Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday 19 September 2015

Dr. Alpha Male (BAB 1)


BAB 1

“Hazel!” Panggilan itu buatkan aku menoleh ke belakang.

Hazel. Ya.. itu nama aku. Nama penuh, Tristin Hazel binti Tahir. Nama aku biasa-biasa je. Tapi.. kenapa orang kalau dengar nama aku mesti komen pertama mereka adalah, peliknya? Tristin mahupun Hazel, dua-dua orang cakap pelik.

Tak tahulah apa yang pelik. Tak faham aku. Lainlah kalau letak nama Corylus Avellana, aku tak peliklah kalau nak jatuh rahang depan aku. Apa tu? Silalah google sendiri ya. Kira nasib baiklah mak aku tak letak nama tu, kan?

Hazelnut. Hazelnut butter.” Aku dengar dia menyambung sebelum mengatur langkah ke arahku. Sengih lebar macam biasa.

Hazelnut. Memang ramai sangat suka panggil aku dengan nama tu. Banyak lagi gelaran orang lain yang suka main-mainkan nama aku. Dulu, ada rasa jugak nak tendang sampai enam kaki ke bawah. Tapi sekarang ni, aku dah tak kisah. Dah imun.

Nama aku memang Hazel. Tapi, jangan risau. Nama abang aku bukan gajus, adik aku pun bukan pistachio. Hanya aku, Hazel. Kenapa? Entahlah.. mak aku mengidam kacang hazel masa mengandungkan aku dulu agaknya. Mungkin juga sebab mata aku memang warna hazel. Satu-satunya pewaris mata mak aku.

Hazel aku cuma pada nama. Yang pasti aku tak suka kacang hazel. Aku punya masalah dengan nama aku ke? Langsung tidak. Aku suka nama aku. Aku tak rasa pelik pun. Kalau orang boleh letak nama bunga, kenapa tidak nama kacang? Lagipun, di luar negara berlambak orang letak nama Hazel.

“Hazel.. Hazel.. Hazel..” Cantik sangat agaknya nama aku sampai tak puas-puas budak tu seru.

Aku turut senyum sambil melambai tangan ke arah si pemanggil itu. Sabiha. Kawan baikku di universiti ni. Orang pertama yang aku kenal sejak jejak kaki ke kampus ni. Orang sama yang sama-sama kena denda sebab tak pakai stokin masa minggu orentasi dulu. Orang yang sama aku ajak bersubahat, mintak dia tandatangan kalau aku ponteng kelas. Tak sangka kami dah kenal lebih tiga tahun. Dan sekarang, kami dah di tahun akhir.

“.. Lamanya tak jumpa kau. Rindu..”

Kami terus berpelukan lepas jumpa. Perempuan.. biasalah kalau dah jumpa. Teori tentang perempuan. Bila berjumpa, kalau tak terkinja-kinja macam monyet bukan perempuan namanya. Saja nak jejak kasih kat tengah-tengah kafe ni.

“Tak payah nak poyo sangat, boleh? Lama pekebendanya. Dua bulan je kut.” Aku mencebik. Balasannya, kena hempuk dengan buku setebal kamus dewan kat bahu.

“Woi.. sakitlah! Kalau dislocate bahu aku ni, apa kau nak jawab dekat Iwan?” marahku sambil gosok-gosok bahu kanan yang tak bersalah dan dah jadi mangsa kekejaman Sabiha.

Siapa Iwan? Iwan tu tunang aku. Bukan kekasih ya, tapi tunang. Umur dia lebih tua dua tahun daripada aku. Dia senior aku dulu. Sekarang dah kerja kat Johor. Jarang-jarang dah kami jumpa. Hubungan jarak jauh la katakan.

Cebikan Sabiha buatkan khayalan aku tentang tunangku terbang. Di depan mata sekarang, nampak muka comel Sabiha yang menyampah tiap kali aku keluarkan nama tunang tersayang.

“Eleh.. gedik. Lapar.. jom makan.” Dia ajak aku. Pantang nampak aku, mesti ajak makan.

“Dah.. jom.” Aku setuju. Lapar jugak sebenarnya.
  ----------
Kelas aku habis agak awal hari ni. Maklumlah.. semester baru bukak. Pensyarah bukannya nak mengajar sangat. Sesetengah tu sengaja batalkan kelas. Sesetengah pulak jumpa sekadar nak bagi pengenalan tentang apa yang akan diajar.

Tapi.. kira baiklah aku datang jugak. Maklumlah.. dah jadi senior. Dah insaf. Dah kembali ke pangkal jalan, dan tinggalkan alam jahiliyyah.

“Weh.. jom teman aku pergi post office. Aku nak settle bendalah.” Sabiha mengajakku.

“Lepas tu nak belanja aku apa?” Aku sengih jahat.

Hazelnut butter betul kau ni! Dengan aku pun nak berkira.” Dia tarik muka masam dan aku terus gelak.

“Mestilah weh. Tu aku belum kenakan GST lagi, tahu?” jawabku. Sengaja nak mengusik.

“Aku belanja kau tengok wayang. Nak?”

Lebar sengih aku. Pantang dengar perkataan wayang. Memang aku ni kaki movie. Apa-apa cerita baru, mesti aku pergi menonton di panggung wayang.

“Mestilah nak. Jom.” Terus aku setuju. Dah lama tak lepak dengan Sabiha. Minggu pertama la nak berhuha-huha. Sebelum kepala sesak dengan assignment. Sebelum jadual padat nak berkejar ke kelas. Sebelum sibuk kendalikan final year project.
   -----------
Daripada bosan menunggu Sabiha yang tengah menunggu giliran di pejabat pos itu, ada baiknya aku keluar jalan-jalan. Nampak 7-Eleven yang berada bertentangan dengan dengan pejabat pos ni. Nak beli top up. Baru teringat kredit telefon dah nyawa-nyawa ikan. Maklumlah.. standard pelajar. Pakai kad prabayar je la.

Alang-alang dah singgah 7-Eleven, mata gatal jeling peti besar aiskrim. Cun pulak aiskrim Magnum duduk paling atas. Tekak terus gatal mengidam. Dah lama tak makan aiskrim yang sama harga dengan sepinggan nasi tu. Aku memang suka aiskrim Magnum. Magnum almond. Tapi.. boleh beli seminggu sekali tak pun sebulan sekali. Kalau dah hujung-hujung semester pulak, makan dalam mimpi je la. Maklumlah.. ekonomi merudum.

Lepas bayar, aku jalan keluar. Terus aku buka plastik aiskrim itu sambil tangan menolak keluar pintu kedai. Baru sahaja aiskrim itu digigit sedikit, tiba-tiba bahuku dirempuh. Kuat tak kuat, bergegar jugaklah 3.1 skala Ritcher tubuh aku ini. Nasib baik tak terbalik.

Oh, shit! Damn it!

Aku tak sempat menganalisa pemilik suara yang menyumpah itu apabila aku perasan yang magnum aku dah lesap dari tangan. Terus pandang bawah. Nak menangis aku tengok magnum aku yang tengah seronok bercium dengan lantai itu! Rezeki lantai. Waaa…. Magnum aku!

“Hei, apa ni? Buta ke?” Aku terdengar komen tu. Suara garau yang agak keras. Terus aku angkat muka. Lelaki. Muka agak tegang sambil gosok-gosok jaket kulitnya. Takut aku kotorkan jaket kulit mahal dia agaknya.

Ewah.. buta kau panggil aku? Berasap rasa telinga. Macam tahu-tahu aku tengah marah, dia angkat muka. Mata kami berlaga. Terpaku juga aku dengan panahan matanya yang tajam tu. Sebab sumpah mata dia sangat lawa. Jeling tajam macam tu pun tetap lawa.

Oh.. Muka macam ni aku klasifikasikan dia sebagai penyebar virus T.I. Apa tu T.I? T.I tu adalah Teleng Inducing. Maksudnya bila dia lalu sebelah perempuan, perempuan mesti terteleng-teleng nak pandang lagi sekali. Lagi dan lagi dan lagi. Oh.. bahaya betul virus T.I ni!

Rambut gaya pacak. Kening agak lebat, kena dengan bentuk wajahnya. Hidung sekali tengok orang dah cakap mancung. Berjambang nipis dan terurus. Tak berserabut macam hutan belukar belakang rumah nenek aku. Just nice! Bibir pun merah. Tengah senyum sinis. Tapi dah cukup menunjukkan dua lesung pipit di pipinya. Sinis-sinis pun lawa. Kalaulah dia senyum manis…

Eh, kejap! Apa aku merepek ni? Dia senyum sinis? Aku terus tersedar. Sekali lagi mata pandang dia. Ya.. dia tengah senyum sinis. Macam tengah mengejek aku. Macam dah tahu itulah reaksi perempuan tiap kali terpandang wajah dia. Membuktikan lagi teori aku tadi. Menularnya virus T.I di udara. Cis!

“Dah habis tenung dah? Taknak ambik gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.” Sarkastik suara dia sesakartik senyuman di bibir merahnya.

Merah muka aku! Kurang ajar! Aku mendengus geram. Terus aku mengalih pandang. Nampak magnum aku dah cair atas lantai. Rasa kembali marah dengan dia.

“Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang je. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut,” marahnya lagi.

Inilah kelemahan manusia. Bahasa tak seindah wajah. Amboi, sedap mulut mamat ni bercakap! Tegur baik-baik tak boleh ke? Lagi.. memang salah aku ke? Aku rasa dia yang salah. Sepatutnya aku yang marah dia. Jalan main rempuh orang je. Ingat ni apa? Ragbi? Dia ingat dia besar daripada aku, dia boleh buli aku ke? Dia ingat dengan muka handsome dia tu aku nak control ayu ke?

Hei.. salah orang la derr!

“Ya.. memang Tuhan tak ciptakan mata kat lutut. Tapi Tuhan pun tak ciptakan mulut kat punggung. Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?” marahku lagi. Dia nampak terkebil-kebil mendengar bahasaku.

Kalau dia cakap aku buta, aku nak dia tahu aku cakap mulut dia macam longkang! Patut ke aku masuk balik 7-Eleven ni, pergi beli Clorox kalau ada jual? Bagi mamat ni minum seteguk dua. Manalah tahu cuci kesan-kesan degil yang melekat di kotak suara dia!

Sedara?” Aku tak tahulah maksud suara dia itu apa. Dia tak faham ke sebab muka dia nampak blur? Baru mendarat dari planet Utarid ke apa mamat ni? Sedara pun tak tahu ke?

“Ya.. sedara. Saudara saudari cikebong cikebong.” Aku cakap lagi kut-kut dia tak faham. Siap lagu aku bagi tu!

Lagi sekali mata dia mencerun pandang aku. Muka serius. Aku buat tak tahu.

“Lagipun, sedara, saya rasa sedara yang salah. Sedara yang langgar saya.” Aku pulak tuduh dia.

Betul apa? Nasib baik tak terbalik aku tadi. Ingatkan langgar tiang. Orang rupanya. Gegaran otak aku sebab terlanggar dada dia tu.

“Jangan nak…”

Baby..” Baru je dia nak menjawab, datang seorang wanita cantik mencelah.

Hei.. tengah-tengah orang nak bertegang leher ni, siapa pulak cari baby dia yang hilang ni?

Baby.. what’s wrong?” Manja suara wanita itu bertanya. Lengan si baby besar anak gajah depan aku itu dipaut mesra. Meluat.. tak tahu kenapa. Walaupun aku tak kenal mereka berdua.

Nothing, darling. Ada salah faham sikit. Ni budak ni. Dah dia langgar I, dia taknak mengaku salah. Tak reti minta maaf. Budak-budak zaman sekarang,” jawab si baby tu. Mengadu.

Aku jeling dia. Tak payah nak budak-budak sangat la! Aku tengok si baby depan aku ni bukannya tua sangat pun. Rasanya beza umur mungkin cuma beberapa tahun. Masam muka aku. Mesti dia ingat aku budak lepas sekolah. Sebab dengan tinggi aku, orang selalu tersalah kira umur aku. Aku rasa si Baby ni pun sama..

“Mana ada saya langgar. Kalau betul pun. Saya terlanggar. TER. Kata imbuhan bagi kata kerja yang tidak disengajakan.” Haa.. kelas Bahasa Melayu aku bagi.

“Bukannya saya sengaja pun. Sekarang ni, sedara tengok, saya dah tak dapat makan aiskrim saya,” sambungku lagi. Serius kau, Hazel? Ayat terakhir kau tu dah macam budak enam tahun.

Dia pandang aku. Pandangan dia… wow!

“Alah.. baby. Takkanlah you nak bergaduh dengan budak sekolah…”

Haa… kan aku dah cakap! Hai, si darling ni! Budak sekolah kau cop aku. Padahal umur aku hampir dua puluh dua.

“.. You ni.. apa orang cakap nanti. Mengalah la sikit, baby.” Aku dengar si darling bercakap lagi.

Lelaki itu mendengus tak puas hati. Muka dah tegang.

“Haa.. betul tu, darling. Cakap kat baby ni, lain kali cakap jangan main sedap mulut je. Ini nasib baik dia langgar saya. Kalau dia langgar ketua mafia entah mana-mana, tak sempat membesar baby darling ni.”

Aku senyum sinis kepada lelaki itu. Dia nampak terkejut dengan kata-kataku. Sebelum dia buka mulut, aku angkat kaki. Malas aku nak layan. Takde salam, takde apa, terus aku blah. Dia dah biadap dengan aku, buat apa aku nak berbudi bahasa dengan dia? Sorry sikit eh!

“Kita masih punya hutang, tahu?” Aku sempat dengar suara dia.
   ---------------
“Weh, apa hal?” Aku dengar soalan daripada Sabiha. Kebetulan dia pun baru keluar dari pejabat pos. Mesti dia pelik tengok muka cuka aku.

“Huh.. dasar baby tak cukup zat. Aku harap aku tak jumpa dia lagi.” Aku membebel. Tak puas hati lagi dengan niat nak makan magnum yang tak tercapai.

“Kenapa ni? Apa dah jadi?” soal Sabiha lagi.

“Tadi.. aku terlanggar sorang mamat ni kat depan 7-E. Bukan main puaka mulut dia. Suka hati dia marah-marah aku,” aduku.

“Loh.. patutlah muka kau macam tu,” komen Sabiha.

“Muka aku macam mana?”

Terus aku pandang cermin sisi motor entah siapa-siapa di sebelahku. Tilik diri sendiri. Bulat mata aku.

“Waa.. kau siapa?” soalku sambil jari tunjuk cermin tu. Sabiha gelak.

Aku tilik lagi sekali. Nampak ada kesan coklat di hujung mulut aku. Hujung hidung warna putih. Sah kena aiskrim tadi. Comotnya! Ni mesti sebab terlanggar baby tu tadi. Kenapa aku tak perasan?

Dan.. aku bergaduh dengan mamat tu dengan muka macam ni? Waa… malunya! Patutlah confident je mamat tu cop aku budak sekolah. Dengan muka macam ni, jangan cakap macam budak sekolah. Dah macam budak tadika pun ada!

Terus aku capai tisu yang diberikan Sabiha. Sapu mulut dan hujung hidung aku. Marah punya pasal, tak perasan semuanya. Patutnya tadi sebelum aiskrim aku jatuh, aku tonyoh dulu satu round kat jaket mamat tu. Baru adil kalau nak marah aku.

“Ni semua mamat tu punya pasal. Lepas tu ada hati lagi nak marah aku. Padahal dia yang salah.” Aku membebel lagi. Tak puas hati.

“Lupakan je la, Zel. Dia dah takde dah. Kalau kau jumpa dia lagi, kau marahlah dia puas-puas ya?” kata Sabiha. Gelak lagi. Seronok dia tengok aku naik angin.

Sorry la. Aku tak rasa aku nak jumpa dia. Kira nasib baiklah aku tak kenal dia siapa,” jawabku.

Aku harap aku takkan lagi jumpa mamat tu!
   ----------------
Dewan kuliah yang mempunyai hampir dua ratus orang pelajar itu gamat dengan suara semua orang. Masing-masing sibuk berkongsi cerita sementara menanti pensyarah masuk mengajar. Aku duduk di tengah-tengah. Tak belakang sangat, tak depan sangat. Petang ni aku ada kuliah untuk subjek Research and Statistics.

Huh… dengar nama pun aku memang dah tahu. Boh-san! Nasib pulak dapat kelas petang. Perut tengah menghadam makanan tengah hari tadi. Lagilah mengantuk. Aku menguap sekali. Tengok.. belum mula lagi, aku dah mengantuk.

“Weh, Hazel! Kau nak dengar gosip tak?” tanya Sabiha.

“Gosip apa?” tanyaku malas.

Orang cakap budak perempuan memang suka bergosip. Perempuan lain ya. Tapi aku tak. Bukan benci, tapi malas. Tadah telinga kalau orang cerita, kalau taknak cerita aku memang takkan tanya. Tapi.. berkawan dengan Sabiha ni, memang cepat berita panas sampai ke telingaku sebab si Sabiha ni memang kaki gosip.

“Pasal lecturer baru course kita”

So?” soalku lagi. Pensyarah baru pun nak kena gosip ke? Macamlah tiap-tiap tahun takde pensyarah baru.

“Dia hot.”

“Aku prefer Panasonic,” kataku tiba-tiba.

“Panasonic?” Sabiha blur.

“Laa.. suruh dia beli aircond Panasonic la. Kata panas?”

Pap! Balasannya lengan aku kena hempuk sedas. Aku gelak. Sakit, siot!

“Main-main pulak kau. Hot and sexy la. Sekali pandang tak puas, tahu?” Sabiha gelak. Ada bau-bau miang. Dah sekali pandang tak puas, pandanglah dua kali. Apa susah? Aku geleng kepala.

“Oo.. penyebar virus T.I la ni?” soalku. Sabiha angguk. Sengih tak hilang-hilang lagi.

“Kau pernah jumpa ke?” Aku tanya lagi.

“Pernah. Sekali. Perghh.. tak boleh tidur malam aku dibuatnya!”

“Aku ada ubat tidur. Nak?”

Sabiha jeling tajam kepadaku. Amaran. Aku gelak.

“Okey.. okey..” Aku angkat tangan mengalah. Tak loyar buruk dah. “Dia ajar apa?” Bukan berminat tapi saja nak tahu.

Calculus I and II.” Kali ni muka Sabiha macam tak puas hati. “Kenapalah dia tak masuk awal-awal dulu? Kalau tak mesti dia sempat ajar kita. Mesti A plus Calculus aku. Huh.. Untung junior kita.”

Aku cuma ketawa. Siapa tak suka dapat lecturer handsome weh? Tanyalah mana-mana budak perempuan normal, mesti dorang nak lecturer handsome. Bonus kut! Baru semangat sikit nak pergi kelas. Haha. Bukan senang nak dapat pensyarah muda lagi handsome ni. Sekali dapat memang jadi jejaka terhangat di pasaran la.

“Kau doalah biar dia ajar kita subjek Research and Statistics ni,” gurauku sebelum gelak. Pandang Sabiha di sebelah. Mulut tengah terkumat-kamit. Tengah berdoa ke? Haha.

Dewan kuliah tiba-tiba jadi sunyi. Itu tandanya pensyarah dah menapak masuk. Ketawa aku pun turut mati. Okey.. mod skema!

“Assalamualaikum, kelas. Sorry sebab lambat.” Aku dengar suara bergema melalui mikrofon. Lelaki.

Kebetulan masa tu, ada bunyi notifikasi mesej masuk dalam telefonku. Aku terus cari telefonku. Lupa nak silentkan sebelum kelas mula tadi. Buatnya buat konsert tengah-tengah kelas nanti, mahu tembus aku kena tenung dengan pensyarah aku.

“Weh.. Hazel.. Hazel..” Aku dengar suara Sabiha. Tampar-tampar lengan kananku. Aku pandang dia.

“Apa dia?” Suara aku agak marah. Rimas.

“Dia.. lecturer handsome yang aku cakap tadi!” Sabiha teruja sambil mata tengok depan.

Terus aku pandang ke arah tengah-tengah dewan kuliah besar itu. Nak jugak tahu sehandsome mana pensyarah yang dikatakan Sabiha tu. Sampai muka tu bercahaya macam bulan purnama penuh. Ada iras biji kopi ke sebab kata Sabiha, dia tak boleh tidur lepas tengok muka pensyarah itu.

Ternganga. Tak percaya. Bulat mata aku bila pandang pensyarahku itu. Dia berbaju kemeja kelabu dan berseluar slack hitam. Lengan baju dilipat hingga ke siku tanpa tali leher. Imej biasa kalau lepas waktu rehat.

Walaupun agak jauh, aku masih cam dia. Wajah dia. Susuk badan dia. Rambut dia. Okey.. dia memang handsome. Tapi itu tak penting. Yang buatkan aku tergamam terkelu dan terkedu adalah…

Baby?!” Macam tak percaya aku suarakan apa dalam kepala. Bergema satu dewan kuliah.


Aku terus tutup mulut aku dengan kedua-dua tangan. Oh, tidak!

53 comments:

  1. wa..best!!!..penat gelak..haha..tak sabar nak tunggu bab seterusnya...fighting kak anjell!! ^-^

    ReplyDelete
  2. Thx Anjell. Satu lagi karya yg bakal boom.

    ReplyDelete
  3. Oh my!!!! BEST SANGAT2 BAB 1 NI..TAHNIAH ANJELL!!Semoga idea terus mencurah2!..akak sukaaa sgt!! .best sgt!!

    ReplyDelete
  4. Akak punya karya mmg top... Hrap selepas jadi Dr. , akak akn teruskn karya ini yep... Kita org akn support akak selalu... P/s: selepas baca nim, sengih sampai telinga... #smile_always ^♪^

    ReplyDelete
  5. Adoi,ayat th takleh blah,tuhan tak cipta mulut kat punggung....deep ayat ni...tahniah bakal novel baru

    ReplyDelete
  6. 😆😆 adoih. Anjell serious lawak. Keras perut gelak.

    ReplyDelete
  7. 1st time saya comment ni. speechless. marvelous. thumbs up

    ReplyDelete
  8. hahaha....serius lawak sangtttt....I love this...xsabar nk tunggu story nie....hihihi

    ReplyDelete
  9. Aaaa syoknya akak ! Best gilaaaa

    ReplyDelete
  10. Akak suka starting citer gini..please nak lg le......

    ReplyDelete
  11. Mmg best. Tak pernah mngecwakn. Kipidap anjell. Belnja teaser hsc 1

    ReplyDelete
  12. hahahhaahha...lawaklahhh. best !!!

    ReplyDelete
  13. HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHA OMG. THANKS UNTUK HIBURAN PETANG I OLLS. *flip rambut*

    ReplyDelete
  14. Huaaa kak anjell meletopz laa bab 1 pun dah boost emotion saye kipidap your good works kak anjell the best la

    ReplyDelete
  15. Hahahahaha BABYYYYYY..giler lawak

    ReplyDelete
  16. baru baca tajuk je dah,... woahh, dah macam nak buat cerita warewolve. iloike. bila baca sampai habis, berlorilori LIKE I bagi.. best gilosss

    ReplyDelete
  17. Terbaek la.. sambung cepat2 eh.. :)

    ReplyDelete
  18. habis la hazel dibabykan nanti..wakakakakak

    ReplyDelete
  19. tak sabar entri baru.. all the best anjell

    ReplyDelete
  20. Starting pun dah best...nak lagi

    ReplyDelete
  21. wah mesti best ni tak sabar nak tunggu lanjutannya :)

    ReplyDelete
  22. Wahh..😍😍😍😚😚😚

    ReplyDelete
  23. Besttttt...pandai akak karang.love itt

    ReplyDelete
  24. hahaha.....ambik kau....habis satu lecture hall di 'baby'kan......

    ReplyDelete
  25. haluuuuuuu kak anjel #sapotbaby

    ReplyDelete
  26. bilo demo nok sambung ni dik Anjell oiiii, abe dok saba ni

    ReplyDelete
  27. Tjuk pon gmpak dah...hunky guy called BABY?!..mmg jd bhan lar..kekekeee..smbung2..good writing as always..thumbs up

    ReplyDelete
  28. Karya akak buat saya tergelak di malam hari.hahhaha..all the best Kak.saya peminat akak.novel2 akak semua best.xsabar nak tunggu bab seterusnya..

    ReplyDelete
  29. Karya akak buat saya tergelak di malam hari.hahhaha..all the best Kak.saya peminat akak.novel2 akak semua best.xsabar nak tunggu bab seterusnya..

    ReplyDelete
  30. Bestlah akak cite ni...tak sabar nak tu sambungannya😀

    ReplyDelete
  31. Sambung lagi please... Best sgt. Rindu hazel n baby. Lol

    ReplyDelete
  32. Kak anjell mmg besttttt gilerr , sakit perut gelak ... harap bole baca lagi next en3 , chayokkk2

    ReplyDelete
  33. Wo!! Aq terbayang mario maurer, der.. serius wow!! K. Anjell ni mmg ska laki lesung pipit eh??

    ReplyDelete
  34. Wow! karya baru! memang DAEBAK!!!... Baru baca chapter 1 pun da mampu buat sy tergelak sorg diri tgh mlm ni.. caya laa kak anjell!! Terbaik...

    ReplyDelete
  35. Thumbs up to Anjell...permulaan yg sangat baik...baca senyum2 wehhh....

    ReplyDelete
  36. akak...daebak..sakit perut saya tahan gelak.. haahhaha...

    ReplyDelete
  37. Wahhh.. Hahahah.. Bestnya.. nak lg part 2?

    ReplyDelete
  38. hahahhaha..
    bleh plak dia dok jerit baby...
    aduyai...
    tak sabar nak tggu terbit ni...

    ReplyDelete
  39. Bila nak publish novel ni?...
    X sabar nak beli 😆

    ReplyDelete
  40. Haha..best giler novel ni...hope blh baca sampai final bab..fighting kak anjell..keempat empat novel akak saya dah baca..memang tk mengecewakan..thumbs up!

    ReplyDelete
  41. Haha..best giler novel ni...hope blh baca sampai final bab..fighting kak anjell..keempat empat novel akak saya dah baca..memang tk mengecewakan..thumbs up!

    ReplyDelete
  42. Novel ni mmg best giler..dh beli dh novel ni,mcm syg2 nak habiskan baca novel ni sbb jln cetanya mmg best n gempak..bca brulang klipn xkn boring pnya..novel2 kak anjell semua sya dh baca..tundukan playboy itu,hero seorang cimderella,suamiku paling sweet,ekspiremen cinta,n dr alpha male..semua sya dh baca..semuanya best2..mmg x mngecewakan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )