Damia belek kelendar mini dalam planner dia. Empat hari lagi… Zaman solonya akan tamat dalam masa empat hari lagi. Kenapa kejap sangat tiga bulan berlalu? Pejam celik, pejam celik dah hampir tiga bulan. Makin tension Damia dibuatnya. Serius dia betul-betul perlukan sesuatu yang boleh menghiburkannya.
Orang lain mesti sakan gembira bila hampir dengan tarikh perkahwinannya. Pasti tak sabar-sabar menunggu semuanya berlalu. Pasti seronok untuk memulakan hidup baru bersama-sama. Tapi dia? Betulke keputusannya ni? Memperjudikan hidupnya dengan lelaki yang dia tak kenal sepenuhnya. Marriage itself is an experiment matter. You may flunk, and you may succeed.
Mata Damia memandang barang hantaran untuk pihak lelaki di sudut biliknya. Semuanya digubah cantik. Dan semuanya dibeli oleh Tengku Aaron sendiri. Sebab memang dia tak tahu apa-apa tentang lelaki itu. Barang hantaran untuk dia pun Tengku Aaron beli sendiri jugak. Rasanya tiada duitnya yang keluar untuk perkahwinan ini melainkan untuk majlis kesyukuran dan tahlil yang akan diadakan di rumahnya pada malam sebelum perkahwinan. Itupun selepas abahnya berdebat hebat dengan Tengku Aaron sebab Tengku Aaron nak keluarkan sponsor. Abah yang juara debat pun boleh kalah dengan Tengku Aaron.
“Along macam mana?” soal Puan Solehah. Damia yang baru keluar bilik hanya memandang. Tak tahu apa yang tengah diperdebatkan oleh ahli keluarganya yang lain.
“Along ada meeting esok. Last-last minute mana boleh cancel. Jadual pun pack sebab nak ambik cuti nanti.” Ameer yang duduk di kerusi lepak menjawab.
“Angah pulak memang dah terbang ke Perth. Malam belum majlis kahwin baru balik. Achik memang dah awal-awal dah pergi kursus kat Langkawi seminggu.” Damia dengar uminya berkata lagi.
“Kenapa, umi?” sampuk Damia setelah semua orang diam.
“Tulah.. patutnya hari ni abah balik kampung ambik Tok Wan. Tapi abah ada program pulak kat sekolah. Along, angah ngan achik memang tak boleh nak ambik Tok Wan. Sekarang ni tengah cari orang yang boleh ambik Tok Wan,” Puan Solehah jelaskan.
“Kak Mia kan ada,” sampuk Alia yang tengah main game PS2. Semua mata pandang Damia.
“Ambik Tok Wan kat kampung? Nak… nak..” Damia dah excited. Lamanya tak balik kampung. Lagipun memang dia dah mula bercuti walaupun majlis perkahwinannya dalam beberapa hari lagi. Kenapa dia cuti awal-awal? Satu je sebabnya. Sebab… dia tak perlu lagi cuti lama-lama lepas majlis perkahwinanya. Kalau boleh, keesokan hari lepas perkahwinannya dia nak masuk kerja. Tapi, untuk mengaburi mata orang lain, terpaksalah dia mengadap dulu muka Tengku Aaron untuk beberapa hari.
“Jangan, umi. Bukan Along tak tahu kalau dia kalau dah dapat kereta memang jalan raya tu, dia yang punya.” Ameer tak setuju.
“Apa Along ni? Orang lulus test JPJ la..” Damia buat muka. Sempat kutuk orang pulak Along ni.
“Jauh Kelantan dari sini. Larat ke dia?” Puan Solehah pertikaikan kebolehan Damia.
“Ala umi… lapan jam kejap je la. Alia boleh temankan. Kan tengah cuti sekolah sekarang ni. bolehla.. bolehla..” rengek Damia.
Damia nampak muka Umi yang berat hati.
“Bagi je la..” Encik Razak yang baru keluar dari bilik menyampuk.
“Hish.. abang ni..”
“Awak nampak pilihan lain ke?” soal Encik Razak.
Puan Solehah mengeluh. Nak tak nak je dia ikhlaskan hati. Akhirnya dia mengangguk. Hooreey.. nasib baik ada abah yang setuju dengan Damia. Sayang abah!
“Sayang umi.”
“Tapi ada syarat..”
-------
“Pergi dulu, umi, abah.” Damia salam tangan mereka. Dengan kereta Angah, Damia akan pulang ke kampungnya. Rindu dengan Tok Wan. Saat-saat yang tepat rasanya sebab memang dia inginkan ketenangan jiwa. Jauh dari Kuala Lumpur. Lebih-lebih lagi jauh daripada Tengku Aaron.
“Hati-hati drive,” pesan Ameer.
“Ya abang sayang,” jawab Damia. Tangan Ameer disalam. Kemudian Kak Rita, kakak iparnya.
“Sebelum drive baca ayat naik kenderaan,” pesan Puan Solehah.
Damia angguk. Kali pertama dia akan memandu sejauh ini. Takut jugak. Tapi kalau tak cuba, bila nak pandai, kan? Akhirnya umi izinkan jugak dia untuk ambil neneknya di kampung walaupun dikenakan beberapa syarat. Syarat pertama, Alia kena ikut. Dia tak kisah. Syarat kedua, memandu tak lebih lapan puluh kilometer sejam. Mula-mula dengar memang nak ternganga pun ada. Macam nak pandu bas pulak. Bila la nak sampai kalau macam ni? Tapi, Damia setuju je. Syarat ketiga, tak dibenarkan memotong. Syarat keempat, pandu sebelah kiri kalau tengah highway. Adoi.. yang ni pulak macam nak pandu lori balak. Nak tak nak kena ikut jugak sebab uminya dah hantar pegawai FBI tak bergaji untuk mengawasinya. Siapa lagi kalau bukan Alia.
Nak tergelak pun ada dengan syarat uminya. Tapi dia tahu semuanya sebab uminya sayang dia dan Alia dan juga sebab dia seorang perempuan. Ikut je la syarat umi. Rasanya dia sanggup ikut syarat umi daripada syarat mudah Along.
“Biar Aaron jadi driver dia, umi.” Nasib baik tak pengsan je Damia tadi. Nasib baik umi tak setuju. Katanya, hilang seri kalau bakal pengantin bertemu dalam waktu terdekat sebelum perkahwinan. Dan Damia sangat-sangat setuju. Buatnya umi setuju dengan syarat Along, memang tak sampai separuh jalan la jawabnya. Grenti meletus perang. Tambah pulak dia memang nak jauhkan diri daripada Tengku Aaron. Nak cari kekuatan sebelum mereka sah jadi suami isteri nanti.
Sebelum bertolak, sempat pulak dia sms Tengku Aaron mengatakan yang dia akan pulang ke kampung untuk menagambil Tok Wannya. Macam minta izinla lebih kurang. Alasan pertama dia memberitahu Tengku Aaron adalah, kalau Tengku Aaron nak cari gaduh dengannya dia dah cabut awal-awal ke Kelantan. Ha..ha..
----------
Bunyi nada dering menandakan ada sms baru masuk. Ketika itu Tengku Aaron dan Adam tengah berbincang sesuatu. Tengku Aaron tekan punat ‘read’ untuk baca mesejnya. Dari Damia.
Nak tergelak lepas baca. Nak balik kampung pun mintak izin aku ke? Macam aku ni laki dia je. Allah.. bukan ke memang nak kahwin ke nanti? Adoi.. Boleh dia terlupa? Tulah sebab kahwin dengan orang kita tak cinta. Apa-apa pun, Damia memang kelakar hari ni. Tengku Aaron tersenyum sambil menggeleng-geleng kepala.
“Pelik..” sempat dia komen sepatah. Tengku Aaron meletak balik telefon bimbitnya di tepi meja kopi.
“Kenapa?” soal Adam yang pelik melihat Tengku Aaron yang tersenyum.
“Pelik la perempuan ni..”
“Siapa? Damia?” teka Adam.
“Yala.. siapa lagi.”
“Kenapa? Dia cakap I love you kat kau ke?” Adam tergelak sendiri sebelum menyuakan mug kopi kepada Tengku Aaron.
“Memang aku buat majlis keramaian la kalau menda mustahil tu jadi.” Tengku Aaron turut tergelak. Layan je lawak bodoh Adam.
“Dia balik kampung. Ada ke patut mintak izin aku dulu? Kelakar betul. Macam dah jadi bini aku je lagaknya,” cerita Tengku Aaron. Lawak betulla minah tu. Tengku Aaron sempat tergelak kecil sebelum menghirup kopi panas di tangannya.
Terangkat kening Adam mendengarnya. Interesting!
“Tak payah tayang muka kagum la. Menyampah aku.” Adam tersengih mendengar kata-kata Tengku Aaron.
“Well… seems like she will be a good wife,” komen Adam selamba.
“Tak payah nak jadi kaunselor rumah tangga la. Beku taik telinga aku ni dengar, tau tak?”
“We’ll see then..”
“Sambung discussion la, Oprah.. Sejak bila pulak jadi tukang tilik tak habis menuntut ni?” Tengku Aaron bukak fail hitam di depannya.
“Trust me..” Adam senyum yakin. Egonya kau, Aaron Shah.
Tengku Aaron angkat muka.
“Whatever…” Tengku Aaron dah malas layan. Adam geleng kepala sambil tersenyum kecil.
---------------
Saat azan maghrib berkumandang barulah Damia dan adiknya tiba di rumah Tok Wan mereka, Hajah Aishah. Lenguh gila kaki dan tulang belakangnya dah macam nak berkecai satu-satu. Alhamdulillah.. sampai juga dia akhirnya di rumah Tok Wan. Penatnya.. nak berehat, nak tidur je rasanya. Tapi sebelum tu kena hantar laporan kepada pihak berwajib yang sedang menanti khabar di Kuala Lumpur sana, menyatakan dia dan Alia tiba di rumah Tok Wan dengan selamatnya.
Selepas mandi dan solat maghrib, Damia terus merebahkan tubuhnya ke katil. Alia entah ke mana. Tengah layan cerita agaknya. Adoi.. penat gila! Nasib baikla dia balik Kuala Lumpur balik pada hari lusa. Kalau esok, memang tak naik pelamin la dia sebab kaki dah cramp. Tapi, bila fikir-fikir balik, bagus juga kalau kaki dia cramp. Tak payah la kahwin. Ha.. ha.. Damia dah mula fikir jahat.
Mata.. kenapalah masa ni jugak kau tak mengantuk. Tadi bukan main menagntuk lagi. Hishh.. geram betul. Atap zink yang bertentangan dengannya ditenung. Hmm.. bestnya suasana kampung. Tenang.. tiada gangguan.
“Kak Mia..”
Damia bangun dari duduknya. Dipandang Alia yang tengah berdiri di sisi katil sambil memegang teefon bimbitnya yang tengah bercas di luar tadi. Kenapa? Umi call ke?
“Abang Aaron call..”
Waa… perosak ketenangan dah datang. Kenapa kau jawab wahai Alia? Patutnya Damia terus offkan telefonnya lepas telefon umi tadi. Beratnya hatinya untuk menjawab panggilan lelaki itu. Tapi, memandangkan dia terpaksa berlakon depan Alia, digagahkan juga untuk tayang muka konon-kononnya excited bila tunang tersayang telefon. Dikuatkan juga otot lengannya untuk menyambut huluran Alia.
“Hello.. Assalamualaikum,” sapa Damia dahulu. Disambut tenang oleh Tengku Aaron di hujung sana.
Pergilah… dalam hati dia menghalau Alia yang tengah tersengih-sengih memandangnya. Bukan dia tak kenal siapa Alia, kaki sibuk seantero dunia.
“Kau dah sampai ke?” soal Tengku Aaron. Dia tak tahu kenapa laju je tangannya mendial nombor telefon Damia. Rindu nak menyakat Damia mungkin.
“Alaa.. nak cakap jugak dengan Abang Aaron.” Belum sempat Damia menjawab pertanyaan Tengku Aaron, Alia dah rampas telefonnya.
“Hello..” suara Tengku Aaron. Alia siap buat loud speaker lagi!
“Alia.. apa buat loud speaker ni? Kak Mia baru je nak melepas rindu dengan Aaron.” Damia aci hentam tanpa berfikir. Pedulilah apa persepsi Tengku Aaron yang mendengar. Sengaja dikuatkan suara biar Tengku Aaron tahu. Karang keluar aku dan kau macam selalu, memang hancur la. Tak pasal-pasal bocor rahsia depan Alia.
“Mia dan Lia dah selamat sampai rumah Tok Wan ke?” terus lembut suara Tengku Aaron. Tahu signal yang disampaikan Damia.
“A’a..betul-betul maghrib kitorang sampai tadi.” Alia yang menjawab. Damia senyum dalam hati. Bagus jugak ada Alia ni. takdelah panas je telinganya dengan sinndiran Tengku Aaron. Air liur pun jimat.
“Balik ngan saper lagi?” soal Tengku Aaron lagi.
“Kitorang dua orang je. Semua orang ada hal masing-masing. Terpaksalah Kak Mia yang drive sorang-sorang dari KL ke Kelantan,” cerita Alia lagi.
“Drive sorang?” suara Tengku Aaron bernada terkejut.
“Where is my darling? I’m not hearing you, honey.”
“I’m listening..” jawab Damia malas.
“Awak drive sorang-sorang? Are you sure you okey?”
Damia tak tahulah apa niat sebenar Tengku Aaron. Tapi pada telinganya, dia hanya anggap Tengku Aaron nak kaburi mata Alia. Apalah.. ada ke tanya dia okey ke tak? Bukannya dia lawan wrestling dengan Bigshow pun.
“I’m okey la. Saya bawak kereta je. Bukan bawak trailer.”
“Abang Aaron bimbangkan Kak Mia, ek?” sakat Alia. Damia tayang muka tak berperasaan.
“Mana adala..” Damia yang tolong jawab.
“Of course I am. Because your sis is the only queen of my heart..” Alia dah tergelak. Haa.. dah agak dah jawapan novel Tengku Aaron tu. Dah tak berbekas apa-apa dah dalam hati Damia.
“..Plus, kalau ada apa-apa terjadi kat kakak Lia, abang nak kahwin dengan siapa nanti?”
Damia dah malas nak layan. Dah immune dah dengan ayat bunga matahari Tengku Aaron tu. Tengku Aaron memang layak untuk jadi penulis novel kut kalau tak nak jadi pengarah drama atau penulis skrip.
“I’m off. Nak pergi tolong Tok Wan kat dapur,” kata Damia sebelum meninggalkan Alia yang tengah becok bercerita debgan Tengku Aaron. Layanla kau Aaron dengan budak becok tu, sampai esok tak habis!
Anjell,come lah follow i di blog okay.
ReplyDeletesweet..best sgt..
ReplyDeletejue
Salam. Bila lagi novel terbaru Anjell. Terima kasih ya sudi paparkan novel Exsperime cinta. Salam
ReplyDelete