Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday, 14 June 2014

Tundukkan Playboy Itu (BAB 10)

BAB 10

Harraz berhenti bila keretanya dihalang untuk pemeriksaan. Itu memang protokol sistem keselamatan Harraz Holdings untuk memastikan tiada pencerobohan berlaku. Harraz turunkan cermin keretanya. Pengawal keselamatan yang kenal dia agak terkejut melihatnya. Pasti pelik dia ke pajabat pada waktu macam ni. Sebelas malam.

“Eh, Encik Harraz! Ada apa datang lewat-lewat malam ke  sini? Ada tertinggal barang ke?” soal pengawal keselamatan itu.

“A’aa.. ada tertinggal dokumen penting,” bohong Harraz.

“Ada orang ke kat atas?” siasat Harraz pula.

“Tadi saya nampak Cik Nurin. Katanya nak siapkan kerja. Sekarang ni tak tahulah dah balik ke belum. Tapi kereta dia masih ada kat bawah lagi.”

“Okey, terima kasih ya.”

Harraz terus naik ke tingkat atas. Macam yang dikatakan pengawal keselamatan tadi, cuma kereta Nurin yang berada di basement. Suasana pejabat sunyi-sepi dan gelap. Harraz sudah biasa dengan suasana seperti ni. Sebab dia pun selalu balik lambat sebab kerja.

Tiba di tingkat lapan belas, Harraz nampak cuma satu bilik yang bercahaya. Cahaya kilat di luar sana turut membantu Harraz untuk melihat tanpa perlu membuka lampu terlebih dahulu.

Harraz nampak susuk tubuh Nurin yang tengah duduk di atas sebuah kerusi. Tiba-tiba ada cahaya putih laju berkelip dan beberapa saat selepas itu kedengaran bunyi berdentum-dentum yang sangat kuat di dada langit. Nurin seakan terkejut dan menutup wajahnya sehinggalah habis bunyi guruh itu. Nurin takut kilat ke?

Nurin pula pegang dada selepas bunyi kuat itu. Berdebar-debar dan masih laju. Dia memang takut kilat dan guruh. Kau jangan buat kerja gila macam ni lagi, Nurin! Dahlah malam, seorang diri, dengan kilat guruh kat luar pulak tu. Sumpah ni kali pertama dan terakhir dia buat kerja gila macam ni! Dia sendiri tak sangka dia boleh seberani ini.

Harraz yang sekian lama memerhatikan Nurin akhirnya sengaja buat bising supaya Nurin sedar dengan kewujudannya.

“Kau?” Harraz buat-buat baru perasan.

Nurin pula tak berkelip pandang Harraz. Itu Harraz ke jelmaan hantu? Nurin tak berani tegur. Takkanlah Harraz kat pejabat malam-malam buta macam ni? Kepala ni dah weng agaknya sampai-sampai berhalusinasi nampak Harraz.

“Yang kau tengok aku macam aku ni hantu kenapa?” tegur Harraz. Perasan dengan mata Nurin yang bagaikan tengah menghadap Pontianak harum sundal malam.

“Encik Harraz?” Nurin minta kepastian.

“Ya.. akulah. Kau ingat aku ni apa?”

“Assalamualaikum. Kalau hantu, tak boleh jawab salam,” kata Nurin.

Nak tergelak Harraz rasa. Kelakar betul perempuan ni. Boleh pulak dia buak lawak malam-malam buta macam ni? Ada ke fikir aku ni hantu? Ada ke hantu handsome macam ni?

“Waalaikumussalam. So, aku bukan hantu. Okey?” Harraz jawab salam. Karang tak jawab, pengsan pulak budak ni.

“Kelakarlah kau ni. Orang macam kau ni tahu takut hantu jugak ya?” Harraz dah gelak.
Kalau dah sinis menyindir ni, memang sahlah Harraz. Tak perlu diragui lagi. Nurin tarik nafas lega. Lega sebab memang Harraz. Lantaklah Harraz nak gelak guling-guling sampai basement sekali pun. Dia tak tahu aku ni tengah berperang dengan perasaan sendiri dari tadi lagi. Apa lagi yang aku akan ingat kalau dah muncul masa-masa macam ni?

“Kau buat apa ni?” soal Harraz. Dia merapati Nurin. Bukan tak nampak replika dalam kotak kaca di hadapan Nurin. Ada juga gam UHU, gunting dan macam-macam lagi.

“Saya nak siapkan replika ni. Encik ada apa datang ke pejabat waktu-waktu macam ni?” Nurin pelik. Apatah lagi Harraz cuma berjeans dan bert-shirt putih lengan panjang. Macam dari rumah.

“Aku ada kerja sikit. Lupa nak bawak balik tadi,” auta Harraz pula.

“Pukul sebelas malam?” Nurin terkejut. Workaholic gila! Pukul sebelas fikir pasal kerja. Kau ada?

“Yalah. Kau ingat kau sorang je rajin nak kerja sampai malam?” jawab Harraz. Taknak Nurin syak apa-apa.

“Oo.. Encik taknak pergi ambik kerja encik ke?” soal Nurin. Bilik kau kat sana. Bukan kat sini. Berdua kat sini pulak. Pengcegah maksiat rajin overtime malam ni, free je kena tangkap basah. Pergi baliklah! Selamba je nak menghalau tuan punya perjabat ni.

Ketika itu, Nurin tiba-tiba menutup muka dengan kedua-dua tapak tangannya. Baru Harraz perasan pada masa yang sama ada kilat dan guruh.

“Kau takut kilat dengan guruh ke?” soal Harraz. Ingin tahu walaupun mata dah jadi saksi.

Nurin rasa geram. Hih… kenapalah kena tunjukkan kelemahan yang satu tu depan Harraz? Dia memang takut dengan kilat dan guruh. Pantang ada cahaya sikit, mulalah nak menyorok bawah bantal kalau boleh. Menggigil satu tubuh kadang-kadang. Harraz dah tahu sekarang ni. Mesti Harraz jadikan modal nak ejek dia nanti.

“Mana ada takut. Saya terkejut je,” nafi Nurin.

Harraz senyum sinis. Yalah tu. Kau ingat aku tak nampak? Nurin pula sakit hati bila tengok senyuman cantik Harraz yang sinis tu. Hish! Buat apalah mamat ni muncul kalau nak bergaduh dengannya?

“Takpelah.. kau sambunglah kerja kau tu.”

Harraz berlalu. Taknak kacau kerja Nurin. Hatinya cukup lega bila melihat keadaan Nurin yang okey. Pelik betul!

   ----------------

Harraz tersedar daripada tidurnya. Terasa tubuhnya sangat sejuk dek kerana suhu penghawa dingin yang hanya 18°C dalam bilik pejabatnya. Jam di tangan dipandang sekilas. Empat pagi. Harraz betulkan duduknya. Sakit seluruh tubuh kerana tidurnya yang tak selesa itu. Bila masa dia tertidur entah. Dia pun tak ingat.

Harraz menguap sekali sebelum menggeliat bangun dari kerusinya. Rasa macam darah baru nak mengalir ke kakinya. Kebas. Kenapalah aku boleh tertidur kat sini?

Baru teringat kenapa dia boleh berada kat sini. Nurin. Pasal budak tu la. Dah balik ke belum? Harraz terus keluar cari Nurin. Ketika dia tiba di tempat Nurin, Harraz nampak Nurin bagaikan sedang mengemas barang-barangnya.

“Eh, Encik Harraz! Terkejut saya.”

Nasib baik tak pengsan Nurin bila pusing je tubuhnya, nampak Harraz yang tengah berdiri. Dahlah pakai baju putih. Rambut pulak boleh tahan serabutnya. Nasib baik pendek. Kalau panjang, rasanya memang pengsan dah dia. Nurin pegang dada dia. Mamat ni.. kalau tak buat dia terkejut tak boleh agaknya!

Nurin pandang Harraz. Pakai baju sama macam semalam. Tengok muka pulak. Macam baru lepas bangun daripada tidur. Dia tidur sini ke semalam?

“Kau tak balik lagi ke?” soal Harraz. Tak percaya Nurin berada di pejabat sampai pagi.

Suara serak-serak basah. Memang sahlah baru bangun tidur.

“Saya baru nak balik, Encik. Err.. Encik Harraz ada kat sini dari semalam ke?” soal Nurin.

“Dah tu? Kau ingat aku ni rajin sangat nak datang office sebelum subuh?” bidas Harraz balik.

Laa.. dia ada kat sini ke semalam? Serius Nurin tak tahu. Dia ingatkan Harraz terus balik rumah lepas ambik kerja dia semalam. Jadi, kiranya dia berdua dengan Harraz la semalam kat pejabat ni? Tiba-tiba bulu roma meremang. Nasib baik semalam takde apa-apa terjadi. Kena tangkap khalwat, tak ke niaya? Fuh! Nasib baik.

“Oh, kalau macam tu, saya balik dulu la, Encik Harraz.” Nurin minta diri. Nak lari cepat-cepat. Karang orang nampak, jadi fitnah pulak.

Nurin terus melangkah ke arah lif lepas dia siap kemaskan barang-barangnya. Ketika menunggu pintu lif terbuka, muncul Harraz beberapa saat selepas itu. Diam antara mereka walaupun dah dalam lif.

“Rumah kau kat mana?” Harraz pecahkan kesunyian antara mereka.

“Cheras.” Senyap lagi.

Nurin kemudian menutup mulutnya yang menguap dengan tangan kanan. Mengantuknya. Rasa macam mata 0.5cm lagi nak tertutup. Berat macam ada batu atas kelopak matanya.

“Kau tak tidur ke?”

Selamba Nurin geleng. Sekarang ni dia perlu kuatkan hati supaya bertahan masa memandu lepas ni. Bahaya tapi dia terpaksa ambil risiko.

And yet you want to drive?” Harraz agak terkejut. Masa tu mereka berdua dah keluar lif dan berjalan ke arah kereta masing-masing.

Nurin angguk lagi.

“Aku hantar kau,” putus Harraz.

“Eh, tak payah! Saya boleh drive sendiri.” Nurin terkejut. Bulat kejap mata dia.

Apa hal pulak mamat ni nak hantar rumah bagai? Lepas sedut gas nitrogen ke apa? Macam tak percaya ni Harraz Naufal.

“Ni kan awal pagi. Aku dah terserempak dengan kau. Nak taknak aku kena bertanggungjawab,” balas Harraz.

Nak taknak? Nak taknak dia cakap? Kau ingat aku nak sangat naik Audi kau tu? Panas pulak hati Nurin. Huh.. terima kasihlah, Encik Harraz!

Baru je Nurin nak bidas balik, Harraz bersuara lagi.

“Kau tahu tak salah satu punca kemalangan jalan raya ni adalah memandu masa mengantuk?” Kali ni Harraz berceramah pulak ala-ala polis trafik tak habis menuntut. Terkebil-kebil Nurin pandang Harraz.

“Kalau kau accident macam mana? Aku taknak nanti orang cakap aku bos yang kejam. Buli staf sampai tak tidur malam. Tak pasal-pasal kau kacau aku sebab roh tak tenang,” sambung Harraz lagi.

Dia ni… tadi doa aku accident. Lepas tu sebut pasal roh tak tenang pulak. Nampaknya memang dah pasang angan-angan yang aku ni mati lepas accident! Amboi? Mulut boleh tahan cabul juga. Geram betul Nurin rasa.

Tapi apa yang Harraz cakap memang ada betulnya. Lagi pun ni awal pagi. Sangat bahaya memandu seorang diri. Tapi pada masa yang sama Nurin taknak terima pelawaan Harraz. Takut termakan budi. Tapi dia tak berani nak memandu dah lepas Harraz cakap macam tu.

Arghh… berapa banyak tapi daa. Senang-senang aku landing je la atas lantai konkrit ni. Habis cerita. Mata pun dah nak tertutup ni. Nampak lantai pun dah macam tilam.

“Masuk sekarang,” arah Harraz. Yang pasti dia taknak dengan perkataan taknak daripada mulut Nurin. Kalau terpaksa, memang didukung Nurin masuk kereta. Siapa suruh berdegil?

“Tapi, macam mana saya nak pergi kerja besok?” soal Nurin. Payah dia kalau kereta tinggal sini. Nak susahkan abah ke?

“Kau duduk kat Cheras, kan? Esok aku suruh Eves ambik kau. Dia pun tinggal kat area Cheras jugak.”

“Dah, masuk sekarang, Nurin. Kau dah bazirkan banyak masa dah. Sepatutnya kau kena fikirkan tidur sekarang ni.” Hai.. susahnya nak suruh seorang Nurin ni naik kereta dia! Kalau perempuan lain, tunjuk tayar kereta je tak payah pelawa memang grenti setuju.

Nurin akhirnya mengalah. Saya pun nak taknak naik kereta ni, Encik Harraz. Lagi, sebab dia taknak orang nampak dia berdua-duaan dengan Harraz. Karang timbul pulak cerita tak sedap didengar. Padahal baru petang tadi berita tak sedap pasal dia tersebar. Apa lagi kalau bukan pasal dia yang kononnya rosakkan replika Eriq sebab dengki.

Hebat betul. Tak sampai sehari pun dah tersebar meluas. Panas jugak hati Nurin. Kalau dia tahu siapa orang pertama yang sebar cerita tu, memang dia akan brainwash sampai berkilat.

Senyap walaupun dah lima minit perjalanan. Nurin rasa macam canggung gila. Kat luar sepi, dalam kereta pulak krikk krikk. Entah berapa kali Nurin menguap. Sampai berair hujung mata.

Harraz pandang Nurin di sebelah. Macam ni nak drive? Entah-entah besok masuk paper kereta masuk sungai. Harraz geleng kepala. Dia buat tindakan betul nampaknya.

“Kau tidurlah. Dah sampai nanti, aku kejutkan,” kata Harraz.

“Encik tahu ke rumah saya?” soal Nurin balik. Karang aku tidur, entah ceruk Cheras mana dia hantar aku.

A’aa la. Betul juga.

“Macam ni la. Aku drive sampai Petronas Cheras dulu, lepas tu aku kejutkan kau,” putus Harraz. Nurin  cuma angguk. Pejam mata dan terus terlelap.

    ----------------

Pagi itu, pukul sembilan setengah baru Nurin masuk pejabat. Semuanya sebab bangun lambat. Tidur lepas subuh, bangun pukul lapan lebih. Dalam kepala rasa macam gasing tengah berpusing. Semuanya mesti sebab tak cukup tidur. Macam robot pakai bateri turbo dia bersiap. Sampaikan Eves yang menjemputnya pun terpaksa menunggunya dulu.

Sebab dia lambat, maka Eves terpaksa lambat juga. Tak putus-putus dia minta maaf dengan Eves. Rasa bersalah sebab dah seret orang lain buat jenayah pagi-pagi dengannya. Tapi, Eves cuma senyum.

Don’t worry la, Nurin. Bos dah izinkan.” Itu jawapan Eves.

Semua tengok dia bila dia masuk lambat. Apalah kau Nurin. Dahlah baru, buat perangai pulak! Nurin buat muka selamba dan duduk di tempatnya. Sempat dicari replika yang dah siap semalam. Manalah tahu ada lagi yang pedajalkan replika tu. Siapa punya angkara, semuanya masih tanda tanya.

“Hai.. memanglah company ni bapak dia yang punya. Sebab tu la suka hati je nak datang pukul berapa.”

Otak Nurin  walaupun penat masih mampu menganalis si pemilik suara itu. Elfira. Malas nak pusing. Buat habis neurotransmitter je nak gerakkan segala otot leher. Semuanya perlukan tenaga. Dia kena jimatkan tenaga untuk bertahan sampai habis waktu pejabat.

“Nurin, mata you merah. You tak cukup tidur ke?” soal Liza. Nurin cuma senyum. Itu pun nampak penat.

“Eriq ada kat dalam kan?” soal Nurin balik. Liza cuma angguk.

Tanpa membuang masa, Nurin membawa replika yang dibaikinya ke dalam bilik Eriq. Dia taknak Eriq runsing lagi. Nurin ketuk pintu dulu. Bila Eriq izinkan, baru Nurin masuk. Dia letakkan kotak kaca itu di atas meja Eriq.

