Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Friday, 24 March 2017

Dr. Alpha Male (BAB 25)


BAB 25

Selepas solat Subuh, aku terus berjaga. Bersihkan diri sebelum kembali baring di atas katil bersaiz King itu sambil tenung sekeliling bilik besar itu. Bilik tetamu, kata Hilman. Berdindingkan biru lembut dan besarnya mengalahkan dua bilik rumahku yang digabungkan.

Katil empuk. Bilik berhawa dingin. Bilik air siap berjacuzzi. Lengkap dengan TV LCD lagi. Pendek kata, sangat selesa. Tapi.. terlalu selesa buatkan aku jadi tak selesa. Aku tak tahulah kedatanganku ni diketahui oleh ahli keluarga Hilman atau tak. Sebab semasa Hilman seludup aku masuk semalam, rumah sunyi sepi walaupun meriah berlampu.

Hilman pun semalam cuma tunjukkan bilik ini. Turunkan beberapa pesanan seperti ucapan selamat malam, selamat beristirahat dan segera memberitahunya kalau perlukan apa-apa pertolongan. Dan setelah itu, dia berlalu ke biliknya yang terletak selang dua bilik dari bilik ini. Dan sampai sekarang, aku dah tak dengar apa-apa dari Hilman.

Bosan berbaring, aku mengiring ke kiri. Bantal empuk berbulu burung itu dipeluk. Memang kebiasaanku. Aku tak boleh tidur kalau aku tak peluk sesuatu. Tak kiralah apapun asalkan boleh dibuat peluk. Tabiat tidurku memang pelik sikit.

Apalah aku nak buat sekarang ni? Hilman ni pulak, ingat ke tak yang aku ni ada di dalam rumahnya. Karang kalau aku tiba-tiba muncul di depan ahli keluarganya, mahu disalahanggap sebagai pencuri.

Kriukk… Perut mula bagi salam nak berdangdut. Laparnya! Kali terakhir aku makan, tengah hari semalam. Gara-gara kejadian semalam, aku lupa untuk makan. Badan pula memang terlalu penat, hanya katil yang aku ingat.

Resah aku menunggu Hilman. Perlu ke aku WhatsApp dia? Kalau dia tak bangun lagi macam mana? Sengsaralah kau wahai sel-sel perut. Selamat berperang dengan asid hidroklorik dalam perut tu.

Man.. saya lapar.

Aku tenung apa yang kutulis dalam chat WhatsApp itu. Serius kau Hazel nak hantar mesej tu? Bagilah salam dulu.

Salam. Man.. saya lapar.

Macam pelik aje? Kau ingat dia babu kau? Sediakan makanan kau? Aku mula berfikir ayat baru. Apa kata aku tambah soalan ‘Bila awak nak hantar saya balik?’ kat tengah-tengah. Nampaklah yang aku ni tak nak menyusahkan dia.

Aku angguk-angguk kepala. Setuju dengan pemikiran sendiri. Jari ditekan selepas perkataan ‘Man’. Mahu padam perkataan itu dan menggantikan dengan soalan ‘Bila awak nak hantar saya balik?’ Sedang jari ketuk-ketuk skrin, entah macam mana silapnya, tiba-tiba aku tertekan butang send.

Apa yang aku lihat setelah itu buatkan aku hampir jatuh katil. Terusku terjerit kecil. Oh, tidak!

Salam. Bi.. Saya lapar.

Bi? Weh.. lain macam ni! Grenti tersalah faham. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak WhatsApp, kau tunggulah dia datang ketuk bertalu-talu pintu bilik kau.

Macam apa yang aku agak, tak sampai setengah minit, pintu bilikku ini diketuk bertalu-talu. Menggelabah aku mencari tudung untuk menutup kepalaku. Langkah diatur ke pintu. Walaupun aku takut untuk bersemuka dengan Hilman, tapi aku tetap harap orang di luar bilik ini adalah Hilman, bukan orang lain.

Pintu bilik perlahan-lahan dibuka. Hilman. Lega aku rasa. Dia segak dengan seluar jeans gelap dan baju t-shirt berwarna hitam-kelabu. Rambutnya agak basah. Mungkin baru lepas mandi. Sebaik sahaja aku melihat iPhone dalam genggamannya, ringan rasa tangan mahu kembali hempas pintu.

“Bi?”

Dan sekarang aku rasa macam nak terjun masuk ke dalam almari pula. Malu! Maksudnya dia memang dah baca. Dalam hati, berbakul sumpah-seranah khas untuk diri sendiri yang cuai.

Somehow, actually I think you really want to call me baby,” katanya lagi. Ada senyuman mengusik terhias di bibirnya. Makin berbahang kulit wajahku.

“Saya tersalah hantar,” terangku laju.

Dan setelah itu, sirna terus riak nakalnya tadi. Tajam matanya mencerun ke arahku.

“Awak nak hantar kat siapa?” Suara penuh syak wasangka.

“Saya nak hantar kat awak. Tapi mesej tu tak sempat habis lagi. Saya nak tulis ‘Bila’ tapi tertekan butang send. Saya nak tanya awak bila awak nak hantar saya balik?” Beria-ia aku jelaskan kepadanya. Tak nak dia salah sangka yang aku ni nak menggatal dengan dia atau dengan lelaki lain. Kalau tak mesti dia berfikiran buruk tentangku. Dahlah aku ni baru putus tunang.

Wajah Hilman sedikit tenang selepas aku terangkan kepadanya. Kemudian sekali lagi aku ditanya.

“Awak lapar?”

Kepala diangguk. Jujur. Itulah yang tertulis dalam mesej tak sudahku tadi.

“Bila kali terakhir awak makan?” Dah macam pegawai pemakanan pula cara dia bertanya kepadaku. Serius.

Hmm.. lunch semalam?”

Lunch semalam? Habis awak tak makan malam? Kenapa tak cakap yang awak belum makan semalam? Kalau tak, saya boleh berhenti beli sesuatu semalam.” Dia marah.

It’s okay. Saya..”

No. It’s not okay. Kalau awak sakit, siapa susah?”

Terkebil-kebil aku pandang dia. Yang dia nak marah sangat ni kenapa? Kalau aku sakit, siapa susah? Oh, jangan risau! Yang pasti aku takkan susahkan dia.

“Jangan cakap saya nak terlebih caring kan awak pulak. It’s because you are with me. So you are my responsibility.”

Sekali lagi aku cuma mampu pandang dia. Hei.. Aku tak cakap apa-apa pun! Aku nak bidas balik, siapa yang paksa aku datang sini? Tapi, aku batalkan saja. Semuanya gara-gara perutku tiba-tiba isytihar genjatan senjata dengan Hilman. Berkeriuk tengah-tengah sunyi antara kami.

Terus tangan melekap ke perutku. Memalukan! No good, perut! No good.

Hilman mengeluh sekejap.

“Dah. Jom turun makan. Ibu dan Mak Ja dah siapkan sarapan. Semua orang tengah tunggu awak,” ajak Hilman.

“Semua orang?” Aku teguk liur. Maksudnya semua dah tahu Hilman bawa balik aku semalam. Nak pengsan, boleh?

“Ya. Famili saya.”

“Saya seganlah. Saya nak balik.”

“Kita makan dulu. Lepas tu saya hantar awak balik. Jangan risau, family members saya semua baik.” Dia cuba menenangkanku.

Itu katanya. Kurang percaya aku dibuatnya. Mana ada orang cakap ahli keluarga dia jahat. Akhirnya aku cuma diam sambil mengikut langkahnya. Berdebar-debar. Takut ada yang tak sukakanku.

    --------

Makin kaki mendekati ruang makan, makin rasa jantung aktif bersenamrobik. Aku dapat mendengar bunyi yang agak meriah di meja makan. Ada suara garau melarang. Ada suara kanak-kanak yang bergembira. Kanak-kanak? Anak saudara Hilman agaknya.

Suasana riuh-rendah tadi terus terhenti selepas aku muncul dari belakang Hilman. Entah berapa pasang mata tertumpu kepadaku. Yang pasti agak ramai. Hampir penuh meja panjang itu. Tanganku mula memintal-mintal hujung tudung. Kurang selesa.

Sehinggalah Hilman berdehem, semua mata teralih daripada wajahku. Nafas yang kutahan tadi dihela panjang-panjang. Lega walaupun sedikit.

“Semua, ni Hazel. Hazel, ni family members saya. Itu daddy saya, itu ibu saya. Yang lain, adik-beradik saya.” Hilman perkenalkan secara ringkas.

Aku senyum kepada semua walaupun aku dapat rasakan senyumanku sedikit kaku. Aku pandang daddy Hilman. Walaupun dah dimamah usia, aura seorang yang disegani itu tetap terserlah. Aku pandang pula ibu Hilman. Ekspresi muka dikawal supaya tidak menunjukkan betapa aku terkejut. Sebab ibu Hilman nampak macam lebih kurang sebaya Hilman. Muda gila.

“Duduklah, Hazel! Nanti aunty cedokkan nasi goreng untuk Hazel, ya?” Ramah ibu Hilman berkata. Macam pelik bila dia bahasakan dirinya aunty denganku. Tapi aku cuma angguk kepala.

Aku menarik kerusi di sebelah Hilman. Kalau dalam situasi macam ni, sungguh aku tak nak duduk jauh-jauh dari Hilman.

“Helo, Smurf!” Aku angkat kepala.

Hariz duduk betul-betul bertentangan denganku. Senyum manis dihulurkan. Aku membalasnya sekadar cukup syarat. Lupa pula yang Hariz ni adik Hilman. Tak perasan pula tadi. Sekurang-kurangnya Hilman dan Hariz buatkan aku rasa lebih selesa.

Aku berkalih pandang ke arah budak perempuan yang duduk di sebelah Hariz pula. Dalam lingkungan lima tahun mungkin. Siapa dia? Tak berkelip dia pandang aku. Ada apa di mukaku ini?

“Abang Hariz, kenapa mata dia pelik? Nampak macam mata Kak Nisya, tapi mata Kak Nisya macam mata kucing.” Suara yang kononnya berbisik itu didengari oleh semua ahli meja. Dan aku tahu budak tu adalah adik Hilman juga.

Tuan punya mata kucing tu terangkat selepas dengar komen adiknya itu sebelum ditegur oleh Dato’ Uzair. Mengatakan tak matang perempuan berumur tiga puluh tahun cari pasal dengan budak lima tahun. Hariz dan seorang lelaki yang nampak lebih tua dari Hilman bantai gelak. Hilman sendiri tersenyum lucu. Dan aku pula cuma diam.

“Mata dia tak pelik. Cuma lain daripada kita. Mata dia tak payah pakai buang macam mata kucing Kak Nisya.” Bagus betul penjelasan Hariz. Kak Nisya pula dari jauh macam nak dicekiknya Hariz.

Seketika kemudian, Hilman letakkan pinggan berisi nasi goreng beruap yang baru disenduk oleh ibunya di hadapanku. Sedut baunya. Mak ai.. mahu meleleh air liur tanpa sengaja. Lapar aku dah tahap kronik.

You should eat a lot,” kata Hilman kepadaku.

Seketul ayam goreng diletakkan di atas pinggan nasi gorengku. Kemudian Hilman capai piring kecil untuk diisi dua biji sardine roll, juga diletakkan di depanku. Cawan yang berisi teh panas pula diletakkan di sebelah pingganku. Seakan-akan tahu aku mencarinya, Hilman menyerahkan sudu dan garfu kepadaku. Aku menyambutnya sebelum senyum dan ucapkan terima kasih kepadanya. Mula makan.

Bagaikan terasa diriku diperhatikan, aku angkat kepala. Semua mata tertumpu kepadaku. Kenapa semua pandang aku macam aku lepas kunyah kepala zirafah ni? Bermacam-macam emosi terpancar pada wajah masing-masing. Terkejut. Tak percaya. Gembira pun ada.

Hariz di depanku pun bagaikan sedang tersenyum lucu sambil bergilir-gilir pandang aku dan abangnya. Kenapa? Ada nasi goreng sesat masuk lubang hidung aku ke?

Aku pandang Hilman di sebelah. Dia cuma selamba. Suap sudu ke mulut macam tak ada apa-apa yang berlaku.

“Makanlah, Hazel! Kalau biar lama-lama, sejuk nanti,” pelawa ibu Hilman. Memecahkan segala pandangan yang tertumpu kepadaku. Semua kembali makan.

Aku masih tak faham. Kenapa semua pandang aku? Keluarga dia memang macam ni ke? Suka tenung tetamu lama-lama?

    --------

So, Hazel! Macam mana boleh kenal Hilman?” Soalan tiba-tiba itu buatkan aku hampir tercekik nasi goreng.

Abang Hardy. Dia memperkenalkan dirinya sebagai abang Hilman. Berbeza dengan personaliti Hilman, abangnya itu nampak peramah. Murah dengan senyuman. Wajahnya lebih kurang Hilman tetapi tubuhnya lebih berisi daripada Hilman. Dah berkahwin. Isterinya sedang duduk di sebelahnya. Namanya Mazlinda.

“Hilman ni..”

“Hazel anak jiran mummy.”

Dan semua sunyi. Sunyi yang sangat menjanggalkan. Sampaikan bunyi sudu dan garfu berlaga dengan pinggan pun tak kedengaran. Aku dapat rasakan semuanya adalah kerana nama Mak Cik Lyn yang tiba-tiba disebut. Mungkin ini isu sensitif.

“Oh, ya ke? Patutlah rapat dengan Hilman. Kamu berdua ada apa-apa ke?” Dato’ Uzair pula bersuara. Kalau tadi cuma janggal, sekarang janggal kuasa dua. Itu ke yang semua orang nampak? Aku ada apa-apa dengan Hilman? Haruslah semua berfikiran sebegitu. Sebab Hilman dah bawa aku balik ke sini.

Aku perlu jelaskan segala kesalahfahaman ini. Aku harus memberitahu mereka yang aku ni cumalah anak didik Hilman selain jiran mummynya.

“Sebenarnya, saya ni..”

It doesn’t concern you, daddy.” Sekali lagi Hilman menyampuk.

Oh, yeah? It doesn’t concern me? Just like how I sent you to MIT for engineering but you came back with mathematical degree instead?” Suara Dato’ Uzair seakan marah.

Aku nampak rahang Hilman diketap kuat. Kulit wajahnya bertukar merah. Hilman marah!

Daddy dah janji takkan ungkit lagi. Man sambung engineering macam yang daddy nak. I finished it excellently. I got you the scroll. Cuma Man sambung PhD dalam math. You always know how I love mathematics. Daddy dah janji yang daddy akan tunaikan permintaan Man provided that I took engineering. Daddy tak boleh paksa Man ikut langkah daddy. Daddy dah ada abang Hardy dan Kak Nisya. I want to be a lecturer. Teaching is my passion. I’ve done my part. And now it’s your time to keep your promise, daddy.” Suara Hilman juga tinggi tapi tegas.

Sepi meja makan. Aku di tengah-tengah makin kurang senang. Kenapalah aku boleh berada di tengah-tengah drama keluarga ni? Jadi, inilah yang terjadi di sebalik pintu besar banglo mewah keluarga Dato’ Uzair?

Hilman jeling ke arahku. Muka tegangnya tadi jadi sedikit lembut.

Are you done, Hazel?”

Aku angguk. Memang aku dah habis makan.

Good. Jom, saya hantar awak balik.” Dia terus bangun dari kerusi sebaik sahaja habis berkata. Nampak tak sabar-sabar betul nak keluar dari rumah ni.

Aku turut bangun. Apa aku nak cakap ni? Nak terus berlalu, macam biadap sangat. Walaupun aku tak berapa kenal mereka semua, tapi aku sekurang-kurangnya perlu mengucapkan terima kasih walaupun aku tak tahu sama ada kedatanganku ini benar-benar dialukankan atau tak.

“Saya minta diri dulu, Dato’, Datin dan semua. Terima kasih sebab sudi tumpangkan saya semalam dan untuk breakfast ni.”

“Tak payahlah nak berdato’-datin dengan kami. Panggil uncle dan aunty aje, Hazel. Aunty minta maaf la dengan sikap Hilman tadi. Dia memang macam tu, agak panas baran sikit. Kalau perlu, nanti Hazel cubalah pujuk dia, biar dia cepat sejuk.”

Hampir ternganga aku mendengar ayat terakhir Datin Shafa itu. Aku pujuk Hilman? Aku? Belum sempat aku nak buka mulut, entah-entah hilang kepala dingapnya. Sayang nyawa lagi la! Namun tak pula aku jawab macam tu.

“Err..  Insya-Allah, aunty,” jawabku sebelum memulakan langkah untuk mencari Hilman.

    ---------

Sunyi menyampuk lima minit pertama perjalanan kami, sebelum Hilman membuka mulut.

Sorry for my outburst and family drama.”

It’s okay. Dalam hubungan kekeluargaan, salah faham tu perkara biasa. Kadang-kadang itu yang membuatkan kita lebih sayangkan ahli keluarga kita,” balasku walaupun aku tak mengharapkan kata-kata maaf dari mulutnya. Aku pun tak tahu kenapa dia meminta maaf.

Yeah.. that’s true. I love all of them,” akuinya.

“Saya sebenarnya tadi tak sangka Aunty Shafa tu ibu awak. Awet muda betul dia ya?”

Hilman mengeluh panjang.

“Itu sebab dia memang muda. Sebaya abang Hardy. Tiga puluh tiga tahun,” jelas Hilman.

Aku ternganga.

“Biar betul? Habis tu bila masa dia lahirkan Hariz?” soalku pelik. Aku masih ingat lagi yang Hariz pernah memberitahuku dahulu. Dia dan Hilman merupakan adik-beradik sebapa.

Sekali lagi Hilman mengeluh.

“Dia bukan mak Hariz. Senang ceritalah, daddy saya ni dah empat kali kahwin. Pertama, dengan mummy. Kedua, daddy kahwin dengan perempuan nama Salina. Yang ni kaki kikis. Tak sampai setahun, daddy ceraikan. Lepas tu, dengan Ibu Zawiyah, mak Hariz. Tapi ibu Za meninggal akibat kanser masa Hariz darjah empat. Dan sekarang, daddy kahwin dengan Ibu Shafa. Haraplah yang ni kekal,” cerita Hilman.

Aku tak tahu nak cakap apa.

“Kenapa diam? Speechless dengar sejarah perkahwinan daddy saya? Sebab daddy saya kahwin ramai?”

“Eh, mana ada saya fikir macam tu,” nafiku.

Mummy dan daddy bercerai. Dan dari tiga beradik, terus adik-beradik kami berkembang. Dari daddy, ada Hariz, Erika, Ilyas dan Humaira. Dari mummy pulak, ada Nana. The good thing is I love all of them equally.”

Maybe sesetengah orang akan berasa malu bila beributirikan wanita separuh usia ayahnya dan punya adik yang boleh dianggap sebagai anak. But I never felt ashamed of that. I don’t care how others look at them. It is how I look at them. Because that is what we call family.”

Terdiam aku dibuatnya. Sisi Hilman yang selama ini tak pernah kulihat. Betapa protectivenya dia terhadap ahli keluarganya. Walaupun tak sampai lima belas minit yang lepas, dia bertegang leher dengan daddynya.

Wait a minute. Kenapa saya ceritakan tentang keluarga saya pada awak?” soal Hilman tiba-tiba. Aku dipandangnya.

Eh, tanya aku pulak! Baru sahaja aku mahu menjawab, terasa telefon pintar di dalam tas tanganku bergetar. Nada deringan Growl memenuhi ruangan kereta Hilman.

“K-Pop?” cebik Hilman. Bibir tersungging sinis. “Perempuan dengan K-Pop memang tak boleh nak berpisah.”

Tanpa mempedulikannya, aku terus gesek ikon hijau. Panggilan dari umi. Ada apa?


AT LAST.. THIS IS THE LAST CHAPTER OF DR. ALPHA MALE IN HERE. UNTUK TAHU KISAH HAZEL DAN HILMAN, MOHON DAPATKAN NOVELNYA. MANUSKRIP NOVEL NI DALAM PENILAIAN PENERBIT. DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK NOVEL NI. SEMOGA SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR. TERIMA KASIH...

67 comments:

  1. Superb!! Tak sabar nk tunggu novel ni keluar hehe
    Moga mudah segala urusan InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Harap2 cepat la novel ni keluar

    ReplyDelete
  3. Huwaaaa... 😭😭😭 fall in love with u anjell.. xsabar nak tunggu novel ni publish.. 😍😍

    ReplyDelete
  4. Alaaaaa ! Hopefuly cepatlaa publish !! X sabar dah niii ♥♥♥

    ReplyDelete
  5. Wahhh x sbarnye nk miliki n0vl ni..

    ReplyDelete
  6. Hopefully ur novel dipermudahkan penerbitannya...in syaa Allah...aamiin 3x

    ReplyDelete
  7. Wahh.. Hebatt.. X sabar nak ada novelnya... Best sngt cerita ni

    ReplyDelete
  8. Eeeee!!!!best3. Tak sabar nak tunggu novel keluar. Moga dipermudahkan segala urusan. Aminn..

    ReplyDelete
  9. Cpt la novel keluar, x sabar nak beli, x sabar nak baca😍

    ReplyDelete
  10. Agaknya sempat tak pbakl nnt..

    ReplyDelete
  11. Aaaaa....can't wait for the novel! Kalau boleh bulan depan jugak nak novel ni diterbitkan. Nak beli dan peluk kemas2...hahaha

    ReplyDelete
  12. Sempoi!! Excited btul niii 😆😆

    ReplyDelete
  13. Ala... stop sini je... kena tunggu novellah ni... agak2 pesta buku nanti dah ada ke...?

    ReplyDelete
  14. yayyyy tak sabar nk beliiii novel !!!

    ReplyDelete
  15. Alaa... brp lama nk tggu publish ni... TT
    lg 1 episode plzzz... asl umi tepon? nk gtau psl peminangan mummy Hilman ke? ;D;D
    xsabar nk tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4-4 karya sblm ni terbitan Karya Seni... Dr.Alpha Male ni sama terbitan ke?

      Delete
    2. haah kan..smbng ah lgi satu chapter lgi nk tau ape psl umi hazel call..huhu please..:p

      Delete
  16. novel ni keluar pbakl april depan ke?

    ReplyDelete
  17. As expected anjell...cant wait for the novel....

    ReplyDelete
  18. Aamin..tak sabar nak peluk buku ni..��������

    ReplyDelete
  19. As always, make me melting. Bestnya... Anjel cpt2 keluarkan novel. nak tambahkan koleksi tercinta nie... :)

    ReplyDelete
  20. Wish your new baby can deliver during PBAKL.
    All the best girl!

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. anjell belanja la teasers alpha male bestnya smua karya anjell huhu

    ReplyDelete
  23. Bila nak kluaar novelnya tak sabarlah

    ReplyDelete
  24. Oh GOD... Anjell. Please make it fast kakakaka... Aku rasa kan, yg rogol hazel tu, laki yg depa jumpa masa kat kedai runcit, yg langgar hazel tu.
    Sapa dia tu... Muiz ke? Oh demm... Kenot wait this story in hardcopy weee...

    ReplyDelete
  25. Cepat cepat laa keluar novelnya di pasaran. Harap harap ada lah pengubat rindu pd hazel n hilman di blog sementara menanti edisi bercetak di kedai.

    ReplyDelete
  26. Oh x sabarnya nak tggu novel ni... tp i rasa hazel x kena rape, mgkn hampir kena n org tu try attack hazel kat umah sewa dia plk... anjellll sgt x sabar utk versi cetak😄

    ReplyDelete
  27. my gosh..belanja lh teaser satu sis XP

    ReplyDelete
  28. Omaigad best gila! Tak sabar tunggu full novel . Im going to wait for that. Goodjob anjell saranghae. Semoga dipermudah

    ReplyDelete
  29. Sy ada 3 novel anjell..xsabar nk beli y ni..jalan cerita sgt menarik..

    ReplyDelete
  30. Aisksksk... bilalah nk terbit novel ni. dah tak sabar nak baca fulll. Aigooo

    ReplyDelete
  31. Best as always..teaser yg ringtone baby tu lagi sis anjell..

    ReplyDelete
  32. Anjell memang terbaek selalu..

