Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday 26 September 2015

Dr. Alpha Male (BAB 2)

BAB 2

Aku gigit bibir bawah. Sumpah sekarang aku rasa nak menggelonsor ke bawah kerusi orang depan. Oh, kerusi belah, kerusi bertakup. Makanlah aku, telanlah aku! Sebab mulut aku ni dah derhaka dengan tuan dia. Macam mana aku boleh terlepas cakap ni? Aku babykan pensyarah aku wei!

Dewan kuliah yang tadinya sunyi kini makin sunyi. Dapat rasakan pandangan baby besar di depan itu dan semua kepala tertumpu ke arahku. Sabiha di sebelah pun dah terlopong. Tak faham.

Cepat-cepat aku tunduk. Dada berdebar bukan main. Dia.. tak cam aku kan? Takkanlah dia nak ingat muka aku. Hari tu aku pakai tudung bawal. Hari ni pakai selendang. Hari tu muka aku comot. Hari ni aku dah lawa. Amboi.. sempat perasan kau!

Dalam hati berdoa semoga dia tak kenal aku siapa. Lagipun sekarang ni aku duduk agak jauh dari tempat dia berdiri. Mesti dia dah tak cam aku siapa walaupun baru tiga hari berlalu. Mintak-mintaklah lepas kami bergaduh hari tu, dia langgar tiang dan hilang ingatan.

Yes.. Excuse me?” Aku dengar suara dia bertanya. Dua maksud kalau dia cakap macam tu. Pertama, dia nak aku ulang apa yang aku cakap tadi. Mati hidup semula dan mati lagi sekali pun aku takkan ulang benda tu. Kedua, dia nak aku pandang dia sekali lagi.

Aku angkat muka. Sekali lagi mata kami berlaga walaupun jarak kami jauh. Dia.. tak ingat aku, kan? Atau mungkin bukan dia depan aku ni. Pelanduk dua serupa? Kembar dia mungkin? Atau sebenarnya….

Any problems.. sedari?”

Sah! Memang dia.

Gulp! Dia ingat aku! Nak-nak lagi bila tengok senyuman itu. Orang lain yang tengok akan cakap senyum dia lawa. Tapi bagi aku itu senyuman sinis.

Waa.. bodoh kau, Hazel! Yang kau pergi babykan dia tu, siapa suruh? Kalau kau tak jerit tadi, mesti dia tak ingat kau siapa. Memang dia takkan perasan kau wujud dalam kelas ni. Kau memang sengaja nak terjun gaung, masuk mulut naga.

No. Teringat baby kat rumah. Sorry.” Aku aci redah. Kedengaran suara beberapa orang ketawa. Tapi aku peduli apa.

“Okey.. kalau macam tu, rasanya takde masalahlah untuk kita mulakan kelas.” Dia berkata lepas ketawa semua orang reda. Gaya dia bercakap menunjukkan betapa berkarismanya dia sebagai seorang pensyarah.

Semua kembali kepada normal. Aku turut rasa lega. Lega untuk sekarang. Atas bumi Malaysia ni dan dalam banyak-banyak spesis lelaki, kenapa dia juga yang jadi pensyarah aku? Otak macam tengah mencerna maklumat tu. Pensyarah aku! Mamat yang kurang ajar di depan 7-Eleven dulu adalah pensyarah aku. Tidakk!!

“Seperti yang semua dah tahu, saya akan mengajar subjek Research and Statistics ni. Nama saya, macam yang tertulis pada slide, Dr. Hilman Ukasyah. Awak semua boleh panggil Dr. Hilman.”

Aku cuma mendengar. Hilman Ukasyah. Lawa nama dia. Muda-muda pun dah berpangkat doktor falsafah. Aku yakin semua gadis akan ingat sebaris nama itu. Ulang dan ulang lagi dalam kepala. Aku pandang sekeliling dewan kuliah. Dan telinga aku menangkap desas-desus yang mengandungi pujiian melambung untuk mamat tu. Muka yang bersinar-sinar pandang Dr. Hilman tak payah cakap la.

Baby mana kau ni?” soal Sabiha. Dr. Hilman yang tengah membebel pasal apa yang akan diajar itu tak dipedulikan.

“Nantilah aku cerita.” Aku jawab malas. Tiba-tiba merudum jatuh semangat aku nak belajar.

Handsomekan dia? Tak sangka dia ajar subjek ni juga. Memang hot kut!”

Ya.. hot sangat sampai aircond dewan kuliah ni pun tak boleh nak sejukkan.

Aku pandang sebelah. Mata Sabiha tak berkelip pandang depan. Mulut sengih lebar. Habislah semua anak dara dalam kelas ni. Terkena sumpahan mamat magnet tu. Magnet? Ya.. sebab semua mata perempuan tertarik nak pandang dia je.

Kecuali aku! Kalaulah peristiwa di depan 7-Eleven dulu tidak terjadi, mungkin aku pun terjebak sekali. Satu perkara yang aku sebal. Mamat yang bermulut puaka dulu berpangkatkan Doktor PhD rupanya.

“Saya rasa mostly dalam kelas ni dah di tahun akhirkan? Subjek ni memang nampak bosan, tapi sangat membantu untuk final year project nanti. So better pay attention in every class.” Dia mula bersuara.

Luckily, subjek ni takde final exam. Cuma kena submit project in group. Satu group empat hingga lima orang. 95% continuous assessment including 30% assignments, 10% project presentation, 5% mid-term test and 50% written report. Another 5%? Bonus. Lima peratus tu besar juga. Boleh jadi penentu dari gagal kepada lulus, C kepada B. A- kepada A. Tanpa A, takde pointer 4 flat, tahu? Jadi, pandai-pandailah behave dalam kelas, ya?”

Err.. kenapa aku rasa mata dia tengok aku masa dia cakap ayat terakhir dia tu?

“Oh, ya! Jangan ingat mentang-mentang subjek ni takde final, awak semua boleh sesuka hati nak datang, taknak datang kelas saya ni. Kalau bab belajar, saya tak suka orang main-main.  Saya sangat strict dengan kehadiran. Three strikes, I’ll fail you. No compromise. Just try me.” Dia berkata tegas.

Teguk liur semua yang mendengar. Dah biasa dengar daripada mulut pensyarah lain. Tapi bila keluar daripada mulut dia, kenapa kesannya lain? Macam seram je!

“Berbalik kepada group project, saya nak briefing sikit. Projek subjek saya senang je. Tajuk bebas. Nak ada relationship dengan course awak boleh, tak ada relationship pun boleh. Just summarize ten journals into five thousand words writing. Easy.”

Kedengaran suara halus tak puas hati. Telan liur aku. Summarize dia sampai lima ribu patah perkataan? Tu easy dia?

Well.. I’m not going to make it easy to you. This subject has no final examination. Thus, you have to give one hundred percent commitments and work hard to earn high marks. Tapi, jangan risau. Kalau awak ikut apa yang saya cakap, saya grenti A dalam tangan. Ada soalan?”

Dr. Hilman pandang kami semua. Dewan kuliah sunyi.

“Dalam kelas ni ada berapa course ya?” Aku dengar Dr. Hilman bertanya lagi.

Sekali lagi dia pandang ke arah sini. Aku rasa nak dekat sepuluh kali jugaklah mata kami berlaga. Atau semua ni perasaan aku?

“Lima? Hmm.. banyak juga ya. Macam biasalah, saya nak nombor telefon seorang representative. Tak kisahlah mana-mana course pun,” katanya lagi.

Permintaan biasa daripada seorang pensyarah tiap kali masuk semester baru.

Anyone?” soalnya lagi. Kemudian dia duduk di hujung mejanya sambil menyilangkan tangan ke dada. Mata memandang sekeliling dewan kuliah.

Sunyi. Semua memang malas kalau bab-bab macam ni. Termasuk aku.

Oh.. I really hate people with no confidence and afraid of commitment…”

Okey.. aku rasa dah memang termaktub dalam kromosom Y dia yang mulut dia memang macam tu. Bercakap apa yang dia rasa. Tak hipokrit. Berbisa. Tapi penuh yakin.

So.. let’s call a name.” Dia capai kertas kehadiran yang belum diedarkan lagi.

Hmm.. kita cari nama yang unik dan cantik sikit.”

Unik? Argh… aku paling benci kalau orang bercakap pasal nama unik, pelik, aneh dan anak-beranaknya ni. Cantik? Okey.. nama aku memang tak tergolong. Patut ke aku rasa lega?

Dada berdebar bila aku tengok dia belek-belek kertas kehadiran tu. Makin belek ke belakang, makin jantung macam nak pecah. Tolonglah jangan panggil nama aku! Nama aku tak unik apatah lagi cantik.

Tolong jangan nama aku! Tolong jangan nama aku! Tolong jangan na..

“Tristin Hazel binti Tahir.”

Shit!

“Mana Tristin Hazel binti Tahir?” Matanya meliar ke sekeliling dewan kuliah.

Kurang asam! Punyalah beratus nama dalam senarai tu, kenapa nama aku jugak yang dia berkenan? Terima kasih pada dia, sekarang ni seluruh kelas ni dah kenal nama aku. Dia dah jadikan aku juara nama paling unik dan cantik di antara hampir dua ratus orang ini. Terima kasih sangat-sangat!

Lambat-lambat aku angkat tangan. Nasib malang memang kekasih aku! Dia pandang aku. Aku nampak dia pun macam tak sangka terseru nama aku. Ya, baby! Sayalah Tristin Hazel. Tak percaya ke? Kita.. memang ada jodoh, kan? Huh.. aku benci kebetulan!

“Awak yang teringat baby kat rumah tadi, kan?” soalnya. Buat-buat tak kenal pulak dah si baby ni! Gamat dewan kuliah tu dengan gelak para pelajar. Huh.. entah apa yang lawak. Aku diam.

“Tristin? Hazel?” Aku tak tahulah maksud dia apa. Tapi aku dengar macam dia tanya apa yang dia patut panggil aku.

“Hazel.”

“Okey, Hazel, boleh jadi class representative?” Aku tak dengar suara dia tu macam soalan. Tapi lebih kepada arahan.

“Okey.” Separuh hati aku setuju. Macamlah aku ada pilihan lain.

With that, 5% bonus mentioned earlier is already yours.”

Waa.. seriously? Jangankan aku, semua orang pun terkejut. Kedengaran suara beberapa orang bersuara. Sesetengah luahkan kekesalan sebab tak jadi wakil kelas. Itulah.. siapa suruh tak gatal angkat tangan tadi? Takdelah dia nak seru nama aku. Macam tak percaya, macam tu je dia bagi aku lima peratus. Tak payah nak tunjuk rajin depan dia.

 “Okey.. lepas kelas lepas ni, bagi nombor telefon awak kat saya,” arahnya lagi.

Eleh.. cakap je la kau memang nak nombor telefon aku, kan?

“Biasanya saya akan hubungi class representative kalau kelas batal atau kalau saya ada benda penting nak cakap. Jangan risau. Saya takkan mengurat awak,” katanya lagi sebelum bagi senyuman versi pencair hati. Tapi, masuk je kornea mata aku terus jadi sinis.

Aku dengar ramai yang gelak. Aku pulak yang rasa malu. Macamlah aku nak dia mengurat aku. Aku ni dah ada tunang, tahu?

“Wakil-wakil kos lain pandai-pandailah update dengan Hazel ya? Okay.. shall we start our first topic?”

   ---------

Lepas habis kelas, cepat-cepat aku kemas barang. Nak cepat-cepat berambus dari dewan kuliah ini. Sesak nafas tak sudah-sudah dengan kewujudan Dr. Hilman ni. Sumpah.. aku kena berdiri di tepi pokok lepas ni. Nak sedut oksigen puas-puas.

“Aku tunggu kat luar.”

Belum sempat apa-apa, aku tengok Sabiha dah jalan keluar. Otak baru mencerna maksud ayat Sabiha. Baru teringat aku kena jumpa Dr. Hilman sebab nak bagi nombor telefon aku. Cis! Sia-sia je aku kemas beria-ia tadi.

Aku mengeluh. Seorang demi seorang beransur keluar dari dewan kuliah ni. Kemudian pandang meja pensyarah yang berada di tegah-tengah dewan kuliah itu. Dr. Hilman masih dikelilingi oleh beberapa orang pelajar perempuan yang nak bertanya soalan.

Perlahan-lahan aku berjalan turun. Aku duduk di atas sebuah kerusi di barisan paling depan. Menunggu mereka semua habis. Lima minit berlalu, tak nampak langsung tanda-tanda nak habis. Hish.. tak boleh jadi ni. Aku merapati mereka semua.

“Ehemm..” Aku berdehem sebab nak dorang tahu aku wujud kat situ. Klise kan?

Klise-klise pun, berjaya jugak. Empat kepala pandang aku. Dr Hilman mengangkat kening. Muka tiga perempuan tu aku nampak macam nak sula aku sebab aku kacau mereka. Huh.. peduli apa aku. Kau nak tanya soalan, tanyalah sampai subuh besok pun. Tapi, bagi aku cakap dengan Dr. Hilman tu seminit sebab aku nak balik rumah!

“Tadi Dr. nak nombor telefon saya, kan?” soalku.

“Oh.. ya.. ya..” Aku tak tahu dia sengaja buat-buat lupa atau memang kena amnesia lepas dikelilingi tiga perempuan tu.

“Kita bincang next class, boleh?” Aku dengar Dr. Hilman berkata kepada mereka.

“Eh, boleh.. boleh..” Senyum manis yang dibuat-buat oleh si tukang jawab yang aku tak tahu nama tu. Bila lalu depan aku, sempat dia jeling sedas.

Apa masalah minah ni? Elok-elok mata boleh jeling, ada jugak aku backhand sampai juling karang!

Dan sekarang, tinggallah kami berdua.

Awkward

Sabiha.. kenapa kau tinggal aku?!

So.. Hazel?”

Dia berdiri dari tempat duduknya dan berjalan ke arahku. Berhenti betul-betul depan aku, sebelum duduk di hujung meja sambil meletakkan kedua-dua tangan di sebelahnya. Automatik aku berundur setapak sebab jarak kami agak rapat. Semerbak bau minyak wangi yang dia pakai. Wangi. Tergugat iman aku.

“Kenapa, Hazel? Takkan takut dengan saya kut?” Suara dia cuma biasa-biasa. Tapi tak tahu kenapa aku rasa sekarang ni dia tengah seronok gelakkan aku. Betapa berbezanya aku sekarang ini dengan aku tiga hari yang lepas.

Huh.. kalaulah dia bukan pensyarah aku dan kalaulah tak wujudnya perkataan hormat..

“Dr. nak nombor telefon saya sekarang atau saya bagi next class?” soalku tanpa jawab soalan dia. Bersedia nak cabut.

Aku dengar dia ketawa. Macho. Cantik lesung pipit dia. Arghh.. apa aku merepek petang-petang ni? Mental aku kalau lama-lama berdiri di depan dia ni.

Aku nampak dia keluarkan iPhone 6s dari poket seluarnya dan dihulurkan kepadaku. Teragak-agak aku mengambilnya. Patut ke aku selfie sekeping? Aku pegang telefon Dr. Hilman wei! Menangis perempuan lain kalau tengok ni aku rasa.

Dia nak aku masukkan sendiri ke apa? Ya la kut sebab tu dia bagi aku. Aku terus masukkan nombor telefon aku. Rasa macam kena sampuk Parkinson, menggigil-gigil tangan aku. Nasib baik tak jatuh telefon mahal orang itu. Kenapa dengan aku ni?

“Err.. saya nak save nama apa ni?”

Menyesal aku rasa lepas tanya soalan itu. Sepatutnya tak payah tanya. Bagi je la telefon tu balik kat dia. Lepas tu terus blah. Lantaklah dia nak letak nama apa pun.

Bibirnya tersungging sinis.

Sedari cikebong cikebong?”

Sekali lagi, menyesal aku tanya dia! Aku tarik nafas dalam-dalam. Dia sengaja nak kenakan aku! Agaknya dia masih berdendam pasal tiga hari lepas. Selagi dia tak ungkit, aku akan terus buat tak tahu.

Aku diam sebelum bagi balik telefon dia. Nampak dia tekan-tekan skrin telefon tu. Tak tahulah dia letak nama apa. Entah-entah betul dia letak nama aku sedari cikebong cikebong. Okey… sekarang aku rasa menyesal sebab dah perkenalkan perkataan itu dulu!

“Awak bagi nombor awak, bukan nombor mak awakkan?”

Hah? Aku ternganga. Dia ingat aku ni apa? Apa kejadahnya aku nak bagi nombor telefon mak aku kat dia? Boleh dia fikir sampai macam tu? Sebab ingat aku nak lari daripada dia ke apa? Tapi.. bila difikirkan balik, bernas juga idea dia. Kenapalah aku tak bagi nombor telefon mak aku kat dia?

“Nombor telefon sayalah.” Aku tetap jawab.

Good.” Dia senyum. “Awak boleh pergi.”

“Okey.. terima kasih, Dr.” Huh.. sopannya aku! Terus aku angkat kaki. Cari Sabiha yang tengah menunggu aku di luar dewan kuliah.

“Weh.. lama gila! Apa kau buat dengan Dr. hot tu?” Sabiha sengih mengusik. Rasa nak tampar je biar bergolek mulut dia masuk longkang. Baru aku nak jawab, aku dengar isyarat mesej masuk di telefonku. Terus aku capai dan buka.

Kita masih punya hutang.

Gulp! Aku telan liur. Mesej tak bernama. Tapi kenapa aku rasa aku tahu itu nombor siapa?

“Kau dengar tak ni?” Sabiha naik angin.

“Jom.. kita balik.” Aku cepat-cepat heret tangan Sabiha. Sebelum tukang hantar mesej tu keluar dari dewan kuliah.

   -------------

“Dr. Hilman Ukasyah bin Dato’ Uzair, umur baru 27 tahun. Baru je grad Doctor of Philosophy degree in Applied Mathematics dari MIT. Waa.. muda-muda lagi dah dapat PhD. Aku rasa dia genius la.” Bukan main semangat aku dengar Sabiha bercerita.

 Aku cuma bukak cuping telinga lebar-lebar. Sikit pun tak teruja dengar semua itu. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kalaulah apa yang dia cakap tu ibarat kertas, memang aku gumpal-gumpal masuk tong sampah.

“Waa.. hebat betul latar belakang Dr. Hilman. Nama dahlah sedap. Muka handsome, muda, anak Dato’ pulak tu. Genius lagi. Pakej kut. Dan yang penting, dia belum kahwin lagi. Tiada rekod tentang playboy. Untung siapa yang dapat dia. Single and available,” sambung Sabiha lagi.

Geleng kepala aku yang dengar. Mana kawan aku dapat semua maklumat ni? Cekap dan berinformasi. Kalau bab mengorek rahsia, memang aku tabik dengan Sabiha ni.

Single, ya. Available, aku rasa tak kut,” balasku. Saja nak patahkan angan-angan Sabiha dan semua budak perempuan lain. Sebab aku masih ingat lagi si darling Dr. Hilman. Kalau dah berdarling berbaby tu, takkanlah takde apa-apa kut?

“Mana kau tahu?” Sabiha pelik.

“Kau ingat tak minggu lepas, yang aku gaduh dengan sorang mamat ni depan 7-Eleven?” soalku. Dia angguk.

“Kalau kau nak tahu, mamat tu adalah orang yang sama dengan Dr. Hilman kau tu.”

Seriously?” Sabiha hampir menjerit. Berpaling jugaklah budak-budak lain yang duduk dua tiga meja di sebelah kami.

“Yalah. Takkanlah aku nak tipu pulak.”

“Kenapa baru sekarang kau cerita?” Sabiha tak puas hati.

“Sebab baru ada mood. Otak aku ni tengah terima hakikat lagi tahu? Payah otak aku nak setuju yang mamat kurang ajar tu adalah lecturer aku.”

“Weh, heaven gila! Kenapa bukan aku je yang langgar dia dulu? Kalau tak, mesti sekarang ni dah mula bibit-bibit cinta aku dengan dia,” kata Sabiha lagi. Seronok cipta hikayat cinta sendiri.

Aku gelak. Tak payah nak bibit-bibit cinta sangat la. Cukup kena jerkah di depan 7-Eleven tu, bukan terbibit tapi terberak aku rasa.

“Dan masa tu, aku jumpa dia dengan kekasih dia.” Saja nak musnahkan lagi bibit-bibit cinta yang belum berbibit itu.

“Cis.. hancur harapan aku!”

Aku gelak lagi.

“Cantik tak girlfriend dia?” Sabiha ingin tahu. Aku cuba ingat balik wajah darling. Tak berapa nak ingatlah. Kalau dia ada depan aku, aku rasa aku boleh cam. Tapi yang aku pasti, dia memang cantik.

“Kau tengok Dr. Hilman la. Mestilah dia pilih yang sepadan dengan dia,” jawabku malas. Kalau dah enggang, takkan nak pilih burung hantu kut?

“Oh, aku patah hati!” Sabiha buat muka sedih. Aku cuma ketawa. Bukan kau sorang je, Biha. Aku rasa semua perempuan lain yang tahu pun akan rasa macam tu.

“Kenapalah dia dah ada girlfriend? Tapikan, baru girlfriend. Bila-bila masa boleh putus, kan?” Sabiha sengih jahat.

Aku cuma dengar. Belum apa-apa dah doa dorang putus. Haha.

“Orang genius matematik macam Dr. Hilman tu mesti cari orang yang sepadan dengan dia kan? Girlfriend dia tu entah-entah genius jugak.”

Aku tadah telinga lagi.

“Nama girlfriend dia apa?” soal Sabiha lagi.

Aku angkat bahu lagi. Manalah aku tahu. Tapi Sabiha tak nampak.

“Hazel.. kau dengar tak ni?”

“Apa?” Aku naik angin. Rimas bercakap pasal Dr. Hilman ni.

“Aku tanya ni, nama girlfriend dia apa?”

“Algebralina.”

“Algebralina?” Nampak muka Sabiha terkejut.

“Dah kata dia suka math. Algebralina la kut nama makwe dia.”

Pap! Tapak tangan Sabiha dah singgah kat bahu aku. Aku gelak.

“Main-main kau ya?”

“Dah kau tanya aku, siapa suruh? Manalah aku tahu.” Aku marah dia. Tanya lagi pasal Dr. Hilman. Memanglah dia tu jiran aku!


“Tapikan, aku rasa aku macam pernah nampak la muka dia. Kat mana ya?” Aku nampak Sabiha macam cuba mengingat sesuatu.

38 comments:

  1. Huwargh!!!! Knapa sabiha mcm penah jumpa hilman ni?? Hukhuk.. angau pulak lah aq.. time nk final exam la aq jmpa karya termasyuh cenggini.. hukhuk

    ReplyDelete
  2. Alaaa akak keep update ok?! hahaah sy sukee gile novel-2 akak . Fuhh selalu ternanti nanti akak update. Best aa alpha ni .

    ReplyDelete
  3. waa..best!!! keep going kak anjell!!!...nak tanye..apa maksud alpha male??

    ReplyDelete
  4. Good Novel...awal2 dah buat abe gelak guling2, congrate dik Anjell...doktor genious...

    ReplyDelete
  5. kenapa applied maths????? huarghh dr, kenapa x jadi lecturer kat uitm, boleh saya jadikan supervissor...hahahha... i'm a maths student too...hahhahaha

    ReplyDelete
  6. Anjell..thank you soo mych! This is great! Akak super excited baca bab 2 ni! Tahniah Sis..bab 1 & 2 sgt2 mengujakan..akak doakan terus ada banyak idea utk Cerita alpha male ni

    ReplyDelete
  7. Td ptng bkk blog ni then bce bab1 alpha male ni..tup tup ble bkk blik da update bab2...mmg kuat sgguh jeritan batinku haaa...anywy thniah utk nvl y akn dtng n idea utk nvl alpha male..smge idea mncurh2 utk trus bkarya...

    ReplyDelete
  8. serius cuak gila kalau dah yg cari gaduh tu lecturer sndiri. wakaka.

    ReplyDelete
  9. Niceee. Keep it up anjell. Me likeeeee 👍👍

    ReplyDelete
  10. best novel ni! tapi asyik tersalah baca nama kawan dia jadi sahiba... macam mana ni? :P

    ReplyDelete
  11. Makin syok lak .....tunggu next n3...

    ReplyDelete
  12. waaaa...tak menahan rasa dah Hazel di buatkan Dr.Hilman....sesuai sangat dgn Hazel, dah nampak bibit2 panad sejuk lps ni....nakkkk lagiii...cepatlah jadikan novel ni...nakkkk beliiii weiii💋

    ReplyDelete
  13. Bestt gilaaaaa!!!!!xsabar nak baca novel seterusnya😀😀😀akak anjell terbaikkkkkk😍😍

    ReplyDelete
  14. Heaven tak tau nk ckp ape....

    ReplyDelete
  15. hahahaha saudari ckebung cikebong ye....kelakar2...

    ReplyDelete
  16. Wahhh , da lama ternanti2 en3 ne , bestttt sgt .. kak anjell pny karya sume yg sdap jer mata mlayan , ha'ah btw alpha male tuh apa ?

    ReplyDelete
  17. lusa final exam. terjumpa karya baru kak anjell plak.. Habisla sy termasuk dunia Alpha Male ni. hehe.. update cpat2 ya? huhu.. Aja.. Aja.. Fighting!! tk sabar nk tau kat mana pulak Sabiha penah tgk Dr. Hilman tu..

    ReplyDelete
  18. I C.A.N.T S.T.O.P L.A.U.G.H.I.N.G HAHAHAHAHAHA "nak save nama apa ya" "sedari cikebong cikebong" omg hero baru ai

    ReplyDelete
  19. Anjelll...nak bab 3 pleaseee...cpt2 laa update ye 😊

    ReplyDelete
  20. x sabar tunggu bab 3..huu..anyway kak anjell,congrats.dan saya doakan akak mendapat idea yng bernas..hehe..nnti novel nie dah keluar di psaran,bagitau saya tau..hehe..konfem pegi cari punya..

    ReplyDelete
  21. tiap2 hri buka blog Anjell nk bce bab strusnyee.. 😂 jgn la dera prasaan ni.. 😂

    ReplyDelete
  22. Best sgt3...next en3 plzzzz

    ReplyDelete
  23. Almost 2 weeks dh tgu update! Terseksa jiwa dan raga..hahaha..plis..update cpt ckit T T. .x sabo dh..bergolak jiwa nih..

    ReplyDelete
  24. Best sangat..my baby dr. hilman...

    ReplyDelete
  25. alpha male? lelaki pertama? i wonder huhu... btw, nice sangat citer ni.. tak sabar nak tunggu sambungan ^,^

    ReplyDelete
  26. Kak anjell bile nk ada bab 20??

    ReplyDelete
  27. Huwaaaaa lama dah cari novel ni. Selalu takde 😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  28. Assalam kak Anjell��saya nak tanya ni,macam mana akak buat novel suamiku paling sweet,Tundukkan Playboy itu,hero seorang Cinderella dan lain lain tu jadi sebuah buku?Akak tulis dalam apa?Dalam blog ni ke?Ke akak kena jumpa dengan orang yg berkaitan dengan penerbitan novel?Tolonglah kakak..��
    ..bagitahu saya��.Saya pun teringin nak jadi macam kakak.Saya dah ada idea nak tulis apa.Harap akak boleh bagitahu saya.BTW,saya memang suka sangat novel kakak.Sangat best��

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )