Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Wednesday 14 February 2018

Dheo's (BAB 8)

BAB 8

Dah seminggu aku bekerja di Hotel La Prince. Pada masa yang sama bergelar pelajar. Penat. Tapi aku terpaksa tahan untuk sekarang. Nasib baiklah aku dah di tahun akhir dan kelas aku pun tak banyak. Semester ini cuma ada tiga subjek dan hanya dua daripadanya yang memerlukan peperiksaan akhir semester.

Aku sememangnya seorang yang cepat belajar. Walaupun baru seminggu bekerja, aku dah mampu untuk membuat kerja sendiri. Aku dah berjaya hafal peta hotel besar itu. Dheo juga dah percayakan aku untuk bekerja seorang tanpa bimbingan.

Tapi dah tentulah aku akan selalu belajar. Di sana, aku rapat dengan Arin. Mungkin sebab hari pertama aku dah bekerja dengannya, sebab itulah kami boleh serasi. Selain Arin, aku juga turut rapat dengan beberapa orang lagi staf di bawah Puan Rasyidah. Nasib baiklah semuanya baik dan peramah.

Seawal tujuh pagi lagi aku dah tiba di Hotel La Prince. Tapi suasana hari ini nampak agak berbeza sedikit. Nampak agak kelam-kabut. Semua staf nampak sibuk. Ada apa? Mungkin sebab semalam aku cuti, jadi aku tak tahu apa yang akan jadi hari ni.

Aku terus berlalu ke bilik rehat staf. Macam biasa, tukar uniform dulu. Ketika aku tiba, bilik itu masih kosong. Mungkin masih awal, belum ada yang sampai lagi. Aku buka loker. Ambil pakaian untuk ditukar. Sebaik sahaja aku keluar dari bilik persalinan, kelihatan Arin dan Ainul baru tiba. Mereka berdua memang tinggal serumah.

“Hai, Arin. Hai, Ainul,” tegurku dengan senyuman.

“Hai, Nurissa. Awal sampai?” balas Arin.

Aku cuma sengih. Nampak tak aku tak pernah datang awal sebelum ni. Haha.

“Datang awal mesti sebab awal-awal dah kena attend Encik Han, kan?” Kali ini Ainul pula bersuara.

Attend Encik Han? Dia tidur sini ke semalam?” soalku.

“Eh, Rissa tak tahu ke?”

“Tahu apa?” Aku blur.

“Hari ni ada event besar kat hotel. Encik Han akan perlukan Rissa nanti.”

“Rissa kena buat apa?” Aku mula cemas. Dia yang ada majlis, kenapa nak kacau aku?

“Itu tengoklah apa yang Encik Han perlukan nanti.”

“Kenapa nak perlukan kita? Bukan dia dah ada PA dia ke?” soalku tak puas hati. Apatah lagi mengingatkan Nancy, si PA Dheo itu. Tiap kali aku pergi kemas rumah Dheo, mesti Nancy ada. Kadang-kadang aku syak dorang tinggal serumah.

Memikirkan kemungkinan itu, entah kenapa jantung rasa bagaikan ditikam. Rasa pedih. Tiap kali kepala membayangkan mereka berdua bersama, tiap kali itulah aku rasa macam tu. Kenapa ya? Padahal bukan urusan aku. Entah-entah mereka berdua bercinta. Kalau duduk serumah pun, bukan masalah aku. Mereka bukan Islam.

“PA buat kerja pejabat dia. Orang macam kita buat kerja rumah dia. Macam orang gaji.” Kata-kata Arin itu buatkan aku tersedar sesuatu. Baru sedar status diri. Memang aku ibarat orang gaji je di mata Dheo.

“Kalau macam tu, nak buat macam mana? Ikut je la,” kataku mendatar. Reda.

Hari yang tak berapa indah dah tentulah makin tak indah bila muncul Ummi yang mencariku. Menyampaikan pesanan dari Puan Rasyidah yang Dheo Han dah seru aku masuk menghadap. Tahu pulak aku sampai awal hari ni.

Maka.. bermulalah kerjaku hari ini. Sigh!

   ---------

Aku berdiri betul-betul di depan pintu rumah Dheo. Teragak-agak aku menekan loceng. Agak pelik. Sebab kebiasaannya, aku akan kemas rumah dia bila dia dah pergi kerja. Ataupun bila dia baru nak pergi kerja. Tapi sekarang ni awal sangat kalau dia nak pergi kerja.

Dua kali tekan loceng, kedengaran pintu dibuka dari dalam. Hatiku berdebar kencang. Sebab tahu tak sampai sesaat lagi aku akan menghadap Dheo.

Tapi sangkaanku meleset sama sekali. Bukan Dheo yang buka pintu. Tapi Nancy. Elegen dengan sut kerjanya. Dia senyum segaris bila melihatku. Aku pula terpaksa balas senyumannya. Dapatku rasakan betapa kejung dan tak ikhlasnya senyumanku sekarang.

“Masuklah,” pelawa Nancy. Dah macam tuan rumah.

Lambat-lambat aku melangkah masuk. Rasa macam tengah pijak kebun mawar berduri. Seksa. Beberapa tapak aku melangkah, aku terkaku. Kaku sebab melihat Dheo yang berada di ruang tamu itu dengan cuma memakai bathrobe berwarna hitam. Seakan-akan baru lepas mandi. Apatah lagi rambut hitamnya itu berserabai ke pelbagai arah.

Pedih di hatiku datang lagi. Apa yang mereka tengah buat sebelum aku datang tadi? Mereka tidur sekali ke? Entah kenapa, aku boleh terfikir seperti itu. Aku tahu mereka bukan Islam dan tak pelik kalau mereka seperti itu, tapi hatiku tetap rasa sakit.

You are not needed, Nancy. You may go.” Suara bersalut ais dari Dheo.

“I cuma nak tolong you je.”

“Tugas you tolong I di pejabat, Nancy. Bukan di rumah. At home, I need her.” Dheo berkata lagi. Kepalanya didongakkan sekali ke arahku.

Aku telan liur. Amboi, ayat terakhir dia! Nasib baik takde orang dengar. Penuh kontroversi.

Next time, don’t bother coming.” Tegas!

Okay, fine! See you at the office.” Suara Nancy kedengaran sedikit bengang. Bila dia tarik handbag dan lalu di depanku, sempat dia jeling tajam. Nasib baik cuma jelingan. Kalaulah anak panah, mahu tembus kepalaku.

Aku tak tahu nak buat apa. Hanya mampu kesian pada diri sendiri. Dahlah kena paksa jadi penonton drama swasta. Kredit satu pun tak dapat. Yang dapat adalah jelingan maut si Nancy. Hai.. menyesal pulak aku datang awal pagi hari ni! Rosak mood baik aku.

Lepas Nancy berlalu, kami kini tinggal berdua. Dia pandang aku, aku pandang dia. Apa aku nak buat ni? Patut ke aku pergi cari penyapu sekarang ni? Ya.. aku patut cari penyapu tak pun kain lap!

Iron baju saya,” arahnya sebelum aku jalankan misi menjejak penyapu.

“Apa dia?”

Iron. Baju. Saya,” ulangnya sepatah demi sepatah. Kalau aku tanya lagi, aku yakin mesti dia ejakan untuk aku pulak.

Tapi.. gosok baju dia? Itu pun termasuk skop kerja aku juga ke? Personal housekeeper atau personal maid aku sekarang ni?

Tapi tak pulak aku membangkang. Hanya angguk. Akukan kalau di depan Dheo mesti jadi burung belatuk. Tugasnya cuma angguk dan ikut. No geleng-geleng! Betullah si Arin cakap, aku dah jadi orang gaji daa.

Aku berlalu ke dalam bilik tidurnya. Mencari pakaiannya untuk digosok. Dia dah letakkan di atas katilnya. Lalu aku ambil dan gosokkan untuknya. Dheo aku tak tahu ada kat mana sekarang ni. Kat ruang tamu agaknya. Baguslah. Takdelah rasa oksigen tak cukup bila sebilik dengannya.

Lepas siap gosok, aku sangkut pada hanger. Kemudian kaki melangkah keluar untuk mencarinya. Betul sangkaanku. Dia berada di ruang tamu dengan komputer ribanya. Ada mug hitam yang masih berasap di sisinya.

Bila dia menghirup airnya, aku nampak bathrobe yang dipakainya sedikit terbuka mendedahkan dada bidangnya. Terusku larikan pandangan. Rasa muka meruap merah. Malu entah kenapa.

“Err.. Encik.. saya dah siap gosok baju Encik,” laporku.  Mata melihat ke tempat lain.

Dari hujung mata, aku nampak dia angguk sekali sebelum bangun dari duduknya. Susuknya mula menghilang di balik pintu. Aku hela nafas lega. Boleh sesak nafas aku kalau duduk dekat-dekat dengan dia.

Aku sambung membuat kerjaku. Kemas rumah dia. Aku mula dengan ruang tamu rumahnya. Bantal kecil yang agak berterabur di atas sofanya aku kembali susun di tempat asalnya. Kemudian aku bongkokkan sedikit badan untuk menyusun beberapa helai kertas yang bersepah di atas meja kecil di depan sofa itu.

“Rose!” Aku dengar namaku diseru.

Bagaikan robot, kaki pantas diatur ke bilik tidur Dheo.

“Ya. Ada apa, Encik?” soalku.

Ketika itu Dheo dah lengkap berpakaian. Tengah memasang cuff links pada hujung lengan baju kirinya. Tubuh tegapnya masih menghadap cermin besar. Di balik pantulan cermin besar itu, aku nampak matanya terarah kepadaku.

My tie. Tolong ambilkan.”

Aku patuh. Segera kaki berjalan ke walk in closet Dheo. Dah seminggu aku menjadi housekeeper dia, aku dah hafal segala susunan pakaian dan aksesori Dheo. Bila Arin cakap Dheo cuma jarang-jarang menginap di hotel, semua tu hanyalah tipuan semata. Sebab aku rasa tiap-tiap hari aku kena menapak ke rumah dia.

“Encik punya tie yang mana satu?” laungku dari dalam. Takut dia tak dengar.

I got plenty. Ambil je yang mana satu,” jawabnya kembali.

Oh, lupa! Baju hitam. Pakai dengan warna apa pun mesti masuk. Pembetulan! Kita bercakap tentang Dheo Han. Kalau dah Dheo Han, pakai tali ikat lembu kat leher pun aku berani potong kuku yang tiada siapa yang akan berkata dia buruk.

Mata mula melilau di balik kaca lutsinar itu. Di dalamnya tersimpan beberapa pilihan tali leher berjenama Dheo. Rambang mata aku nak memilih. Pertama, sebab aku ni perempuan. Perempuan tak pakai tali leher. Kalau suruh aku pilih tudung, grenti tak sampai seminit aku dah pilihkan. Kedua, aku ni tak tahu sangat tentang fesyen lelaki. Ayah dulu pun mana pernah aku masuk campur kalau bab berpakaian.

Tiba-tiba anak mata terarah pada satu tali leher berwarna royal blue. Cuma kosong, tapi kepekatan warnanya memikat mataku. Tangan terus mencapainya. Aku usap lembut. Texture kainnya sedap dipegang. Jatuh hati aku melihatnya.

Bolehlah yang ni. Aku berlalu keluar.

“Yang ni boleh ke, Encik?”

Dia berpaling. Tangannya yang sedang menggayakan rambutnya terhenti. Matanya seakan-akan terpaku melihat apa yang berada di tanganku.
Why?” soalnya sepatah. Anak mataku ditatap dalam-dalam.

Why? Why apa?

Alamak.. Aku salah pilih ke? Dia tak suka ke? Telan liur.

Why that tie?”

Aku telan liur lagi sekali. Mudah soalan dia, tapi ngeri anak tekak nak menjawab. Sebab kalau tengok pandangan dia sekarang, orang nak kencing pun tak jadi. Aku cuba kumpul kekuatan untuk menjawabnya. Tali leher di tanganku dipandang sekali.

“Sebab saya rasa cantik,” jawabku berani dan jujur. Haraplah dia tak maki aku.

“Encik tak suka ke? Kalau tak suka, saya boleh ambil yang lain.” Cepat-cepat aku sambung sebelum dia betul-betul caci aku sampai bernanah telinga.

It’s okay. Bagi saya tie tu.”

Cepat-cepat aku serahkan sebelum dia berubah fikiran. Nafas takkan lega selagi tali leher tu belum tersangkut di lehernya.

Diam.

Tangan Dheo lincah melilit tali leher itu di lehernya. Satu.. dua.. dan entah berapa kali tangan dia bergerak dengan cekap, tali leher itu dah cun terletak di lehernya. Buatkan penampilannya nampak lebih berkarisma.

Kan betul apa aku cakap. Dengan tali leher itu, dia nampak lebih…

Handsome.”

Dheo angkat kepala. Dan aku terus tutup mulutku! Oh, katakan tidak! Katakan bukan suara aku tadi.

Tapi melihat hujung bibir Dheo yang sedikit ternaik itu, aku tahu aku dah terlepas cakap. Merah mukaku menahan malu. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata? Padan muka kau, Nurissa!

Eh, siapa cakap? Terlajak kata pun, boleh juga nampak senyuman Dheo yang mahal itu. Berbaloi atau tak berbaloi?

Should I thank you for stating something obvious?” Kali ini suara Dheo berbaur usikan.

Wow.. biarpun kata-katanya tu kategori perasan tahap kelas satu, tapi aku tetap tak percaya yang Dheo boleh bergurau! Kali pertama aku melihat Dheo seorang yang playful. Patut ambil gambar ni! Abadikan dalam moment.

Dheo kembali tenung cermin. Masih mencari apa-apa kekurangan untuk diperbetulkan agaknya. Aku pula masih pegun di situ. Dia belum cakap ‘awak boleh pergi’, jadi maksudnya aku tak boleh pergi lagi la kan?

I hated blue, you know,” katanya tiba-tiba.

Kata-katanya buatkan air liur laju lalu tekak. Alamak.. aku dah buat kesalahan besar ke ni? Tapi.. dia kata ‘hated’ bukan ‘hate’. Jadi secara teknikalnya dia dah tak bencikan biru, betul tak? Harapnya la!

Aku tunggu dia sambung kata.

Then at about six years ago, I met someone who loved blue. Dia hadiahkan saya tali leher biru ni. Dan mulai dari saat tu, biru mula jadi warna pilihan saya. Tali leher ni banyak nilai sentimental. I used to wear it on my graduation day. Tak sangka saya akan pakai lagi untuk event yang penting hari ni.” Dheo mula bercerita. Dia seakan-akan menggamit memori silam.

“Orang yang bagi tali leher tu, mesti sangat bermakna dalam hidup Encik, kan?” soalku. Entah kenapa, hati rasa cemburu dengan pemberi tali leher itu. Apatah lagi aku dapat dengar suara Dheo bagaikan sedang merinduinya.

Dheo pandang aku sekali.

Very.” Mudah jawapan Dheo.

Dengan sekelip mata, Dheo kembali ke versi iceberg kutub utara. Wajah tak beremosi ditayang. Aku tunduk hormat kat dia kalau bab tukar ekspresi muka. Tak sampai sesaat!

Dheo kenakan jam tangan di pergelangan kirinya. Kemudian pusing menghadap aku.

“Lepas kemas rumah saya, awak boleh balik.”

“Hah?” Aku ternganga mendengarnya. Tak percaya.

“Tapi hari ni ada event penting. Nanti tak cukup staf,” protesku.

“Kalau saya suruh balik, balik. Jangan banyak tanya. I don’t want to see you in the hotel especially when the event is taking place. Don’t show your face at all. Understood?” Kali ini suaranya lebih keras.

Aku angguk. Agak kecil hati dengan kata-katanya. Aku tahu aku bukan siapa-siapa. Tapi ayat dia tu macam nak cakap, dia malu dengan aku.

 “Lucca will send you home.”

Angguk lagi. Apa lagi pilihan aku ada?

35 comments:

  1. Ahahahahahahah😲😲😲😲😲😲😲
    Akak saya terharu saya org petama jumpa dheo
    Thanks kak...sayang akak gile gile

    ReplyDelete
  2. Someone tu rasanye rose kan.. kan.. kan 😊
    Happy holiday 😍

    ReplyDelete
  3. hahaa... rsenya semua dh boleh agak yg nurissa ialah org yg dheo asyik mention kan...? but... is it seriously that dheo is a non muslim guy???😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saye rase dheo dan fateh orang yg sama...instinc saye kata...pasti!

      Delete
  4. Husband and wife kut diorang ni... ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, saya rasa jugak gitu. Husband and wife tp terpisah sebab kemalangan itu maybe. And fateh and dheo nih orang yang sama. Yaallah aura dheo ni lain macam betul laaaaaa

      Delete
  5. uwaaaaaaa.....hyperventilating again and again.....different from Hilman who is always sarcastic whenever he opened his mouth,Dheo is someone who can freeze anyone with his coldness....love both of them

    ReplyDelete
  6. tak sabar nak peluk buku nihhh... DHEO!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. Someone tu mesti rose. Argh! Can’t wait to read next post. ☺️

    ReplyDelete
  8. Makin menarik! Rose ni mesti cinta hati Dheo..

    ReplyDelete
  9. Best2..rasa nak menjerit je time baca. Hahahah

    ReplyDelete
  10. aarrrgghhhh.....serious best gler cter nie.akak pnyer story x prnh mngecewakan..x sbr nk peluk buku nie...looovee you sis...!!!!

    ReplyDelete
  11. Bila nak keluar ni? Tak sabar rasanya 😍😍

    ReplyDelete
  12. Mesti ada sbb kenapa Rose x boleh ada kat hotel....hmmm
    aduiyai....ni yg x sabar nak tunggu next entry

    ReplyDelete
  13. Kenapa eh rose tidak boleh ada masa event tu??? i smell something!!!! alahai tak sabarnyaa tunggu novel ni publish,...

    ReplyDelete
  14. Rose kah yg bg tie biru tu...

    ReplyDelete
  15. Agak2 bile buku ni nk publish yerr? Xbole move on niiii... Huwaaaaa😭😭😭

    ReplyDelete
  16. Agak2 bile buku ni nk publish yerr? Xbole move on niiii... Huwaaaaa😭😭😭

    ReplyDelete
  17. nurissa ni tunang dheo oristeri dya?....NK LAGIIII...Serious curious gile skarang ni

    ReplyDelete
  18. 6 tahun lalu? xboleh ada time event? uwaaaaaa malas nak fikir tapi xboleh kalau x fikir...

    ReplyDelete
  19. I think, Nurissa ni mesti special dlm hidup dheo. Dheo tak nak nurissa ada kt hotel masa event tu mesti ada dalam kalangan kawan2 dheo dlm event tu kenal nurissa. . Huhu

    ReplyDelete
  20. Keep up with this story, sis. Sumpah ohsem 😍

    ReplyDelete
  21. Hmm ... Dheo's nih betul2 bleh buat saya bertindak di luar jangkaan ... Kwn saya ada update yg bab 8 dh keluar sbb selama nih memang kami dok tunggu ja akk anjel update cita dheo's ... Too bad internet saya slow gilaa jdi memang mereput laa saya menunggu bab 8 nih ... N guess what ? Saya sanggup ambil sos topup maxis Rm 3 untuk beli internet sbb nk tngk bab 8 nih .. Selama nih saya x pernah lagi buat sos topup �� jadi penangan dheo's memang tip top ah ! Daebakk !! May Allah bless you akak anjel ..��

    ReplyDelete
  22. Saya sanggup buat sos topup Rm 3 maxis sbb nk sangat baca selepas kawan saya bagi tau kata akk dh update ... Hahaha sedangkan selama nih saya x penah buat tp demi Dheo's aku gagahi jua gitu ahahaha ... May Allah bless you ..😍

    ReplyDelete
  23. Setiap chapter mesti penuh dgn tanda tanya buat saya nk tau apa akan berlaku lepasni. Saya suka dgn character Dheo. Cold and mysterious.

    ReplyDelete
  24. Dheo ni srs la non muslim?? awhhh srs comel la rose dgn dheo ni...i'm dying of curiousityyy can't wait for more & more

    ReplyDelete
  25. tiba tiba teringat yg part hazel paksa dheo pakai bunny ke eh masa ade event kat univesity hazel 😂😂

    ReplyDelete
  26. sesak nafas nak tunggu next entry😫

    ReplyDelete
  27. Huwaaaaaa so besttttttt , can't waittt

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. bila keluar kak? tak boleh moveon dengan dheo'😍

    ReplyDelete
  30. Cepatlah keluar novel 😩 tak sanggup tunggu lama

    ReplyDelete
  31. kesian Rose.. hati ada terasa syg dah

    ReplyDelete
  32. hilman is just a step beneath dheo..i guess

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )