Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Tuesday 8 May 2012

Eksperimen Cinta (BAB 40)

BAB 40

“Comelkan baby ni.” Suara yang tiba-tiba menyapa halwa telinga Tengku Aaron membuatkan lelaki itu sedikit tersentak. Hilang segala bayangan Anith. Tengku Aaron berpaling pada empunya suara itu.

     “Kau buat apa kat sini?” soal Tengku Aaron. Sejak bila Damia berada di situ, dia sendiri pun tak tahu.

     “Mummy suruh cari awak. Dia bimbangkan awak.”

     “Tak payah bimbangkan aku. Aku bukannya kecik lagi. Aku pun tak sakit,” jawab Tengku Aaron sebelum duduk di atas bangku berdekatan. Damia mengekori Tengku Aaron. Dia duduk bersebelahan dengan Tengku Aaron.

     “Awakkan baru baik dari demam. Mestilah mummy risau. Awak pun anak mummy jugak,” kata Damia lagi.

     Damia merenung wajah suram suaminya. Nampak berserabut.

     “Awak nak air? Saya bawakan awak air. Mesti awak dahagakan? Sebab dari tadi lagi saya tahu awak tak minum.” Damia menyuakan sebotol air mineral pada Tengku Aaron. Sebenarnya, bukan sahaja mummy yang risaukan Tengku Aaron, dia juga risaukan suaminya itu. Dia bimbang bila melihat Tengku Aaron yang berlalu begitu sahaja tadi.

     Tengku Aaron melihat wajah ikhlas Damia. Entah kenapa hatinya terasa tenang. Jiwanya yang sedang bercelaru pun rasa damai. Dia rasa terharu dengan perhatian Damia. Dia berasa yang dia betul-betul perlukan sokongan Damia sekarang ni.

     “Thanks,” ucap Tengku Aaron sepatah. Air mineral itu disambut sebelum diteguk rakus. Sungguh dia dahaga dengan semua yang terjadi.

     Diam antara mereka. Tengku Aaron meraup muka. Damia pula selesa berdiam diri. Tiada pula niat untuk meninggalkan Tengku Aaron sendirian.

     “Mesti mummy benci aku sekarang ni, kan? Mesti mummy lagi benci aku kalau tahu Rean accident lepas keluar dari rumah kita, kan?” tiba-tiba Tengku Aaron bertanya.

     “Mana ada ibu yang benci anaknya. Kalau tak mesti dia tak suruh saya cari awak,” jawab Damia.

     “Kau pun mesti menyampah dengan sikap aku yang macam ni, kan?”

     Damia terkelu. Err.. sikit la! Saper yang tak menyampah dengan perangai yang pendendam macam tu. Tapi dia faham kalau jiwa orang yang tak percayakan orang ni macam mana.

     “Tak payah jawabla. Aku tahu dalam kepala kau tu. Aku pun malas nak sakit hati dengar jawapan kau yang menyakitkan hati,” bidas Tengku Aaron. Damia tak mampu tahan sengih.

     “Annoying sikit je.” Tengku Aaron menjengilkan mata mendengar jawapan jujur Damia.

     “Kenapa sikit je?” soal Tengku Aaron balik.

     Damia garu kepala. Adoyai.. apa aku nak jawab ni? Ada ke tanya macam tu? Dah aku nak annoy sikit je, apa boleh buat? Tak mengamuk pulak dia dengar jawapan aku tu?

     “Kenapa nak banyak-banyak? Masalah awak tiada kena-mengena dengan saya. Sikit tu sebab awak tak jugak maafkan Seri dengan Abang Rean walaupun dorang dah minta maaf,” berani Damia jawab. Memang dah reda kalau dia dijerkah Tengku Aaron. Tapi Tengku Aaron hanya menunduk.

     “Aku tak boleh kalau ingatkan apa yang mereka dah buat pada aku dan Anith.” Lagi sekali Damia dengar nama Anith. Siapa sebenarnya Anith dalam hidup Tengku Aaron?

     “Siapa Anith?” Damia ingin tahu dari mulut Tengku Aaron sendiri.

     “Seseorang yang sangat aku sayang. Dia kawan baik aku. Dia selalu ada untuk aku. Dia sangat baik orangnya. Dia kekasih Rean sebelum Rean kahwin dengan Seri. Masa Rean kahwin dengan Seri, Rean belum cakap kat Anith yang dia dah beristeri walaupun Anith dah meninggal dunia. Aku nampak dia meninggal. Rean betul. Kalau bukan sebab aku, mesti Anith hidup sekarang ni. Kalau Anith tak halang aku jumpa Rean malam tu, mesti Anith tak kena langgar. Memang aku penyebab Anith mati,” cerita Tengku Aaron.

     “Jadi, kenapa awak still nak marahkan abang Rean dan Kak Seri?”

     “Kau tak tahu macam mana rasa kena tipu. Cuba kau bayangkan kalau andaikata satu hari nanti, kekasih yang kau sayang tiba-tiba dah kahwin dengan adik kau or even kawan baik kau sendiri.”

     Damia berfikir sejenak. Kalaulah aku ada boyfriend, lepas tu boyfriend aku kahwin dengan Alia. Tak pun dengan Suraya. Hish.. mana boleh! Memang kena kapak minah dua ekor tu. Dengan pakwe-pakwe aku sekali aku terajang sampai Jepun. Senang-senang ya nak curang dengan aku. Macam Suraya hari tu. Tak pasal-pasal jadi panda Izzat hari tu.

     Tapi, bila difikirkan balik, kalau dorang dah kahwin nak buat macam mana? Ijab kabul memang tak boleh nak undur. Ingat macam tarik perahu ke? Dah jodoh dua orang tu, apa nak buat? Doakan kebahagiaan mereka je la.

     “Mungkin dah tersurat jodoh mereka dah sampai, saya halang macam mana pun tetap kahwin jugak. Reda je la. Belajar ikhlaskan hati untuk terima semua. Adala tu kekurangan saya yang buatkan boyfriend saya cari orang lain,” jawab Damia.

     “Senangnya kau cakap. Kau tak pernah rasa. Memang macam tu.”

     “Habis tu nak suruh saya benci, berdendam sampai mati. Macam tu?” bidas Damia. Tengku Aaron terdiam.

     “Tak senang aku nak maafkan. Kemaafan perlukan keikhlasan. Aku tak sebaik itu. Aku ni jahat.”

     “Bila kita tahu kita jahat, maka dah jadi tanggungjawab kita untuk berubah ke arah kebaikan. Saya pun bukannya baik sangat. Kita semua buat dosa, Aaron. Sebab tu kita kena selalu solat sunat taubat. Sebelum tidur, kita kena minta maaf dengan semua orang sebab kita belum tentu hidup esok paginya. Kak Seri makin kritikal sekarang ni. Awak nak ke dia pergi tanpa kemaafan daripada awak? Awak nak ke Kak Seri tak tenang di sana nanti? Awak nak ke Abang Rean sedih? Allah memang maha pengampun. Tapi dosa sesama manusia, Allah takkan ampunkan sebelum dia dimaafkan orang yang dia buat salah. Kak Seri betul-betul menyesal dengan apa yang dia dah lakukan pada awak.” Panjang lebar hujah Damia. Berharap sangat Tengku Aaron akan lembut hatinya.

     “Aku tak tahu. Aku tak boleh bila kenangkan Anith.” Tengku Aaron dalam dilema.

     “Sedangkan nabi ampunkan umat.”

     “Aku bukan nabi.”

     “Ya.. awak bukan nabi. Sedangkan junjungan besar nabi Muhammad sudi memafkan, kita sebagai pengikutnya sepatutnya mencontohi baginda,” balas Damia balik.

     “Kalau Anith hidup lagi, mungkin senang aku nak maafkan mereka.”

     “Kalau Anith hidup lagi, awak rasa Anith akan berdendam jugak ke?” soal Damia. Dia tak tahu macam mana sikap Anith.

     Terus wajah Anith terbayang. Anith takkan berdendam. Sedangkan malam sebelum dia meninggal itu pun dia dah maafkan Seri dan Tengku Andrean.

     “Anith baik. Dia takkan berdendam. Dia dah maafkan Seri dan Rean.”

     “Dan Anith mesti sangat sedih kalau tahu awak masih marahkan mereka.”

     Tengku Aaron pandang Damia. Damia betul. Anith sedih bila melihat sifat marah dan bencinya pada pasangan itu. Bila melihat Damia, terasa bagaikan Anith kembali muncul. Ya Allah.. kejamnya aku. Mesti Anith terseksa sebab dah buat dia sedih. Mesti Anith sedih kalau dia tahu aku masih simpan dendam walaupun Seri dalam keadaan kritikal. Kejamnya aku.. Tengku Aaron mengutuk diri sendiri.

     Tengku Aaron bangun.

     “Awak nak ke mana?” soal Damia cepat sebelum turut bangun. Bimbang Tengku Aaron pergi lagi. Jenuh pulak nak round satu hospital ni.

     “Maafkan Seri.” Walaupun hanya dua perkataan, tapi Damia rasa sangat bersyukur. Sekurang-kurangnya hati suaminya sudah lembut. Dengan izin Allah. Alhamdulillah..

     “Sebelum tu, boleh aku peluk kau?” Belum sempat Damia menjawab, badannya ditarik rapat ke dada Tengku Aaron. Terkejut Damia dibuatnya. Kemas terasa tangan Tengku Aaron pada belakang tubuhnya. Damia tak tahu sama ada dia harus membalasnya atau menolak tubuh Tengku Aaron. Akhirnya Damia membiarkan sahaja.

     Hampir dua minit mereka berpelukan sebelum Tengku Aaron melepaskannya. Terasa Damia memberi kekuatan padanya.

     “Jom,” ajak Tengku Aaron.

      Teragak-agak Damia mengangguk. Rasa terkejut belum hilang sebenarnya. Kenapalah dia boleh berpelukan di tempat awam macam ni? Nasib baik takde orang. Namun, separuh hatinya senang diperlakukan sebegitu.

     --------

“Mummy.. tu Along.” Tengku Ammelisa menunjuk ke arah Tengku Aaron yang berjalan beriringan dengan isterinya. Semua mata menoleh kearah mereka.

     Ketika Damia dan Tengku Aaron tiba di depan wad ICU, seorang doktor baru keluar dari bilik Seri. Berita yang disampaikan masih sama. Keadaan Seri makin kritikal dan bersedia untuk merelakan pemergian Seri.

     Jiwa Tengku Andrean makin tak tenang. Dia bertawakal kepada Allah. Dia rela Seri meninggalkannya daripada melihat Seri terseksa sebegitu. Jiwanya parah tapi roh bagaikan enggan untuk meninggalkan jasad. Ya Allah.. adakah ini balasan terhadap dosa-dosa kami? Adakah ini balasan kerana dosa sesama manusia belum diampunkan? Ampunkan dosa isteriku, Ya Allah.. permudahkanlah urusannya dan jangan Engkau seksa lagi dia.

     “Ya Allah.. andai isteriku masih ada peluang untuk hidup, Engkau kuatkan hatinya untuk terus berjuang. Engkau berilah petunjuk kepada kami. Tapi..” Air mata Tengku Andrean menitis lagi. Betapa beratnya untuk menyambung doanya. Tak sanggup rasanya untuk meneruskan permintaannya pada Yang Esa.

     “Tapi.. andai kematian lebih baik untuk isteriku, kau permudahkan segala urusannya. Kau ampunkan segala dosanya. Kau kentalkanlah hatiku untuk menerima semuanya dengan reda. Demi Allah, aku ikhlas dengan segala qada dan qadarmu, ya Allah. Sesungguhnya aku telah menghalalkan semuanya dan mengampun dosanya sepanjang dia menjadi isteriku.” Tengku Andrean meraup wajahnya dengan kedua-dua tangannya. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis.

     Semua yang mendengar tersedu-sedan menahan tangis. Bagaikan sudah tahu nasib yang bakal dialami Seri. Damia juga beberapa kali mengelap air matanya sambil berpelukan dengan adik iparnya. Apatah lagi terkenangkan bayi kecil yang belum merasai pelukan ibunya. Tan Sri Tengku Ahmad juga menahan sebak sambil menenangkan isterinya.

     Tengku Aaron yang hanya berdiam diri sedari tadi akhirnya melangkah mendekati cermin pemisah. Pertama kali dia melihat Seri dengan lebih dekat. Betapa lemahnya Seri pada matanya. Jatuh simpatinya pada wanita itu. Semua orang hanya memerhati gelagat Tengku Aaron.

     “Kau dah lahirkan anak, Seri. Comel macam maknya juga.” Tengku Aaron memulakan kata.

     “Tiap kali aku tengok kau, tiap kali tu jugaklah aku rasa sakit hati dan benci yang teramat. Tapi, aku pun manusia. Aku memang jahat tapi aku bukanlah kejam sangat sampai nak seksa kau. Aku taknak tengok kau terseksa macam ni lagi. Aku taknak kau pergi tanpa kemaafan. Aku..” Tengku Aaron kuatkan hati. Dia menarik nafas panjang.

     “Aku maafkan kau..” Lega! Itulah yang Tengku Aaron rasakan sekarang ni. Betapa lapangnya dadanya setelah terungkapnya kata-kata itu. Bagaikan separuh daripada beban hatinya pergi.

     “Aku maafkan semua yang kau dah buat pada aku. Demi Allah aku tak simpan dendam lagi pada kau. Aku ikhlas. Dan apa yang telah kau buat pada Anith, dah lama Anith maafkan kau sebelum dia meninggal.” Tengku Aaron menghabiskan kata-katanya.

     Tengku Andrean memanjatkan syukur mendengar kemaafan Tengku Aaron. Lega sekali bila isterinya dimaafkan walaupun dia tahu Tengku Aaron masih marah dengannya.

     ---------

Tengku Andrean tidak mampu menahan rasa sedihnya bila doktor yang merawat isterinya akhirnya mengesahkan yang Seri sudah pergi selama-lamanya. Dia tahu dia bakal mendengar berita duka itu, tapi dia tetap menangis. Dia rasa dia sudah cukup bersedia untuk menerima kehilangan Seri, tapi ternyata tak semudah itu untuk dia ikhlaskan semuanya. Rasa bagaikan separuh darinya turut pergi. Hanya puteri tunggalnya yang berada dalam fikiran. Mama dah tinggalkan papa. Siapa nak jaga kita nanti?

     Jenazah Seri dibawa balik ke Kediaman Shah kerana Seri merupakan anak yatim. Sudah seminggu berturut-turut tahlil arwah diadakan dan seminggu berturut-turut jugalah Damia dan Tengku Aaron menginap di Kediaman Shah.

     Selesai majlis tahlil, Damia ingin masuk ke biliknya. Namun dibatalkan niatnya bila melihat Tengku Andrean berada di balkoni rumah bersendirian.

     “Abang Rean tak tidur lagi?” tegur Damia.

     “Abang belum ngantuk.” Tengku Andrean tersenyum hambar.

     “Abang jenguk baby kat hospital hari ni?” soal Damia. Keadaan puteri Tengku Andrean yang tak cukup bulan tak membenarkan bayi itu dibawa pulang.

     “A’a.. tiba-tiba teringatkan Ratna. Rindu sangat. Abang takut sangat kalau-kalau abang hilang Ratna pulak. Abang takut abang tak dapat jalankan tanggungjawab seorang ayah tanpa Seri. Abang tak pernah jaga baby sebelum ni. Abang kena belajar sebab Ratna ada abang je. Baru abang rasa susahnya nak jaga anak,” luah Tengku Andrean sebak. Damia yang mendengar turut sama sebak.

     Kalau Seri ada, mesti Seri akan jaga anak mereka. Mesti Seri gembira membesarkan puteri mereka. Tengku Andrean betul-betul rindukan arwah isterinya. Seminggu dah berlalu tapi setiap masa dia merindui Seri.

     “InsyaAllah abang boleh. Abang kena kuat demi Ratna. Setiap yang Allah tentukan pasti ada hikmahnya. Allah takkan bebankan hambanya di luar batasan hambanya. Mia yakin abang kuat.” Damia memberi semangat pada Tengku Andrean.

     “Terima kasih, Mia sebab selalu bagi semangat kat abang. Aaron beruntung sebab Mia jadi isteri dia.” Damia hanya tersenyum mendengar kata-kata Tengku Andrean.

     “Mia taknak tidur lagi ke? Dah lewat ni,” soal Tengku Andrean.

     “Kau dua orang buat apa kat sini?” Entah dari mana Tengku Aaron datang dan marah pada mereka. Terkejut beruk Damia dibuatnya. Saper yang tak terkejut kalau baru nak bukak mulut, tiba-tiba keluar suara garau?

     “Hey, Rean! Dulu kau rampas Seri daripada aku. Sekarang ni isteri aku pulak ke?” Tengku Aaron dah berapi.

     Damia yang mendengar rasa nak cekik-cekik je mamat tu. Geramnya!

     “Kitorang cakap kosong je la. Apa awak ni nak tuduh orang tak tentu pasal,” balas Damia geram. Dia langsung terlupa panggilan ‘abang’ pada lelaki itu. Nasib baik Tengku Andrean tak perasan.

     “Sekali pun kau marahkan aku, jangan libatkan isteri kau. Dia takde kena mengena.” Tengku Andrean turut bersuara tenang.

     “Ah.. kau memang macam tu. Kalau dulu kau boleh buat, sekarang mesti boleh jugak, kan?”

     “Apa yang bising-bising ni? Ya Allah.. kamu berdua ni, apa lagi?” Tan Sri Tengku Ahmad menggeleng kepala melihat pasangan kembar yang bertelingkah itu. Suara Tengku Aaron boleh didengar sampai tingkat bawah rasanya.

     “Sudah-sudahla tu, Aaron. Rean baru je kematian isteri. Tolonglah bertimbang rasa sikit. Kawal emosi tu,” kata Tan Sri Tengku Ahmad lagi. Putera sulongnya itu kadang-kadang perangai memang mengalahkan budak. Nak dipukul, dah besar panjang. Hanya mampu memberi nasihat.

     Tengku Aaron merengus sebelum masuk ke dalam biliknya.

     “Mia mintak maaf bagi pihak abang Aaron.” Damia meminta maaf. Malu rasanya pada Tengku Andrean. Suami saper la tu. Kenapalah suami aku tu otak tak berapa sihat malam ni?

     Tengku Andrean senyum hambar.

     “Abang faham. Dia still marahkan abang. Abang tak ambik hati pun.”

     “Kalau macam tu, Mia masuk tidur dulu ya, bang. Dah ngantuk.” Damia meminta diri. Bukan ngantuk sebenarnya.tapi sebab nak sembur orang punya pasal!

     Damia masuk ke dalam biliknya. Tengku Aaron bersilang tangan di dada bagaikan menunggu dia masuk.

     “Awak ni memang melampau, kan? Abang Rean tengah sedih. Awak pulak sesegar spritzer je nak tambah susah hati dia tu. Tak kesiankan dia ke? Cubalah perangai macam orang sikit,” marah Damia.

     Tengku Aaron terdiam sejenak. Memang dia akui dia kesiankan Tengku Andrean, tapi bila nampak je muka Tengku Andrean, rasa marahnya kembali muncul. Tambah pulak dia rasa macam hati disiat-siat je bila nampak Damia memberi perhatian pada Tengku Andrean. Dengan dia sendiri pun tak pernah Damia seprihatin itu. Ni dah masuk kes jelous ni! Sejak bila pulak dia reti jelous dengan Damia ni? Haish!!

     “Kau tu isteri aku. Yang kau duduk berdua-duaan dengan dia kat balkoni tu, kenapa? Nak jadi pengganti Seri pulak ke? Dah terjatuh cinta dengan Rean dah?” tuduh Tengku Aaron.

     Argh.. geramnya hati Damia! Hanya Allah je tahu macam mana geramnya rasa. Nampak jendela cantik terbuka. Luas pulak tu. Ikutkan hati, nak je dia campak Tengku Aaron keluar jendela. Memang cun landing dalam swimming pool bawah tu. Manalah tahu air sejuk kolam dapat waraskan otak mamat ni. Mulut dia ni.. dah habis insyuran takaful la tu. Sebab tu suka hati je nak tuduh orang.

     Aku nak bagi semangat kat adik dia pun tak boleh ke? Memanglah duduk berdua-duaan kat balkoni tu. Tapi tempat tu punyalah terang-benderang macam kena suluh spotlight je. Tempat punyalah terbuka. Kalau buat hal, macamlah jaga yang duduk dalam pondok betul-betul bertentangan dengan balkoni tu tak nampak. Lagi.. ni rumah bapak dia. Tak ke gila aku nak buat hal kat rumah bapak dia? Baik aku sewa hotel ke apa. Tengok je muka rimau dia pun dah longgar skru lutut. Ingat aku berani nak buat hal ke? Sayang nyawa lagi la wei. Takkanlah nak jumpa Abang Rean pun nak kena sign kontrak persetujuan dengan dia dulu kot?

     “Saya tahula batas-batas saya dengan abang Rean. Jangan bimbangla. Saya ni payah nak cair dengan orang. Kalau pun cair, apa salahnya? Diakan duda. Saya pun bakal jadi janda. Anak dia pun comel.” Damia sengaja menaikkan darah Tengku Aaron.

     Panas telinga Tengku Aaron mendengarnya. Huh! Jangan harap dia akan lepaskan Damia!

     “Abang Rean,” ejek Tengku Aaron. Sakit pulak hati yang mendengar. Kenapa tak dipanggilnya abang sedangkan dia dan Tengku Andrean sama umur.

     “Kenapa? Jelous ke? sinis Damia balik.

     “Huh.. boleh naik highway la. Tu namanya takde kerja aku kalau nak jelous. Baik aku jelous dengan laki makcik jual nasi lemak sebab dia beruntung ada isteri yang buat nasi lemak sedap.” Tengku Aaron tak mengalah.

     “Huh.. malas saya nak layan awak ni. Saya nak mandi. Daripada saya cakap dengan awak, baik saya cakap dengan sinki.”

     Damia malas nak layan. Ada ke patut makcik jual nasi lemak dan laki dia pun boleh jadi isu? Huh.. nak cakap aku buat nasi lemak tak sedap la tu!



******
Salam untuk semua... sampai sudah bab 40.huhu..sekian sahaja nov ini di blog anjell.maaf ye lau ad yang xpuas ati lau seri mati.yg pntg my aaron n my damia okeh.hehe...smua komen amt dialu2kn...thanx pd sume yg support nov ni.doakan nov ini bjaya kluar dlm versi cetak.insyaAllah..jgn tny sy bler nov ni nk kuar,sbb sy mmg xleh nk jnji.bgntng pd krajinan sy utk siapkan nov ni.doakan sy slalu rajin.doakan sy moga2 novel ni xbrubah jd boring.doakan sy smoga idea dtg mcurah2.(mcm nk msk exam jer.hak5)..

     kpada yg sdih nov ni smpai bab 40, jgn sdih2..nanti lau rajin, anjell selitkan sikit bab-bab lain (teaser) coming soon..huhu..assalamualaikum.babai.. : D

68 comments:

  1. ade typo eh???
    mse adrean ckp gn damia...
    pape pon tq anjell
    i wish u luck n rjin siap kan nov ni...
    :)

    ReplyDelete
  2. Hah dah agak mesti seri mati,nanti anak dia Damia tlng jaga smpi rean jd rapat n aron cemburu kan kan..ho ho ..camna nak menahan sbr menunggu diterbitkan..siapkan cpt2 ye anjel..

    ReplyDelete
  3. ohhhhh..... sedihnyer... nanti mesti windu damia. ohh sye x ptut ckp mcm ni, tpi saya rsa lega bila seri dah xder... xsuker la dia dgn rean... rean tu nanti jgn duk guder2 damia pula, betul ckp aaron, rean tu bukannya boleh pcaya sngt......

    ReplyDelete
  4. alaaaa anjell. sambung sikit lagi please? *muka kesian* atleast stopkan lah sampai diorang dah suka each other huhu. tak puas lagi la baca cerita ni. please please pleeeaasee! :D

    ReplyDelete
  5. hai dh habis sampai n3 40 saja? ini yg tak sabar nk tunggu
    novel ni keluar dipasaran... harap sangat biarlah akan keluar
    cepat ye... tak payahlh nk tunggu lama sgt.

    ReplyDelete
  6. best watak aoron n damia ni heheheh

    ReplyDelete
  7. abis daa,sdehnyer..sob,sob..:c
    cpt2 publish an novel nih,bst sesgt..:X

    ReplyDelete
  8. please promise me you will reveal bila novel ni keluar kat pasaran :( . meroyan la tak dapat baca kisah aaron dan damia.huwaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  9. semoga berjaya dgn jayanya,cpt2 siapkn novel ok..chaiyok..

    ReplyDelete
  10. sedih nyaa...lepas ni dah x leh baca. pe pun saya doa kan novel niiditerbitkn secepat mungkin dan semoga writer mendapat ilham yang banyak supaya novel nii akn terus best macam bab2 lain. good luck kat writer and bila dah diterbitkn nnti bagi la tau K...=)

    ReplyDelete
  11. sedihnyer nak tinggalkan novel ni.
    tak sanggupppppp
    thanks anjell!!!
    hukhukhuk:(

    ReplyDelete
  12. memang sedih ler,punya lama ngikut novel ni..hehe..apapun harap citer ni akan dterbitkan coz sy suka sangat ngan watak damia n aaron..

    ReplyDelete
  13. owhh..da last chapter yer..
    ermm. agak kijam, tp im glad seri da xder..sori
    but still, don like rean.. xgentleman lnsg!
    pape pn, good luck to u.. skali skala letak la teaser yer.. :)

    ReplyDelete
  14. huhu...sedihnye da xleh bce..
    pape pon smoga anjel rajin2 selalu ye..hee~
    siapkn cpat2..EC best!!hoho
    go go anjel..ganbatte kudasai!!

    ReplyDelete
  15. alaaa update laa lg, cite ni best lah tp xkn stop dkt cni, cam awl sgt jea...plissssssss.................

    ReplyDelete
  16. alaaa...huhu,da tak bley bace aaron ngan damia lg...lmbatnye dyorg nak cintan cintun..huhu,anyway,gudluck and cepat2 la kua versi cetak ye..chaiyo!

    ReplyDelete
  17. Huhu sedeynyer x sbr nk tunggu versi cetak... Saya doakan smoga kak anjell akan rajin sentiasa dan idea pun akn sentiasa mencurah2 dan cepatlah hendaknya pihak penerbitan kuarkan citer ni amin..... Hope citer ni akn berakhir ngan happy ending yer...:-)

    ReplyDelete
  18. ciss! Dah ending rupenye! Seddiyhla 0wg kl0 cmny.... -_-

    ReplyDelete
  19. Moga Cik Anjel akan dpt idea utk melunaskan novel ini secepat mungkin!! Amin!!.kak akan beli for koleksi...

    ReplyDelete
  20. Sedihnya...T_T
    Kesian dengan Tengku Andrean...
    Tengku Aaron ni cemburu tak bertempat...
    Hish...geram betul dengan Aaron ni...
    Ape pun sip cerita ni memang best....
    Harap dapat edisi cetak pula lepas ni...
    Good luck ye sis...#^_^

    ReplyDelete
  21. kami semua akan mendoakan yg nove nie dterbitkan,,...aja aja fighting!!! wish u luck...

    ReplyDelete
  22. Hah sampai episod 40 jer ker aduss..sambung ler smpai ending if x terbit versi cetak. pleaseeeee..

    ReplyDelete
  23. speechless........

    ReplyDelete
  24. hihi, aaron comel time jealous. saya doakan semoga anjell mendapat idea mencurah-curah macam niagara falls dan masa yang banyak untuk siapkan novel ni cepat-cepat. biar tercabut jari demi pembaca setia macam kitorang ni. hihi. good luck and all the best. :D

    ReplyDelete
  25. eh, typo la kat sini.

    “A’a.. tiba-tiba teringatkan Ratna. Rindu sangat. Abang takut sangat kalau-kalau abang hilang Ratna pulak. Abang takut abang tak dapat jalankan tanggungjawab seorang ayah tanpa Seri. Abang tak pernah jaga baby sebelum ni. Abang kena belajar sebab Ratna ada abang je. Baru abang rasa susahnya nak jaga anak,” luah Tengku Aaron sebak.

    sepatutnya luah Tengku Adrean.

    ReplyDelete
  26. x best lar, lama lagi ke nk tggu versi cetak novel nih. Sy dh x sabar-2 nak tahu endingnya.. harap Anejll bole siapkan cepat-2.
    Good luck Dear :-)

    ReplyDelete
  27. mesti rindu kat Aaron n Damia lepas ni!! huhu... ape2 pon. tahniah cik writer buat hati saye trsentuh bab Seri n Anith meninggal... rse nak nangis jee bce part tu. sedih sgt T__T ..menunggu dgn penuh sabar novel ni kalau kluar versi cetak :)

    ReplyDelete
  28. Tahniah, saya suka baca novel ni, perasaan tertunggu itu sesuatu yang menyeronokkan, novel ni simple, kreatif,inovatif dan yang penting banyak fakta yang berguna. Ia membuat minda pembaca boleh berkembang dan memperbaiki diri. Kalau boleh, letakkan watak antigonis yang boleh buat jalan cerita ini jadi lebih menarik. Baru banyak konflik, saya sanggup tunggu novel ini diterbitkan, berbaloi rasanya kalau keluarkan duit untuk beli novel yang bermutu, sekarang kurang novel yang boleh mengamit perasaan pembaca,harap kulit buku sahaja yang cantik tapi... Semoga berjaya

    ReplyDelete
  29. Sebelum ni i tak pernah baca e-novel ni. semalam marathon baca dr bab 1 dan petang ni baru sempat sambung baca sampai bab 40.

    memenag best cerita ni. i harap manuskrip novel ni cepat di siapkan dan cepat juga di terbitkan. anyway, best of luck for u writter... :)

    ReplyDelete
  30. ala dah abis daa....xpuas bace.....rindu gn tengku Aaron gn damia....sob sob....cmne ni dh ter 'addict' da...plezz kak Anjell lau rajin update teaser ey....n tlg announce ble da kluar versi cetak...plezzzzz.........gud luck 4 kak Anjell....

    ReplyDelete
  31. bestttttttt....akhirnye tg Aaron jeles jgk gn Damia....sronoknyer...tp sedihnyerrr da abs plak bru nk cintan cintun.....mood sedih nak nangiss..wa wa..tq kak Anjell...

    ReplyDelete
  32. Salam Anjell,

    Why dont u post all chaps until the end coz i'm sure your fans and i will definitely buy the printed version of this novel once it is published. At least we wont be missing Damia n Aaron for too long.

    P/s: Lagipun eksperimen belum mula lagi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul.....sy stuju 400xxxxxxxx....

      Delete
  33. wowww...great..congrate Anjell..mmg homosapien laa....sy rse bkn tg adrean kot yg jd pesaing gn tg Aaron tuk tackle Damia tp mybe laa Leo kot atau khalysq yg msih mnanti....kihkihkih..

    ReplyDelete
  34. Anjell letak semua chapter dalam ni.. Pastinya ramai yang tetap akan beli novel lepas dicetak untuk koleksi. :) apa pun, all the best writer! Semoga idea mencurah-curah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju2..even klu ltk suma chap pn Nnt klu kluar novel pon kitorang beli novel

      Delete
  35. betul2..tolang la letak semua chapter kat sini.. best sgt2 cite ni... please,please,please..

    ReplyDelete
  36. yupp...plezzzzzzzz.....ltak laa...

    ReplyDelete
  37. asslmualaikummm...
    sy x sbr nak tggu novel ni dcetak..
    sy suka citer ni...

    ReplyDelete
  38. Please letak semua chapter... Peminat setia ni. Agaknya cukup ramai komen minta letak chapter, agaknya writer akan letak tak? :)

    ReplyDelete
  39. best lah novel ni, tahniah sbb akak dah brjaya buat saya trtarik untuk baca novel ni harapnya novel ni lain dari yg lain.part yg seri meniggal tu mmng sedih tpi saya mmng suka baca novel yg sedih2 ni hahaha jiwa remaja lah katakan apa2 pun saya harap sngt agar novel ni nnti ada smbungan lagi. - anis

    ReplyDelete
  40. best nye novel ni..setiap kali baca mesti berdebar -debar...cepat siapkan angel!!saya dah x sabar2 nak tahu ending ni.cerite ni makin lama makin bestla pulak!!apa2pun teruskan kejayaan utk membuat lebih byk cerita2 yg menarik ye angellll!!sokong angel! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha!anjel dah jadi angel!!

      Delete
  41. Sedihnya...
    Bab terakhir dah ;(

    ReplyDelete
  42. Laa? Dah habis? :( Sambunglaah :(

    ReplyDelete
  43. ahahhahahhhhahhahaha...........................................................
    naik sawan aku ngn rambut cam org bru blik tnjung manggis...
    ec7757532875353825

    ReplyDelete
  44. sedeh nye kak...xkan abes dh kot...sambung la sket lg...

    ReplyDelete
  45. Wlpun tau dah abis still jenguk kt sini mana tau cik writer lembut hati nak samb few episode lagik huhu..mis Damia n aron

    ReplyDelete
  46. hi..i'm silent reader..
    mula2 baca tajuk cm typical novel remaja je..at last jatuh hati..almost every chap writer berjaya buat reader tertanya2,tertunggu2 dgn next chap..and..most important..cerita nya x semudah cerita biasa..kahwin terpaksa and senang sgt nk jatuh cinta..yes..love takes time to grow..u buat cerita but u takes reality as ur base..good job..keep it up..
    betul la yg readers lain ckp..IF u post chap here u still have fans..believes in me..hehe..ape2 pon tahniah & good luck for ur becoming books..(^_^')

    ReplyDelete
  47. Very nice.'beauty'...bru hari ni jumpa...waiting 4 d novel ^,^

    ReplyDelete
  48. aduh..dh tak sabar tgg versi cetak nih...

    jue

    ReplyDelete
  49. salam ? nak komen 1 je .
    lw bleh cover bku dy tkar lr .
    x lawa lr ? ehehee

    ReplyDelete
  50. Wahhhhh best gilerrrr,,,,,,bila novel ni nk kuar?? Xsabar nk dapatkn novel ni,,,,,,

    ReplyDelete
  51. Aa best la citer ni, bla nk kluar novel? Cover EC mcm kurang..kasi tkar yg menarik ckit leh tak? baru ramai ter...tarik.hehehe...pa pun i like EC n SPS...dh x sbor nk bli ni...gd luck.

    ReplyDelete
  52. xsabar mnggu novel ni..!!1serius menarik!!

    ReplyDelete
  53. bila versi cetak akan keluar? penerbit mana ye? cerita yang santai dan menarik.

    ReplyDelete
  54. Hmmm....nk bace smpai abiz..tp x ksmpaian....

    ReplyDelete
  55. Baca sampai macam tengok movie ja..
    sambung la..best..

    ReplyDelete
  56. Not bad.. seronok & enjoy baca novel ni. Imagine my hero. Always Dennis O. Hihi..

    ReplyDelete
  57. Sambung lagi.... Nk tahu ending nyee.. Novel dye dh keluar ke?... Best Sgt..

    ReplyDelete
  58. Cheryel Charissah13 November 2013 at 13:33

    Hemm..harus beli novel ni, apapun crita ni Memang Best sangat..

    ReplyDelete
  59. Novel yg sgt2 mnarik..tak mnyesal beli novel EC..baca bnyk kali pun x bosan..

    ReplyDelete
  60. Best giler!! Ahahak. Btw,, visit my blog klu rajin.. hehe. Www.akukakitaip.blogspot.com

    ReplyDelete
  61. Fanatic dgn novel anjell... ≧∇≦

    ReplyDelete
  62. Salam cik puan Anjell. Ada lagi tak novel baru. Saya dah khatam kesemua novel cik puan Anjell. Memang amat berbaloi saya telah membelinya. Harap keluaran baru lagi. Apapun setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada cik puan Anjell. Syabas dan salam :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )