Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 23 June 2014

Tundukkan Playboy Itu (BAB 12)

BAB 12

Nurin buka purdah yang menutup mukanya. Baru dapat cukup oksigen rasanya. Dari tadi lagi rasa nafas tersekat-sekat. Nak-nak lagi lepas tengok muka Harraz.

Harraz. Macam mana mamat tu boleh ada? Nurin tak faham. Cukuplah hari-hari biasa dia terseksa dengan Harraz. Hari minggu pun kena jumpa dia jugak ke? Haish!

Nurin pandang wajahnya di balik cermin dalam tandas. Sangat lain sekali bila dikenakan mekap. Dia sendiri nyaris-nyaris tak kenal diri sendiri. Keningnya ditebalkan sedikit dan mata besarnya nampak makin besar dan bercahaya. Pandai betul tukang mekap dia ni.

Huh.. itu semua sementara. Semuanya akan lenyap nanti. Muka rasa panas. Ikutkan hati nak je basuh laju-laju muka dia dengan air. Biar segar sikit. Tapi, nanti rosak pula mekap dia. Dia kena bertahan sampai habis majlis ni.

Nurin mengeluh lagi. Apalah nasib aku ni? Dahlah kena paksa jadi model tak bertauliah, jumpa mamat singa tu pulak. Adoi.. harap-haraplah dia tak bertemu Harraz lepas ni. Nasib baik jugaklah Harraz tak cam dia tadi.

Nurin tutup balik muka dia. Dia kena keluar dari sini. Mesti Lee tengah cari dia sekarang ni.

Nurin keluar dari tandas. Dengan heels yang lebih sejengkal tu, langkah diatur seayu mungkin. Silap langkah, memang sujud ke bumi. Kalau siput tengah jalan tepi dia sekarang ni, dia rasa siput lagi laju.

“Adoi!” Nurin berlaga dengan seseorang di persimpangan jalan. Dia hampir jatuh, namun sempat disambar oleh manusia di depannya.

Sorry.. sorry.. I tak perasan.” Suara garau itu meminta maaf.

Cepat saja Nurin angkat kepala. Bukan sebab terkejut yang tengah pegang bahu dia sekarang ni lelaki. Tapi terkejut sebab di depannya sekarang ni Harraz. Ya.. Harraz Naufal, bosnya yang sengal tu! Terus Nurin tundukkan wajah. Takut Harraz perasan.

Nurin tolak tangan Harraz yang tengah pegang bahu kiri dia. Entah siapa bagi izin Harraz sentuh bahu dia. Kalau kat pejabat ni, makan siku dah mamat tu.

Nurin buat isyarat it’s okay dengan tangannya. Mulut memang diam habis. Tiba-tiba kotak suara hilang fungsi. Dia takut Harraz cam suara dia.

Nurin ingin berlalu. Tapi, dia harus melalui Harraz. Pada masa yang sama, dia taknak berlaku persentuhan antara dia dan Harraz. Nurin bagi isyarat minta laluan dengan tangannya.

Oh, sorry.” Harraz sedar apa yang diinginkan wanita di depannya sekarang ni. Dia mendepakan tangan. Dengan lagak paling gentleman, dia memberi ruang untuk Nurin lalu.

Nurin tundukkan kepala tanda terima kasih. Nurin menapak selangkah. Namun tersilap langkah bila kaki kirinya tiba-tiba terpijak hujung jubah yang dipakainya. Buatkan Nurin hampir terjatuh.

“Umi!” jerit Nurin perlahan bila rasa badan hilang keseimbangan. Takut betul kalau jatuh.

Tindakan refleks Harraz lebih cepat bertindak. Terus tubuh Nurin dirangkulnya untuk mengelakkan wanita itu daripada menyembah bumi. Nurin tergamam bila rasa tangan Harraz pada pinggangnya. Nurin pula sempat berpaut pada lengan Harraz. Jarak mereka sangat dekat sehinggakan dada mereka hampir bersentuhan. Terus dia pandang mata cantik Harraz. Harraz pula semestinya tengah pandang tepat padanya.

Nurin cepat-cepat bangun dan tolak badan Harraz. Malunya. Malunya! Muka Nurin dah rasa macam tengah digoreng. Panas. Tak sanggup dia tengok muka Harraz. Waa… kenapa kena sekarang nak jatuh bagai? Arghh.. drama sangat!

Ikutkan hati, rasa macam nak sumpah diri sendiri jadi gambar kuda yang ada kat sebelah sebab malu. Dada pula entah kenapa tiba-tiba berdebar. Mana tak berdebar kalau itu kali pertama dia sedekat itu dengan lelaki bukan mahram. Dengan Harraz pulak tu!

You okay, miss?” soal Harraz. Cuba pandang mata wanita di depannya. Cuma mata sahaja yang dapat dilihat, tapi kenapa dia rasa tertarik?

Nurin cuma angguk tanpa pandang wajah Harraz. Lantaklah kalau Harraz cakap dia tak kenang budi ke, biadap ke, dia peduli apa.

“You model tadi kan?” soal Harraz walaupun dah tahu. Cari modal untuk berbual dengan wanita itu. Ini bulan jatuh ke riba namanya. Bukan selalu benda ni terjadi walaupun dia memang tiada niat untuk melanggar wanita itu. Semua ni kebetulan. Adakah ini memang takdir untuk dia berjumpa wanita ini?

Nurin angguk lagi.

I’m Harraz Naufal Tan Sri Mukhriz. The CEO of Harraz Holdings.” Harraz menghulurkan tangan untuk berkenalan.

Amboi.. dah mula jual minyak nampaknya mamat depan dia ni. Dah mula dah taktik buaya darat nak berkenalan. Siap sebut pangkat lagi. Jerat paling berkesan untuk memancing perempuan. Hai.. patutlah ramai boleh sangkut dengan mamat ni. Kalau perempuan lain ni, rasanya dah sengih sampai koyak mulut sebab kena ngorat dengan anak Tan Sri.

Tapi, bukan Nurin Areesa la weh! Kau sebut la nombor IC ke, alamat rumah ke, jumlah asset harta kau ke, aku tak tertarik sikit pun la kalau dah Harraz Naufal! Eleh.. kau ingat aku nak kenal sangat dengan kau? Kalau tiada purdah yang menutup wajahnya, mesti Harraz nampak mulut dia tengah senget mencebik.

Nurin menunjukkan isyarat yang dia betul-betul kena pergi menggunakan tangan. Dah macam orang bisu dah dia rasa. Tanpa menghiraukan salam Harraz, Nurin angkat kaki. Tak peduli dah dengan tanggapan Harraz padanya. Sombong ke, berlagak ke, jual mahal ke. Sebab Harraz takkan kenal dia.

Kaki cuba melangkah selaju mungkin. Yang pasti, dia takkan pandang belakang. Bila ingat-ingat balik, Nurin rasa nak sumpah-seranah diri sendiri. Waa.. Harraz dah pegang bahu aku. Harraz dah peluk aku. Dan aku pun dengan rela hati pergi peluk mamat tu. Kenapa ramai-ramai lelaki kat tempat ni, Harraz insan bertuah tu? Malang betul rasa diri ini.

Harraz pula cuma melihat wanita itu berlalu. Bisu ke perempuan tu? Main cakap guna bahasa isyarat. Nasib baiklah dia ni faham jugak apa yang dicakap perempuan tu walaupun tak pernah belajar. Tapi, rasanya telinganya tak salah dengar masa perempuan tu jerit tadi. Dua kali. Ke dia segan dengan aku? Yalah.. bila Harraz cuba pandang mata perempuan tu tadi, perempuan tu lebih suka tundukkan pandangannya.

Harraz berfikir lagi. Mencari-cari siapa yang punya mata cantik seperti wanita itu. Wanita bermata cantik itu pernah hadir dalam hidup dia ke? Pernah menjadi salah seorang bekas wanitanya ke? Harraz tak dapat nak ingat.

   ----------------

“Kau kenapa, Nurin? Macam kena kejar hantu je?”

Nurin pegang dadanya sebab terkejut bila nampak Lee. Tapi, lega sebab Lee. Nurin pandang sekeliling dewan yang ramai itu. Takut terjumpa orang dalam kepalanya. Siapa lagi kalau bukan Harraz.

“Shh..” Nurin letak jari ke mulutnya.

Pelik Lee tengok Nurin. Lepas buat jenayah undang-undang ke apa minah ni?

“Kau jangan panggil nama aku, Lee. Lepas tu kau jangan cakap siapa aku kalau orang tanya.”

“Kenapa? Apa dah jadi?” Lee lagi pelik.

“Aku nampak Harraz. Kau ingatkan aku cerita pasal Harraz hari tu? Aku jumpa dia tadi,” cerita Nurin. Kembali terbayang macam mana dia dan Harraz berpelukan tadi. Arghh.. bencinya!

“Alah… no worry la. Dia tak kenal kau kan?” balas Lee yakin. Kenyataannya Nurin sangat cantik malam ni. Dah macam model-model yang berpengalaman dah. Tambah pulak dengan Nurin yang menutup separuh wajahnya.

Memanglah Harraz tak kenal dia. Tapi, entah kenapa Nurin tetap takut.

“Weh, Lee! Tugas aku dah habis kan? Aku nak balik boleh?” Nurin minta izin.

“Eh, tunggulah sampai habis majlis ni. Sikit je lagi.”

Please, Lee. Aku taknak jumpa Harraz. Aku nak balik. Dah macam pembunuh dikehendaki polis dah aku rasa sekarang ni.” Pandang kiri kanan kut-kut ada Harraz, tak pun Farhan.

“Kalau macam tu, yalah. Kau baliklah. Thanks a lot for today, Rin. Anything happens, call me. Someday, I’ll repay you,” ucap Lee.

Nurin cuma senyum walaupun Lee tak nampak. Itulah namanya demi sahabat. Satu hari nanti, siapa tahu dia pula yang akan minta tolong daripada Lee.

No hal la, kawan. Kalau aku tak tolong kau, aku rasa mahu aku kena kapak dengan Intan,” gurau Nurin.

Lee ketawa.

   -----------

“Nashrain Lee..” Lee berpaling apabila namanya dipanggil.

Dua lelaki segak mendekatinya. Dia kenal kedua-duanya. Senyuman manis dihulurkan. Kemudian pandang ke arah pintu keluar dewan. Bayang Nurin dah hilang. Nasib baik.

Congratulation for today. You are great.” Farhan hulurkan salam tahniah kepada Lee sebelum Lee menyambutnya.

“Terima kasih, Farhan. A big gratitude is for your mom,” balas Lee. Dia kenal Farhan. Farhan merupakan anak kepada penaja hari ni, Datin Awin.

Oh, before I forget. This is my cousin. Harraz Naufal.” Farhan kenalkan mereka berdua.

Hi.. I’m Harraz.”

“Lee.” Mereka berdua bertukar salam dan senyuman.

“I kenal you. You pemilik Harraz Holdings yang hebat tu kan? Salah seorang pekerja I pernah sebut pasal you.”

Yup. But not that great.” Harraz masih merendah diri meskipun dia dah mencapai tahap hebat itu.

“You berdua cakap la dulu. Mama is calling me.” Farhan meminta izin.

Bagi peluang lelaki berdua ni berbicara. Habis sudah peranannya memperkenalkan Harraz dengan Lee. Beria-ia si Harraz ni nak berkenalan dengan Lee. Tak lain tak bukan, nak korek pasal model tadi la tu. Takpelah. Asalkan sepupunya tu bahagia.

Maka, tinggallah Harraz berdua dengan Lee.

How’s your opinion about this afternoon event?” Lee mengemukakan soalan. Nak tahu juga pendapat orang hebat macam Harraz tentang majlis ni.

Excellent. That’s the best word to describe. I tak tahu sangat pasal fesyen-fesyen ni. My aunt kumpulkan the best designers. Mestilah semuanya superb,” puji Harraz ikhlas.

Err.. sorry to ask. Siapa model terakhir yang peragakan last outfit dengan you tu ya?” soal Harraz lagi. Dia nak tahu sangat.

Lee pandang Harraz. Terkejut dengan soalan Harraz. Dia cari Nurin? Nasib baik Nurin dah balik.

“Kenapa ya?” Lee bertanya.

Because she seems like someone I know. I know those eyes. Macam seseorang yang I kenal. She’s someone around me? Tapi, siapa?” Sakit lagi kepala Harraz sebab mengingat pemilik mata itu. Kenapa dia tak ingat-ingat lagi? Tulah.. pasang perempuan ramai sangat. Kan dah tak ingat.

Dada Lee berdebar entah kenapa. Patutlah Nurin tak senang duduk tadi. Harraz cam Nurin ke? Eh, takkan la! Nurinkan tutup separuh muka dia tadi.

“You salah kut, Harraz. Tak mungkin la. Dia baru balik dari oversea. Tak mungkin you kenal dia,” tipu Lee.

“Eh, ada orang panggil I. I gotta go. Sorry.” Lee cari akal untuk lari dari Harraz bila Nur menggamit tangan memanggil dia. Takut Harraz terlebih korek nanti, terpecah pula pasal Nurin.

Nice to know a great person like you, Harraz.”

I hope to see you again next time.” Harraz membalas.

A pleasure.” Mereka bersalaman.

   --------

“Weh, Nurin. Kau betullah. Harraz cari kau tadi,” lapor Lee melalui panggilan telefon. Ketika itu, Nurin sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

“Habis tu, macam mana?” Nurin dah gelabah. Nasib baik dia cabut cepat-cepat tadi.

Sangat betul tindakannya kali ni. Kalaulah dia bersemuka dengan Harraz tadi, memang jadi filem bisu untuk tontonan umumlah. Memang haramlah dia nak keluarkan suara.

“Apa lagi? Aku cakap la tu kau.”

“Lee!!” jerit Nurin. Kalau Lee depan mata sekarang, dah dicekik sampai biru.

Lee ketawa.

“Aku gurau je la. Takkanlah aku nak cakap.” Lega Nurin dengar.

“Kenapa dia cari aku?” Nurin pelik.

“Manalah aku tahu. Dia dah jatuh hati dengan kau kut,” usik Lee. Dia ketawa lagi.

“Waklu.. jatuh hati kejadahnya. Bukannya dia nampak muka aku tadi.” Merepek betul si Lee ni!

Why not? Dia dah terpanah dengan mata kau kut. Apa orang kata? Dari mana datangnya cinta? Dari mata, turun ke hati.” Seronok Lee kenakan Nurin. Makin galak dia ketawa.

“Turun ke bawah lagi, aku bagi kaki,” balas Nurin. Ya.. orang yang kena kaki tu tak lain dan tak bukan mestilah Lee. Geram betul. Bukannya dia tak pernah cerita betapa dia berselisih bulu dengan lelaki bernama Harraz tu.

“Haha. You better be careful, Nurin. Harraz cakap dia macam kenal kau. Someone he gets used to see everyday.” Lee sempat berpesan. Nurin diam. Agak risau. Dia cam ke?

“Dia takkan pernah fikir tu aku. Percayalah.” Nurin yakin. Sedapkan hati sendiri. Pandailah dia buat muka tak tahu depan Harraz nanti.

“Ingat, Lee. Jangan pernah cakap kat sesiapa pun yang tu aku. Faham?” Seiring waktu, mesti Harraz dah tak ingat dah semua ni. Mesti ramai lagi wanita cantik yang bakal muncul dalam hidup Harraz.

“Yalah.. yalah..” janji Lee.

   -------------

“Dapat korek tak tu siapa?” Farhan berminat untuk tahu.

Harraz geleng kepala. Agak kecewa juga sebenarnya. Sekurang-kurangnya tahu nama. Tapi, Lee agak sibuk tadi dan dia pula tidak mahu menghalang kerja Lee.

No idea.”

“Bukan rezeki kau la tu. Rilekslah, bro. Bunga bukan sekuntum.” Farhan ketawa. Tanpa mengetahui hati Harraz yang tengah kecewa.

“Agaknya dia tak tahu kau Harraz Naufal. Kalau dia tahu, mesti dia dah cari kau, kan?” Farhan seakan-akan memujuk Harraz. Bahu sepupunya itu ditepuk-tepuk. Apalah sangat seorang perempuan? Pergi sorang, sepuluh yang datang cari Harraz.

Tapi, dia dah cakap dia Harraz Naufal. Perempuan itu tahu dia siapa tapi kenapa tetap pergi tanpa berpaling tadi? Dan sekarang terus lesap tanpa jejak. Misteri.

“Aku rasa aku pernah jumpa la dia. I know those eyes. Kenapa aku rasa dia kenal aku?” Harraz kembali kepada teori asalnya. Entah kenapa dia begitu yakin yang dia kenal wanita itu. Dan wanita itu juga bagaikan tahu dia siapa.

“Kau nampak mata dia je, Harraz. Belum tentu wajahnya sama dengan orang yang kau kenal. Tak mungkin la kau kenal dia. Kau salah orang kut,” kata Farhan. Macam Lee.

“Yang pasti, I want to know her. Hati aku takkan tenang selagi aku tak tahu dia siapa,” balas Harraz. Apa pun yang dikatakan oleh Farhan, dia yakin dengan firasatnya. Aneh perasaan ini. Tak pernah dia rasa berminat dengan seorang perempuan macam ni. Adakah sebab perempuan tu lain daripada yang lain? Pertama kali perempuan tak endahkannya walaupun tahu dia siapa.

Mata melilau sekeliling dewan. Mencari susuk wanita misteri itu. Tiada. Entah kenapa, Harraz rasa hampa yang amat. 

39 comments:

  1. Alamakkk...nak lagi lagi dan lagiii... bleh? xsbr nye nak tnggu bln july for d next n3 =)

    ReplyDelete
  2. best, best n besttt!!!!nak lagi boleh??haha

    ReplyDelete
  3. Ai pn model gak..
    Tapi kat blog ni la..
    Every hour i catwalk kat sini..
    Rezki pagi2 tgk2 ada n3 masuk..
    Thanks anjell..
    Jasamu tetap ku kenang sampai bila2..

    ReplyDelete
  4. Best..btl2 dr mata turun ke hati harraz nie..giler byg laa pasni gan nurin..

    ReplyDelete
  5. Tak sabar nak tgk perasaan harraz didera oleh nurin..jgn bg muka nurin..bagi harraz terseksa dulu kendian baru ngaku..

    ReplyDelete
  6. Hhahhaha setiap kali bkak blog, mesti antara org first baca entry,.. Yeahhh

    ReplyDelete
  7. Best r..asik senyum n ketawa tiap kali entry baru anjell

    ReplyDelete
  8. Tolong lah bagi harraz amnesia..xyah lah hingat2 mate mate nurin tuh sibuk je huhuu...nurin heartlesss lg chaiyouk.. >.<

    ReplyDelete
  9. Uiksss.... Harraz.... Cam gila bayang jer...... Apelg Nurin....... Payback time...... Jual mahal n bg cukup cukup tau bebeh........ Ai x sabar for the next n3. Tima kasih Anjell....... Masuk opis dgn senyum meleret pg nie.....

    ReplyDelete
  10. Baru bertemu buku dgn ruas....rasakan penangan Nurin ya Harraz

    ReplyDelete
  11. Hahaha kelakar..
    Baekkk punya peribahasa..
    Dari mana dtgnya cinta..
    Dari mata turun ke hati..
    Turun bawah lagi terus nak di kaki..
    X leh bayangkan nurin bersilat dgn harraz...

    ReplyDelete
  12. ye..bagi Nurin siksa jiwa raga Harraz tu!

    ReplyDelete
  13. Best...best...best....
    Harraz dh x reti duk diam dh....
    :)

    ReplyDelete
  14. Update la cepat2.. nak baca lg..hehe

    ReplyDelete
  15. Aiyok..nurin!
    En harraz awk dh start mcari tu!
    Excited pulak nk tau agk2 harraz cam x mata nurin bile diorg kt opis nti..hihihiii!

    ReplyDelete
  16. Terbaik....
    mesti harraz tercari cari sape wanita tu...

    ReplyDelete
  17. "Yg psti, i want to know her".. "Hati aq xkan tnang slagi aq xtaw dia siapa".. Ahahahha awat cik abg harraz? Fall in love...

    ReplyDelete
  18. hehe..tu lh harraz...dari mata terjun kehati,meresap laju di sanubari...ade kah itu si jantung hati...panahan mata merana lh hati...haha padan lh mu harraz....

    ReplyDelete
  19. Fuhh......Happening happening....suspen...suspen....wah...harraz dah x keruan nak tahu sape pemilik mata tu....

    ReplyDelete
  20. Fuh... Dri semalam asyik tunggu.. Akhirnye ade jgk.. Nk lagi

    ReplyDelete
  21. Xbestla hero yg dah byk kali tido dgn perempuan..hmm..

    ReplyDelete
  22. d best masquerade ever..kan..Nurin... sesuatu yg baik buat si mamat playboy tu... biaq dia rasa erti rindu dan setia pada seorg wanita..kan... love d story ...sambung la sikit lagi... rasa rasanya bila ek kevesri cetak... reserve one for me... akak mmg tunggu citer ni...

    ReplyDelete
  23. baru best nak kenakan mamat x sedar diri tu...

    ReplyDelete
  24. Hahaha..dr mata turun ke hati...dr hati turun ke kaki...lawak betul ayat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak agak kalau playboy a.k.a Harraz tu menggatal pulak, ada harapan.... dari kaki naik ke perut pulak kan... kan.... kah kah kah (gelak jahat)

      Delete
  25. Alahai pendek nya...tp mmg best....cepat smbg lagi

    ReplyDelete
  26. Makin best anjel
    Akak suka.. akak suka..

    ReplyDelete
  27. so sweet so fantastic and so so so best......
    akak dah ade ke novel nie?novel 7 lelaki pown dah ade ke?

    ReplyDelete
  28. Best2....tak sabar pula nk tunggu entry yang seterusnya...hehehe

    ReplyDelete
  29. sambung laa lagi x sabar nih nk tunggu next entry nih hihihi :D

    ReplyDelete
  30. Can't wait ☺☺☺😊😊😊😊

    ReplyDelete
  31. Can't wait ☺☺☺😊😊😊😊

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )