BAB
24
Aku
menjerit kecil apabila terasa lenganku tiba-tiba ditarik. Ketika itu aku dalam
perjalanan menuju ke keretaku selepas keluar dari kedai buku. Tiba-tiba terus terasa
adrenalin laju mengepam di dalam salur darah. Bersedia untuk sebarang
kemungkinan. Aku berpusing untuk melihat siapa.
Iwan.
Aku terus pegang dada. Cuba mengatur nafas normal.
Mata dipejamkan sekali untuk menghapuskan rasa takutku ketika ini.
Kuat, Hazel! Kuat! Aku baca manteraku tiap kali aku
rasa takut. Sedikit lega kerana cuma Iwan di depanku. Lelaki yang aku kenal. Apabila
terasa sedikit tenang, terus mata dikecilkan ke arah Iwan. Marah!
“Hazel.” Wajah Iwan sedikit kerisauan apabila
melihatku. Mungkin dia nampak aku yang ketakutan itu.
“Nak apa?” Kasar suaraku. Berlagak kuat. Tak pernah
aku sekasar ini dengan Iwan. Tapi selepas apa yang dia dah lakukan kepadaku
dulu, aku tiada sebab untuk berbaik dengannya.
“Iwan nak minta maaf.”
“What for,
Iwan? The damage is done. Nothing to
be sorry for. No.. you never felt sorry even before,” sinisku dengan suara
bersahaja.
“Iwan cuma rasa Iwan perlu minta maaf dari Hazel.
Iwan tak pernah berniat nak duakan Hazel.” Suara Iwan penuh kekesalan. Wajahnya
ditundukkan ke arah lantai. Malu agaknya.
Huh.. memang patut pun kau tu rasa malu! Kalau
perlu, pergi flush muka kau tu dalam
tandas awam sana!
“Semua orang yang curang ni, memang tak pernah ada
niat. Tak tahu ke? Ini pun minta maaf sebab dah kantoi. Kalau tak? Tunggu
kiamat dulu agaknya baru saya tahu,” sinisku laju.
“Saya tak marah awak nak kahwin dengan Safura, Iwan.
Tapi jangan tipu saya. Seandainya awak cakap yang hati awak dah teralih pada
Safura, saya pasti akan mengalah. Saya takkan terhegeh-hegeh nak merayu pada
orang yang tak nakkan saya,” marahku lagi. Bukan aku la nak merayu pada lelaki
hanya kerana cinta. Aku bukan jenis, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
“Iwan tak pelik ke saya tak terkejut pun lepas
Hilman cerita pasal benda tu?”
Dia memandangku. Matanya sedikit meluas.
“Ya.. sebab saya dah lama tahu. Senang ceritalah.
Seronok saya tengok awak dan dia berpegangan tangan di dalam Mid Valley tu. Saya
pun ada dengan Hilman. Dan jangan nak fitnah kami ada hubungan pulak sebab masa
tu awak pun tahu yang keluar dengan Sabiha. Awakkan OT masa tu.”
“Seronok betul OT dalam Mid Valley tu kan? Macam
belangkas. Tak berpisah dengan Safura. Oh.. patutlah awak suka Safura. Sebab
dengan saya jangan haraplah nak pegang-pegang macam tu. Macam mana rasa kahwin
lepas buat maksiat? Seronok tak?” bidasku lagi.
Puas rasa hati bila lepas semuanya pada Iwan. Dah
lama aku pendam seorang-seorang. Sekali meledak, memang melimpah-ruah lava
kemarahanku.
“And worse, do
you know what was I disappointed in the most? You put the blame on me after
what happened to me. You took my
situation for granted. You scrubbed salts to my wound.”
Aku terus pejam mata seketika. Sakit hati pada malam
itu kembali terasa.
“Kenapa saya berdiam diri? Sebab saya tak nak buka
aib awak. Dan saya juga bukan seorang yang pentingkan diri sendiri. Kalau awak
buat salah dengan saya, awak yang patut cari saya. Bukan saya yang tunjukkan apa
salah awak pada saya. Because if you are
wrong, then you know you are wrong. Dan bila awak tahu awak salah dengan
saya tapi awak tak minta maaf, senang saja. Jumpa saya di akhirat kelak.”
“Sebab tu Iwan nak minta maaf. Iwan khilaf. Iwan
sanggup tebus segala kesalahan Iwan. Kalau perlu, Iwan akan kahwin dengan
Hazel. Kita teruskan majlis perkahwinan kita macam biasa. Iwan boleh selamatkan
maruah keluarga Hazel. Masih belum terlambat.”
Aku gelak sinis. Amboi.. belum pun seminggu kahwin
dengan sepupu aku, dah pasang niat nak madukan dia? Sebab simpati denganku? Banyak
tak handsome muka kau! Kalau aku ni
hati setan, memang aku dah terima tawaran Iwan itu. Biar sengsara hidup sepupuku
itu. Baru dia tahu sakitnya bila cinta dirampas.
Tapi malangnya aku belum sejahat itu lagi.
“Sanggup ke terima buah yang dah ditebuk tupai? Saya
ni dah tak ada dara. Nak ke?” sinisku lancang. Pulangkan paku buah keras.
Terdiam terus Iwan.
“Ni.. datang sini ni, Safura tahu tak? Tak
pasal-pasal timbul pulak fitnah yang kita ni ada hubungan. Awak tu kaki
skandal. Saya tak nak nama saya terpalit sama.”
Melihat dia yang diam tak berkutik, aku tahu yang
sepupu yang aku tak berapa nak sayang itu tak tahu akan kedatangannya. Iwan..
Iwan.. dahlah hubungan dengan aku dah gagal, tolonglah jaga hubungan kau dengan
bini kau betul-betul.
Aku mengeluh lemah.
“Awak betul-betul cintakan Safura?” soalku. Iwan
angguk.
“Ya.. saya sangat cintakan dia. Saya minta maaf
sebab saya lebih cinta dia daripada awak.”
Ya Allah.. sakitnya hatiku mendengar luahan hati
Iwan itu. Hati yang remuk kini berkecai. Rasa nak menangis tapi aku cuba
menahannya.
Kuat, Hazel! Kuat. Aku ulang dalam hati beberapa
kali. Semaksima mungkin muka selamba ditayang.
“Jawab ya atau tak dah la. Tak payah nak buat
pengakuan muntah hijau tu depan saya. Saya tak minat nak tahu. Lagipun semua
orang dah tahu. Kalau tak, awak takkan kahwin dengan dia,” kataku mendatar. Aku
bersyukur tiada gegaran dalam suaraku.
Aku tarik nafas dalam-dalam.
“I forgive you.”
Wajah Iwan jelas terkejut. Kenapa? Pelik sangat ke
aku senang maafkan dia?
“Hazel maafkan Iwan?” Iwan masih tak percaya. Aku
angguk.
“Iwan minta maaf. Jadi saya maafkan. Sebab lepas ni,
Hazel tak mahu ada apa-apa lagi kaitan dengan Iwan. Forgiveness only can be given by those who are strong. I’m strong. I
want to be happy. And to be happy, I have to let go of everything. Forgive,
yes. But forget, never! Lepas ni, jangan cari Hazel lagi.” Sedingin ais
suaraku.
Aku mahu berlalu. Kami dah tiada sebarang urusan
lagi. Namun, baru dua langkah aku melangkah, tanganku kembali direntap. Aku
sedikit terkejut.
“No, Hazel
belum maafkan Iwan. Kalau awak dah maafkan saya, awak akan lupakan semuanya.
Kita masih boleh berkawan.”
“Forgive and
forget are two different things. Tak tahu ke? Balik rumah, pergi semak
kamus. Tahu kenapa saya takkan lupa? Because
a clever bird will never eat the spoilt fruit twice.” Suaraku agak marah.
Berang dengan dia yang sesuka hati memegangku.
“Dahlah Iwan, saya nak balik.” Penat aku nak layan
bekas tunangku itu.
“Hazel,” panggil Iwan. Sekali lagi dia memegangku.
“Apa pegang-pegang ni?” marahku seraya menarik balik
tanganku. Tak suka!
Iwan pula makin eratkan genggamannya. Bila aku cuba
meronta, dia menolak sedikit tubuhku sehingga aku terdorong ke belakang.
Secara automatik aku terbayang kembali apa yang
lelaki dulu pernah lakukan. Dia tolak aku. Dia tindih aku.
Cemas. Takut. Nafasku kian pendek. Dahi pula mula
berpeluh.
“Lepaslah!” jeritku. Suaraku mula bergetar gara-gara
perasaan takut yang teramat.
Terasa pegangan tanganku dilepaskan Iwan. Aku
mengundur setapak. Kedua-dua tangan dibawa ke dada. Supaya dia tidak lagi boleh
menyentuhku.
Itu cuma Iwan, Hazel. Cuma Iwan. Aku ingatkan diri
sendiri. Cuba teguhkan keberanian. Wajahku diraup dengan tapak tangan.
“Hazel, Iwan minta maaf. Iwan tak sengaja. Iwan..”
“Pergi! Tolong tinggalkan saya, Iwan.” Suaraku
seakan merayu. Bila-bila masa aku boleh menangis sekarang ini.
Iwan akhirnya akur. Sebelum itu sempat dia meminta
maaf kerana berkasar tanpa niat denganku. Aku terus berlalu ke keretaku. Sebaik
duduk di dalam kereta, kumuntahkan segala air mataku. Aku biarkannya tanpa
diseka.
Dua sebab aku menangis. Sebab mengenangkan kebodohan
diri yang masih mencintai Iwan. Dan sebab aku belum boleh lupakan sepenuhnya
apa yang jadi pada malam itu. Terasa aku masih lemah.
Lama aku diam sebelum keadaan kembali seperti asal.
Aku tahu aku masih takut. Tapi aku juga tahu yang aku harus kuat. Kalau bukan
aku yang kuat, siapa lagi? Bak kata Hilman dulu, your internal battle is yours to fight. Fight the fear. Only you can change the outcome.
Kuat, Hazel! Kuat!
---------
Lebih
kurang pukul lapan malam, aku pulang ke rumah sewaku. Rumahku gelap-gelita tak
berlampu. Aku tahu yang semua teman serumahku sudah pulang ke kampung halaman
masing-masing. Maklum sajalah, minggu study
week dah bermula. Seminggu masa yang diberikan untuk kononnya study itu.
Aku pula, kalau ikutkan hati memang semalam lagi
terus balik kampung. Tapi malangnya hari ini aku kena berjumpa dengan supervisorku, Dr. Rina untuk
Mathematical Project. Lambat pula habisnya hari ini, jadi aku terpaksa tunda ke
besok untuk pulang ke kampung. Aku memang jarang memandu malam-malam. Lagipun
umiku tak izinkan.
Aku memarkirkan keretaku di bawah garaj. Gugusan
kunci rumah dikeluarkan dari tas tangan lalu satu demi satu kunci kubuka.
Sebaik sahaja salam diberi, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Mula mencari
suis lampu.
Entah kenapa tiba-tiba aku rasa hatiku tak sedap.
Berdebar seolah-olah ada sesuatu yang buruk bakal terjadi. Dalam hati aku
berdoa semoga itu semua adalah permainan perasaanku. Perasaan negatif semua
dihalau ke tepi.
Suis lampu ditekan. Keadaan yang gelap tadi terus
dipenuhi cahaya. Namun, keadaan rumahku yang agak bersepah itu buatkan aku
tergamam. Rasa detakan jantung seakan terhenti sesaat. Tubuhku tiba-tiba sejuk.
Terkaku kuberdiri sambil tangan cuba bersandar pada dinding untuk mengelakkan
diriku daripada tumbang.
Ya Allah.. dugaan apa lagi ni? Aku pejam mata.
Sekeliling rumah itu diperhatikan. Bimbang kalau penceroboh masih ada.
Perlahan-lahan aku berlari keluar. Nasib baik pintu cuma bersebelahan denganku.
Terus aku masuk ke dalam kereta. Pintu habis
dikunci. Aku cuba bertenang. Nafas cuba ditarik untuk mengelakkan daripada
terkena serangan panik.
Hazel, bertenang, Hazel! Aku cuba rilekskan minda.
Apa aku nak buat ni? Sungguh aku takut sekarang ini.
Aku dapat rasakan tiada sesiapa di dalam rumahku tapi aku tak mahu ambil
risiko. Tak mahu sejarah kembali berulang.
Buntu. Tak tahu apa yang harus dilakukan sekarang
ini. Aku bersendirian. Kemudian, telefon dari tas tangan dicari.
Menggigil-gigil tanganku menekan-nekan skrin besar telefon pintarku itu. Aku
skrol senarai kenalan. Terhenti pada nama Dr. Alpha Male. Tanpa berfikir
panjang, terus aku tekan namanya itu.
Tolonglah angkat! Tolonglah angkat! Bagaikan dimakbulkan
pula. Cukup tiga kali bunyi tutt
kedengaran, suara garau Hilman menyambut panggilanku.
“Helo.”
Aku diam.
“Hazel?”
“Hilman.. Awak kat mana?” Tangan masih menggigil,
cuba menahan telefon daripada sujud ke bumi.
“Saya tengah on
the way balik rumah daddy.
Kenapa?”
Aku telan liur. Macam mana ni? Dia tak ada di sini.
Tahu sekarang dia sedang memandu. Mungkin sudah jauh dari sini. Tiba-tiba rasa
mahu menangis.
“Hazel? Kenapa? Awak kat mana sekarang ni?”
“Saya.. saya kat rumah sewa,” jawabku perlahan.
Sepi. Dia pula bagaikan sedang menunggu aku
meneruskan kata.
“Hilman, saya takut!” Terlepas satu esakan ketika
aku ucapkannya.
“Wait for me!” Tanpa ragu, dia
ungkapkannya sebelum talian diputuskan.
-----------
Tiga
jam. Tiga jam masa yang diperlukan untuk selesaikan hampir semua perkara. Cuma
Hilman yang setia menemaniku. Dia yang banyak menolongku. Bukan.. dia yang
lakukan semuanya manakala aku pula bagaikan patung dungu yang berada di
sampingnya. Rasa macam tak tahu apa-apa.
Hilman yang memujukku ketika aku masih ketakutan.
Hilman yang masuk ke rumahku untuk memeriksa semuanya sedangkan aku cuma
mengekorinya dari belakang. Hilman yang menelefon polis. Hilman yang bercakap
dengan polis. Aku cuma menceritakan balik apa yang dah jadi dan menjawab
soalan-soalan apabila ditanya.
Leher dipusingkan ke kanan untuk melihat lelaki di
sebelahku itu. Dia tenang memandu. Ketika itu, kami berdua dalam perjalanan
pulang dari balai polis. Dia masih berbaju kameja kuning cair dan berseluar
slack hitam. Pakaian yang sama semasa aku menegurnya apabila kami berselisih
jalan di lobi bangunan pejabat pensyarah. Wajahnya jelas-jelas kepenatan
setelah apa yang terjadi. Rasa bersalah. Disebabkan aku, tak pasal-pasal dia
terkena tempiasnya.
“Terima kasih, Hilman. Sebab sudi tolong saya. Saya
rasa saya dah susahkan awak.” Aku memecahkan keheningan di antara kami.
“No hallah.
Awak dalam kesusahan. Lagipun awak anak jiran mummy saya. Kalau saya tak tolong, apa pulak saya nak cakap pada
Mak Cik Hajar dan Pak Cik Tahir nanti?” balasnya. Suaranya walaupun jelas
kepenatan namun kedengaran ikhlas.
Bila sebut pasal umi dan abi, terus aku teringat
sesuatu.
“Man, apa yang jadi malam ni, tolong rahsiakan
daripada keluarga saya. Saya tak nak dia orang risau,” pintaku. Aku boleh bayangkan wajah umi dan
abi yang kerisauan.
Dia diam.
“Lagipun, ni hanya kes pecah rumah. No harms done.” Aku meyakinkan dia lagi.
Tolonglah setuju.
“Kes pecah rumah? Awak pun tahukan Hazel yang tiada
kesan mangga rosak. Tiada kesan tingkap dicungkil. Dia masuk pakai kunci. Awak
dah tahu kunci rumah pernah hilang, kenapa tak tukar mangga rumah?” Suaranya
naik sedikit. Marah dengan aku yang cuai dan tak berapa nak cerdik. Sewaktu aku
menceritakan kepada polis tadi pun, rahangnya diketap kuat.
Aku tunduk. Dia betul. Aku langsung tak pernah
terfikir yang kunci rumahku yang hilang dulu mungkin sebenarnya dicuri. Tak
pasal-pasal rumah kena pecah masuk. Pengajaran buat diri sendiri. Aku dah bagi
tahu semua teman serumahku tentang hal ini. Nasib baik semua dah bawa balik
barang berharga masing-masing. Jadi tiada kerugian.
Buat aku tertanya-tanya. Apa motif penceroboh itu?
Mungkin apa yang dicari tak jumpa. Siapa suruh pecah masuk rumah pelajar? Nasib
baiklah aku bawa bersama komputer ribaku. Kalau tak, aku rasa memang menangis
tak bersendu aku.
Aku mengeluh lemah. Penat.
“Bodohkan saya, Hilman? Kalau saya tukar mangga
awal-awal, mesti tak kena macam ni kan?” Ralat.
“Saya tak cakap awak bodoh, Hazel. Saya cuma suruh
awak berhati-hati. It’s your safety we
are talking about. Macam mana kalau sebenarnya penceroboh tu ada dalam
rumah awak. Tengah tunggu awak masuk. Kalau dia ada pisau…” Suaranya berubah
kelat. Aku sempat menangkap suara kecilnya yang menyebut ‘damn it’ setelah itu.
Di balik lampu jalan, nampak betapa kuatnya dia
menggenggam stereng kereta. Mungkin membayangkan segala kemungkinan. Jangankan
dia, aku yang bayangkannya pun boleh berdiri bulu roma. Silap-silap jadi tajuk
depan Berita Harian besok, ‘Pelajar Universiti Mati Dibunuh Dengan Kejam.’ Nauzubillah! Alhamdulillah aku masih
dilindungi.
“Awak nak balik rumah tu ke?” Soalan Hilman itu
buatkan tubuhku tiba-tiba mengeras. Tersedar sesuatu.
Jujur.. aku masih takut untuk berada di dalam rumah
itu sendirian. Sekarang dah lewat malam. Takkanlah aku nak memandu balik ke
kampung. Tak beranilah aku. Nak telefon abi atau abang Thaqif? Nanti mereka
tahu apa yang jadi malam ni. Rumah kawan-kawanku? Siapa yang belum balik lagi
ya? Macam mana ni? Ke tidur hotel aje? Malam ni aje kut. Minta Hilman hantarkan
ke rumah sewa dulu, lepas tu…
“Hazel?”
“Hah?” Aku tersedar dari lamunanku. Terbang habis
segala perancanganku. Hilman dipandang. Dia sedang menunggu keputusanku.
“Oh.. Hmm…
saya sebenarnya masih takut nak duduk dalam rumah tu. Malam ni tidur hotel kut.
Awak tahu kat mana hotel murah-murah?”
“Hotel? Hell
no! Awak tu perempuan. Dahlah tengah-tengah malam. Pergi hotel murah pulak
tu, macam-macam boleh jadi. Security
longgar. Tak selamat. Dah jadi macam ni, tak reti nak berjaga-jaga lagi ke? Don’t you concern about your own safety?”
marahnya. Telan liur aku tengok Hilman naik angin.
“Habis tu? Saya..”
“Balik rumah saya.”
Rahangku jatuh. Kepenatan yang melanda tak buat aku
berilusi, kan? Aku dengar benda yang betul, kan? Mohon ulang sekali lagi.
“Kita balik rumah sewa awak dulu, pack mana yang perlu. Lepas tu ikut saya
balik rumah.”
“Awak gila ke? Takkanlah saya nak balik rumah awak.
Apa orang cakap nanti?” Aku agak marah. Dia ingat aku ni perempuan apa?
Takkanlah aku nak tidur di rumah lelaki?
“Ya Allah, Hazel! Rumah daddy sayalah. Ada famili saya. Ramai. Awak tak perlu nak risau
berdua dengan saya. Takkanlah saya nak ajak awak kalau saya tahu kita berdua.
Saya ni pun masih waras lagi.”
Rumah daddy
dia? Rumah Dato’ Uzair? Teguk liur. Jadi rusa masuk kampung aku nanti, macam
mana? Aku masih berat hati.
“You choose,
Hazel. Either come with me or I send you back to your parents. But definitely
hotel is out of your options. Tapi, kalau masa ni awak tiba-tiba muncul di depan
pintu rumah umi dan abi awak, awak faham-fahamlah risikonya. Dia orang pasti
syak sesuatu.” Pandai betul dia tawar-menawar denganku. Kedua-dua pilihaan itu
jerut leher sendiri namanya. Tapi, yang pertama aku rasa lebih selamat.
“Yalah. Saya ikut awak balik rumah awak. Tapi besok
awak kena janji hantar saya balik rumah sewa saya.”
“Okay, deal.”
Dia menarik nafas lega setelah aku bersetuju mengikutnya.
Aku pula jadi ragu-ragu. Betulkah tindakanku itu?
Takut juga aku nak menghadap keluarga Hilman. Tapi aku persetankan semuanya
itu. Otak terlalu penat untuk ditambah masalah baru.
“Saya rasa
saya malang sangat, Man. Macam-macam jadi kat saya sekarang ni. Dahlah kena
tanggung sorang-sorang.” Sekali lagi aku mengeluh. Kenapa semua jadi masa nak
dekat musim exam dan bila kawan-kawan
serumahku tiada?
“Sleep, Hazel.
You are tired.” Lembut suaranya.
Aku mengikut kata-katanya. Kelopak mata
perlahan-lahan terkatup. Penatnya! Terasa lena mula mengulitku.
“Hazel?” Sangat perlahan suara itu. Seakan-akan
sedang menguji sama ada aku mendengarnya atau tidak. Tapi aku dengar. Dua kali
namaku dipanggil, tapi aku tak larat untuk membuka mata.
“I’m here for
you.” Suara yang sangat perlahan. Bersama itu terlepasnya satu keluhan
kecil.
Hmm..
Mungkin itu semua hanyalah sekadar ilusiku kerana aku terlalu penat.
I'm here for you...aduh duh duh cair betul dgn Dr Hilman
ReplyDeleteHilman sentiasa ada utk hazel..😍..thank you anjell
ReplyDeleteBest.. Thumb up.. Devi dh ada semua koleksi novel anjel.. Tunggu dr. Alpa male keluar pulak
ReplyDeleteBest.. mcm2 rasa bila bca novel sis kali ni. Biasanye sedih, happy n sedih.. kali ni da unsur seram n suspens. Terbaik sis
ReplyDeleteWaaa..! Mntk2 laa umi hazel msk minang hilman... hehehe
ReplyDeleteSaya blh agak mesti hilman suka kat hazel an kak anjell.. Finally, how sweet gila!! Xsabarnya na tunggu next chapter :)
ReplyDeleteNak request novel bulan 4 ni boleh takkkkkk
ReplyDeleteHuhu.... tq dik!'
Best tahap infiniti ni������ novel pliss
ReplyDeleteWaaaaa..Cair cair..I'm here for you������..Concern btul Hilman��������
ReplyDeleteNape pendek sgt ni .... bila nak keluar novel nyer
ReplyDeleteAla....hati kite jatuh tergolek-golek tau
ReplyDeleteMeltingggggggg....Im here for you~~~~
ReplyDeleteAaaa... Im melting larr... X sbrnya nak tunggu Dr. alpha male dm btnk novel. Hrp2 next chapter Hilman serius dgn Hazel... can't wait
ReplyDeleteBaiknya lahai....
ReplyDeleteSanggup baca pelan2 sebab last kan sebelum publish..sweetnya Hilman ni..sanggup juga saya retrace step to chapter 19. Siapa yg dimaksudkan oleh that guy ya bila dia kata "Dia tak layak untuk kau." DIA tu refeering to Hilman ke Iwan ya? Tiba2 musykil. Hahaha..tak sabarnya untuk novel ni.
ReplyDeleteUishh ushh .. sweetnyaa ♥♥
ReplyDeletejerk yg sweettt.... i like!!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletecan't wait for the next chapter.
ReplyDeleteHilman is such a sweet guy. Ofcourse without hazel realize. . Thnks anjell. Sangat bessst!!!
ReplyDeleteomgggg.. lepasni kenal2 dgn famili hilman pulak yayyyy 😂
ReplyDeleteWah... hilman ni pulak berani bawak anak dara orang balik rumah... nanti famili dia kata apa pulak... harap semuanya baik2 aje...
ReplyDeleteThanks Anjell. Penulisan yg santai tp best. Keep it up.
ReplyDeleteThanks Anjell. Penulisan yg santai tp best. Keep it up.
ReplyDeleteAkhirnya...lama menanti episod 24..kak anjel..nak lagi...tak cukupla...sweet sgt dr hilman ni..
ReplyDeletedalam perut ada rama2 la plak..im here for you
ReplyDeleteseries..rasa nk menjerit jer lps bacer chapter ni..aaaaaaahhhhhhhh!!!!!!!!!!!XD
ReplyDeleteBest sangatttttt💞
Deletei'm here for you well kipidap anjell best sgt ni cpat publish tau novel nk jd org terawal grab hmmmmmm
ReplyDeleteHahaha... abis baca komen smua org... mmg tbaik la... Dr.Hilman confess his feeling without Hazel realise it was true... klu waktu nyata...mau pengsan Hazel... Tp rsnya kan mak Hilman dah pernah kata kat mak Hazel nk jodohkan ank depa bdua... rsnya ad tentangan x dr ayah Dr.Hilman or step mom dia? kihkih... ;D
ReplyDeleteSo Anjell... plz help me to recap all those chapter k... can't wait next chapter 25...
Terbaik. Tak sabar tunggu next chapter
ReplyDeletekak anjell sambunglah cerita dheo's pula. nak tahu juga apa sambungannya. takkan prolog jer.....
ReplyDeleteSalam. Saya juga telah khatam kesemua novel keluaran Anjell termasuk Dr. Alpha Male. Terima kasih kepada Anjell yang sentiasa hasilkan karya-karya bermutu. Salam
ReplyDeleteVery Nice And Interesting Post, thank you for sharing
ReplyDeleteInspirational Quotes - Gym Quotes
Best Quotes - Success Quotes
Positive Life Quotes - Image Bank
Future Quotes - Excellence Quotes
كلام جميل - حكمة اليوم
aaaaaaa so sweet hilman !!!!
ReplyDelete