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. maigadd.. tak sabar nak grab novel ni.. congrats and good luck for the whole novel, sis Anjell.. i love your writing so much ^_^

    ReplyDelete
  35. best sangat.. nama Hilman always be my faveret..semoga urusan dipermudahkan..

    ReplyDelete
  36. Kak anjell smbg lah satu chapter lg...nk tau siapa darling hilman..and prsaan hilman dkt hazel~

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. Alaaa kenape sampai chap25 jek..blanje la lagi sket..pleaseeee

    ReplyDelete
  39. Dh simpan dh duit siap2 nk beli novel Dr. Alpha Male ni... X sabarnya!!!!!!!!

    ReplyDelete
  40. okay. done read. tggu novel pulak~ omg xsabarnye tggu novel dia. btw, kenapa sy bygkan dr. hilman tu Zul Ariffin, Hariz is somehow someone yg manis but sado? tp xjmpe lagi siapa.. but the perempuan, can Mir Filzah be her? hurm..... I really always look forward for your anak Anjell.. :) All your anak is in my collection. EC,TPI, SPS, HSC, and waiting for DAM. good luck~ 😌

    ReplyDelete
  41. Alaaaa... bg lah sampai bab 30..nak lagi..nak lagi..

    ReplyDelete
  42. Really looking forward to buy this novel. Ya Allah tak sabar!!!

    ReplyDelete
  43. cerita ni best la anjell..tak sabar nak beli novel. Bila agak2 keluar ye...x boleh nak imagine mcm mana diorg boleh bercinta...x sabar!!

    ReplyDelete
  44. Takde teaser ke kak anjell?

    ReplyDelete
  45. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  46. best...xsabar tunggu novel yg ini keluar....by the way....akk jugak dok ternampak2 zul ariffin yg jd hilman...apsal ekk....memang sesuai sgt2 karekter dr hilman tu dgn zul ariffin....in case jika di adaptasikan....mohon letak zul ariffin sebagai dr hilman :)

    ReplyDelete
  47. kak anjel klau dh ade novel ny dipasaran bgitau ye... can't wait !

    ReplyDelete
  48. Alaaa kita baru perasan ade scene hazel dlm Hero seorg cinderella. Ke kita yg lambat? Haha tak sabar nak tunggu novel keluarr. Kak anjell always the best!

    ReplyDelete
  49. bila nk keluarkan novel ni? tak sabarnyaa nk baca sampai epilog😍

    ReplyDelete
  50. SIS ada lebih tk novel ni saya nak beli... tak sabar nak tunggu bulan 6... huhuuuh pleaseeee

    ReplyDelete
  51. Salam Anjell

    Baru juga habis baca Dr Alpha Male. Seronok kisah Dr Hilman dan Hazel. Awak selalu menampilkan watak-watak hero yang menarik. Tak sabar rasanya nak mengetahui kisah Dheo dan Nurissa pula.

    Selamat berkarya.

    ReplyDelete
  52. I can't wait to grab the novel... semua novel akak saya dah baca... melainkan experiment cinta... idk y but all of your novels are sooooooooo best... thanks again...

    ReplyDelete
  53. novel ni dah terbitke? ada jual kat kuching sarawak tak?

    ReplyDelete
  54. Baru habis baca novel ni...realy2 like this story...good jop anjell...smoga trus sukses dlm bidang ini...hope ada buat novel terbaru yg berkisahkn kisah hidup prempuan xxxl yg serba kekurangan......�� realy hope it...

    ReplyDelete
  55. Baru habis baca novel ni...realy2 like this story...good jop anjell...smoga trus sukses dlm bidang ini...hope ada buat novel terbaru yg berkisahkn kisah hidup prempuan xxxl yg serba kekurangan......�� realy hope it...

    ReplyDelete
  56. Februari 2018 dah ke hujung...still tak leh move on dgn Dr Alpha Male..repeat berkali2 dh membaca...

    ReplyDelete
  57. Dekat mane saye bleh dapat novel ni? By the way saye from indonesia.

    ReplyDelete
  58. kenapa lar saya baru bkk balik blog ni.. lebih kurang stahun lepas..nk beli novel ni cpt2 walaupun dah trlambat sgt2..

    ReplyDelete
  59. Please buat another version of novel from Hilman side. Mesti best!

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )