“Lepas lah!” marah Damia pada Tengku Aaron. Dada Tengku Aaron ditolak kuat.
Tangan ditarik kasar. Buat malu je perempuan bertudung berpelukan dengan lelaki bukan muhrim. Jatuh maruahnya.
“Thanks, sayang.” Tengku Aaron dah balik seperti asal.
Sayang kepala lutut hang!! Banyak la kau punya sayang. Aku tangan jugak mamat ni! Biar mulut tu senget empat puluh darjah. Huh!
“Apa yang awak maksudkan sebenarnya?” soal Damia serius. Dah tak peduli Tengku Aaron orang penting syarikatnya sekali pun.
“Yang mana satu, ya?” Tengku Aaron buat bodoh.
Arghh.. tension Damia dibuatnya. Malang betul dia hari ni. Jumpa pula buaya darat tersesat kat sungai.
“Try to loose yourself, or you will lose this project,” ajuk Damia. Sebijik macam Tengku Aaron gayanya. Tergelak Tengku Aaron mendengarnya. Lawak jugak minah ni. Makin tension Damia. Dia gelak pulak..
“Oh, yang tu! Cuba lepaskan diri atau awak akan hilang projek ini.”
Damia menahan rasa. Sabarlah wahai hati!
“Saya tahulah. Tak payah nak translate. Maksud saya, yang tersirat. Faham tak? Yang tersirat.”
Sengaja nak putar belitkan fakta. Orang tanya maksud, bukan suruh translate ayat tu. Dia ingat aku ni tak sekolah ke? English SPM aku A1,ok!
“Nak jadi isteri saya tak?” seakan-seakan nak bagi tawaran bekerja je gayanya Tengku Aaron bertanya.
“Gila.” Sah lelaki di depannya ni gila!
Damia dah malas layan. Rasa berasap je punggungnya kalau lama-lama berdiri dengan lelaki ini. Tak pasal-pasal ada pulak keluar berita dalam Buletin Utama malam ni, ”CEO syarikat penerbangan terkenal maut, jatuh bangunan lima puluh lima.”
“Terima kasih atas kerjasama Tengku.”
Finish! Damia berjalan keluar. Tak pandang belakang dah.
-------
“Dasar anak raja gila! Dia ingat dia tu siapa? Hampagas betul. Keturunan jin tanah. Adik beradik dengan lanun hutan,” bebel Damia entah apa-apa lagi.
“Wei, kau pe kehal? Tau la baru balik jumpa Tan Sri, takkan la dah jampi serapah macam ni kot ya pun nak jadi menantu Tan Sri,” Suraya menegur. Tension mengalahkan extension dah dia tengok muka kawan dia sorang tu.
“Aku tak nak dah jumpa mamat tu. Gila macam tiga hari terlepas Hospital Bahagia.”
Suraya betul-betul tak faham.
“Tan Sri gila?”
“Bukan Tan Sri. Aku pergi jumpa anak dia tadi… Gatal tahap kena ulat bulu sepuluh ekor.”
“Handsome tak?” cepat Suraya bertanya. Dia sengih.
Rasa nak luku je kapala member sorang ni! Tak padan dengan dah ada pak we, gatal tak sempat-menyempat. Kalau bergandingan dengan Tengku Aaron ni, memang macam pinang kena gelek trailer. Pantang Damia jumpa lelaki, pasti ditanya handsome atau tak.
“Kalau handsome perangai macam iblis penyangak buat apa!”
“Wow, Damia dah berapi.”
“Memang. Main ugut-ugut orang pulak.”
“Dia mintak kau kahwin dengan dia ke?” Suraya ketawa.
Damia dah malas layan. Kalau dia jawab ya, agaknya mati keras Suraya sebab terkejut.
“Dah la. Aku nak buat kerja ni. Kau dipersilakan keluar. Pintu keluar sebelah sana ya,cik.”
Suraya ketawa lagi. Macam-macam kawan aku sorang ni. Dia keluar.
Huh! Memang la kena hantar spesis berkromosom XY kalau nak berurusan dengan mamat tu. Sepatutnya aku biar je si Raju yang deal dengan Tengku Aaron. Agaknya kalau Raju pergi, jadi macam kes dia tak? Kalau ya, memang la Tengku Aaron kena mendi bunga belakang jamban la.
Arghh… Damia dah malas ingat dah. Buat habis glucose. Buat sakit cereberum dia je. Baik buat kerja yang menyenangkan hati. Main game dalam Facebook ke? Bila lagi nak bankrupkan syarikat ni? Heh!

ahhahaha. lawak la ayat dia :DD
ReplyDeletelaa shortnyeee ! :(
ReplyDeletei like :)
ReplyDeleteBuku dlm proses penghantaran..kenalah baca blog dulu...
ReplyDeleteawesomeeeee la akak punya story......sy minat gilee kat akak punya kaya
ReplyDeleteKlakar giler...hlg skit mslah
ReplyDeleteX boleh blah pasal tengku ckp "thanks sayang"
ReplyDeletetime sedap2 makan ice cream tersedak !!
Lol hahahaha����������