BAB
3
“Aku
rasa aku macam pernah nampak la muka dia.” Masuk kali ni, aku rasa nak dekat
sepuluh kali jugaklah aku dengar Sabiha ulang ayat sama.
“Dah
dia kat kampus ni, mestilah kau pernah terserempak dengan dia kat mana-mana.”
Aku jawab. Karang kalau aku diam, mesti dia ulang lagi ayat tu untuk kali kesebelas.
“Bukanlah.
Bukan dalam kampus ni.”
“Dah
bukan dalam kampus, kat luar kampus la kut.” Aku jawab malas. Sedut air
seringgit yang baru dibeli di kafeteria tadi. Hari ni mood aku nak melepak di bilik Sabiha sebelum balik rumah sewa. Sabiha
memang tinggal di kolej kediaman kampus ini.
Sabiha
cuma diam. Tenggelam dalam dunia dia. Gigih betul mengingat di mana dia jumpa
Dr. Hilman itu. Sepanjang Dr. Hilman muncul dalam hidup aku, hari-hari aku
dengar nama dia. Bosan pun ada.
“Haa!”
Aku
terkejut bila dengar suara kuat Sabiha tu. Nasib tak tersembur air yang aku
minum. Aku pandang dia. Muka bercahaya menunjukkan apa yang dicari dah dijumpa.
Alhamdulillah.. akhirnya! Tak payah dah aku nak dengar soalan dia yang
kesebelas.
“Aku
ingat dah! Aku tahu dah kat mana aku pernah nampak muka dia.”
Belum
sempat aku balas apa-apa, Sabiha dah bangun. Dia selongkar barang-barangnya
sementara aku pula lebih selesa menjadi pemerhati. Apalah kawan aku buat ni?
Nasib baiklah dalam bilik. Kalau di luar, mesti orang dah ingat adik beruk
sebab panjat-panjat macam tu.
Tak
lama lepas tu, dia datang balik bersama sesuatu. Macam majalah. Majalah apa,
aku tak tahulah pulak. Dibelek-belek majalah itu. Sengih lebar dulu sebelum
majalah itu dibentangkan di depan aku.
“Haa..
kan betul! Ni.. kau tengok gambar ni!” Bukan main bersemangat Sabiha.
Aku
pandang apa yang ditunjukkan Sabiha.
“Kenapa
kasut ni warna merah?” Aku soal Sabiha.
“Ya..
Allah, kau ni! Aku suruh tengok gambar orang ni, bukan gambar kasut kat iklan ni!”
Suara Sabiha macam nak terajang aku dari tingkat lima kolej kediaman ini. Aku
gelak.
“Cakaplah
awal-awal suruh tengok gambar orang. Ni pun gambar jugak.” Lagi aku menjawab.
Taknak kalah.
“Kau
ni, bukan nama je pelik. Perangai kau lagi pelik aku rasa. Ni kalau aku tunjuk benda
ni kat orang lain, mesti orang tahu aku suruh tengok gambar orang ni. Sebab
semua orang akan setuju gambar ni jauh lebih menarik daripada kasut ni. Takde
la pulak nak tanya aku kenapa kasut ni warna merah,” bebel Sabiha geram.
Aku
ketawa lagi. Kemudian kembali sedut air kelapa bila tekak rasa kering sebab
asyik ketawa. Mata pandang gambar yang ditunjukkan Sabiha. Terkejut. Terkejut
sampai nak tersembur air yang aku minum tadi. Tapi aku sempat tahan sebelum menelannya.
Meleleh sisa air di hujung bibir sebelum menitik ke atas majalah itu.
Cepat-cepat aku sapu.
“Kut
ya pun nak drooling, tak payahlah
sampai menitik atas majalah aku ni. Nasib baik tak kena muka dia.” Sabiha
mengusik.
Aku
buat tak layan dengan usikan Sabiha itu. Banyak la dia punya drooling.
“Baik
drooling la daripada aku sembur
betul-betul kat muka kau, kan?” balasku. Sabiha ketawa.
Buat
tak peduli dengan Sabiha, mata mula meneliti. Gambar seorang lelaki yang
memakai seluar jeans dan berkemeja hitam yang agak sendat dan mengikut bentuk
tubuh badannya yang penuh maskuliniti itu. Gaya yang penuh metroseksual. Wajah
penuh keyakinan dan keegoan tanpa senyuman. Pandangan mata yang boleh tembus
kalau masuk jantung mana-mana anak dara orang.
Itu
gambar pertama. Gambar kedua, wajahnya lebih lembut tapi tetap terserlah aura
kelelakiannya. Kalau gambar pertama menyerlahkan keegoan lelakinya, gambar
kedua pulak membayangkan dia adalah seorang yang mesra. Senyum manis dan macam
biasalah, lesung pipitnya memang cantik.
Wow..
ni orang yang sama yang mengajar aku subjek Research and Statistics tu ke?
Terkedu jugak aku seminit meneliti gambar yang ditunjukkan Sabiha tu.
“Haa..
kan betul! Memang dia, kan?” Suara Sabiha buatkan aku kembali ke alam nyata.
Aku angkat muka pandang Sabiha.
“Cuba
kau baca. Memang kena dengan dia aku rasa. Alpha
male,” kata Sabiha lagi.
“Oo..
patutlah dia macam tu!”
“Patutlah
dia macam mana?”
“Macam
serigala.”
“Hazel..”
Suara Sabiha bergetar amaran.
“Aku
cakap je. Yalah.. alpha-alpha ni biasanya aku jumpa dalam cerita werewolf,” jelasku sebelum aku
betul-betul kena terajang dari tingkat lima ni.
“Tu
la.. baca lagi cerita-cerita tahyul macam tu.” Giliran Sabiha pula membebel.
Mana
ada tahyul. Pasal werewolf la. Nak je
aku jawab macam tu, tapi aku cuma diam. Laju
mata membaca tulisan yang tertera di sebelah gambar lelaki sempurna itu.
Sejauh manakah anda sebagai Alpha Male?
Bergelar Alpha Male adalah salah
satu pencapaian tertinggi bagi golongan lelaki. Dilabel sebagai Alpha Male, Dr.
Hilman Ukasyah tidak pernah sekali pun merasakan dirinya sesempurna apa yang seperti
dibayangkan oleh orang lain …
Artikel
itu menceritakan tentang diri Dr. Hilman. Latar belakang dia pun ada terselit
serba-sedikit. Daripada apa yang aku baca, aku tahu ni bukan kali pertama dia
masuk majalah. Bekas model. Dan menjadi model dulu adalah hobi semata-mata. Tak
pernah terlintas untuk kembali ke profesion itu setelah serius berkecimpung
dengan dunia pendidikan.
Lepas
tu puji-pujian melambung daripada editor majalah itu untuk Dr. Hilman macam
biasalah, wajib ada. Itu yang yang majalah tu cakaplah. Bukan aku.
“Wow..
lecturer kita bekas model kut.” Aku
dengar Sabiha puji. Aku cuma diam. Tak rasa nak komen apa-apa. Dah orang
lengkap pakej macam dia tu, tak pelik la kalau jadi model. Kalau aku yang jadi
model, itu yang pelik.
Aku
sambung baca.
Alpha Male kebiasaanya menjadi
tumpuan wanita. Namun, ramai yang menganggap mereka sombong sedangkan hakikatnya
mereka tidak pernah tertarik pada tumpuan yang diberikan atau tidak menyedari
diri mereka menjadi tumpuan. Sedar ataupun tidak, kebanyakan wanita mengakui
ciri-ciri idaman lelaki mereka adalah seorang Alpha Male…
Huh..
ya la tu! Tahu ke tak maksud alpha male
tu apa.
Jika anda seorang pria yang mencari
cara untuk memikat hati sang gadis, menjadi seorang Alpha Male mungkin dapat
membantu anda. Ayuh kita lihat 25 ciri yang ada pada seorang Alpha Male.
Aku
tergelak sendiri. Macam tahu-tahu je, majalah itu dah jawab keraguan aku.
1.
Dia
adalah dia. Seorang alpha male selalu menjadi dirinya sendiri, malah sangat
selesa dengan dirinya sendiri.
2.
Kegagalan
itu bukan satu masalah besar dan sangat optimistik. Alpha male tidak pernah menyesal
dengan keputusannya.
3.
Tidak
takut menjadi ketua malah dia memang dilahirkan untuk menjadi seorang ketua.
4.
Bijak,
berani dan berkeyakinan tinggi. Alpha male tidak pernah takut untuk
mengetengahkan pendapatnya.
5.
Maskuliniti
melambangkan kekuatan. Alpha male gemar menghabiskan masanya untuk membina
susuk fizikal yang menawan.
Tak
larat dah aku nak baca dua puluh ciri lagi. Setiap ciri yang aku baca, mesti
terbayang Dr. Hilman. Macam yang majalah tu cakap, semua tu ada pada Dr. Hilman
aku rasa. Makin lama aku baca, makin aku tertarik.
Tak
boleh jadi ni. Ada saka ke apa muka surat ni? Terus aku belek-belek majalah tu
supaya bayangan Dr. Hilman cepat-cepat hilang. Aku baca pada muka surat yang
aku belek tu.
Tips elakkan mati pucuk.
Terus
berkerut kening aku.
“Majalah
apa kau baca ni, Biha?” soalku. Aku tengok kulit depan majalah tu. Maskulin.
“Kau
baca majalah-majalah macam ni?” Tak sempat Sabiha bagi jawapan, aku tanya dia
balik. Terus aku tutup majalah tu. Tengok nama majalah pun dah tahu majalah tu
untuk orang lelaki.
Sabiha
ketawa.
“Bukan
aku punya la. Tu abang aku punya. Aku terambik hari tu.”
Huh..
ya la tu! Memang aku dah tahu kawan aku sorang ni memang miang mengalahkan
buluh.
“Tapi..
apa salahnya? Boleh tengok lelaki-lelaki hot
kut.” Sabiha gelak gatal. Kan aku dah cakap. Tapi, aku kenal Sabiha. Gatal cuma
di mulut. Dan gatal hanya bila dengan aku.
Aku
pandang jam di tangan. Baru perasan dah lewat.
“Weh..
aku balik dulu la. Jumpa esok. Bye.”
-----------
Dalam
seminggu, aku paling benci hari Khamis. Kenapa? Sebab hari Khamis aku akan
bersemuka dengan Dr. Hilman. Aku berharap sangat dalam seminggu cuma ada enam
hari je.
Macam
hari ini. Bukan saja-saja aku nak benci kelas Dr. Hilman ni. Tapi dia yang
buatkan aku benci dengan dia. Bila dia cakap hutang antara kami belum selesai,
dia memang betul-betul maksudkannya. Dalam erti kata lain, dia memang cari cara
nak bayar balik hutang dia tu.
Tapi,
kalau dah dasar alpha male tu, cara
dia memang berhemah. Minggu lepas je, dua kali aku kena. Pertama, dia panggil
aku menghadap kat bilik dia di tingkat sepuluh sebab nak bincang pasal sesuatu.
Bila aku sampai bilik dia, dengan senyum paling lebar dia cakap tak jadi sebab
dia ada meeting.
Tak
rasa nak terajang dia sampai rooftop
ke? Kenapa dia tak cakap awal-awal? Macam kami berdua ni hidup dalam dunia
pra-sejarah yang takde alat komunikasi yang bernama telefon. Penat kut nak
berebut lif datang ke bilik dia di tingkat sepuluh tu.
Itu
kali pertama. Kali kedua pulak dalam kelas dia. Kelas dia petang. Lepas makan,
faham-fahamlah perut tengah nak menghadam makanan tengah hari. Sumpah aku
mengantuk gila dalam kelas dia hari tu. Dan ternyata nasib malang memang
kekasih gelap aku, aku tertangkap tidur.
“Kut
ya pun nak tidur, jangan sampai ternganga.”
Dan
seluruh kelas gelak lepas dia cakap macam tu. Malu gila aku! Malu sampai aku
rasa nak je flush muka dalam jamban. Padahal
apa yang dia cakap tu tak betul pun. Dan sumpah lepas tu, aku dah tak tidur.
Jangan cakap aku, orang lain pun tegak je kepala aku tengok. Dan aku pun dah
sumpah takkan makan nasi masa lunch
pada hari Khamis. Trauma!
Huh..
aku mengeluh! Apalah nasib dapat pensyarah tua tak matang macam dia tu? Dengan
studen dia pun nak cari pasal ke? Tapi.. cari pasal dengan pensyarah sendiri
memang menempah bala. Kenapalah semuanya jadi padaku?
Cepatlah
pukul lima petang. Kelas dia dahlah tiga jam. Terseksa aku menghadap dia.
--------
“Hazelnut butter.”
Aku
berpaling pada Sabiha. Tak sedar dia dah duduk kat sebelah. Baru nampak dia
hari ni. Kelas pagi tadi dia ponteng. Rajin pulak datang kelas Dr. Hilman.
“Kau
datang?”
Sabiha
sengih.
“Sayang
kut nak miss kelas Dr. Hottie tu.” Sabiha gelak gatal. Aku buat
muka.
Kenyataan.
Inilah kelebihannya letak kelas pensayarah kacak pada waktu petang. Student perempuan grenti takkan ponteng
kelas. Aku geleng kepala. Kuat betul aura alpha
male itu.
“Sanggup
kau datang kelas semata-mata nak tatap muka Dr. Hilman?” soalku menyampah.
Kepala digelengkan beberapa kali.
“Sanggup.
Sekali seminggu je wei aku nak lakukan senaman mata. Tak macam kau. Tiap-tiap
hari kena menghadap dia. Kau yang silau ni pun boleh sembuh tau.” Sabiha ketawa
sehabis berkata.
Sekali
lagi aku buat muka. Apa.. ingat aku suka-suka nak menghadap Dr. Alpha Male tu
kalau bukan sebab dipaksa jadi babu dia? Hazel, itu. Hazel, ini. Mengarah je
kerjanya. Tiba-tiba saja cuma aku seorang yang bergelar pelajar Dr. Hilman. Nak
menolak, dia pensyarah. Tak pasal-pasal aku dikata biadap. Nak taknak, reda je
la.
“Waa..
kau pakai spec hari ni?” Sabiha
teruja.
“Ek
eleh.. kecoh la kau ni. Pakai spec je
kut. Tak payahlah nak tayang muka macam aku ni lepas pakai underware kat muka,” jawabku. Macam tak pernah tengok aku pakai
cermin mata pulak minah ni. Memang kenyataannya ini kali pertama aku kenakan
cermin mata sepanjang semester baru dibuka.
Sabiha
gelak.
“Takdelah
macam tu. Sebab aku dah lama tak nampak kau pakai spec.” Sabiha menjawab lepas habis gelak.
Apalah
nak pelik sangat kalau aku pakai cermin mata? Dah mata aku ni ada penyakit
silau, kenalah pakai cermin mata ataupun guna khidmat kanta lekap. Untuk lebih
kurang sebulan ni, aku pakai kanta lekap. Saja nak cuba. Tapi, kanta lekap aku
dah habis. Okey.. kembali menjadi gadis bermata empat. Tu pun kalau aku rajin
pakai cermin mata la. Sebab biasanya memang aku malas nak pakai.
“Haa..
kan cantik. Barulah nampak mata hazel kau tu.”
Aku
mencebik. Memang sebelum ni aku pakai kanta lekap berwarna hitam. Nak buat macam
mana, itu je yang ada di kedai. Hazel
ke, hitam ke, sama je la. Untuk masa sebulan, aku dah tak payah jumpa orang
yang tenung aku lama-lama sebab nak tatap mata pelik aku.
Kelas
kembali senyap apabila melihat langkah bergaya Dr. Hilman menapak ke dalam
dewan kuliah ni. Ya Allah.. tolonglah jangan jadi apa-apa hari ni.
--------------
Lepas
Dr. Hilman tamatkan kelasnya, aku cepat-cepat berkemas. Nak cepat-cepat keluar.
Tapi, terlambat bila suara macho dia
bergema melalui mikrofon dalam dewan kuliah ini.
“Hazel,
sila jumpa saya sekarang.”
Huh!
Tak boleh ke biarkan hidup aku tenang sehari? Tapi.. kalau ikutkan, dia dah
biarkan hidup aku tenang enam hari. Sekali lagi, aku benci hari khamis.
Dewan
kuliah beransur sepi. Sekejap je, semua dah lesap. Kalau bab balik, memang laju
je semua orang. Lambat-lambat aku turun ke mejanya bersama beg yang dah siap
dikemas. Di tangan ada satu buku nota kecil dan sebatang pen. Dr. Hilman tengah
menyimpan barang-barangnya.
“Ada
apa Dr. nak jumpa saya?” soalku tenang. Kalau cakap tak jadi macam hari tu,
memang dengan dia-dia aku sumbat dalam beg laptop
dia tu. Pedulilah dia pensyarah aku ke bukan.
Dia
angkat muka. Lama dia senyap sebelum aku dengar dia menggumam perlahan.
“Oh..
patutlah Hazel.”
“Apa
dia, Dr.?” soalku balik. Dia bercakap dengan aku ke sebab aku dengar dia sebut
nama aku.
“Oh,
nothing!” Dia macam baru tersedar
sebelum kembali pandang muka aku.
Kemudian
dia bangun daripada tempat duduknya. Aku cuma nampak dia berjalan ke satu sudut
sebelum menarik satu kerusi plastik merah.
“Hmm.. minggu depan saya takde.”
Automatik
mulut aku sengih. Cepat-cepat aku kawal lepas nampak jelingan maut daripada Dr.
Hilman. Alamak.. tertangkap pulak dah! Nasib baik dia tak balas apa-apa. Tapi
nak buat macam mana? Dah hati ni macam melompat bulan lepas tahu aku tak payah
jumpa dia minggu depan. Macam zombi dalam game
Plant vs Zombie tu cakap, apa? Yeehaa!
“Duduk,”
arahnya selepas dia meletakkan kerusi merah tu di sisiku. Kerusi ni untuk aku
ke? Kenapa dia tak suruh aku ambik sendiri je? Gentleman?
Dr.
Hilman kembali duduk di kerusinya, bertentangan denganku.
“Saya
takde sepanjang minggu depan. Tapi, tak bermaksud kelas saya cancel. Saya kalau boleh malas nak ganti
kelas. Leceh sebab nanti melibatkan empat kos yang berbeza. Lepas tu nak book dewan kuliah lagi. Saya pun taknak
menyusahkan awak..”
Aww.. so sweet of him! Tapi
kenapa aku rasa apa yang bakal dikatakan nanti akan lebih menyusahkan hidup
aku?
“So.. minggu depan saya nak ada kelas
macam biasa. Bezanya, saya takde. Saya nak awak remind semua studen untuk bawak laptop
dan siapkan tutorial dalam group.
Tutorial tu nanti saya akan e-melkan kat awak hari khamis depan. Siapkan dalam
masa tiga jam tu. Submit via email to me
before five. Lambat submit, tolak
sepuluh peratus.”
“Sepuluh
peratus? Kejamnya.” Aku terus tutup mulutku dengan buku catatanku. Ops!
Dia
jeling tajam. Aku sengih takut-takut.
Mulut..
aku memang kena daftar kau masuk tadika balik rasanya!
“Lima
peratus.”
“Haa?”
Aku dah mula keliru. Kejap sepuluh, kejap lima. Mana satu ni?
“Lambat
hantar, tolak lima peratus.”
Diskaun
5%?
“Oh..”
Hanya itu yang aku cakap sebelum catat dalam buku notaku. Pandai tawar-menawar
rupanya. Kira okeylah lima peratus, daripada sepuluh peratus.
“Ada
apa-apa lagi, Dr.?” soalku lagi.
“Jangan
lupa ambik attendance. Kalau maklumat
tak sampai, awak yang bertanggungjawab.”
Teguk
liur aku mendengar amaran di hujung ayatnya tu. Aku angguk.
“Ada
lagi?”
Bila
aku angkat muka, mata kami berlaga. Dalam-dalam dia tenung aku. Kenapa? Ada
apa-apa yang tak kena dengan muka aku ke?
“Mata
awak memang color ni ke?”
Aku
mendengus. Aku tahu agak biadap, tapi semuanya spontan. Sebab aku memang tak
suka kalau sentuh pasal mata aku. Boleh dia tanya macam tu? Dia pernah nampak
ke orang pakai kanta lekap pakai cermin mata sekali? Lagi nak tanya!
Eh
tak… mata saya sebenarnya warna pink!
Nak je aku jawab macam tu.
“Kenapa?
Nak cakap mata saya pelik ke?” soalku tanpa menjawab soalannya. Bosan. Aku dah
imun dengan cakap orang tentang mataku.
Dia
gelak macho.
“A’aa..
memang pelik pun..”
Cis!
Depan-depan dia ketawakan aku. Sakit hati aku.
“But gorgeous.”
Erk..
dia jujur ke? Tak boleh baca muka dia sebab muka dia sangat selamba. Aku pulak
yang rasa malu. Dia ni.. ada kecelaruan identiti ke? Kejap macam tu, kejap
macam ni.
“Okey,
itu je untuk hari ni. Kalau ada apa-apa perubahan, saya update balik.”
Makin interesting ni..hiii..keep on writing Anjell..this is different from other work
ReplyDeleteNak lagi!!!! Best... Taknak tidur.... Arrrr....sengih smpai telinga... Smpai pagi... Smpai bila².... P/s: #fighting
ReplyDeleteHeheee..terubat rndu kt hilman n hazel nihh...smbg2
ReplyDeleteYeaaa . Akhirnya , ada gakk rinie . Smlm bukak takdak . Hmpa kejap . Rinie bukak excited habis . Good job kak 😘 The Best Best Super Best . Ahahaha
ReplyDeleteBest bestt . tk sabar nk tunggu next n3 . Updatelah cpt cpt eh ehehehe
ReplyDeleteTerpaku hilman tgk mata Hazel.. Hazel. Best sgt.. Hope dapat update lebih kerap. :)
ReplyDeleteNice, gud job.!!!
ReplyDeletewaaahaaaa...dari kerana mata🎵🎶aku tergoda🎸🎤aku tergoda 🎼🎺🎻terbinasa😂😂😂
ReplyDeleteAkak jatuh cibta dgn watak hazel. Hahaahhahah best ahhhh
ReplyDeleteWaaa...Dr Hilman dah tergoda dgn mata Hazel...hoyeeee
ReplyDeleteAda rasa suka kat hazel ke.... dr hilman....
ReplyDeleteAkhirnya ada jgk update. Hari2 tgk ada update ker tk.
ReplyDeleteWow!!! Dr Hilman terpaku melihat mata Hazel.. Kyaaa~ Tk sabar nk tunggu apa plak yg akan jd.
gud...sooooo gud....plzzzx tmbh lagi....x sabo nk tunggu next
ReplyDeletegud...sooooo gud....plzzzx tmbh lagi....x sabo nk tunggu next
ReplyDeleteinteresting...want more.. :-)
ReplyDeletewow interesting.. nak tau apa pandangan Dr Hilman dekat Hazel.... some more Anjell :)
ReplyDeletebest best
ReplyDeletemata hazel ni warna apa sebernarnya ek?
ReplyDeletewarna hazel la
DeleteTerubat rindu kat hazel dgn mr. Alpha Male nih! X puas..nak lagi !
ReplyDeletenak tahu pasal tunang hazel TT.TT anyway, tetap terbaik entry kak anjell :)
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu Bab 4.Terbaiklah Kak Anjell!
ReplyDeleteX sabar nak tunggu bab yg seterusnya....
ReplyDeleteNak lagi!! Best.....:-):);-)
ReplyDeletebest
ReplyDeleteLove your writing... nak lagi best2...
ReplyDeleteOhsem5..... sambung lagiiii
ReplyDeleteaii likeeeee...x sabar utk next entry
ReplyDeleteHaduii kakk bestnyaaa cant wait for next chapter huhu i ship la hazel & hilman heee
ReplyDeletesumpah best! memandangkan exam da abis bleh la baca slalu..anjell mohon update cepat,best niiiiiiiii
ReplyDeletebest3 ! tak sabar tunggu part seterusnyaaaa , hazel lawakk gilaaaa haha
ReplyDeletebukan semua org mate macam tu.....
ReplyDeletelost in your eyes nampaknye...
ReplyDeleteBile nak sambung citer ni anjell.
ReplyDeleteX sabar nya
Akak,rindu nak bacaaa..huhuuuu
ReplyDeletePanasaran tunggu ni...update lagi la Anjell...
ReplyDeleteBest!!! Tak sabar!
ReplyDeleteBestt!! .tp npe tk dtg2 si tunng nye hazel?
ReplyDeleteplease keep writing sbb da lame sy tggu sambungganye.harap anjell trus terbitkan satu buku terus hahahah..sy nak beli
ReplyDelete