Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 1 January 2012

Eksperimen Cinta (BAB 5)

BAB 5

Kelat wajah Damia sewaktu watikah membunuh itu dibacakan. Nak menghalang, tapi sebagai kuli, mana mungkin dia boleh. Nanti tak pasal-pasal keluar arahan hantar surat perletakan jawatan kalau silap perhintungan. Adoi.. kenapala semuanya mesti berlaku ketika ni? Kalu peluang ni diberi pada orang lain, serius dia cakap dia tak kisah daripada kena mengadap si lanun hutan tu!

     “Damia, saya dan Encik Raffi dah bersetuju nak hantar awak ke Triumph Air seharian hari ni untuk bincangkan pasal projek Dubai dengan Tengku Aaron because you are the first person who deals with him. Anggap saja ni challenge pertama awak untuk handle projek besar in future nanti,” panjang lebar Cik Lucy berkata. Dia tersenyum kepada Damia.

     “Tahniah kerana terpilih.”

     Tahniah kerana terpilih? Waa.. kalau tak terpilh memang dia sujud syukur agaknya. Kenapa aku? Kenapa aku? Hantar la Suraya ke.. Mamat Bangla ke.. kenapa dalam ramai-ramai manusia bekerja kat situ, dia yang paling bertuah ni? Cik Lucy menghulurkan tangan. Dengan terpaksa, disambutnya juga.

     “Thanks, Cik Lucy.”

     Habis berkata, dia keluar. Nak tak nak, terpaksa diterima. Terasa malang betul. Baru dua bulan dia bekerja, terasa dah macam kena dera. Mungkin kalau orang lain tak kot. Sebab ni semua gara-gara Tengku Aaron yang membuatnya terasa teramat berat hati untuk menjejakkan kaki ke sana buat kali kedua. Bimbang dia tak dapat bersabar, ada pula bangunan yang terbakar nanti. Tak pun, tak pasal-pasal ada yang kena ambil MC sebulan!

     Nak buat macam mana? Dah nasib badan.

    “Ya Allah, ya Tuhanku. Kuatkanlah kesabaranku untuk menempuh seharian bersama makhluk perosak tu.”


     ---------
“Mellisa, apa jadual saya hari ni?”

    Tengku Aaron yang baru sampai terus duduk di atas kerusi empuknya. Laptop Apple dibuka. Mellisa yang mengekornya tadi berdiri di depan mejanya bersama dengan PDA di tangan. Tak tau kenapa, dia berasa betul-betul tiada mood hari ni.

     “Pukul 9.00 pagi, Tengku ada meeting kat Jaya Holdings. Pukul 11.30 pagi, Tengku ada meeting dengan syarikat iklan WeSmile.Lepas tu,..”

     Tengku Aaron mula bosan. Asyik meeting je. Nak mengurat pun tak sempat. Beginilah hidupnya. Tapi, kalau tak kerja memang dia tak boleh hidup. Dah rasa macam tak cukup oksigen pun ada. Takde kea pa-apa yang menyeronokkan hari ni? Tengku Aaron mengeluh.

     “Cik Damia Farisha, wakil Raffi Holdings datang hari ni..”

      Tiba-tiba Tengku Aaron kembali bersemangat. Terus tegak duduknya. Doanya bagaikan dimakbulkan pulak. Wah, hari yang menghiburkan! Pelik Mellisa melihat respon bosnya itu. Tadi bukan main monyok, sekarang muka dah bercahaya macam kena suluh spotlight 30 Voltt.

     “Call all meetings off,” arah Tengku Aaron mendatar.

     “Tapi Tengku, Tengku ada lima meeting hari ni.”

     “Alah.. cancel la. Reschedule balik. Saya kena pentingkan wakil Raffi Holdings sebab kita ada projek besar dengan dia. Takkan la saya takde padahal dia datang sini sebab nak discuss dengan saya.”

    Panjang lebar dia berhujah. Kononnya tak nak kasi Mellisa perasan. Padahal hati bukan main teruja nak bertemu dengan gadis ayu itu lagi. Pelik betul.

     “Baik, Tengku.”

     “Satu lagi. Pesan kat Adam, Marwah dan Raja Syafiq jangan keluar ke mana-mana hari ni. Suruh Adam jumpa saya, bawa report pesawat baru yang dah diservis,” sambung Tengku Aaron.

     “Orait.”


     --------

Damia kuatkan semangat. Pintu kayu solid itu diketuk. Setelah tuan di dalam mengizinkan, baru dia melangkah masuk.

     Tengku Aaron yang tengah khusyuk menghadap laptop Apple itu mengangkat muka. Dia senyum saat melihat wajah selamba gadis di depannya itu.

     “Oh, my sweetheart! How I miss you. Jemput duduk.”

     Berasap telinga Damia mendengarnya. Nampak gayanya anak raja depannya ni tak makan saman. Penumbuk makan agaknya! Damia hanya senyum. Lambang hormat semata-mata.

     “Nampaknya kita ada jodoh.” Tengku Aaron kenyit mata. Huh! Dasar kaki pelayar kaki sepanar punya spesis. Kurang monosodium glutamate!

     Damia tetap dengan muka tak berperasaan. Senyum tak. Marah pun tak. Sampai Tengku Aaron sendiri naik confuse dibuatnya.

     “Okay, we straight to the point. Encik Raffi dah cakap kat saya yang saya kena ajar awak pasal selok-belok projek ni. Lepas tu, kita akan bincang pasal konsepnya.” Tengku Aaron dah mula serius.

     Sedikit sebanyak Damia lega. Sekurang-kurangnya lelaki di hadapannya itu reti jugak nak respect kerja.

     “Ya, Tengku. Saya harap Tengku dapat beri tunjuk ajar sebab saya masih baru dalam bidang ni.” Akhirnya, Damia bersuara.

     “Nanti saya akan panggil Mellisa untuk tolong apa-apa yang awak perlukan. Nanti dia akan perkenalkan awak dengan muka-muka yang terlibat dengan projek ni,” tambah Tengku Aaron lagi. Sejurus selepas itu, interkomnya ditekan untuk memanggil Mellisa.

     “Terima kasih.” Pendek Damia menjawab. Disimpul sependek yang boleh. Kalau Tengku Aaron faham bahasa isyarat, pasti digunakan.

     ------

“Hai. Ni dah kali kedua kita berjumpa. Saya setiausaha Tengku, Mellisa. Panggil Mel je.” Mellisa perkenalkan diri. “Kalau Cik Damia perlukan apa-apa, panggil je saya.”

     “Panggil Mia je. Tak payah nak bercik-cik.” Damia tersenyum.

     Ketika itu, mereka baru keluar dari bilik Tengku Aaron. Dan ketika itulah datangnya Adam bersama fail hitam di tangan.

     “Aaron ada?” soal Adam. Dia perasan ada gadis bertudung di sebelah Mellisa.

     “Ada. Oh ya. Mia, ni Encik Adam Hariz. Ketua Aeronautic engineers, merangkap bestfriend Tengku. Dia pun terlibat dalam projek ni. Encik Adam, ni Damia. Wakil Raffi Holdings.” Mellisa memperkenalkan mereka.

     Senyuman bertukar sebelum Adam masuk ke dalam bilik Tengku Aaron.

     “Siapa Damia tu?” Soalan pertama yang dituju untuk Tengku Aaron. Tengku Aaron senyum.

     “Cantik tak?”

     Apa kena dengan dia ni? Lain aku tanya, lain dia jawab. Fail di tangan diserahkan kepada Tengku Aaron. Dia duduk di atas kerusi empuk bertentangan dengan Tengku Aaron. Senyum memanjang je Aaron ni? Macam menang loteri pun ada.

     “Boleh tahan la. Cun. Nampak lembut dan ayu. Sejuk mata memandang.” Adam puji melambung. Betul-betul dia tak tahu apa yang ada dalam kepala kawannya itu.

     “Siapa tu?” tanyanya sekali lagi.

     “Tu lah calon isteri aku.” Ek?

     “Bertudung?” Adam tak percaya. Biar betul!

     “Kenapa? Salah ke?”

     “Tak. Cuma pelik. Sejak bila tukar taste ni? Dah jadi buaya lebai ke?” Tengku Aaron gelak.

     “Biasa la wei. Kalau nak cari bini, mesti la yang tau respect aku. Reti hukum-hakam Islam. Ya tak?” soal Tengku Aaron balik. Seburuk mana pun lelaki akan dicarinya jugak perempuan yang boleh dibuat bini. Tanyalah lelaki mana pun.

     “Betul jugak. Kalau aku pun, aku akan cari orang bertudung. Biar aku je yang boleh tengok auratnya. Penampilan melambangkan akhlak. Insyaallah la kalau bukan yang jenis hipokrit,” sokong Adam. Cuma ada satu yang Adam pelik.

     “Anyway, bila korang bercinta ni?” soal Adam pelik. Tak pernah dengar pulak membernya tu cerita pasal Damia. Tup-tup nak kahwin. Pandai pulak Tengku Aaron berahsia.

     “Bila masa pulak aku cakap aku bercinta dengan dia?” Tengku Aaron sengih.

     “Pulak. Tadi kau cakap dia calon isteri kau?” Adam pening. Memang perangai Tengku Aaron tak boleh nak ikut. Aci hentam undang-undang dia je.

     “Memang dia calon isteri aku. Tapi kami tak bercinta pun.”

     “Habis? Dia pilihan orang tua kau?” teka Adam lagi.

     “Bukan la. Kau ingat aku ni dok zaman Jepun ke? Jodoh family tentukan? Kan hari tu aku cakap aku nak kahwin. Dia je calon yang aku nampak sesuai.”

     “Dia je calon yang aku nampak sesuai?” Adam mula mencerna sebaris ayat tu. Tengku Aaron angguk.

     “Kiranya, kau nak paksa dia kahwin dengan kau la ni?”

     “Good assumption. Dan memang betul pun.” Tengku Aaron sengih.

     Adam terkejut. Tak sangka Tengku Aaron serius nak kahwin. Dan tak sangka tekaan dia tepat.

     “Wei.. tak baik hancurkan masa depan anak orang. Kau bukannya cintakan dia pun.” Adam kurang bersetuju. Kahwin-mahwin jangan dibuat main. Bukannya eksperimen menda tu.

     “Peduli la. Bukannya aku mati kalau takde cinta. Pokoknya aku bersemangat nak kahwin ni. Cinta lain hal. Yang penting, aku tak nak kalah.”

     Adam geleng kepala. Aku memang kalah kalau nak berdebat dengan mamat ni. Kalau berdebat dalam mahkamah pun agaknya semua peguam angkat bendera putih. Tok majistret pun agaknya angguk iakan je. Bukannya dia tak kenal Tengku Aaron Shah ni. Kalau dia kejar sesuatu, maka janganlah berharap dapat lepaskan diri. Gunung Everest pun boleh daki sebelah kaki je. Adoi.. Ni semua pasal dendam dengan Tengku Andrean la ni. Bilala mereka nak berbaik ni?

     “Tapi, orang secantik dia takkan takde pakwe kot? Kau jangan.. tak pasal-pasal rosak hubungan dorang. Takkan kau nak jadi perampas kebahagiaan orang kot?” nasihat Adam.

     “Dah jodoh dia dengan aku nak buat macam mana?” senang Tengku Aaron menjawab.

     Eh, mudahnya dia bercakap? Kahwin pun belum. Adam geleng kepala.

     “Aku yakin dia takde pakwe la.”

     “Kenapa?”

     “Sebab.. kalau aku rapat dengan dia semeter pun boleh diberi jelingan maut, macam susah nak didekati lelaki. Macam mana la nak ada boyfriend?” Tengku Aaron dah buat andaian sendiri.

     “Ek ena.. kau tu sebab dah species ulat bulu. Bukan semua perempuan selesa.” Tengku Aaron sempat sengih.

     “Dia patutnya beruntung sebab aku pilih dia. Dapat jadi isteri CEO, lepas tu jadi menantu Tan Sri.”

     “Memang dapat jadi isteri CEO, menantu Tan Sri. Tapi, kalau kena layan perangai tiga suku kau tu, kalau aku pun aku tak nak. Malas aku nak layan kau ni.”

7 comments:

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )