Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday, 1 January 2012

Eksperimen Cinta (BAB 4)

BAB 4


Selesai meeting di tingkat lima puluh enam di KLCC dengan Datuk Aman, Tengku Aaron membuat keputusan untuk terus mengambil blazer yang ditempahnya di butik Dunhill yang terletak di salah satu kedai di tingkat G di Suria KLCC. Alang-alang dah datang. Kalau tak, alamatnya orang gajinya lah yang akan dijadikan mangsa untuk mengambil.

     Tak sangka pula dia akan menyaksikan adegan mesra yang berlaku live di hadapan matanya sendiri. Tak perlu siaran ulangan dah!

      Dengan kedua matanya sendiri Tengku Aaron asyik menonton pasangan bahagia tu. Amboi-amboi.. Bahagianya mereka. Berjalan sambil berpelukan macam KLCC ni mereka yang punya. Seri Husna dan Tengku Andrean Shah! Manusia-manusia pengkhianat! Tengku Aaron menggenggam penumbuk. Terasa marah dan tercabar. Tengku Aaron terus angkat kaki. Tak sanggup dia melihat kebahagian mereka sedangkan dia merana dalam diam.
----------
Rasa bengang Tengku Aaron dibawa hingga pulang ke pejabat. Semua pekerja berasa gerun melihat wajah tegang bos mereka. Muka macam bawa hujan rebut petir menandakan ledakan gunung berapi akan berlaku bila-bila masa. Berkemungkinan juga akan berlaku gempa Bumi melebihi dua puluh skala Ritcher!

      Beg kertas Dunhill dihempas kuat ke meja. Semua barang di atas mejanya ditolak ke tepi. Geram dan sakit hati. Muncul kembali segala dendam lama. Terasa cemburu bila melihat bekas teman wanitanya bahagia dalam dakapan adik kembarnya sendiri. Sampai sekarang rasa cintanya masih utuh untuk Seri walaupun dia sering menghina dan mencaci wanita itu.

     Mendengar bagaikan barang jatuh dari dalam bilik CEO, Adam terus masuk ke dalam bilik Tengku Aaron. Menggeleng kepala dia saat melihat bilik yang berselerakan. Pastinya lelaki itu mengamuk. Aaron.. Aaron..

    Arghh.. Kacau betul! Pastinya mereka gembira melihat aku menderita macam ni! Aku mesti buktikan yang aku pun boleh hidup gembira tanpa Seri. Ni Tengku Aaron Shah la! Aku takkan merana kerana cinta.

     “Kau ni kenapa? Kena rasuk?” tanya Adam.

     “Aku dah bosan tengok orang bahagia atas penderitaan aku. Aku benci tengok pengkhianat hidup senang,” marah Tengku Aaron lantang. Rambutnya diraup kasar.

     Adam tak faham. Apa yang kawan dia merepek ni? Jangan-jangan..

     “Aku nak kahwin.”

     “Hah?” Adam tak percaya.

     “Aku akan kahwin.”

     Dah agak dah. Mesti pasal Tengku Andrean dengan Seri ni! Belum sempat Adam bersuara, Tengku Aaron dah berjalan keluar.

     “Wei, Aaron! Aaron!” panggil Adam tapi Tengku Aaron buat bodoh. Hanya selamba berjalan ke bilik setiausahanya dan mengeluarkan arahan,

    “Kemas bilik saya.”

     Dan Adam tak mampu berbuat apa-apa bila Tengku Aaron dah keluar dari pintu masuk pejabat.
-------
Dalam kereta, Tengku Aaron mencapai HTC Sensation miliknya dan dia menelefon seseorang. Tak sampai sepuluh saat, talian bersambut.

     “Mummy, Aaron nak kahwin.” Selamba dia berkata.


Nasib baik tak terlepas gagang telefon antik di tangan Puan Sri Raja Haryati. Terkejut dengan kata-kata selamba putera sulongnya itu.

     “Don’t be kidding, Aaron.”

     “I’m deadly serious, mummy,” tegas Tengku Aaron.

     “Aaron, hal kahwin jangan dibuat main. Aaron kan tau yang mummy tak terima sembarangan perempuan jadi menantu mummy. Jangan cakap Aaron nak kahwin dengan kekasih-kekasih Aaron yang entah apa-apa tu. Mummy tak setuju.” Puan Sri Raja Haryati cuba mengingatkan.

     “Aaron tau, mummy.”

     “Kalau tak pun, biar mummy carikan. Anak kawan-kawan mummy ramai yang cantik-cantik.”

     Tengku Aaron dah mula bosan. Ni part yang dia paling tak suka!

     “Aaron dah ada calon.” Talian terus diputuskan. Malas bersoal jawab lagi.

     Kereta dipandu tanpa arah tujuan. Sedar-sedar, Lexus LS-F hitamnya diparking di hadapan tasik Putrajaya. Terasa damai sedikit hatinya melihat tenang air tasik beralun lembut. Teringat kata mummynya tadi.

     Nak jodohkan aku? Ingat ni zaman Hang Tuah ke? Takkan pernah terjadi menda mustahil tu. Kalau Andrean dan Seri tau, mahu tergolek mereka gelakkan aku. Kalau Tengku Andrean boleh berkahwin dengan pilihannya sendiri, kenapa tidak dia?

     Tapi, siapa pulak yang nak dijadikan mangsa? Terbayang satu per satu wajah bekas-bekas kekasihnya dulu. Antara Didi, Maria dan Noni, mana satu yang sesuai? Sebab rasanya mereka bertigalah yang agak bersopan sikit kalau nak dibandingkan dengan yang lain meskipun perangai dua kali lima je dengan yang lain.

     Adoi, payah juga! Kalau dibuka penyertaan mencari calon isteri kat mereka semua, memang berebut mereka semua rasanya. Sebab itulah alasan mereka berdamping dengannya. Nak jadi menantu kerabat diraja, dapat hidup senang, lepas tu goyang kaki. Dan end of the story, habis harta dia dikikis. Sekian.

     Gila ke aku sebab nak kahwin? Tak… Lagi gila kalau aku tak kahwin. Kalau aku tak kahwin mesti orang ingat aku tak dapat lupakan Seri lagi. Mesti orang nampak aku tewas. Arghh.. Tengku Aaron bukan seorang yang tewas! Walaupun dengan kembar sendiri.

    Tapi, siapa ya yang sesuai? Perkahwinan tanpa cinta ke? Atau kena jalani eksperimen cinta dengan orang yang aku tak cinta? Nama pun eksperimen. Mestilah kena berani amek risiko,kan? Tak bahagia bercerai. Mudah! Siapa calon yang sesuai ya? Buat kesekian kalinya dia bertanya soalan yang sama. Tiba-tiba terbayang seraut wajah ayu yang tenang dan selamba. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyuman.

     Damia Farisha…

     Tapi… nak ke dia? Soalan apa ni Tengku Aaron? Apala… Mestila dia taknak. Sebab kau tau cara-cara nak bagi dia setuju.

      Bibirnya menguntum senyuman lagi bila terbayang wajah marah Damia bila disentuhnya. Anti betul! Yeah.. Damia Farisha.. She’s the most suitable one. The only one..

     Damia.. Welcome to my experiment..

     Kepalanya mengatur strategi untuk menarik Damia sebagai pembolehubah untuk menjalani ‘eksperimen’ ini. Hanya mempunyai satu tujuan tanpa mempunyai kesimpulan yang pasti.

2 comments:

  1. mula la eksperimen dia tu .. hailaa.. x sabar nak baca next part... marathon!

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )