Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Wednesday 30 May 2012

Suamiku Paling Sweet (BAB 5)

BAB 5

Izz menghantar aku ke klinik terlebih dahulu untuk diperiksa. Puas aku menolak, dia pun puas memaksa. Akhirnya aku mengalah bila Aunty Fatmah masuk campur. Aunty Fatmah pun membebel jugak. Membebel sayang. Tapi bebelannya takdelah sampai sepanjang kereta api macam mama.

     Bila ke klinik, macam yang aku agak, aku cuma terseliuh kaki. Hafiy pun ikut sama. Nasib baik jugak ada Hafiy. Takdelah canggung sangat aku dengan Izz. Izz dan Hafiy ikut sekali aku ke bilik rawatan. Aku dah halang, tapi Izz selamba menjawab yang tak gentlemen tinggalkan orang sakit sorang-sorang. Aku malas nak layan akhirnya membiarkannya sahaja. Sakit kaki je pun.

     “Macam mana boleh jadi macam ni?” selidik doktor muda itu. Hai.. aku nak cakap pun segan!

     “Kakak jatuh pokok. Nasib baik daddy ada. Kakak jatuh atas daddy.” Tu dia.. Saksi dah beri keterangan! Malunya aku rasa. Apatah lagi doktor itu tersenyum sedikit. Pehallah si Hafiy ni terlebih mesra pulak ni?

     “Kaki dia macam mana?” kali ini Izz pulak bertanya.

     “Ankle sprain. Dalam beberapa hari nanti boleh sembuh. Tapi, kalau dah sembuh, jangan biarkan dia panjat pokok lagi, ya?” sempat doktor tu bergurau. Aku rasa kata-kata itu semacam khas ditujukan untuk Izz je. Izz ketawa. Geramnya aku! Doktor ni tak tahu lagi agaknya aku ni macam mana orangnya. Kalau nak ankle sprain, cakap je. Bila-bila masa aku boleh bagi la. Sabo.. sabo..

     “Nothing serious, right?” Kali ni baru aku bersuara. Doktor itu senyum.

     “Nope. Tapi.. kalau puan mengandung, parah jugak. Boleh sebabkan keguguran.” Aku terlopong mendengarnya. Puan? Mengandung? Wei.. sejak bila pulak aku dah ada suami ni? Kalaupun aku mengandung, takdelah gila sangat aku nak panjat pokok. Tak sayang nyawa namanya tu! Lagi, perempuan gila mana yang nak meroyan panjat pokok? Aku pandang Izz di sebelah. Sahlah doktor ni salah faham. Nampak gayanya Izz pun tercengang-cengang.

     “Saya bukan suami dia, doktor.” Izz jelaskan perkara sebenar. Doktor tu nampak macam terkejut.

     “Oh, ya ke? Maaf.. Maaf.”

     Doktor ni pekak agaknya. Tak dengar ke Hafiy panggil aku kakak, panggil Izz, daddy? Kalau datang dengan lelaki memang disalah sangka suami isteri ke? Kenapalah bukan diangggap adik abang? Tapi kalau orang tengok aku dan Izz memang konfom la takkan dianggap adik-beradi. Tengok mata pun dah tahu.

     Aku keluar daripada klinik dengan kaki yang berbalut. Izz akan menghantarku pulang ke rumah. Balik awal lagi aku hari ni. Hmm.. telinga aku dah bersedia dengan apa yang bakal mama bebelkan nanti.

     -----------

“Assalamualaikum, mama, papa.” Aku tegur mama dan papa yang sedang berehat di kerusi taman. Sedang minum petang. Awal pulak papa balik hari ni. Aku sengih selebar mungkin kat mama dan papa. Nak tutup kesalahanla kononnya.

     Izz salam papa.

    “Kaki kamu kenapa, Sya?” Mama lebih cekap. Mama dah bangun meluru ke arah aku. Kaki yang berbalut dibelek-belek.

     “Kakak jatuh pokok, nek. Kitorang nak panjat pokok jambu. Lepas tu, kakak jatuh.” Hafiy sekali lagi menjadi tukang cerita.

     “Jatuh pokok?” suara mama agak kuat. Terkejut semestinya. Dia menjelingku. Aku tahu maksudnya. Maksudnya, bersedialah aku lepas ni nak dibebel dan dimarah!

    “Saya dah hantar Sya pergi klinik tadi. Takde apa-apa yang teruk, aunty. Ankle sprain je.” Izz yang berdiam diri sejak tadi akhirnya bersuara.

     “Anak ni saper?” soal papa. Izz senyum.

     “Saya Izz, daddy Hafiy.” Izz memperkenalkan diri.

     “Ooo.. ni rupanya anak Fatmah. Baru sekarang sempat nak jumpa. Ni yang sulung tu, ya?” Mood mama dah berubah sebaik sahaja tahu siapa Izz. Aku menarik nafas lega. Lega untuk sekarang.

     “Bukan, aunty. Saya yang tengah.”

     “Kalau macam tu, duduklah dulu. Kita minum petang dulu,” pelawa papa.

     Dalam hati aku berdoa Izz bersetuju. Sekurang-kurangnya masa untuk aku dibebel mama dapat ditangguhkan dulu. Izz pandang jam sebelum pandang aku.

     “Hmm… kalau kita duduk kejap kat sini, Hafiy nak tak?” Izz mintak pandangan anaknya.

     “Nak.. nak.. Boleh Hafiy main dengan kakak.”

     ---------------

Macam yang  aku cakap, membebel panjang mama bila dapat tahu yang aku jatuh pokok. Ni semuanya gara-gara mulut Hafiy yang bercerita dengan becoknya. Banyak cakap pulak dia bercerita itu dan ini. Macam tak percaya, dalam masa dua hari je aku boleh rapat dengan Hafiy.

     “Apa Sya ni? Bagi pengaruh buruk kat budak-budak. Ada ke patut ajar budak macam mana nak panjat pokok. Bukannya nak ajar ABC atau 123. Kalau si Hafiy tu ikut, macam mana? Dahlah budak tu dah memang jenis lasak.” Mama menggeleng kepala.

     “Ala, ma.. Sya tahu apa yang Sya buat ma. Risiko pun Sya sanggup tanggung. Sya nak ajar dia je la, mama.” Aku membela diri. Tak sukanya aku kena  bebel ni. Kaki sakit. Telinga pulak, nak taknak kena tahan sakit.

     “Budak ni.. orang suruh jaga si Hafiy, bukannya suruh ikut kepala budak tu.”
     “Mama ingat senang ke nak dekat dengan Hafiy tu? Kira berbaloi la jatuh pokok boleh dekat dengan Hafiy,” balasku.

     “Hish.. peninglah cakap dengan budak ni. Orang cakap macam ni, dia cakap macam tu.” Mama dah naik angin.

     “Awak tu sudah-sudahlah marahkan si Sya tu. Orang tengah sakit, awak tambah pulak sakit dia tu.” Papa dah mula bersuara.

     “Saya bukannya apa, bang. Geram sangat. Malu saya bila orang tahu anak dara saya jatuh pokok. Tak padan dengan perempuan nak tunjuk stunt. Kalau orang tahu ni, kempunan saya nak ada menantu lelaki, tahu tak?”

     Apa mama ni. Sampai hal menantu pun dikaitkan. Kalau nak menantu, suruhlah abang kahwin dulu. Abang ni pulak, bukannya reti nak balik bela adinda dia. Dah malam pun tak sampai-sampai rumah lagi. Keluar dating la tu. Ni semua idea falsampah dia la ni. Huhu.. aku salahkan abang pulak.

     “Anak awak ni ikut awak la, Nisah oi. Awak tak ingat ke masa awak merajuk sebab salah sangka saya nak dijodohkan dengan sepupu awak dulu. Awak lari atas pokok rambutan. Jenuh saya nak pujuk awak turun. Awak tak ingat ke? Asal merajuk, pokok rambutan yang dicari. Mentang-mentang saya tak reti panjat pokok masa tu.” Papa membuka cerita.

     “Hish.. abang ni!” Mama malu bila tersingkapnya kisah lamanya. Aku pulak tergelak sama. Caya ah mama! Otai jugak ek zaman muda-muda dulu. Baru aku tahu daripada siapa aku warisi sikap macam ni.

     “Lepas tu papa? Apa jadi? Bila mama merajuk apa yang papa buat?” Aku nak korek rahsia. Cerita kat abang ni memang tergolek-golek dia ketawa. Kenapalah abang boleh terlepas cerita sensasi macam ni?

     “Sayang punya pasal, papa pujuklah dia. Dia cabar papa suruh panjat pokok. Bukannya dia tak tahu papa gayat kalau di tempat tinggi. Papa sahut cabaran. Papa try panjat pokok. Thanks to mama Sya. Kalau bukan sebab dia, mesti sampai sekarang papa tak reti panjat pokok. Sampai sekarang agaknya rasa gayat papa tak hilang-hilang,” cerita papa lagi.

    “Abang ni… ada ke patut bukak cerita lama. Malulah saya. Apalah abang ni,” mama pura-pura marah papa. Aku dan papa tergelak sama.

     “Dah, Sya. Pergi naik berehat. Tak payahlah Sya pergi rumah Aunty Fatmah beberapa hari ni. Berehat.” Mama keluarkan arahan.

     “Tapi, ma.. saper nak ganti tempat Sya? Kesian Aunty Fatmah pulak.” Aku berat hati. Dulu bukan main susah nak bersetuju, sekarang ni macam liat je nak lepaskan semuanya.
     “Takpe.. nanti mak suruh Mak Su gantikan kejap. Rumah ni, mamakan ada. insyaAllah mama larat. Bukannya ada apa-apa sangat kat rumah ni.”

     “Hafiy macam mana? Kesian mak su nanti.” Bukan aku tak tahu perangai Hafiy macam mana. Bertahan ke mak su?

     “Nak buat macam mana. Dah terpaksa.”

     -----------

Pintu bilikku diketuk beberapa kali. Setelah aku mengizinkan, baru abang Qairul masuk. Hai.. sopan pulak kakandaku hari ni. Biasanya main redah je. Aku terbaring sambil membaca majalah Mangga. Abang duduk di tepi katil.

     “Mama cakap Sya jatuh pokok, betul ke?” soal abang.

      “Hmm.. nak bukti? Tu ha..” aku memuncungkan mulut pada kaki kanan aku. Tengok gaya balut nampak macam aku nak hilang kaki je. Abang ketawa. Masam muka aku bila kena gelak. Sejak kaki terseliuh ni, hati makin sensitif ni.

     “Dah puas ketawa?” Abang sengih.

     “Dah. Sorry. Tak boleh tahan.”

     “Orang sakit, dia boleh gelak pulak. Kecik pancrease ni, tahu tak?” Aku buat-buat merajuk.

     “Ala busuk-busuk.. merajuk pulak adinda ni. Kakanda cuma pelik. Macam mana adinda ni boleh terjatuh? Bukanke kalau bab-bab memanjat, beruk pun boleh tabik hormat. Monyet pun segan nak lalu.”

     Kurang asam betul! Ada ke panggil bandingkan aku dengan monyet dan beruk. Tak comel lansung. Bagila haiwan comel yang reti memanjat yang lain. Tupai ke. Kucing ke.

     “Sya plan nak buat-buat jatuh je. Kasi Hafiy serik sikit. Nak bagi pengajaran la konon-kononya. Tapi lain pulak jadinya. Tengah nak turun pokok, masa tu la daddy Hafiy sergah. Mana tak terkejut? Lepas tu jatuhla.” Aku menceritakan balik semuanya. Cuma tak masukkan kisah aku jatuh atas dada daddy Hafiy je. Tak penting pun. Paling tak pun mati aku kena gelak dengan abang.

     “Tinggi tak masa jatuh tu?” soal abang lagi.

     “Tinggi.. nasib baik tak jadi arwah adik abang ni.” Bersungguh-sungguh aku bercerita.
      Abang berkerut kening.

     “Ya ke ni? Tak patah kaki tangan pun?”

     Eee.. abang ni! Ada ke patut cakap macam tu. Nak sangat aku patah tangan.

     “Melampau la dia ni. Bukannya bersyukur orang tak hilang kaki tangan. Sya tak tipulah. Memang tinggilah Sya jatuh lepas daddy Hafiy tu sergah. Kira bersyukur la dapat kaki terseliuh je. Ni namanya Allah nak lindung.”

     “Daddy Hafiy. Hmm.. handsome tak? Macam mana orangnya?” tanya abang tiba-tiba. Apa abang ni. Orang tengah bersungguh-sungguh bercerita, dia boleh tanya macam tu.

     “Dia adalah salah satu spesis homo sapien yang ada dua mata, satu hidung, dua ulas bibir dan satu muka.” Aku berloyar buruk dengan abang.

      “Dan dia juga ada dua tangan, dua kaki, satu badan dan rambut tak sempat nak kira berapa helai?” Abang pulak menambah. Aku ketawa. Aku memang kalahlah kalau nak lawan loyar buruk abang ni. Memang angkat bendera putihlah.

     “Cakaplah betul-betul.” Abang berminat nak tahu.

     Betullah apa yang aku cakap tadi. Punya dua mata yang lembut dan boleh mencairkan hati semua gadis. Punya satu hidung yang cukup mancung, warisan daripada Uncle Manaf. Punya dua ulas bibir yang merah mungkin sebagai petanda yang dia tidak merokok. Dan punya satu raut wajah yang tampan. Ecehh.. sempat pulak aku usha mamat tu. Nak mati cakap macam ni kat abang? Setahun aku menderita sebab kena gula dek abang. Takpun sebab kena cop minah sastera.

     “Hmm.. you must see Hafiy first. Then, you can conclude how Hafiy’s daddy looks like.” Jawapan paling selamat aku berikan.

     “Since I had seen Hafiy before, I can conclude that his father is absolutely handsome?” Abang keluarkan andaiannya. Aku malas nak puja-puja orang sangat. Lelaki pulak tu.

     “Abang tengoklah sendiri nanti.” Aku putuskan.

     “Dia umur berapa?” soal abang.

     “Entah. Dia cakap kat mama tadi dia yang tengah.”

     “Oo.. kalau yang kedua, rasanya sama umur dengan abang la kan?” Aku angkat bahu.

     “Ke yang sorang lagi, ek?” Kali ni abang macam bercakap sendiri.

     “Manalah Sya tahu. Hari ni baru jumpa. Takkanlah Sya nak tanya umur pulak?”

     “Rasanya mama ada cakap yang anak kawan dia ada tiga orang. Tiga puluh lebih something sorang, sama tua dengan abang sorang, tua setahun daripada Sya sorang.” Abang macam cuba mengingat.

     Sama umur dengan abang? Abang baru berumur 27 tahun. Takkanlah Izz berumur 27 tahun juga? Hafiy dah besar. Mesti umur dia dah masuk tiga puluhan. Haa.. mesti Izz yang umur tiga puluh lebih tu. Tapi, bukanke Izz cakap dia yang kedua? Takkanlah dia nak menipu mama? Lagipun aku tengok dia pun macam tak sampai tiga puluh lagi. Ke dia kahwin awal masa study dulu? Aku dah buat andaiaan sendiri.

     Abang cakap ada sorang lagi umur setahun lebih tua daripada aku. Takkan Izz kot? Tak logic.. tak logic.. Adik Izz? Tapi, kenapa aku tak pernah nampak orang lain pun? Hish.. banyak rahsia betul. Kena korek ni.

     Jadi, misi aku bila naik kerja nanti adalah, mengorek rahsia tentang keluarga Aunty Fatmah. Nak korek daripada saper, ek? Mestilah Bik Santi. Allah.. lupa pulak Bik Santi dah balik dah esok. Sepatutnya aku korek lagi awal. Dah terlambat. Kena aturkan plan B pulak ni!

     ------

Bosannya. Laptop depan mata dah tak menarik. Layan game facebook pun dah hilang keseronokannya. Nak stalk wall facebook orang pun rasa macam takde mood. Nak layan Running Man pun malas. Arghh.. rindu betul nak berkejaran dengan Hafiy. Tiba-tiba aku teringat wajah comel Hafiy. Apalah yang Hafiy tengah buat sekarang ni? Tengah main PSIII agaknya. Rindu betul. Padahal baru dua hari je tak jumpa Hafiy.

     “Mama.. boringla pulak!” aduku pada mama yang sedang mencantas pokok bunga kertas. Aku duduk di atas kerusi di taman. Kakiku makin sembuh, tapi pergerakanku masih terhad. Masih rasa sakitnya.

     “Habis tu nak buat apa? Nak panjat pokok delima depan rumah tu? Nak seliuhkan kaki sebelah kiri pulak?” sindir mama. Muncung aku seketika.

     Okeh.. dalam rumah aku ni, kalau bab loyar buruk, bagi kat abang. Kalau bab menyindir, mama memang jaguh. Papa? Neutral kot. Tapi, kalau dah datang angin monsoon tropika dia, memang menikus semuanya.

     “Rendah sangat la, mama. Tak cukup syarat buat panjat,” jawabku.

     Dan dalam rumah ni, akulah yang paling terror menjawab. Haha..

     “Tak syok aa. Nak keluar pun tak boleh,” rungutku. Kalau kakiku tak sakit ni, memang aku dah ajak Syuk keluar ronda KL. Syuk adalah bestfriend aku. Nama dia Syukriah. Perempuan, okey. Mak su pun takde buat teman berbual.

     “Awak tu sakit. Cubalah  dok diam-diam sikit. Berehat kat rumah,” mama membebel.

     Lambatnya kau sembuh wahai kaki. Aku dengar telefon rumah berbunyi. Dengan kaki yang terhincut-hincut aku ke ruang tamu untuk mengangkat telefon.

     “Hello, assalamualaikum,” sapaku.

     “Waalaikummussalam, Sya.” Aku dengar macam suara mak su. Mak su call?

     “Nak cakap dengan kakak. Nak cakap dengan kakak. Cepatlah..” sayup-sayup aku dengar suara Hafiy di sebelah Mak su.

     “Hello, kakak. Hafiy ni,” riang Hafiy menegurku.

     “Hello, Hafiy. Hafiy sihat?” soalku. Terlerai rindu aku padanya.

     “Kakak.. bila kakak nak datang? Hafiy boringlah kakak takde. Nek su tak best la,” rungut Hafiy. Aku ketawa. Kau tu memang semua tak best, Hafiy.

     “Kaki kakak sakit lagi. Kakak tak boleh nak main dengan Hafiy. Nanti kaki kakak dah tak sakit, kakak promise akan main dengan Hafiy lagi.”

     “Kakak.. nanti kita nak main apa? Kita main bola sepak nak?”

     Aku ketawa. Kaki kakak belum sembuh lagi, Hafiy oi. Nak kena parang dengan mama kakak ke kalau kakak main bola sepak?

     “Ya.. nanti kita main bola sepak.” Aku berjanji. Tapi bukan dalam masa terdekat.

     “Hafiy jangan nakal-nakal, ya? Kesian nenek dengan Nek su,” aku beri nasihat.

     “Hafiy tak nakal la kakak. Hafiy budak baik.”

     Aku ketawa lagi. Tak nakal sangat la kan sampai-sampai mak su mengeluh panjang jaga dia kelmarin. Dengar-dengar pinggan antic Aunty Fatmah pecah bila Hafiy buat pinggan tu ala-ala piring terbang. Terkejut aku mendengarnya. Entah dari mana pulak dia tengok benda tu.

     “Ya la tu.”

     “Bye, kakak. Hafiy nak main PS lepas ni.”

      “Bye..”

     Talian diputuskan. Aku tersenyum sendiri. Sedikit sebanyak hari aku dihiburkan oleh Hafiy. Tak sabarnya aku nak jumpa Hafiy balik.

12 comments:

  1. terbaik!! *boboiboy..
    hafiy comel arr..

    ReplyDelete
  2. X SABAR NAK JUMPA HAFIY KE, X SABAR NAK KOREK RAHSIA NI????.... hehehe

    ReplyDelete
  3. Chumellnye hafiy!! Ni mcm izz bkn daddy kandung hafiy je

    ReplyDelete
  4. Ni betul2 boboiboy versi hyper kan...kan..tp mane mak hafiy meninggal e...kesian dia kan, sengih sendiri tebayang lagak sya layan hafiy, next n3 please....

    ReplyDelete
  5. Haish x habis-habis nak menyiasat...

    ReplyDelete
  6. Comeyla hafiy ni hehe

    ReplyDelete
  7. oww..dlu sya bgang ngn hafiy cz nkal sgt skunk da jauh mle rndu2 g2 kt dak kcik 2..cmne la nti izz kwin sya kn sbb pe la nti..x sbar nk bc next n3 nie

    ReplyDelete
  8. hehheh... lawak c hafiy nie.. tp bila nk smbung...huhu

    ReplyDelete
  9. pengsan la mak su jg hafiy

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )