Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Wednesday, 4 November 2015

Dr. Alpha Male (BAB 4)


BAB 4

Aku terjaga dari lenaku. Terus tangan mencapai telefon pintarku. Orang kata, perangai anak dara zaman sekarang ni, buka mata terus cari telefon. Haa.. memang betullah tu! Tapi.. aku cari telefon sebab aku nak tengok dah pukul berapa sekarang ni. 

Bulat mataku bila nampak angka 3.59 dah bertukar menjadi 4.00. Dah pukul empat petang. Aku tak solat zohor lagi!

Terus aku lompat turun dari katil. Cis! Macam mana aku boleh terlajak tidur ni? Alarm aku pun merdu sangat sampai-sampai tak dengar. Macam manalah aku boleh jadi sleeping beauty hari ni? Mentang-mentang dah jumpa katil kesayangan kat rumah keluarga aku ni, bukan main saka dia taknak bagi aku bangun.

Aku terus ambil wuduk. Tak guna sumpah-seranah dalam kepala kalau bila-bila masa je azan asar akan berkumandang nanti. Baik aku cepat-cepat solat sebelum terlambat.

Lepas solat, baru tenang rasa hati. Telekong putih dilipat cantik sebelum disangkutkan pada hanger. Kemudian bergayut dengan Encik Tunang kesayangan dulu untuk setengah jam. Lama dah tak jumpa dia. Dia sibuk, aku pun sibuk. Jadi hanya telefon yang jadi medium perhubungan antara kami.

Lepas habis bergayut, aku cuma baring di atas katil sambil pandang siling. Bosan terkurung di dalam bilik, akhirnya aku keluar. Sunyi. Dah biasa suasana macam ni kalau semua orang keluar. Lagipun rumah aku ni cuma ada umi, walid dan adik lelaki aku.

Aku pandang ke luar tingkap. Takdelah cantik sangat permandangannya, tapi okey la. Cantik tak cantik, aku tetap suka. Seronoknya dah dapat balik rumah. Biasanya tiap-tiap minggu aku akan balik kampung sebab jarak rumah aku dengan kampus cuma sejam lebih. Tapi kali ni dah dua minggu aku tak balik rumah sebab sibuk punya pasal. Tidur pun tak berapa cukup, sebab tu la boleh terbabas sampai pukul empat tadi.

Meoww..” Nasib baik tak terjun tingkap aku gara-gara terkejut.

Meoww tu kucingkan? Tapi.. sejak bila rumah ni ada kucing? Aku pusing belakang. Nampak adik aku, Azfahsya aka Pasha, tapi aku biasa panggil adik atau Laling. dia tengah belai kucing putih. Bila masa adik aku ada kat situ pun aku tak tahu.

“Comelnya!” jeritku geram. Sebab kucing tu sumpah comel. Aku memang suka kucing. Nak-nak lagi kucing comel macam tu.

“Dik.. mana kau rembat kucing ni?” Aku tanya adikku. Tak sampai tiga saat, aku dah duduk di sebelah dia. Aku gosok-gosok bulu gebu kucing putih itu. Tenggelam tangan aku dalam bulu lebatnya. Geramnya aku tengok!

“Adalah.” Cuma itu jawapannya.

“Cakaplah. Curi ke apa?” soalku lagi.

“Bukan curi. Aku babysit kucing ni.”

Aku gelak. Pertama kali aku dengar orang jadi babysitter kucing. Aku memang tahu loyar buruk adik aku ni cuma satu level bawah aku.

“Cakaplah betul-betul!” Haa.. kan dah naik suara aku ni. Dah lama tak bergaduh dengan adik aku ni.

Aku ambil kucing besar tu daripada Pasha. Geram aku nak cium, buat peluk malam ni. Bulu lebat putih bersih macam salji. Nampak sangat terjaganya. Berekor panjang dan berbulu kembang. Sentuh pun sangat lembut. Ni kalau berus mekap hilang, ekor kucing ni memang terbaik jadi pengganti.

Di leher kucing itu ada satu tali merah dan loceng. Menunjukkan dia bertuan. Kalau kucing cantik macam ni, semua orang tahu mesti bertuan punya. Kalau keluar rumah pulak, sah hilang tak sampai setengah jam. Menjadi sasaran penculik-penculik tegar kucing. Entah-entah adik aku ni salah sorang daripadanya. Bukan boleh percaya sangat adik aku ni.

“Betullah. Ni kucing Mak Cik Lyn. Kucing kesayangan dia.” jawab adikku. Oo.,, Mak Cik Lyn punya kucing rupanya. Mak Cik Lyn tu jiran aku. Rumah sebelah je.

“Habis tu macam mana ada dekat kau? Kata kesayangan.” Aku dah mula syak. Bukannya adik aku tak pernah buat jenayah macam ni. Culik kucing orang. Sampai menangis-nangis tuan kucing cari kucing dia. Tapi masa tu adik aku umur enam tahun. Hingus pun tak kering lagi. Sekarang ni dah besar, takkanlah nak buat macam tu?

“Anak dia balik. Anak dia tak suka kucing. Sebab tu dia suruh aku jaga kucing ni untuk hujung minggu ni,” cerita Pasha lagi.

“Nana ke?” soalku.

Pasha geleng kepala.

“Anak dia yang lain.”

Oo.. aku tak tahu pulak Nana ada adik-beradik yang lain. Kiranya Mak Cik Lyn kena pilih antara anak dia dengan kucing la ni? Gila kelakar! Tak matang sungguh anak Mak Cik Lyn tu. Apa alergik sangat ke dengan kucing sampai-sampai kucing tak bersalah ni kena halau? Kut ya pun tak suka kucing, tak payah la dekat-dekat dengan kucing tu. Bukannya dia duduk dalam kandang kucing.

Aneh-aneh manusia zaman sekarang ni. Aku pandang kucing di atas ribaku itu. Bulat mata biru kucing tu pandang aku. Comel-comel pun orang tak suka. Kesian kau wahai…

“Nama kucing ni apa?”

“Baby.”

Aku gelak.

“Baby apa kebendanya besar macam ni?”

Baby besar.. Kenapalah tiba-tiba aku teringat kat seseorang? Tanpa sedar, aku tersenyum. Kelakar. Haha.

Adik aku cuma angkat bahu. Dah tuan dia bagi nama macam tu, nak buat macam mana?

“Mana umi?” tanyaku lagi.

“Kat mana lagi? Kat rumah kembar siam dia la.”

Aku gelak lagi. Kembar siam umi aku siapa lagi kalau bukan tuan si Baby ni. Mak Cik Lyn baru pindah ke kampung ni. Baru tak baru, adalah jugak nak dekat dua tahun dah. Kira baru la kan sebab dia bukan orang asal kampung ni. Rumah dia cuma sebelah rumah aku. Sebab tu umi rapat dengan dia. Selalu pergi masjid sama-sama. Buat apa-apa pun sama-sama. Dah kira macam besfriend la sebab dia dengan umi memang sekepala.

Aku pun suka Mak Cik Lyn sebab dia memang baik, kelakar dan sporting orangnya. Orangnya sangat cantik. Kalau tengok dia, mesti orang akan cakap dia muda lima belas tahun daripada usia sebenar dia.

“Walid?”

“Entah. Sebelum kau tanya lagi, Abang Qif dekat rumah dia, Mak Cik Lyn dengan umi, ketua kampung aku rasa tengah tengok Spongebob Squarepants, Tok Imam baru balik masjid agaknya, Tok Bilal pulak tengah minum kat kedai kopi kut.”

Aku ketawa lagi. Macam tak biasa pulak jadi meja pertanyaan aku.

“Ala.. janganlah marah, laling.”

“Kak.. jaga Baby ni tau. Aku nak bagi noble squad makan.” Pasha berkata lagi sebelum dia bangun.

Kejadah apa pulak noble squad tu? Kalau nak tahu, noble squad tu ikan-ikan kesayangan adik aku. Ikan-ikan dia ada enam ekor. Helium, Neon, Argon, Krypton, Xenon, Radon. Haa.. jangan main-main dengan nama-nama ikan adik aku.

Pelik ke nama-nama tu? Tak pelik sangat kalau si Pasha ni tuannya. Pasha memang suka binatang. Suka yang tersangat suka. Lepas habis SPM nanti katanya nak jadi doktor haiwan. Jadi tak peliklah  kalau ikan-ikan dia nama macam tu.

Rumah aku ni dah macam zoo dah aku rasa dengan binatang-binatang peliharaan dia. Sugar glider dia nama Mitochondria. Kura-kura dia nama, Archimedes. Hamster-hamster dia nama Humerus dan Femur. Ni si Baby ni, nasib baik kucing orang. Kalau kucing ni kucing dia, aku rasa dah jadi Rubidium dah nama dia. Haha.

Itulah adik aku.

   ------------

Laling..” Lebar dia sengih depan muka pintu bilik aku.

Aku dah tahu dah. Kalau dah berlaling-laling dengan aku tu, ada la tu benda yang dia nak.

“Apa benda?”

“Akak laling.. nak duit.” Sengih makin melebar ke hujung telinga. Semua gigi dia yang tersusun cantik dapat dilihat.

“Kau ni.. pagi-pagi lagi mintak duit. Ingat aku ni apa? Anak sedara gabenor bank ke apa?” Aku membebel. Si Pasha ni memang perosak hujung minggu aku. Baru je nak tidur puas-puas.

“Ala.. kak! Cepat la. Nak duit.” Si Pasha buat tak dengar dengan bebelanku. Sebab dia tahu, membebel-membebel pun, aku mesti bagi duit kat dia. Hai.. pemurah betul aku ni. Nasib baiklah aku sayang adik aku ni.

“Kau nak buat apa? Nak beli rokok eh?” Sengaja menuduh. Adik aku tak pernah sentuh rokok. Saja nak menguji. Sebab remaja zaman sekarang ni mudah terpengaruh dengan kawan-kawan.

Haish.. tak baik pagi-pagi fitnah aku, laling. Tak pernah aku sentuh benda tu, tahu? Takkanlah aku sampai hati nak hitamkan dan membunuh alveoli aku?” Dia bersuara tegas. Yaa.. that’s my laling boy!

Aku capai dompetku. Sebab dia mengaku dia tak sanggup jadi pembunuh sel-sel paru-paru dia, mood aku baik hari ni. Dua not berwarna kuning dikeluarkan dan diberikan kepadanya. Adik aku ni, makin banyak duit dia nak dengan aku, makin lebar dia sengih.

“Bankrup aku kalau duduk dengan kau kat rumah ni,” bebelku lagi.

Pasha sengih makin lebar.

Thank you, akak. I love you. Nanti balik, aku belanja kau Magnum. Okey?” jawabnya dengan senyuman lebar.

Ya la tu! Belanja aku dengan duit aku. Aku jeling jam di telefon. Pukul lapan pagi. Pagi-pagi dah keluar budak bertuah tu. Kalau tengok pakaian dia tadi, macam nak keluar ke bandar. Lepak dengan kawan-kawan dia la tu. Dia claim duit dengan umi, dengan walid, lepas tu dengan aku. Kalau abang aku ada, mesti dia pun kena. Aku geleng-geleng kepala dengan perangai adik bongsu aku tu.

“Akak.. jangan bagi Baby keluar rumah.” Sempat dia tinggalkan pesan sebelum keluar.

Lepas Pasha keluar, lambat-lambat aku bangun. Mandi, lepas tu pergi ke dapur. Umi baru lepas goreng bihun. Ada beberapa kuih karipap pusing yang ada di dalam pinggan. Karipap pusing buatan umi aku memang legend. Sekali makan, mesti nak kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Lepas tengok makanan yang terhidang, makin lapar perut aku. Cuma ada umi dan aku di dalam rumah ni. Awal-awal lagi walid dah keluar. Ada kerja apa entah dekat sekolah. Walid aku ni pengetua sekolah.

Mata melihat ke arah satu tupperware bersaiz sederhana berwarna biru. Sempat aku nampak beberapa biji karipap pusing di dalamnya sebelum umi aku tutup dengan penutupnya.

“Nak bagi siapa, umi?” soalku.

Umi aku senyum dulu.

“Bagi Lyn. Umi nak pulangkan tupperware dia ni.”

Aku cuma diam. Adat berjiran. Bagi barang, mesti berbalas-balas. Agak tak sopan kalau bagi bekas kosong.

“Nanti lepas makan, Kakak tolong umi bagi dekat Lyn ya?” pinta umiku.

Aku dah agak dah. Mesti aku punya yang kena jadi budak penghantar kalau Pasha takde.

“Okey.”

   --------------

Pagi-pagi dah kena exercise. Aku berjalan ke rumah Mak Cik Lyn. Rumah Mak Cik Lyn ni, kata je sebelah rumah aku. Tapi kalau berjalan, nak dekat tiga minit jugak. Bila sampai di perkarangan rumah Mak Cik Lyn, sempat mata memerhati. Ada kereta Honda City Mak Cik Lyn. Dan ada satu kereta Audi A8.

Perghh.. Audi kut! Kereta anak Mak Cik Lyn ke? Boleh tahan kaya. Aku tak pernah kenal dengan anak-anak Mak Cik Lyn selain Nana. Nana sebaya dengan Pasha. Tapi dia bersekolah asrama penuh di Johor. Aku ingat Nana anak tunggal. Aku tak tahu pulak Nana ada adik-beradik yang lain sebab aku memang tak berapa rapat dengan dia. Maklumlah.. jarang-jarang jumpa.

Gila gempak anak Mak Cik Lyn ni! Pakai Audi kut! Mesti bukan calang-calang orang. Sempat aku belek-belek kereta Audi hitam berkilat tu. Dah jauh tersimpang niat aku datang rumah Mak Cik Lyn ni!

Hoi, Hazel! Dah-dah la tu. Aku ingatkan diri sendiri. Buat malu je kalau tuan kereta ni tengok aku. Mahu dia ingat aku ni nak merompak kereta mahal dia ni. Akhirnya aku berjalan ke arah pintu rumah Mak Cik Lyn. Tertutup rapat. Ada orang ke tak ni?

“Assalamualaikum.” Salam diberi. Senyap.

“Assalamualaikum.” Aku kuatkan suara. Tiada jawapan.

Kali ketiga, aku naikkan lagi oktaf suaraku bersertakan dengan ketukan pintu. Kalau takde jugak, memang aku balik la. Sunyi. Tangan pun nak lenguh ketuk pintu rumah orang ni.

Takde orang ke? Tapi kereta Mak Cik Lyn ada. Patut ke aku pergi ketuk pintu dapur? Manalah tahu Mak Cik Lyn duduk kat dapur dan tak dengan suara aku. Maklumlah, rumah banglo Mak Cik Lyn ni boleh tahan besar.

Aku pusing belakang. Baru je nak bukak langkah, aku dengar selak pintu dibuka. Aku pusing balik. Tak sampai sesaat, pintu kayu besar tu terkuak luas. Terpacak penghuni rumah di depan pintu rumah.

Reaksi pertama aku? Pap! Jatuh tupperware biru itu. Hilang fungsi tangan aku sekejap. Ternganga sesaat. Tak percaya bila melihat siapa di depan mata. Dr. Hilman!

Dari atas sampai bawah aku menganalisa dia. Muka jelas-jelas baru lepas bangun tidur. Rambut pun berserabai. Hilang gaya faux-hawk yang selalu digayakannya. Tak berbaju mendedahkan segala otot tubuhnya.

Mata kembali naik ke atas. Dia pun nampak terkejut bila tiba-tiba aku muncul di depan dia. Bila berlaga dengan matanya, otak baru macam lepas dapat data. Terus aku menjerit sebelum tutup mata dengan tangan. Enggan melihat dia.

Amboi, aku Hazel.. lepas habis tengok semua baru nak tutup mata! Tak pasal-pasal mata aku sarapan dengan six pack dia. Astaghfirullahalazim! Astaghfirullahalazim! Banyak-banyak aku beristighfar dalam hati.

“Tak malu ke pakai macam tu depan orang?” Tak pasal-pasal aku marah dia. Cepat-cepat capai balik tupperware Mak Cik Lyn. Nasib baik tak jahanam tupperware orang ni. Mintak-mintaklah karipap pusing dalam Tupperware ni masih selamat.

Excuse me?” Garau suara pagi dia. Seksi.

Arggh.. gila kau, Hazel!

Walaupun aku tak nampak dia, firasat aku kuat mengatakan yang dia tengah tengok aku dengan kening terangkat sebelah dan pandangan mata pedang dia tu. Macam nak cakap, ‘siapa datang rumah siapa sekarang ni?’

Aku berlagak tenang. Mengatur balik debaran jantung supaya menjadi normal. Mana tak normal jantung aku ni kalau tiba-tiba tengok lelaki separuh bogel depan aku? Separuh bogel ke? Ni bukan separuh bogel. Ni namanya tiga suku bogel kalau dah cuma berboxer Calvin Klein macam tu. Tengok.. jenama boxer dia pun aku sempat nampak. Astaghfirullahalazim!

“Dr. dah rosakkan pandangan saya. Tak boleh ke pakai sopan sikit?” marahku lagi. Tak peduli dengan pandangan dia. Bukannya aku nampak pun.

“Apa yang kecoh sangat? Bukannya bogel pun,” jawabnya.

Sebab tak bogel la aku cakap macam tu. Kalau bogel, aku dah tak bercakap. Memang pengsan terus aku rasa! Mesti dia dah biasa jemput tetamu macam ni. Aku lupa dia ni baru balik luar negara. Paling kurang, hampir sembilan tahun dia di luar negara. Sedikit sebanyak, mesti dah terpengaruh dengan budaya sana.

“Memanglah tak bogel. Tapi.. tak tahu ke aurat lelaki tu dari pusat hingga ke lutut?”

So?” Bersahaja suara dia. Annoying nya aku rasa!

So.. saya cuma nak Dr. tahu, kat tengah-tengah perut tu namanya gigi!” Aku tak dapat tahan mulut aku dari membidas. Memang dah termaktub dalam gene aku ni, aku tak boleh jawab soalan macam tu tanpa menyinis sedas.

“Ni la perangai lelaki. Bila perempuan tak tutup aurat, bising. Tapi diri sendiri tak sedar batas aurat kat mana.” Haa.. kan aku dah bukak kuliah perdana. Masa ni, sumpah aku tak ingat yang dia pensyarah aku.

Dia diam. Agak lama.

“Awak dah boleh pusing. Saya dah menutup aurat saya depan awak. Dah tak nampak dah gigi kat tengah-tengah perut saya ni. Seluar pun dah bawah lutut.” Dia pun mula menyindir.

Lambat-lambat aku pusing. Sindir-sindir dia pun, nasib baik betul. Dia dah berbaju t-shirt putih dan berseluar pendek separas bawah lutut. Bila masa dia berlalu?

Awkward… Tangan pun mula pusing-pusing hujung tudung. Tabiat aku bila aku tak selesa.

“Nak apa?” Dia memecahkan kecanggungan antara kami.

Amboi, biadapnya!

“Macam mana Dr. boleh ada kat sini?” Soalan lain pulak aku tanya. Masih tak percaya yang Dr. Hilman tengah berdiri di depanku sekarang ni. Seminggu aku tenang tanpa dia. Tengok-tengok hujung minggu ni aku jumpa dia dalam rumah jiran aku. Tiap-tiap minggu memang aku kena menghadap dia ke?

“Hai.. balik rumah mak sendiri pun tak boleh ke?” Sindir!

Jadi, betullah dia anak Mak Cik Lyn. Tapi, bukan Dr. Hilman ni anak Dato’ ke? Setahu aku, suami Mak Cik Lyn cuma orang biasa. Baru lepas meninggal dunia sebelum dia pindah kat sini. Katanya sini kampung halaman arwah suaminya.

Huh.. bukan urusan kau, Hazel! Aku berdehem. Kembali ke dunia nyata. Dr. Hilman baru lepas tiga suku bogel depan mata aku. Dr. Hilman anak Mak Cik Lyn. Dr. Hilman jiran aku. Kalau cerita kat Sabiha ni, mesti menjerit minah tu. Kebetulan yang sangat gila aku rasa.

Err.. sorry. Saya tak tahu Dr. anak Mak Cik Lyn.” Aku minta maaf. Baru rasa bersalah. Aku yang datang rumah dia, tapi aku pulak marah-marah dia. Mesti dia cakap aku gila.

It’s okay. Saya pun tak tahu kita berjiran. Rumah awak kat mana?” Siasatan sudah bermula!

Macam-macam jawapan ada dalam kepala. Tapi sayangnya aku kena bagi jawapan jujur.

“Sebelah rumah Mak Cik Lyn je. Yang atap warna biru tu.” Separuh hati aku menjawab. Sekarang ni, dia dah tahu rumah aku. Lepas ni aku kena berlagak skema dalam kelas dia. Salah sikit, mengalahkan pos laju maklumat sampai kat umi dan walid aku.

“Err.. Mak Cik Lyn mana?” soalku pula.

Mummy kurang sihat. Ada dalam bilik dia. Ada apa nak jumpa mummy?” tanyanya pula.

“Oo.. Hmm.. ni.. umi saya suruh bagi karipap ni dekat Mak Cik Lyn,” jelasku sambil menghulurkan bekas itu kepadanya. Canggung masih terasa. Kali pertama aku jumpa Dr. Hilman di luar kawasan kampus. Selain kali pertama pertemuan kami yang tak berapa nak baik sangat dulu.

Dia tenung bekas Tupperware di tanganku dulu sebelum mengambilnya.

“Cakap kat umi awak, terima kasih.” Terima kasih untuk umi aku ya, bukan untuk aku.

“Umi saya mesti cakap, sama-sama,” jawabku. Sempat aku tangkap mulut dia yang tersenyum. Tapi tak sampai sesaat, dah hilang. Ilusi aku je ke?

“Kirim salam dekat Mak Cik Lyn. Semoga dia cepat sembuh,” kataku pula. Berbasa-basi dulu sebelum jalankan misi cabut dari rumah dia ni.

Tak sabar-sabar aku nak angkat kaki. Tak manis pulak rasanya duduk berdua-duaan depan rumah dia ni. Mintak-mintak la takde orang dengar aku jerit tadi. Mintak-mintak la takde orang jadi saksi dia yang selamba tayang tubuh depan aku tadi.

“Okey.”

Hmm.. saya balik dulu. Assalamualaikum.” Terus aku pusing belakang.

“Waalaikumussalam.” Sempat aku dengar dia jawab salam aku sebelum aku melangkah pergi.

Sekarang ni aku dah tak sabar-sabar nak cari telefon aku, lepas tu telefon Sabiha dan cerita kat Sabiha yang Dr. Alpha Male dia tu dah selamat jadi jiran aku. Mesti histeria budak tu.

48 comments:

  1. Novel ni best sgt sgt sampai taktahu nk ckp apa.. yg pasti saya dr semalam duk usha blog anjell.nice timing.bukak bukak ada yg alpha male 4. Keep it up writer

    ReplyDelete
  2. Tq Anjell.entry yg sgt best..akak suka sgt2 Bab ni..huuu..menarik

    ReplyDelete
  3. Tq Anjell.entry yg sgt best..akak suka sgt2 Bab ni..huuu..menarik

    ReplyDelete
  4. Novel ni best sangat,setiap hari cek blog kalau dah ada update yg baru.kipidap����. Harap ada Alpha Male 5

    ReplyDelete
  5. Sgt menarik..x sabar utk tahu kisah selepasnya...

    ReplyDelete
  6. Huaa kak anjell gempak sesangat laa...bkn takat sabiha je histeria saya pun duk histeria skali hehe

    ReplyDelete
  7. “So.. saya cuma nak Dr. tahu, kat tengah-tengah perut tu namanya gigi!” Can't stop laughing at this sentence! My gosh, you're one of the best writers that I know

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...yeay! At last, anjel update bab 4. Thanks anjel! Hari2 cek blog anjel sbb nk check update alpha male ni. Mmg best! dan yg pasti, mmg part klu hilman dgn hazel gadoh mmg lawak. Haha. Kipidap anjel! Pleaseee cepat2 update bab 5

    ReplyDelete
  9. Jiran ke???....ada jodoh ni....

    ReplyDelete
  10. Ribdu terubat jua setelah hampir sebulan ...thanks enjell

    ReplyDelete
  11. hihihi..byk sgt kebetulan..jgn lps ni kebetulan jd suami dah la

    ReplyDelete
  12. Sya suka crita ni.. hehe. Smbng cpt ye..

    ReplyDelete
  13. huwarghh.... best giler novel alpha male ni!! good job anjell

    ReplyDelete
  14. Thanks Anjell...nice entry...keep it up!!!!!!!!

    ReplyDelete
  15. Best..jdi ank jiran sebelah rumah pulak..hehe..

    ReplyDelete
  16. kelakar lah part ni Anjell... tqvm... tak sabar for next entry.

    ReplyDelete
  17. Cerita ni best sangat2..lain dari novel sebelum ni..student and lecturer. Nice entry good storyline tapi hazel dah ada en tunang??oh noooo..tak sabar tunggu next entry..keep update ya sis..tq so much

    ReplyDelete
  18. Tq akak Anjell^^ terubat rindu nak baca alpha male..

    ReplyDelete
  19. sweet sangat smpai lupa hazel dah ada tunang TT3TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq... best sgt.. semoga terus gigih buat N3 lg.. hihi

      Delete
    2. Tq... best sgt.. semoga terus gigih buat N3 lg.. hihi

      Delete
  20. MAKIN LAMA MAKIN BEST...PLISS CONTINUE DEAR..

    ReplyDelete
  21. giler best !! MMG DAHSYAT sedahsyat dahsyatnya alpha male ni .. huhu .. boleh semput klo baca ~

    ReplyDelete
  22. xsabar tggu ..sy ade add fb br sis..nk tau juga update terbaru novel sis..

    ReplyDelete
  23. Best sangat citer kak anjell ni. I like ♥
    Hi, korang jangan lupa singgah blog saya. Nak cari followers. Kalau sudi

    Kingfingers.blogspot.com

    ReplyDelete
  24. Salam Cik Anjell,

    Kami dari Novel Plus ingin meminta jasa baik cik untuk kita bertukar link blog di mana link cik kami akan masukkan ke dalam page di website kami yang masih sedang dikemaskini. Oleh itu kami harap cik juga sudi berbuat demikian untuk website kami juga..
    http://www.novelplus.co

    Terima kasih

    ReplyDelete
  25. Salam, best cerita ni Anjell ^_^ Kalau ada kesempatan, sila jemput ke blog saya http://sayaafeenashah.blogspot.my/

    ReplyDelete
  26. Mohon update lagi.. T.T tiap2 hari datang usyar blog ni but... Hampa 💔

    ReplyDelete
  27. mohon update ya anjell........
    novel ni best sangat..........
    tak sabar nak beli kalau dah publish nanti.. hazel dengan dr alpha male sweet sangat!

    ReplyDelete
  28. whuaaa....bestnya
    cepat update please...

    ReplyDelete
  29. whuaaa....bestnya
    cepat update please...

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. Lawak pun ade dlm novel nih...tergelak sorang² dlm bilik waktu malam...

    ReplyDelete
  32. Lawak pun ade dlm novel nih...tergelak sorang² dlm bilik waktu malam...

    ReplyDelete
  33. Hyeee.just wanna say, you're the best and please update more. Please......best sangatttt and very kelakar la.. love it!😍

    ReplyDelete
  34. huhuhu kalau ada masa, update la lagi. saya harap balek dri asrama nanti, dpt baca sambungan :)

    ReplyDelete
  35. Best sangat2..
    Wajib beli ni klu da publish..
    Next n3 plez..!!!
    =)

    ReplyDelete
  36. best sngat kak anjell... sem0ga dipermudahkan urusan dan dpt cpt2 publish novel ni...

    ReplyDelete
  37. Kak Anjell.. next entry please... alpha male 5

    ReplyDelete
  38. Bila agak2nya novel HSC akan publish?

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )