Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday, 17 October 2015

Hero Seorang Cinderella (TEASER 1)


TEASER 1

Medina baling bola oren itu sekuat hati. Terkena besi dan melantun balik ke arahnya. Disambut cantik dan dilantunkan beberapa kali ke atas tanah sambil berlari. Tak pernah-pernah seumur hidupnya bermain bola keranjang. Tapi gara-gara nak hilangkan stres, terus dia capai bola yang tersimpan di dalam bilik stor itu.

Dah hampir setengah jam Medina bermain seorang diri. Tubuhnya pun habis berpeluh-peluh. Kalaulah peluh yang keluar tu adalah stres, pasti otak sekarang ni tengah tenang. Tak payah fikirkan benda yang menyakitkan hati. Semua menyakitkan hati. Abang dengan Ian, sama je! Gara-gara malas bersemuka dengan Tengku Ian, Medina rela kalau kena tidur atas gelanggang bola keranjang ni. Hati dia masih sakit.

Kepala kembali terbayang peristiwa yang baru terjadi tadi. Kenapa dalam banyak-banyak perempuan yang rupa perempuan, Puteri jugak yang abang pilih? Medina pejam mata. Teringat semua layanan Datin Mawar dan Puteri dulu. Hati kembali berdendam.

Tapi.. tadi salah sendiri juga. Medina sendiri tak tahu kenapa dia boleh hilang kawalan tadi. Selama ini, rapi tersimpan apa yang dirasainya. Semuanya dipendam saja. Tak sangka hari ni, dia boleh buat macam tu. Patutlah semua orang marah dengan dia juga.

Arghh.. Shit! Medina baling laju-laju bola ke keranjang. Terkena papan di belakangnya. Bola kembali melantun tapi Medina biarkan saja. Dah penat. Medina terduduk. Biarkan bola bergolek sehinggalah berhenti di depan kaki seseorang.

Medina angkat kepala. Farizzam. Lelaki itu tunduk mengambil bola oren di kakinya sebelum berjalan ke arah Medina. Duduk sebelah Medina. Senyap.

“Dah habis dating ke? Dah hantar Puteri kesayangan balik dah?” Sindir sedas.

Farizzam cuma telan kata-kata Medina itu.

“Abang mintak maaf. Dee janganlah marah abang lagi,” kata Farizzam.

Medina terdiam. Tak lalu dah nak marah.

“Terserah la apa abang nak cakap. Dee malas nak campur urusan hidup abang. Perasaan Dee mana pernah ada orang ambik kira sepanjang dua puluh tiga tahun Dee hidup ni.” Mandatar suara Medina. Tawar hati.

“Janganlah cakap macam tu. Dee adik abang. Abang sayangkan Dee sangat-sangat,” luah Farizzam. Medina diam.

“Malas nak percaya. Depan Dee cakap lain. Depan orang tu cakap lain.”

“Dee.. abang sayang Dee. Abang janji abang takkan jumpa Puteri lagi kalau Dee tak suka.” Farizzam bersungguh-sungguh berjanji.

Medina diam lagi. Bukan nak jadi penghalang kisah cinta abangnya. Tapi, Puteri tak layak untuk abangnya. Abangnya baik. Puteri tu macam.. arghh.. malas dia nak cerita! Mesti ada sebab kenapa dia benci Puteri. Sebabnya dah terang lagi bersuluh.

“Betul ke?” Medina tak percaya.

“Ya.. demi adik kesayangan abang. Abang takkan jumpa lagi dengan Puteri. Lagipun, kami bukannya ada apa-apa. Maafkan abang?”

Diam.

“Dee.. kalau ibu tahu kita gaduh, mesti ibu sedih.”

Bila bangkitkan pasal ibu, Medina jadi lembut hati.

“Ibu lagi sedih kalau dia tahu abang ada hubungan dengan anak si Mawar tu,” bidas Medina balik. Farizzam pula terdiam.

“Dee bukan apa, abang. Dee rasa macam-macam dah, abang. Dua puluh tiga tahun, abang. Lama tu. Hati Dee dah penat nak sakit dah, abang,” luah Medina. Sebak.

“Dee cuma ada papa masa tu. Papa je alasan Dee bertahan dengan semua tu, abang. Secara halus mereka buat papa bencikan Dee. Dee dah hilang papa. Dee taknak hilang abang pulak.” Medina mula menangis. Itulah yang paling ditakutkan.

“Dee adik abang. Abang janji adik takkan hilang abang. Abang bukan macam papa, Dee.” Farizzam memujuk. Kepala adiknya itu ditarik supaya bersandar pada bahunya.

“Dah.. jangan nangis lagi. Buruklah.”

“Dee sayang abang.”

“Abang pun sangat-sangat sayang Dee. Dan Dee.. jangan cakap macam tadi lagi…”

Cakap apa? Medina tertanya-tanya.

“Jangan pernah lagi cakap yang Dee taknak jadi adik abang. Abang sedih tahu? Baru empat bulan abang dapat adik abang, tapi sampai hati Dee dah taknak jadi adik abang lagi.”

Medina ketawa.

Sorry.. Dee janji Dee tak cakap lagi. Dee minta maaf sebab dah biadab dengan abang hari ni.” Medina pula minta maaf.

“Jangan buat lagi. Tak pasal-pasal semua orang ingat abang curang tadi.”

Sekali lagi Medina ketawa. Farizzam turut senyum melihat adiknya yang ketawa itu. Kepala Medina yang bersandar pada bahunya digosok-gosok sayang. Apa-apa saja demi Medina, dia sanggup.

     --------- 

“Abang, makan.” Itu pagi.

“Abang, makan.” Itu malam.

Abang, makan. Abang, makan. Abang, makan. Itulah dialog rasmi Medina tiap-tiap hari padanya. Boleh stres Tengku Ian dibuatnya melihat Medina. Medina bagaikan sengaja nak mendera perasaannya.

“Apa yang tak kena dengan Dee ni? Marahkan abang?”

“Takde apa-apa. Dee okey. Dee sediakan makan, Dee siapkan pakaian abang, Dee kemas rumah. Tidur pun sekatil dengan abang. Apa yang tak kena? Semua arahan abang pun Dee patuh.” Itu jawapannya.

Lagi Tengku Ian sakit kepala. Tak dapat dinafikan semua tu. Medina tak pernah membantah arahannya. Memang semuanya Medina yang buat. Tapi tak ubah macam robot. Tak berperasaan, tak bercakap. Fungsi mulut hanya untuk menjawab bila ditanya. Dah rasa macam Medina orang gaji dia pun ada.

Ini semua si Zam punya pasal. Dia yang buat masalah, tapi tak pasal-pasal aku yang jadi mangsa. Lagi geram bila tengok hubungan Medina dan Farizzam dah kembali seperti dulu. Malah lebih mesra. Bukan nak dengki atau cemburu, tapi dia geram memikirkan hubungannya dengan Medina yang kian dingin. Kalau Medina dah maafkan Farizzam, kenapa bukan dia?

Medina ni pulak, bukan main merajuk. Muka selamba, tapi gejolak hati tak siapa yang tahu. Tak dapat diteka. Makan dalam sungguh kesannya. Yang menderita jiwa, dia. Sumpah dia takkan buat Medina merajuk lagi dengannya. Sepanjang empat bulan perkahwinan mereka, inilah kali pertama mereka bergaduh.

Serius.. dia kena lakukan sesuatu.

   ------------------

“Dee.. basuh kereta abang.”

Hah? Medina ternganga.

“Dee?” Medina tunjuk pada diri sendiri.

“Ya.. Dee la. Basuh Jaguar abang, boleh kan? Dee patuh semua arahan abang, kan?”

Medina rasa Tengku Ian macam sengaja nak cari pasal dengan dia. Pulangkan paku buah keras nampak? Nak uji dia ke?

“Okey.” Medina patuh. Let’s play the game too!

“Basuh biar berkilat. Jangan calarkan babynda abang pulak.” Sempat Medina mendengar pesanan Tengku Ian.

Babynda dia? Amboi… nak berbaby-baby dengan kereta pulak!

Medina sediakan baldi, sabun dan segala jenis benda yang nak digunakan untuk membasuh kereta. Seumur hidup, tak pernah dia basuh kereta sendiri. Separuh ikhlas, tapi dia malas nak marah. Dia tahu Tengku Ian tengah mencari modal untuk bergaduh dengannya.

Getah paip dihalakan ke arah kereta Tengku Ian. Nak mandikan babynda kesayangan suaminya itu. Kain yang digunakan untuk membasuh kereta itu dicelupkan ke dalam baldi yang berisi air sabun itu. Mula mengelap bahagian depan kereta Tengku Ian.

“Basuh kereta dia? Tak pernah dibuat orang suruh bini basuh kereta. Dia yang sado, aku yang kecik ni juga yang disuruhnya. Dia ingat aku ni apa? Carwash bergerak ke?” bebel Medina geram. Disental-sental kereta Tengku Ian itu sekuat hati.

Kemudian teringat pesanan Tengku Ian supaya tak calarkan kereta kesayangannya itu. Medina berhenti. Huh.. ikutkan hati, nak je aku garu-garu Jaguar dia itu dengan berus besi. Biar berseni sikit. Nasib baiklah dia suruh basuh Jaguar je, kalau sekali dengan Hummer dia, dengan Hummer-Hummer sekali aku sental!

“Tak ikut karang, cakap aku menderhaka. Ikut pulak, nampak sangat tak ikhlasnya.” Haa.. baguslah kau, Medina. Merungut lagi.. merungut.. biar terbang semua pahala kau tu!

“Dia tak tahu ke aku ni tengah marah dengan dia? Lagi nak cari pasal!” Medina tak habis-habis membebel. Geram dengan Tengku Ian.

“Haa.. mengaku pun tengah marahkan abang!” Sergahan Tengku Ian itu buatkan kain di tangan Medina tu hampir melambung. Medina berpusing ke belakangnya. Nampak Tengku Ian tengah tersenyum sambil memerhatikannya.

Masam muka Medina. Sambung gosok kereta Tengku Ian dengan air sabun. Pedulikan kewujudan Tengku Ian. Asal aku membebel je, mesti dia dengar. Medina merungut dalam hati.

Tengku Ian mendekati Medina yang bersungguh-sungguh mencuci keretanya itu. Sedari tadi selesa memerhati. Suka melihat muka tak puas hati isterinya bila dia arahkan sesuatu yang tak patut. Dia nak dengar Medina marahkannya. Sekurang-kurangnya dia punya alasan untuk memujuk isterinya.

“Cakap dengan abang. Dee marahkan abang sejak hari tu lagi, kan?” soal Tengku Ian. Sebelah tangan diletakkan di atas bumbung keretanya. Sengaja menghalang Medina yang sedang menggosok-gosok tingkap keretanya.

Bila Tengku Ian berdiri di depannya, Medina terus pusing membelakangkan suaminya itu. Ubah tempat untuk mencuci bahagian kereta Tengku Ian. Namun bila sebelah lagi tangan Tengku Ian diletakkan di depannya, Medina naik angin. Kacau la! Ada jugak aku berus kereta ni dengan muka orang!

Medina memusingkan tubuhnya. Nak marah. Tapi bila hidungnya berlaga dengan hidung Tengku Ian, Medina terkaku. Automatik kaki mengundur ke belakang sehingga badannya terlanggar pintu kereta bahagian pemandu itu. Baru perasan dia terperangkap di antara Tengku Ian dan keretanya.

Tengku Ian kembali mendekatkan jarak mereka. Sangat dekat sehinggakan Medina dapat rasakan nafas hangat Tengku Ian pada wajahnya. Telan liur.

“Dee sekarang ni isteri abang atau tukang cuci kereta?” soal Tengku Ian.

Medina diam. Isteri yang dipaksa menjadi tukang cuci kereta? Nak mati kalau jawab macam tu?

“Abang tahu Dee marah kat abang. I’m sorry. Okey?” Tangan Tengku Ian selit anak-anak rambut Medina yang terlepas daripada ikatan ekor kudanya itu ke celah telinga.

Sorry.. sorry.. jugak. Tapi, tangan jangan bergerak, boleh tak? Medina diam lagi.

Again, I’m sorry. I told you to not hurt yourself. Yet, I hurt you. I’m sorry.” Tengku Ian betul-betul rasa bersalah.

Diam lagi. Terharu Medina dengan ayat itu.

“Apa yang boleh abang buat untuk kembalikan senyuman isteri abang ni?” Soalan rasmi Tengku Ian bila melihat dia masam muka. Medina tiba-tiba rasa bersalah. Pipi Medina diusap lembut.

“Dee yang sepatutnya minta maaf. Dee yang salah,” kata Medina lagi. Rasa malu dengan diri sendiri. Salah sendiri, kenapa Tengku Ian yang kena minta maaf? Hari tu, Ian bukan sengaja. Semuanya sebab kau. Kau egolah, Medina.

“Kiranya Dee dah maafkan abang?”

Lambat-lambat Medina angguk. Bersikap matang, Medina. Tolong.. demi rumah tangga kau!

“Tapi..”

“Tapi apa?” Cepat Tengku Ian bertanya. Risau dia kalau Medina minta sesuatu yang dia tak boleh tunaikan.

“Tapi Dee penat la basuh kereta abang ni sorang-sorang,” rengek Medina manja.

Tengku Ian ketawa. Lega. Ingat apa la tadi. Dipandangnya Jaguarnya yang dah dibasuh separuh jalan. Nak tak nak, kena sudahkan juga. Medina turut senyum.

“Okey.. abang tolong. Kita basuh sama-sama. Tapi..”

“Tapi apa?” Medina bertanya. Setiap perkataan tapi yang keluar, yang mendengar mesti susah hati.

Tengku Ian senyum nakal. Tangan menyapu buih sabun yang berada di  bahagian cermin keretanya itu tanpa pengetahuan Medina.

“Tapi abang nak buat ni dulu.” Terus buih sabun itu disapu pada hidung Medina.

“Abang!” Nak marah, nak gelak, semua ada. Akhirnya Medina ketawa.

Oo.. ingat dia nak duduk diam ke? Medina capai getah paip lalu dihalakan ke arah Tengku Ian. Tengku Ian lari, dia kejar. Bila Tengku Ian dapat getah paip itu, dia pula yang lari. Akhirnya kedua-duanya basah bermandikan air sabun. Mereka sama-sama ketawa.

26 comments:

  1. Amboiiii dah kawin laaa hihihi
    Best best

    ReplyDelete
  2. Hiiiii..sgt2 sgt2 BEST..TEEUBAT RINDU..akak doakan Anjell terus dikurniaksn Ilham untuk menamatkan cerita HSC ni..tahniah anjell kerana karya2 yg sgt HEBAT

    ReplyDelete
  3. Wah!!best ye..akhirnya dorg kawin..x sbr nak tunggu..anjell tq so much..kepidap ke..n don give up..all the best..

    ReplyDelete
  4. Dah kawennn...alololo...sweetnyaaaa....

    ReplyDelete
  5. So sweets.....cepat2 lah citer ni dibukukan....

    ReplyDelete
  6. so sweet.....tak sabar tunggu HSC publish ..thumbs up anjell


    ReplyDelete
  7. Wow..best sesangat...x sabr nk tggu novel ni publish

    ReplyDelete
  8. Bestttt sangatttttt....x sabar nk tunggu publishh...akanku beli Novell inii..huhuu...gudluckkkkkkk Kak anjell

    ReplyDelete
  9. Bestnya x sabar nk peluk versi cetak

    ReplyDelete
  10. Mengaharap lepas spm novel ni dh keluar hahaha so excitedddd

    ReplyDelete
  11. Mengaharap lepas spm novel ni dh keluar hahaha so excitedddd

    ReplyDelete
  12. So sweet. X sabar nak tunggu novel keluar.

    ReplyDelete
  13. Wah..dh kawen..sweet n best..

    ReplyDelete
  14. wah best dah kahwin ian and medina. lah... mana sambungan nyer... bila ada teaser 2? TQ Anjell

    ReplyDelete
  15. seriously, keluar nanti kena bgtau! xD

    ReplyDelete
  16. bila nak siap???? tak sabar nak beli.. alpha male pun jgn lambat sgt tak sabar niii....

    ReplyDelete
  17. Sedap novel bila nk kluar
    😍😍

    ReplyDelete
  18. Sedap novel bila nk kluar
    😍😍

    ReplyDelete
  19. Asalamualaikum. best! but please...jgn bagi Farizam dgn Putri

    ReplyDelete
  20. Wah..best sgt2.. sya mmg peminat anjell... semoga novel ni publish tahun ini atau hadapan...Amin..

    ReplyDelete
  21. Huhu..best nya...bila nak publish ni..xsabar nk tnggu..

    ReplyDelete
  22. bestnye akk tp bile novel ni nk kluar ye???x sabo nk bli..nnti akk update kt blog tau klau dh kluar

    ReplyDelete
  23. Best sangat2. Saya memang minat Anjell. Da 3 koleksi novel Anjell saya ada. Huhi.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )