Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 25 February 2013

Suamiku Paling Sweet (BAB 26)

BAB 26

Bunyi mesej masuk. Aku buka inbox untuk baca mesej yang baru masuk. Daripada Izz.

Abg balik lambat ari ni. Abg keluar dgn Maya. Ad urgent meeting. Sorry x dpt bawa Sya keluar mkn..

Huh! Aku mendengus geram. Nasib je Blackberry tu tak mendarat kat dinding. Lebih-lebih lagi lepas nampak nama Maya. Nak jugak letak nama Maya. Boleh tak kalau aku nak balas balik, “Memang saya tahu pun akan jadi macam ni.”

Meeting konon. Yalah tu,” bebelku sendiri. Telefon tu aku letak balik tepi katil. Patah terus semangat aku nak makan. Hati membengkak entah berapa inci dah. Geram tak habis. Pergi scan dengan doktor sekarang ni, entah-entah kena tahan wad sebab suspect ada penyakit bengkak hati.

Begini ceritanya. Izz dah janji nak bawak aku keluar makan malam. Hari ni aku habis kuliah pukul 4.00 petang. Sepatutnya habis pukul enam, tapi entah kenapa sorang pensyarah aku tu batalkan kelas. Semua bebudak kelas aku tension tak puas hati. Sebab semuanya dah fikir bala bila kena ganti kelas hujung minggu ataupun malam sebab memang jadual semua orang pack.

Kalau zaman sem satu ataupun dua dulu, bila lecturer cakap cancel kelas, memang heaven gila. Bersorak-sorak semuannya. Lebih-lebih lagi kalau dalam satu hari tu, satu kelas je. Tapi, sekarang ni, bila dengar je lecturer nak cancel kelas, semua tayang muka kecewa. Itulah bezanya zaman senior dan junior. Waa.. rindu pulak zaman sem satu dulu. Huhu.. dah besar rupanya aku.

Oh, berbalik pada cerita Izz tadi! Aku cakap kat Izz yang aku habis kelas awal hari ni. Bila aku cakap nak keluar makan malam dengan Syuk, dia cakap dia nak bawak aku keluar makan. So, aku baliklah rumah dulu sementara nak tunggu malam. Tup-tup dia hantar mesej tak jadi pulak.

Hish… siapa je manusia normal yang tak geram?! Masa ni jugak la tiba-tiba ada meeting. Kenapa tak meeting awal-awal sepanjang hari ni? Nak jugak lepas waktu kerja. Cari alasan nak berdua dengan Maya la tu. Sesegar spritzer je aku menuduh. Tak suka betul bila ada Maya.

Kalau aku tahu, memang aku makan kenyang-kenyang dengan Syuk tadi. Apa orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Isi perut penuh-penuh sebelum sebarang kejadian yang tak diingini macam ni berlaku. Dan sekarang ni, payung pun tak tahu ke mana, tapi hujan memang dah konfem turun! Lebat dan siap rebut petir kut! Memang reda je la.

Tapi, hati aku ni memang bengang tak habis. Nak tahu kenapa? Tolong la jangan cakap aku cemburukan Maya sebab aku memang tak cemburu pun, okay? Semuanya sebab sekarang ni aku tinggal sorang-sorang kat rumah besar ni. Pandang kiri kanan, memang krikk krikk betul! Hari ni, Mak Mah cuti. Hafiy pulak, sebab aku balik lambat, Izz pulak habis kerja pukul lima, jadi Hafiy balik rumah ibu sebab takde siapa nak jaga dia.

Dan sekarang ni aku lapar. Kriukk..

Haa.. tengok! Bukti dah ada dah. Nak request lagu apa sekarang ni? Aku rasa perut aku memang sudi dendangkan semua. Adoi.. laparnya. Aku gosok perut kempisku. Mana tak lapar? Lunch tadi tak sempat. Kali terakhir aku makan pun dalam dewan lecture pukul 9.25 pagi tadi. Haa.. waktu dan tempat siap aku bagi! Tu pun satu per lima biskut bulat Oreo yang kecik tu. Hasil daripada belas ihsan Syuk.

Nak makan, malas nak turun lagi. Apa la yang ada kat dapur? Aku rasa macam tak sedap hati je nak jenguk dapur. Buatkan aku lagi malas nak jejakkan kaki ke dapur. Maafkan aku, wahai perut. ‘Puasa’ la kau hari ni walaupun dah ‘sahur’ pukul 9.25 pagi tadi. Huhu..

Sekarang ni, apa mahu buat ya? Aku tahu nak buat apa. Asar pun dah solat. Badan pulak penat. Akhirnya aku baring balik atas katil. Ambik bantal, tutup muka. Sekarang ni, kita tidur dulu. Zzzz…

---------

Aku terjaga bila dengar azan berkumandang. Dah maghrib dah. Aku bangun dan buka lampu. Bilik yang gelap tadi akhirnya cerah balik. Aku intai porch. Hmm.. Izz belum balik lagi. Lepas habis je azan, aku sambar tuala ungu yang tersangkut di penyidai. Nak bersihkan diri dulu sebelum solat maghrib.

Sunyinya rumah ni. Aku pasang lampu depan. Terang-benderang rumah ni jadinya. Takut jugak aku dok sorang-sorang dalam rumah besar macam ni. Masa ni la aku rasa rindukan Hafiy. Kenapalah aku kena dok sorang-sorang hari ni? Kalau aku tahu jadi macam ni, memang aku lepak bilik Syuk dah sampai pagi besok. Entah pukul berapa la si Izz ni balik?

Satu je peneman aku bila sunyi-sunyi macam ni. Cik Vaio. Huhu.. nasib baiklah kau ada wahai cik Vaio. Apa lagi? Layan Running Man la. Tergelak bagai nak gila sorang-sorang. Entah berapa episod aku layan. Sedar-sedar dah pukul sebelas lebih. Aku tutup laptopku.

Nak tidurlah. Tapi.. kriukk.. kriukk.. Lapar yang tadi hilang kejap lepas tidur kembali menyerang. Lapar tahap dewa. Kali ni siap rasa pedih mula mencucuk-cucuk dinding perut. Nak tidur pun tak senang ni. Tak boleh jadi ni! Aku ni ada gastrik. Aku turun ke dapur. Nak cari makan. Peti ais dibuka. Kosong. Ada jus oren kotak je. Kabinet pulak dibukak. Krikk.. krikk.. habuk pun tarak.

Habis setiap sudut aku selongkar dapur tu. Macam orang nak mencuri pun ada. Takde apa-apa kat dapur sekarang ni. Telur takde, maggi pun takde. Nasib baik beras ada. Tapi, nak makan dengan apa? Mak Mah ni pulak, kenapalah tinggalkan aku dengan dapur kering-kontang macam ni? Sampai hati Mak Mah. Huhu.. Aku baru perasan sesuatu. Aku langsung tak ambik tahu tentang dapur ni. Kalau takde Mak Mah, apa orang kata? Memang tak berasap la dapur ni. Suri rumah tak guna betul aku ni.

Nak keluar makan pulak, nak pergi dengan apa? Kereta ada kat porch, tapi lesen pulak takde. Pak Ayub pulak rasanya lepas hantar Hafiy tadi, memang dah tak balik sini. Nak call pulak malas nak menyusahkan. Nak buat delivery pun malas sebab aku tak pernah buat delivery. Nak ajak abang keluar makan? Malas jugak. Sebab sekarang dah pukul sebelas malam lebih. Tak kena lempang, kena bebel sebakul. ‘Ada ke nak ajak abang makan malam tengah-tengah malam macam ni? Gila ke apa?’ Aku dah boleh agak dah skrip yang abang akan cakap kalau aku ajak. Tapi, kalau aku yang karang skrip sedih, sampai jugak abang depan pintu rumah aku nanti. Masalahnya aku malas nak kacau abang. Kalau pukul lapan ke, pukul sembilan ke memang aku dah buat dah. Abang pun nak berehat. Entah-entah sekarang ni tengah masuk dunia mimpi dengan Kak Hanum.

Sekarang ni, pokoknya adalah malas. Malas itu dan malas ini. Akhirnya perut aku yang lapar. Huhu.. Waa.. sedihnya hatiku sekarang ni! Sampai hati Izz dera aku macam ni! Ni aku rasa nak merajuk ni!

Aku tuang jus oren ke dalam gelas. Korek punya korek dapur ni, akhirnya aku jumpa kotak honey star. Aku goncang. Yes.. ada! Honey star ni Hafiy punya. Breakfast wajib Hafiy. Honey star pun honey star la. Janji ada benda nak makan. Sabarlah perut, sampai besok pagi je. Aku suap beberapa keping honey star ke dalam mulut. Maafkan mummy, Hafiy. Tapi mummy lapar gila ni. Nanti mummy ganti baru, ek? Hehe..

Aku dengar bunyi pintu tertutup. Izz dah balik la tu. Aku berdoa supaya Izz tak nampak aku kat sini. Sebab aku malas nak menghadap dia sekarang ni. Mood merajuk, okay? Tapi, apa yang aku hajatkan tu la yang tak jadi nyata. Sejurus selepas tu, Izz menjengah ke dapur. Aku buat tak layan.

“Sya?” Izz macam cuba mengecam aku.

Nak je aku balas. Hai.. seharian dengan Maya, takkan dah tak kenal saya kut? Tapi aku buat tak dengar. Mulut masih mengunyah honey star. Tengah-tengah lapar macam ni, kunyah orang pun rasanya sedap jugak. Dan kalau betul boleh makan orang, memang aku tahu la siapa yang nak dijadikan sajian perdana aku malam ni. Stik Izz. Macam sedap jugak bunyinya.

Izz menghampiriku sebelum bersandar pada peti ais.

“Sya dah makan ke?” soal Izz. 

“Tengah makan la ni.” Aku menjawab pendek. Buat-buat tanya pulak. Apa dia tengok aku tengah berenang ke apa sekarang ni?

“Maksud abang, Sya dah dinner ke?”

“Kan saya dah cakap. Saya tengah makan la ni.” Aku pandang dia. Nampak muka dia tak percaya memandangku. Kenapa? Tak percaya ke aku boleh hidup sampai sekarang meskipun dia tak bawak aku makan malam?

“Sya baru makan? Benda ni?” Jarinya ditunjukkan kepada kotak honey star depanku. Aku angguk.

“Kenapa baru makan sekarang ni? Kan dah lewat ni?” Suaranya macam nak marah aku pun ada. Siapa kena marah siapa sebenarnya? Haish.. tak puas hati betul aku!

“Yalah… benda ni je yang saya jumpa dalam rumah ni yang boleh dibuat makan. Mana ada apa-apa dalam rumah ni. Nak keluar makan pulak, nak keluar dengan apa? Jogging?” sindirku sedas.

“Saper jugak yang janji nak bawak keluar makan? Janji Melayu betul,” sambungku perlahan. Tak tahu la dia dengar ke tak. Tapi, bila dia jeling aku bila aku angkat muka, so aku boleh putuskan yang dia dengar. Aku tetap tayang muka tak bersalah.

“Kenapa tak call abang cakap Sya belum makan? Kalau tak, boleh abang tapaukan makanan untuk Sya,” tanyanya lembut.

“Tak payahlah. Awakkan ada meeting. Malas nak kacau.”

Aku habiskan sisa jus sebelum bangun untuk basuh gelasku. Kotak honey star pun dah kosong. Habis semuanya selamat masuk dalam perut aku. Tapi lapar tak hilang-hilang jugak. Malah rasa macam nak loya pulak tekakku. Petanda gastrik nak menyerang ni. Aku mula tak sedap hati, tapi tetap tayang muka tenang depan Izz.

“Ahh.. kenyangnya.” Aku gosok-gosok perutku depan Izz. Sengaja nak sindir dia. Memang menipu habis la kalau kenyang dengan honey star tak sampai suku kotak besar tu. Aku berjalan untuk tinggalkan dapur.

“Nak ke mana?” Izz tahan langkahku dengan tangannya.

“Nak tidur. Ngantuk.”

“Sya pergi siap, abang bawak keluar makan,” perintahnya.

Hish.. tak payahlah. Awakkan baru lepas balik meeting. Mesti penat, kan?” Aku tak tahulah aku serius ke tak berkata sebegitu. Yang pasti, memang ada 0.05 peratus niat nak menyindir.

“Abang tak penat kalau setakat nak bawak isteri abang keluar makan. Esok cuti. Abang boleh berehat sepuas hati besok.”

“Malaslah nak makan lewat-lewat macam ni. Tunggu besok je la.” Aku enggan. Malas pulak nak pergi bersiap. Malam-malam macam ni, ada ke kedai bukak? Mc’d je yang aku tahu bukak 24 jam.

“Tapi, tidur dalam keadaan lapar pun tak bagus, Sya. Dengar cakap abang kali ni. Kita keluar makan.” Kali kedua dia mengarah.

“Saya nak tidurlah.”

“Abang takkan izinkan Sya tidur tanpa makan. Sya ada gastrik, kan?” soalnya. Aku tak tahu sama ada dia main agak ataupun apa. Yang pasti kata-katanya memang tepat.

“Mana awak tahu?”

“Abang tunggu kat kereta. Ten minutes from now.” Dia tak layan pertanyaanku. Izz terus tinggalkan aku.

--------

Nak sangat tengok aku makan malam, ya? Hah.. tengok aku makan sekarang ni! Aku order nasi goreng belacan, sup cendawan, sotong dan udang goreng tepung dan air milo ais. Bagus punya aku order. Diet tak seimbang betul. Tengah-tengah malam macam ni makan berat-berat macam ni. Ada aku kisah? Lapar gila wei..

Izz pulak hanya order teh ais limau. Buat peneman aku makan la katakan. Orang dah kenyang makan kat restoran berbintang-bintang, mana nak layan kedai makan tepi jalan macam ni.

            Sebab dah tengah malam, ni je kedai makan yang kami jumpa sepanjang lima belas minit perjalanan. Memang reda dah bila masuk kedai makan yang masih ramai pengunjung ni. Ramai anak muda lepak kat sini. Sebab tu la kut kedai ni hidup waktu-waktu macam ni.

            Perkara pertama bila dapat makanan. Kuis sayur ke tepi. Aku suap nasi goreng belacan ke mulut. Sedap gila. Laju aku makan sebab lapar dan jugak sedap. Laju punya pasal, tak pasal-pasal tersedak. Terbatuk-batuk aku. Nasib baik depan Izz. Takdelah nak malu sangat. Tak senonoh betul aku ni!

“Cuba makan perlahan-lahan, Sya. Tak lari nasi goreng tu.” Izz menasihatkanku. Dia suakan air padaku. Laju je aku sedut. Lega. Aku berhenti kejap sebelum sambung makan.

“Makan macam orang sebulan tak makan,” komen Izz sebelum geleng kepala beberapa kali.

“Lapar.” Aku berkata sepatah. Sup cendawan pulak aku hirup. Jugak sedap.

“Makanan kat sini sedap-sedap la. Awak nak rasa?” soalku. Tanpa tunggu jawapan daripada Izz, aku suakan sesudu nasi goreng ke mulut Izz. Tolak pelawaanku, memang cari nahas la tu namanya. Bila Izz habis makan, aku senyum puas hati.

“Sedap,” puji Izz. Haa.. kan aku dah cakap.

Aku teruskan makan.

“Aik, satu sudu je?”

“Cukup la tu satu sudu. Buat apa banyak-banyak? Nanti saya tak cukup makan. Nak, pergilah order lain. Ni saya punya.” Aku sengih kat Izz. Nampak tak betapa tamaknya aku? Haha.. Menggeleng kepala dia denganku.

“Kalau bab makan memang takde kompromi betul.” Aku buat tak layan dengan kata-katanya. Nak sindir aku la tu. Bukan main aku taknak keluar makan malam tadi. Malas nak siap la. Malas nak makan tengah-tengah malam la. Dah kenyang la. Tup-tup sampai kedai makan, macam pelarian tak cukup makan aku melantak. Aku tak peduli dah apa Izz cakap. Buat tak kenal pulak aku ni macam mana. Hehe..

“Sayur nak?” Tu je yang aku murah hati nak bagi dia.
“Macam Hafiy. Bilalah nak mula makan sayur ni?” Izz membebel bila melihat sayur yang aku letak tepi pinggan.

“Saya makan kangkung je. Sayur lain tak sedap. Especially sawi. Pahit,” komenku selamba.

Demand.” Cebik Izz.

Demand tak demand, aku tak peduli. Aku pun tak tahu kenapa sayur dengan aku tak ngam. Memang aku murah hati nak sedekahkan sayur pada Izz. Macam sekarang ni, aku suapkan Izz sayur. Dia kunyah macam tengah makan mister potato. Selamba gila. Nampak sedap je.

“Ramai betul orang datang kedai ni.” Izz komen lagi sambil melihat sekeliling kedai. Ada anak-anak muda yang baru masuk. Huh.. melepak la tu kerjanya.

“Musim bola sepak. Makin ramai la yang melepak.” Aku turut komen. Jeritan gol berselang-seli aku dengar. Tapi, bila pandang skrin TV, satu gol pun tak masuk lagi. Manchester City vs Aston Villa. Huh.. tak layan. Kalau Chelsea yang masuk gelanggang, memang aku pun tumpang sekaki.

“Kenapa la bukan Chelsea yang lawan hari ni?” Kecewa.

“Sya minat bola sepak jugak ke?” Izz seakan-akan tak percaya. Terkejut ke? Aku rasa sekarang ni, perempuan minat bola sepak memang normal dah. Buktinya, tengok je kat setiap meja budak-budak bujang melepak. Bulat mata setiap makwe kat sebelah dorang pandang skrin TV.

“Chelsea dengan Real Madrid je.” Aku sengih. Kantoi dah rahsia tentangku.

“Awak sokong apa?” soalku. Orang kata, bukan lelaki kalau tak layan bola.

“Abang layan Barcelona.” Huh.. aku mencebik. Dia ni, memang sama macam abang Q la. Barcelona. Bila tiba perlawanan bola sepak Real Madrid vs Barcelona, memang tak pernah tak bergaduh aku dengan abang lepas perlawanan.

“Barcelona hebat, okay?” Izz macam tak puas hati bila aku mencebik. Marah la tu bila aku kutuk pasukan kegemarannya. Dua kali lima dengan aabang Qairul.

Whatever.” Aku malas nak layan.

“Abang mintak maaf sebab cancel dinner kita. Abang betul-betul tak boleh nak buat apa kalau meeting tiba-tiba macam tu.” Izz tiba-tiba bersuara. Macam biasa, perkataan maaf pasti diucap bila dia buat salah.

“Tak kisah la. Dah tak boleh nak buat apa. Nak buat macam mana? Kan awak bawak saya keluar makan jugak sekarang ni?” kataku. Tadi memang aku marah jugak. Tapi, bila fikir-fikir balik, memang bukan salah dia, kan? Dah meeting tiba-tiba nak ada, nak buat macam mana? Sekarang ni, aku pun dah dapat makan, perut pun dah kenyang.

“Siapa je yang pergi meeting tu?” soalku.

“Abang dengan Maya.” Dia pandang aku. Nak tengok respon aku agaknya. Tapi, aku buat muka tak kisah.

“Kimi pun ada jugak,” sambungnya lagi. Oo.. ada Kimi rupanya.

“Kesian awak. Tak sempat nak berehat dah bawak saya keluar makan. Mesti penat, kan?” kataku. Yalah.. lepas masuk rumah tadi, terus masuk dapur. Bertikam lidahseminit dua lepas t uterus keluar masuk kereta. Mana sempat masuk bilik. Briefcase pun main campak kat atas sofa je. Keluar sekarang ni pun dia masih pakai baju kemeja dengan seluar slack. Nasib baik tak pakai necktie ataupun kot.

“Penat abang hilang lepas tengok muka Sya.” Entah ayat dipetik daripada puisi cinta mana dia bagi aku. Izz menongkat dagu dengan tangan kanannya sambil mata tepat tengok aku. Buat aku tiba-tiba rasa segan nak makan.

“Iyalah tu. Bukannya boleh percaya sangat.” Aku tak percaya. Tak sanggup jugak nak tengok mata dia. Aku pura-pura suap sotong goreng tepung.

“Betullah. Abang tak tipu. Pahala ke atas isteri bila suami rasa tenang melihat wajahnya. Isteri yang selalu menyenangkan hati suami akan selalu dilindungi Allah.” Dah mula dah tazkirah dia. Dan memang terdiam teruslah aku sebab tiada apa yang nak dibangkang kalau kata-katanya itu semuanya betul. Sedikit sebanyak kata-katanya tu kena atas batang hidung sendiri. Sedar yang aku ni banyak kali jugak buat dia tak senang hati.

“Ahh.. kenyangnya!” Tukar topik. Jalan paling selamat.
Aku pegang perutku. Ayat yang sama aku ulang depan Izz kat dapur rumah tadi. Cuma bezanya aku memang betul-betul kenyang sekarang ni. Terlampau kenyang sampai-sampai aku tengok makanan pun dah tak lalu.

Aku angkat muka. Aku tengok Izz, Izz tengok aku.

“Izz.. saya kenyang.”

“Siapa nak habiskan semua ni?” soalnya sambil menunjukkan semua menuku yang hanya habis separuh. Aku sengih. Buat-buat tanya la pulak.

“Awaklah.” Aku sengih makin lebar. Izz tak suka pembaziran. Dia memang akan habiskan makananku. Aku jamin.

“Tulah.. order tak ingat dunia. Bila orang nak tadi, tak bagi. Tamak lagi. Ni la balasan orang tamak.” Izz membebel. Tapi tangan mencapai juga sudu dan garfu yang tersadai atas pinggan nasi goreng.

Membebellah Izz. Janji kau habiskan semua ni. Hehe..

Aku sedut air miloku sampai habis. Menunggu Izz menghabiskan makananku. Bosanlah pulak. Aku pandang sekeliling kedai makan ni. Ramai betul anak muda datang melepak. Aku pandang sebuah meja. Ramai gila yang lepak kat situ. Dan merekalah yang paling bising kat sini. Mat rempit ke apa semua ni? Lelaki aku tengok muka taiko je semua. Perempuan pulak, baju aku rasa kalau bukak dan bentang semuanya, aku rasa pengalas meja empat segi kedai ni lagi besar ukurannya kut. Ada banyak motor RXZ kat sebelah. Yalah tu agaknya.

Aku nampak seorang lelaki mencampak puntung rokoknya ke atas lantai sebelum dipijak-pijaknya. Ewah, sedara! Seronok buang puntung rokok kat situ? Mencemarkan pemandangan orang betul la. Suka hati je nak campak puntung rokok merata-rata. Ingat kedai nenek dia ke apa? Tapi, kalau betul kedai ni kedai nenek dia, apa aku nak cakap?

“Izz..”

Hmm..”

“Awak merokok?” tiba-tiba aku tanya Izz. Izz pelik bila pandang mukaku.

“Tak.” Dia sambung makan.

“Betul ke ni?” Aku minta kepastian. Lelaki suka menipu.

“Tak dan tak pernah. Abang sayang nyawa la,” tegasnya.

Hmm.. baguslah. Sebab saya memang tak suka orang merokok.”

Aku pandang lagi geng lelaki tu. Sorang lelaki tu meraup rambutnya. Hijau. Dah macam warna mata Izz dah aku tengok. Rakannya kat sebelah pulak warna merah. Perghhhighlight rambut kaler hijau dengan merah kau.. kau ada? Letak warna oren kat tengah-tengah tu, cukup syarat jadi traffic light.

“Izz..”

“Awak pernah highlight rambut?” Dia pandangku lagi.

“Kenapa?” soalnya balik.

“Pernahlah tu. Lelakikan suka kaler rambut,” cebikku.

“Mana ada la. Abang sayang rambut abang. Rambut abang perang ori, tahu?” Dia berkata bangga. Aku mencebik lagi. Tapi tak balas apa-apa sebab tu la kenyataanya.

Aku pandang lagi geng tu. Entah apa yang menarik. Mungkin kali pertama aku tengok geng mat rempit melepak live macam ni. Nak tengok jugak apa yang diorang buat bila lepak. Jarang boleh tengok live macam ni sebab aku ni bukannya kaki keluar malam kalau bukan ada kerja.

Ada sorang lelaki tengah cakap apa entah dengan makwenya kat sebelah. Berbisik-bisik entah apa. Lepas tu perempuan tu gelak manja. Mereka berbisik lagi dan lepas tu, lelaki tu cium pipi perempuan tu. Uih.. tergamam aku kejap! Gi-la! Live wei.. depan ramai-ramai macam ni. Tak pernah aku tengok live sekalipun sekadar cium pipi. Nasib baik pipi je!

“Izz..”

“Apa lagi?”

“Awak pernah kiss perempuan?”

Uhukk..” Aku terkejut bila dengar Izz yang tengah hirup sup cendawan tu tersedak. Cepat-cepat aku bagi air. Terkejut sangat ke dengan soalanku?

“Kenapa Sya tanya macam tu?” Izz lap bibirnya dengan tisu.

“Saja nak tahu. Lelaki tu kiss pipi perempuan tu.” Selamba je aku lapor. Izz menoleh untuk memandang ke arah kumpulan lelaki yang aku maksudkan tu. Izz geleng-geleng kepala sebelum sambung makan.

“Budak-budak zaman sekarang.” Itu je yang dia komen.

“Awak budak-budak zaman dulu ke?” sindirku. Izz buat tak layan.
Hmm.. budak-budak zaman dulu macam awak pernah kiss perempuan tak?” Aku nak tahu. Aku pun tak tahu kenapa aku tak rasa malu tanya soalan macam tu kat Izz.

“Perlu ke tahu?” Dia soal aku balik.

“Perlu. Sebab saya nak tahu sejarah awak.”

Izz hirup airnya sebelum berfikir sesuatu.

Hmm.. kiss kat mana?” soalnya lagi. Erk.. aku pulak yang tak tahu nak jawab apa. Dia bertanya macam dah biasa buat je?

“Kat mana-mana la.”

“Pernah. Kat pipi dengan dahi.” Aku terkejut. Tak percaya.

“Saper?” soalku. Jangan cakap Maya sudah.

“Ibu.” Dia sengih.

“Ada jugak nak kena pelangkung malam ni. Perempuan lainlah,” kataku bengang. Sengaja nak main-mainkan aku.

Hmm.. pernah.”

“Saper? Nenek? Moyang?” sindirku. Izz ketawa. Betullah tu yang dia nak jawab.

“Tu pun iya. Tapi, abang pernah jugak kiss perempuan lain.” Dia berkata mendatar. Macam dia nak cakap, tak kiss perempuan tu bukan Izz Haikal la.

“Saper?”

“Qisya Iris. Abang pernah kiss Sya kat dahi.” Dan aku tak tahu nak cakap apa. Err, pernah ke? Baru je aku nak bukak mulut, dia bersuara.

“Kalau Sya nak tanya abang pernah kiss perempuan tak sebelum kahwin, jawapannya tak pernah. Pegang tangan dengan perempuan pun abang tak pernah sebab abang tahu hukum-hakam Islam,” sambungnya lagi. Macam tahu-tahu je aku nak cakap apa.

Sebab dah dapat jawapan, aku senyap. Buat seketika, senyap antara kami. Aku tengok lagi kumpulan anak muda itu lagi. Bila mataku berlaga dengan salah seorang lelaki dalam kumpulan tu, dia kenyitkan matanya sebelum senyum gatal. Cepat-cepat aku larikan anak mataku. Terkejut jugak. Tapi aku buat tak tahu. Berani betul! Awek kat sebelah, tapi sempat main mata dengan perempuan lain? Tak sayang nyawa betul. Tiga kemungkinan yang mungkin akan berlaku. Tak kena lempang denganku, kena terajang dengan Izz. Tapi, probability yang paling tinggi adalah kena hempuk dengan makwe sebelah.

Eee..” Bila ingat-ingat balik, nak muntah pun ada.

“Kenapa, Sya?” soal Izz bila aku tayang muka geli.

“Lelaki tu kenyit mata kat saya. Gelilah.” Murah hati pulak aku bercerita pada Izz. Aku pandang Izz. Baik aku pandang Izz. Lagi handsome kut!

Izz gelak buatkan aku panas hati. Lelaki lain kenyit mata kat bini dia, boleh pulak dia gelak? Suka sangat ya kalau lelaki lain dekat dengan isteri dia?

“Kenapa gelak? Suka ke lelaki lain main mata dengan saya?” tanyaku geram.

“Mana adalah. Abang jealous tahu kalau lelaki lain berani usik isteri abang,” jawabnya. Boleh percaya ke dia ni? Oo.. baru aku tahu! Bila kita jealous, kita kena gelak dengan gembiranya. Kali pertama aku jumpa orang suka hati bila cemburu.

“Abang gelak bukannya apa. Kelakar bila Sya buat muka geli macam tu.” Izz tak habis-habis senyum. Suka hati nampaknya? Memang kena dengan pantun, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Pantun darjah dua aku tu!

“Saya gelilah bila lelaki suka hati je nak kenyit mata kat anak dara orang. Cerminlah diri tu dulu. Kalau handsome tu takpelah jugak.” Selamba je aku kutuk. Bila aku pandang balik lelaki tu, sekali lagi dia kenyit mata. Nak muntah aku. Kang ada jugak yang jadi Kassim Selamat alaf dua puluh satu malam ni.

“Wow, pedas! Tapi Sya, bukannya pilihan dia nak jadi tak handsome.” Lembut Izz berkata tapi aku rasa ayatnya seribu kali lebih pedas daripada aku kut!

Aku diam. Sedar dengan kesalahan diri yang selamba kutuk rupa paras orang. Sedar yang aku tengah kutuk ciptaan Allah.

“Tapi, tak patut la buat macam tu. Mendorong orang nak kutuk. Kalau bukan saya, orang lain agaknya.”

“Yalah, Qisya. Tak patut dia buat macam tu. Tapi, dah tahu tak suka, jangan pandang sana lagi. Buat tambah dosa Sya dan dia je.” Izz suap pulak sotong goreng tepung. Menu terakhir yang kena habiskan malam ni sebelum kami boleh balik.

A’aa.. betul jugak kata Izz. Yang aku gatal nak tengok mamat tu kenapa? Salah sendiri rupanya. Adoyai.. Tapikan.. kalau lelaki suka kenyit mata kat perempuan lain, dalam erti kata lain kenyit mata sebab nak mngurat, maknanya Izz pun….

“Izz..”

“Abang tak pernah kenyit mata kat mana-mana perempuan sebelum ni.” Izz dah jawab sebelum aku tanya. Macam tahu-tahu je apa aku nak cakap. Aku sengih.

“Kenapa? Takut kena kutuk ke? Ke sebab takut perempuan geli?” Aku tanya soalan tak patut kepadanya. Ada ke perempuan kutuk kalau lelaki handsome gila macam Izz kenyit mata? Yang aku rasa, tiga hari tiga malam boleh kena angau.

“Sebab.. kalau abang kenyit mata kat perempuan, mesti perempuan tergamam tiga saat.” Huh.. yalah tu!

Izz habiskan sotong terakhir.

“Dah habis makan. Kita balik. Okay, sayang? Kalau duduk lama-lama lagi kat kedai ni abang rasa macam-macam lagi soalan pelik yang Sya akan tanya abang.”

“Abang pergi bayar dulu ya, sayang?” Izz kenyit mata dan senyum manis padaku sebelum bangun.

Terus aku pandang tempat lain. Tak tahu kenapa rasa macam panas je muka aku. Malu. Nasib baik Izz dah takde. Yang pasti, aku tak geli bila Izz buat macam tu. Boleh cair adalah.

“Dah, jom kita balik,” ajak Izz lepas bayar bil. Tanganku ditarik.


*** SORRY KALI NI ENTRY LAMBAT GILA GILA..HUHU..MAAF KEPADA 
YANG RAJIN BUKAK BLOG SAYA TAPI KECEWA BILA SY XUPDATE 
LG..HUHU

46 comments:

  1. huh rindu betul dgn izz n sya ... akhirnya ada jugak N3 baru...best3 teruskan lagi

    ReplyDelete
  2. weee... bestnyer... tq cik anjell... windu dgn qisya dan izz... so sweet mereka suap2 makan...

    ReplyDelete
  3. haha. rindu dekat merekaaaaaaaaaaa.. banyak soalan pulak qisya ni. huhu. best!

    ReplyDelete
  4. Finallyyy... Ada pun.. Suke3 :)

    ReplyDelete
  5. Semoga kasih sayang antara Izz dan Sya bertambah mekar....
    Izz pandai-pandailah ambil hati Sya ya....
    terubat sikit rindu kt Sya dan Izz...
    so sweetttttt....

    ReplyDelete
  6. akhirnya... setelah every months, every weeks, every days, every times... dok open Anjell pnya blog... 25/02/2013 ber-update jgk...hehe syoknya... really enjoy this married couple so much...
    ***p/s: JGN UPDATE CHAP. SETERUSNYA BLN DPN YE hehehe... REALLY3 MISS THEM.

    _aniesue_

    ReplyDelete
  7. Ahh sukenye....rindu giler kt diorng ni.....lps ni jgn l amik masa. Lama sgt nak update......mmg sweet couple la

    ReplyDelete
  8. Ahh rindunyee.......lps ni jgn la lma sgt nak update....mmg sweet la diorang ni.......

    ReplyDelete
  9. tq anjell ^___^
    #nnt update lg..i really miss them..hihi

    ReplyDelete
  10. Best....nk lgi....

    ReplyDelete
  11. best nyer...n sukerrrrr gak nk gggggg....

    ReplyDelete
  12. uhhh..bestnyer..banyak tanyer lak si Qisha nie...alololo..next n3 plz..heh heh heh

    ReplyDelete
  13. aaaa.....sweet gilleerrr.....
    saya suka...saya suka...
    nk lg......

    ReplyDelete
  14. aaaalaaa...
    update la lg..
    taip laju2..huhu

    ReplyDelete
  15. finally ada n3 baru. Cik Anjel syg....jgnlah dera hati kami dgn cara melambatkan n3 baru. x sanggup rasanyer jadi pungguk rindukan bulan

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum. Akhirnya... setelah lama menanti. hehe. tq Anjell. apa pun lepas rindu lps baca.

    ReplyDelete
  17. ngee~~ izz yg sweet. buat kami yg rindu makin merindu.. mana hafiy ni? achik rindu kat hafiy la..

    ReplyDelete
  18. akhirnya muncul juga ye...berbaloi buka blog anjel setiap hari...sweet sungguh cara izz layan moood puting beliung si qisya tu....

    ReplyDelete
  19. rasa mcm nk nangis bile bukak blog ade n3 baru...
    dah mcm pungguk rindukan bulan dah hah asik bukak blog ni..
    huhuhu tq =)

    ReplyDelete
  20. 10q 4 the n3...nnti jgn la seksa peminat awk lg yer...x mo la next month br nak update n3 br. Tak baek tau Anjell nih...anyway, best cite nih. X sabo nak tgu Sya cair kt Izz

    ReplyDelete
  21. 10q 4 the n3...nnti jgn la seksa peminat awk lg yer...x mo la next month br nak update n3 br. Tak baek tau Anjell nih...anyway, best cite nih. X sabo nak tgu Sya cair kt Izz

    ReplyDelete
  22. akhirnya......terhapus jg keciwa sbb dah ada n3 baru....sweet sgt next n3 cpt sikit ya hahaha...demand!!!!!


    -hanim-

    ReplyDelete
  23. akhirnya ada gak n3 nie.mcam2 btul la Sya nie.nsib Izz pnah buat wt pd yg halal je..

    ReplyDelete
  24. Wahhhh... Akhirnya! Buat sy tersenyum panjang arini... Trimas

    ReplyDelete
  25. lame menunggu n3 nie..hasilnye nope bad..gud job anjell...
    mennggu n3 strusnye...<3

    ReplyDelete
  26. tanx anjell....good job.......chaiyok2x!!!!!

    ReplyDelete
  27. serius lame gler tunggu..igt da nk stop da..

    ReplyDelete
  28. akhirnyaaa btw nice entry u got heree :) keep on posting!

    ReplyDelete
  29. heee... thanks anjell ^_^ suka sgt ble penantian berbalas~

    tapi, pelik gk ble bc awal2 tu.. bukn sya ngan syuk tgh kerja kt syarikat izz utk sebln ke? n bukan family sya stay kt umah dorg ke sblm ni? hmm... tiba2 tgk die kuliah cm biase n xde sape kt umah dorg, konfius lak..

    satu lg, konfius gk ble sya tertanya2 ble mase izz cium dahi dia.. chap yg sblm2 ni ada btau yg dorg cam da xkekok sgt da ble izz cium dahi die stp kali sya salam tangan izz sblm izz g keje.

    sorry, byk komen.. tp byk sgt p'soalan timbul ble baca latest chap ni. anyway, nice update. thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam

      saja nak kogsi.apa yang saya faham,sya n syuk memang tgah kerja kat ofis izz sbulan.tp, dlm seminggu at least 2x.so, it means that the other days dorang pergi kuliah??hoho..itu from my perception.. g pon cik writer xckp plak yg dorang kerja kat company izz tp xpegi lecture.tol ndak?

      Delete
  30. Hazalina...

    Kelakar la n3 ni..best best best..tq cik anjell..

    ReplyDelete
  31. Alhamdulillah..riang rsa hati bila dah ada bab baru.thanks a lot sis anjell~~besttt its worth visit ur blog sbb besttttt. do inform bila dah bakal terbit nnti eh.

    nmpk gayanya sya dah mula feeling in luv kat Izz. <3 <3 <3

    -alia-

    ReplyDelete
  32. Izz belum prasan lg ke Sya jeles bila dia spend tim ngan Maya? ssekali usik la Izz wife tu. cmburu kn tnda sayang~~ ;)

    -Alia-

    ReplyDelete
  33. ngaheeeeeeeeeeeeeee!!!!! boleh kene kencing manis dgn izz.... hahah dia main kenyit mata plak ^^
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  34. akhirnya... oh iz ku yg sweet... rindu gila u..

    ReplyDelete
  35. You know what? I miss this story so much...huh...finally, i can read it..! Thanks...

    ReplyDelete
  36. comel and sweetnyr....

    ReplyDelete
  37. Sweet n romantik gila.. Izz ni..fall inluv ngan citer ni....

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )