TEASER 2
“Cempedak
goreng ada?”
Mulut
Tengku Ian ternganga selepas mendengar pertanyaan Medina itu. Sempat sengih
kepada pelayan yang nampak blur dengan soalan luar alam Medina itu. Mesti
terpinga-pinga. Yang isterinya ni pun satu hal. Masuk kafe, mintak cempedak
goreng apa hal?
“Err..
tak ada kak. Menu kami macam yang tertulis kat dalam ni,” jawab pelayan itu
sambil menunjukkan menu di atas meja mereka.
Medina
agak kecewa. Tekak tiba-tiba rasa nak makan cempedak goreng. Akhirnya mengoder
makanan dan minuman yang tertulis pada menu. Kemudian senyap. Sekali pun dia
tak pedulikan Tengku Ian.
Tengku
Ian dah tak senang duduk. Apabila Medina keluar rumah, dia turut mengejar. Mahu
berbaik-baik dengan Medina. Apabila Medina masuk ke dalam kafe ini, dia turut
masuk dan duduk di hadapan Medina. Dia tahu kehadirannya memang tak
dialu-alukan.
“Sayang
tengah fikir apa?” soal Tengku Ian. Mencari modal untuk memulakan perbualan
dengan Medina. Garu-garu kepala jugalah apabila tengok Medina anggap dia tak
wujud.
“Tengah
fikir macam mana nak lari dari rumah,” jawab Medina selamba.
Wajah
Tengku Ian di depannya berubah pucat. Turun ke kaki semua darah dia.
“Relax. I’m kidding, okay?” sambung Medina lagi sebelum kena buat CPR kat
suami dia yang mungkin kena cardiac
arrest lepas dia cakap macam itu.
Tengku
Ian melepaskan nafas lega. Boleh hilang semua oksigen kalau bercakap dengan
Medina ini. Dahlah Medina ini boleh dikategorikan sebagai bertindak mengikut
perasaan sekarang ini.
“Kenapa?
Cuak ke?” soal Medina berbaur sindiran.
“Mana
tak cuak kalau isteri abang nak lari rumah? Jangan cakap macam tu lagi.” Suara
Tengku Ian berubah serius.
Medina
mencebik. Malas nak komen banyak. Kalau dia nak lari rumah, dia dah tak cakap.
Sekarang belum terfikir lagi. Akan datang, siapa tahu?
“Hazel, sit down!” Suara yang penuh authority itu buatkan Medina turut
angkat kepala. Dari meja depan dia.
Kening
mula berkerut. Dari tadi lagi, dia tengok pasangan itu. Asyik nak bergaduh aje. Medina nampak perempuan yang bernama
Hazel itu duduk balik. Kecut perut agaknya lepas dengar suara lelaki di depan
dia itu.
Siapa
mamat itu? Abang dia? Tunang dia? Suami dia? Garang gila!
“Abang
pergi toilet kejap.” Suara Tengku Ian
buatkan Medina mengalihkan pandangannya daripada pasangan itu. Tengku Ian
dipandang. Cuma sekejap sebelum dia buat tak tahu.
Mood
masih merajuk! Kemudian Tengku Ian bangun daripada kerusinya dan meninggalkan
meja mereka.
“I have a proposition!” Lagi sekali
pandangan Medina terarah ke arah pasangan itu selepas mendengar suara Hazel.
“Shoot,” jawab lelaki di depan Hazel itu.
Keyakinan pada muka lelaki itu tak goyah sikit pun.
Kemudian
nampak mereka berdua saling bertatapan. Dua-dua tak nak mengalah. Dah boleh
rasa bzz..bzz.. current elektrik daripada pandangan mereka berdua itu. Medina
geleng kepala. Sah bermasalah pasangan ni! Ingatkan dia dan Tengku Ian aje pasangan
sedang bergaduh di dalam kafe ini.
“Tengok
apa?” tegur Tengku Ian lepas dia balik dari tandas. Turut menoleh ke arah
pandangan Medina.
“Tengok
couple gaduh. Tu mesti lelaki yang
cari pasal.” Selamba Medina menuduh.
Tengku
Ian diam. Kenapa dia rasa Medina maksudkan orang lain aje?
“So, here is my proposition. Saya setuju
untuk kahwin dengan awak. Tapi.. kalau awak ada perempuan lain, atau awak dah tak
nak saya, jujur dengan saya. Tak kisahlah darling
ke, salmonella ke, e.coli ke..”
Medina
rasa nak tergelak lepas dengar ayat Hazel itu. Dia perasan juga yang perempuan
bernama Hazel itu cakap boleh tahan sedapnya. Dah beberapa kali dia tercuri
dengar perbualan mereka. Kata kuncinya adalah, TER. Sebab seawal mereka tiba
lagi, mereka itu bergaduh tak pandang kiri kanan.
“..
Just tell me the truth. I’ll back off. Period! I can’t tolerate
infidelity. Once is enough.” Hazel bersuara lagi. Macam sedih ayat terakhir
wanita itu.
Ini
mesti dia pernah kena curang dengan sesiapa ni. Lelaki kat depan dia itu ke? Agaknyalah!
Kalau tak, tak adanya wujud darling, salmonella dan e.coli yang macam Hazel cakap itu.
Muka
pun memang dah stok-stok yang boleh bikin perempuan jatuh tersungkur. Hazel di depan
mata pun dia boleh nampak perempuan lain terteleng-teleng jeling lelaki itu. Sama
macam apabila dia di depan mata, tapi perempuan tak segan-silu kerling suami
dia. Semestinya dia boleh rasa apa yang Hazel rasa sebab dia perempuan.
“Kalau
saya nak dua-dua? Lelaki boleh kahwin empat.” Soalan tak sayang nyawa daripada
lelaki itu buatkan kening Medina turut terangkat sebelah. Amboi.. belum apa-apa
lagi dah nak madukan Hazel? Mengesahkan lagi teori Medina tadi.
Tapi..
kalau dah lelaki itu curang, kenapa Hazel nak kahwin dengan dia? Hih.. kalau
aku jadi Hazel ni, dah nampak dah bakal ada lekuk kat dinding sebelah gara-gara
ada kepala kena hantuk kat situ! Medina pula yang mendengus.
Hazel
ni, lembut sangat la! Tolonglah jangan reda aje kena buli dengan lelaki. Medina
pula yang tak puas hati. Kalau Ian ni, hai.. memanglah aku…
“Eh,
tak ada masalah. Awak dengan bakal arwah madu saya tu datang jumpa saya. Then, pilih. Siapa nak masuk ICU, siapa
nak masuk enam kaki ke bawah?” Ternyata jawapan yang Hazel bagi lagi win. Medina tahan gelak. Okey.. dia
tarik balik apa yang dikatakan tentang Hazel.
Tanpa
sedar, Medina ukir senyuman. Kelakar tengok pasangan itu bergaduh. Dengan Hazel
yang gaya ‘ada aku kisah’ dan lelaki itu pula macam ada aura alpha male. Macam mana agaknya kalau
dorang itu bersatu? Sekurang-kurangnya kerenah pasangan itu dah buatkan stres
Medina menurun satu graf.
Lelaki..
lelaki.. Medina geleng kepala. Kemudian mencerun mata pandang lelaki depan
Hazel itu. Macam tahu-tahu dirinya diperhatikan, lelaki di depan Hazel itu
angkat kepala. Mata mereka berlaga. Mata lelaki itu bagaikan tak punya perasaan.
Tertutup dengan wajah kacak tapi ego dia. Macam dia cakap tadi, aura alpha male.
“Huh..
lelaki.. semua sama! Gatal.” Kuat suara Medina. Wajah lelaki itu sedikit
berubah. Agaknya tahu Medina maksudkan dia. Malu? Marah? Lepas itu, muka lelaki
itu kembali normal lepas dia berdehem. Eleh.. nak control macho la tu!
Hazel
turut berpaling. Nampak muka wanita itu agak blur sebelum tangkap maksud ayat
Medina. Kemudian nampak dia macam tahan ketawa lepas tengok muka terkedu lelaki
di depannya itu.
Tengku
Ian yang tengah sedut kopinya terus tersembur selepas mendengar apa yang dikata
Medina. Cepat-cepat pusing belakang apabila nampak pandangan Medina ke arah
itu. Sah mereka dengar!
“Medina!”
Tak tahu nak marah ke nak apa dengan Medina sekarang ini.
Sempat senyum kepada pasangan itu sebagai
tanda maaf. Haraplah mereka faham yang isteri depan dia ini tengah
terumbang-ambing hormonnya. Sangat tak sangka Medina boleh berkata macam itu.
Nasib baiklah pasangan itu tak datang cari gaduh dengan mereka. Kalau tak, mahu
jadi tampar beregu.
“Apa?
Betul apa? Lelaki.. semua sama. Mana reti nak jaga hati perempuan. Nak-nak lagi
kalau ada perempuan lain depan mata,” balas Medina. Kali ini hanya Tengku Ian
yang dengar.
Tengku
Ian diam. Tak surut-surut lagi marah isterinya itu.
“Terasa
ke?” provok Medina lagi.
Tengku
Ian ketap gigi. Medina sekarang memang suka mencabar kesabarannya. Ya Allah..
berilah aku kesabaran untuk menghadapi isteri aku yang tak berapa nak dewasa
sangat ni!
Medina
bangun.
“Eh,
nak pergi mana?” soal Tengku Ian. Nak lari ke mana pula dah bini aku ni?
“Dah
tak ada mood nak duduk sini. Bosan.
Cempedak goreng tak ada, apa pun tak ada.”
Allah..
tak habis-habis lagi cempedak goreng isteri aku ni!
“Sekarang
rasa nak makan aiskrim,” tambah Medina lagi.
“Itukan
aiskrim,” kata Tengku Ian sambil tunjuk aiskrim depan mata Medina.
“Tu
bukan aiskrim. Tu air batu manis.”
Air
batu manis? Tengku Ian ternganga. Apa tu? Tak pernah dengar pula.
“Rasa
nak makan Baskin Robbin la.” Medina terus tinggalkan tempat itu.
Tengku
Ian cepat-cepat bangun untuk mengejar sebelum Medina hilang tak berjejak.
Sabar.. sabar.. sabar..
Kenapa
isteri dia sekarang ini pelik?
maybe medina mengandung. . heheh btw, best sngt novel ni. terubat rindu dkt medina dengn ku zam. . xsbr nk bca smpai full
ReplyDeleteTulaa dia ngandung nih😝😏
Deletegreat
ReplyDeleteDaebak!! Love it 😘
ReplyDeleteDaebak!! Love it 😘
ReplyDeletethumbs up kak anjell :)
ReplyDeleteWow ada link lg dgn Alpha Male. Best Anjell.
ReplyDelete..huuhhu.. Medina dh pregnant tu cari cempedak goreng..
Dh ada kt pasaran ke novel ni?
ReplyDeleteTak sabarnya...tapi x leh beli lagi TT_TT tunggu habis exam T^T
ReplyDeleteTak sabarnya...tapi x leh beli lagi TT_TT tunggu habis exam T^T
ReplyDeleteCepatla publish tak sanggup nk pegi kedai buku tiap2 hari... Hehe...
ReplyDeleteCepatla publish tak sanggup nk pegi kedai buku tiap2 hari... Hehe...
ReplyDeleteCepatla publish tak sanggup nk pegi kedai buku tiap2 hari... Hehe...
ReplyDeleteTerbaik la, tapi part yg kena sindir tu best
ReplyDeleteTerbaik la, tapi part yg kena sindir tu best
ReplyDeletecerita Hazel n Alpha Male pun ada diselitkan... terubat gak rindu kat diorang bila baca Teaser ni... :D
ReplyDeleteKenapa saya nak baca alphaaa male tak boleh? Sedihhhhhh
ReplyDeleteKenapa saya nak baca alphaaa male tak boleh? Sedihhhhhh
ReplyDeleteHSC ni ada dijual dlm bentuk e-book tak? Kalau ada, blh dibeli dari website mana ye?
ReplyDeleteCerita ni dah abes ke belum?
ReplyDeleteAdakah sabungax lgi
ReplyDeleteScene ni ad ke dlm drama hero seorang cinderella??
ReplyDelete