaki. Cari Sabiha yang
tengah menunggu aku di luar dewan kuliah.
“Weh..
lama gila! Apa kau buat dengan Dr. hot
tu?” Sabiha sengih mengusik. Rasa nak tampar je biar bergolek mulut dia masuk
longkang. Baru aku nak jawab, aku dengar isyarat mesej masuk di telefonku.
Terus aku capai dan buka.
Kita masih punya hutang.
Gulp!
Aku telan liur. Mesej tak bernama. Tapi kenapa aku rasa aku tahu itu nombor siapa?
“Kau
dengar tak ni?” Sabiha naik angin.
“Jom..
kita balik.” Aku cepat-cepat heret tangan Sabiha. Sebelum tukang hantar mesej
tu keluar dari dewan kuliah.
-------------
“Dr.
Hilman Ukasyah bin Dato’ Uzair, umur baru 27 tahun. Baru je grad Doctor of Philosophy degree in Applied
Mathematics dari MIT. Waa..
muda-muda lagi dah dapat PhD. Aku rasa dia genius la.” Bukan main semangat aku
dengar Sabiha bercerita.
Aku cuma bukak cuping telinga lebar-lebar.
Sikit pun tak teruja dengar semua itu. Masuk telinga kanan, keluar telinga
kiri. Kalaulah apa yang dia cakap tu ibarat kertas, memang aku gumpal-gumpal
masuk tong sampah.
“Waa..
hebat betul latar belakang Dr. Hilman. Nama dahlah sedap. Muka handsome, muda, anak Dato’ pulak tu.
Genius lagi. Pakej kut. Dan yang penting, dia belum kahwin lagi. Tiada rekod
tentang playboy. Untung siapa yang
dapat dia. Single and available,”
sambung Sabiha lagi.
Geleng
kepala aku yang dengar. Mana kawan aku dapat semua maklumat ni? Cekap dan
berinformasi. Kalau bab mengorek rahsia, memang aku tabik dengan Sabiha ni.
“Single, ya. Available, aku rasa tak kut,” balasku. Saja nak patahkan
angan-angan Sabiha dan semua budak perempuan lain. Sebab aku masih ingat lagi
si darling Dr. Hilman. Kalau dah berdarling berbaby tu, takkanlah takde
apa-apa kut?
“Mana
kau tahu?” Sabiha pelik.
“Kau
ingat tak minggu lepas, yang aku gaduh dengan sorang mamat ni depan 7-Eleven?”
soalku. Dia angguk.
“Kalau
kau nak tahu, mamat tu adalah orang yang sama dengan Dr. Hilman kau tu.”
“Seriously?” Sabiha hampir menjerit.
Berpaling jugaklah budak-budak lain yang duduk dua tiga meja di sebelah kami.
“Yalah.
Takkanlah aku nak tipu pulak.”
“Kenapa
baru sekarang kau cerita?” Sabiha tak puas hati.
“Sebab
baru ada mood. Otak aku ni tengah
terima hakikat lagi tahu? Payah otak aku nak setuju yang mamat kurang ajar tu
adalah lecturer aku.”
“Weh,
heaven gila! Kenapa bukan aku je yang
langgar dia dulu? Kalau tak, mesti sekarang ni dah mula bibit-bibit cinta aku
dengan dia,” kata Sabiha lagi. Seronok cipta hikayat cinta sendiri.
Aku
gelak. Tak payah nak bibit-bibit cinta sangat la. Cukup kena jerkah di depan
7-Eleven tu, bukan terbibit tapi terberak aku rasa.
“Dan
masa tu, aku jumpa dia dengan kekasih dia.” Saja nak musnahkan lagi bibit-bibit
cinta yang belum berbibit itu.
“Cis..
hancur harapan aku!”
Aku
gelak lagi.
“Cantik
tak girlfriend dia?” Sabiha ingin
tahu. Aku cuba ingat balik wajah darling.
Tak berapa nak ingatlah. Kalau dia ada depan aku, aku rasa aku boleh cam. Tapi
yang aku pasti, dia memang cantik.
“Kau
tengok Dr. Hilman la. Mestilah dia pilih yang sepadan dengan dia,” jawabku
malas. Kalau dah enggang, takkan nak pilih burung hantu kut?
“Oh,
aku patah hati!” Sabiha buat muka sedih. Aku cuma ketawa. Bukan kau sorang je,
Biha. Aku rasa semua perempuan lain yang tahu pun akan rasa macam tu.
“Kenapalah
dia dah ada girlfriend? Tapikan, baru
girlfriend. Bila-bila masa boleh
putus, kan?” Sabiha sengih jahat.
Aku
cuma dengar. Belum apa-apa dah doa dorang putus. Haha.
“Orang
genius matematik macam Dr. Hilman tu mesti cari orang yang sepadan dengan dia
kan? Girlfriend dia tu entah-entah
genius jugak.”
Aku
tadah telinga lagi.
“Nama
girlfriend dia apa?” soal Sabiha
lagi.
Aku
angkat bahu lagi. Manalah aku tahu. Tapi Sabiha tak nampak.
“Hazel..
kau dengar tak ni?”
“Apa?”
Aku naik angin. Rimas bercakap pasal Dr. Hilman ni.
“Aku
tanya ni, nama girlfriend dia apa?”
“Algebralina.”
“Algebralina?”
Nampak muka Sabiha terkejut.
“Dah
kata dia suka math. Algebralina la
kut nama makwe dia.”
Pap!
Tapak tangan Sabiha dah singgah kat bahu aku. Aku gelak.
“Main-main
kau ya?”
“Dah
kau tanya aku, siapa suruh? Manalah aku tahu.” Aku marah dia. Tanya lagi pasal
Dr. Hilman. Memanglah dia tu jiran aku!
“Tapikan,
aku rasa aku macam pernah nampak la muka dia. Kat mana ya?” Aku nampak Sabiha
macam cuba mengingat sesuatu.
Huwargh!!!! Knapa sabiha mcm penah jumpa hilman ni?? Hukhuk.. angau pulak lah aq.. time nk final exam la aq jmpa karya termasyuh cenggini.. hukhuk
ReplyDeleteAlaaa akak keep update ok?! hahaah sy sukee gile novel-2 akak . Fuhh selalu ternanti nanti akak update. Best aa alpha ni .
ReplyDeletewaa..best!!! keep going kak anjell!!!...nak tanye..apa maksud alpha male??
ReplyDeleteGood Novel...awal2 dah buat abe gelak guling2, congrate dik Anjell...doktor genious...
ReplyDeletekenapa applied maths????? huarghh dr, kenapa x jadi lecturer kat uitm, boleh saya jadikan supervissor...hahahha... i'm a maths student too...hahhahaha
ReplyDeleteAnjell..thank you soo mych! This is great! Akak super excited baca bab 2 ni! Tahniah Sis..bab 1 & 2 sgt2 mengujakan..akak doakan terus ada banyak idea utk Cerita alpha male ni
ReplyDeleteTd ptng bkk blog ni then bce bab1 alpha male ni..tup tup ble bkk blik da update bab2...mmg kuat sgguh jeritan batinku haaa...anywy thniah utk nvl y akn dtng n idea utk nvl alpha male..smge idea mncurh2 utk trus bkarya...
ReplyDeleteserius cuak gila kalau dah yg cari gaduh tu lecturer sndiri. wakaka.
ReplyDeletebest sgt..tq..
ReplyDeleteHihihi my baby youuuu
ReplyDeleteNiceee. Keep it up anjell. Me likeeeee 👍👍
ReplyDeletebest novel ni! tapi asyik tersalah baca nama kawan dia jadi sahiba... macam mana ni? :P
ReplyDeleteMakin syok lak .....tunggu next n3...
ReplyDeleteNAK LG PLEASE......
ReplyDeletewaaaa...tak menahan rasa dah Hazel di buatkan Dr.Hilman....sesuai sangat dgn Hazel, dah nampak bibit2 panad sejuk lps ni....nakkkk lagiii...cepatlah jadikan novel ni...nakkkk beliiii weiii💋
ReplyDeleteBestt gilaaaaa!!!!!xsabar nak baca novel seterusnya😀😀😀akak anjell terbaikkkkkk😍😍
ReplyDeleteHeaven tak tau nk ckp ape....
ReplyDeleteBest!!!
ReplyDeleteBest sis..nak lagi
ReplyDeletehahahaha saudari ckebung cikebong ye....kelakar2...
ReplyDeletebest ... nak lagiiiiii
ReplyDeleteWahhh , da lama ternanti2 en3 ne , bestttt sgt .. kak anjell pny karya sume yg sdap jer mata mlayan , ha'ah btw alpha male tuh apa ?
ReplyDeletelusa final exam. terjumpa karya baru kak anjell plak.. Habisla sy termasuk dunia Alpha Male ni. hehe.. update cpat2 ya? huhu.. Aja.. Aja.. Fighting!! tk sabar nk tau kat mana pulak Sabiha penah tgk Dr. Hilman tu..
ReplyDeleteI C.A.N.T S.T.O.P L.A.U.G.H.I.N.G HAHAHAHAHAHA "nak save nama apa ya" "sedari cikebong cikebong" omg hero baru ai
ReplyDeleteAnjelll...nak bab 3 pleaseee...cpt2 laa update ye 😊
ReplyDeletex sabar tunggu bab 3..huu..anyway kak anjell,congrats.dan saya doakan akak mendapat idea yng bernas..hehe..nnti novel nie dah keluar di psaran,bagitau saya tau..hehe..konfem pegi cari punya..
ReplyDeleteNak bab3 pls 😭😭
ReplyDeletetiap2 hri buka blog Anjell nk bce bab strusnyee.. 😂 jgn la dera prasaan ni.. 😂
ReplyDeleteNext en3 plezzzz..
ReplyDeleteNext en3 plezzzz..
ReplyDeleteBest sgt3...next en3 plzzzz
ReplyDeleteupdate plisssssss
ReplyDeleteAlmost 2 weeks dh tgu update! Terseksa jiwa dan raga..hahaha..plis..update cpt ckit T T. .x sabo dh..bergolak jiwa nih..
ReplyDeleteBest sangat..my baby dr. hilman...
ReplyDeletealpha male? lelaki pertama? i wonder huhu... btw, nice sangat citer ni.. tak sabar nak tunggu sambungan ^,^
ReplyDeleteKak anjell bile nk ada bab 20??
ReplyDeleteHuwaaaaa lama dah cari novel ni. Selalu takde 😭😭😭😭😭😭😭
ReplyDeleteAssalam kak Anjell��saya nak tanya ni,macam mana akak buat novel suamiku paling sweet,Tundukkan Playboy itu,hero seorang Cinderella dan lain lain tu jadi sebuah buku?Akak tulis dalam apa?Dalam blog ni ke?Ke akak kena jumpa dengan orang yg berkaitan dengan penerbitan novel?Tolonglah kakak..��
ReplyDelete..bagitahu saya��.Saya pun teringin nak jadi macam kakak.Saya dah ada idea nak tulis apa.Harap akak boleh bagitahu saya.BTW,saya memang suka sangat novel kakak.Sangat best��