Sorry, Eriq! This is all I can do.”

Nurin tundukkan kepalanya. Takut Eriq marah. Dia hanya buat apa yang dia ingat. Selebihnya dia guna caranya sendiri. Dia tahu hasilnya tak sehebat hasil tangan Eriq.

Eriq pula bagai tak percaya melihat apa yang ada di depan matanya. Replika semalam yang hampir separuh runtuh hari ni dah sempurna. Malah siap seratus peratus.

“You buat semua ni, Nurin?” Eriq tak percaya. Nurin cuma angguk. Harap ini dapat menebus kesalahannya.

Wow.. it’s awesome, Nurin. Serious.” Eriq ketawa besar.

Puas hati dengan hasil kerja Nurin. Diteliti replika dari atas sampai bawah. Lapan puluh peratus sama macam hasil kerjanya.

But I couldn’t do as good as you. Saya tak ingat.”

No, Nurin. This is the best. The combination of 80-20 is the best. I like it, Nurin.”

“80-20?” Nurin tak faham.

Yup.. 80% is from me and 20% is from you. Better than my idea. Seriously, Nurin. You terbaiklah.” Eriq tak dapat sangkal lagi.

Walaupun Nurin masih baru, tapi melihat Nurin mampu menyiapkan semua ni dalam masa satu malam, apa lagi yang mampu dikatakan selain hebat? Semangat Nurin lain daripada yang lain. Dia suka. Tengok sajalah hasil replika ini. Walaupun cuma 20%, tapi dia puas hati. Padan dengan Nurin yang masih baru. Kalau bakat Nurin diasah dengan peluang dan pengalaman, Eriq yakin Nurin akan jadi lebih hebat.

“I like youlah, Nurin. I tak sabar nak tunjuk kat bos. I rasa bos pun mesti suka. I rasa I nak ubah plan asal. I akan masukkan idea you. You kena setuju, Nurin.”

Nurin tak percaya macam ni reaksi Eriq. Sangkanya Eriq akan sumpah-seranah dia sebab dah rosakkan idea asal. Serius dia tak terfikir langsung pasal kombinasi ni.

Nurin akhirnya cuma senyum. Lega melihat Eriq yang dah ceria wajahnya. Berbaloi jugak dia korbankan masa tidurnya.

    --------------

I did it, Encik Harraz. As promised, you must accept that the culprit was not me.” Itu yang dikatakan Nurin ketika dia masuk ke dalam bilik Harraz.

Mata merahnya berlaga dengan mata merah Harraz. Merah ni bukan sebab marah ke apa, tapi sebab tak cukup tidur. Baru perasan muka Harraz yang nampak agat penat itu. Lupa pulak yang lelaki itu pun lebih kurang macam dia.

“Kau masuk sini semata-mata nak cakap benda tu ke?” soal Harraz balik. Kalau Nurin tak cakap pun, dia masih ingat. Dari malam tadi lagi, dia dah terima kenyataan tu lepas tengok Nurin yang tak mengalah. Untuk yang ni, dia kagum.

Malah, ketika Eriq membentangkan kerjanya tadi, sempat dia puji Nurin. Nurin berbakatlah. I can see her in next five years la. Macam-macam lagi la.

 “A’aa.. saya nak cakap yang saya tak bersalah. Itu je.” Nurin sengih. Tak tahu kenapa, dia gembira sangat. Rasa macam nak sengih sampai malam pun ada.

Lega sangat-sangat sebab dia berjaya kotakan kata-katanya. Bangga jugak sebab berjaya diamkan Harraz. Tu la.. cabar aku lagi!

Astaghfirullah, Nurin! Jangan riak! Nurin beristighfar cepat-cepat. Ni la manusia. Berjaya sikit dah kembang semangkuk. Tak ingat agaknya siapa di sebalik kejayaan tu. Nurin cepat-cepat sedar.

“Okeylah, encik Harraz. Saya keluar dulu. Terima kasih sebab hantar saya pagi tadi. Maaf sebab dah susahkan Encik Harraz,” ucap Nurin. Dia lupa nak ucap pagi tadi. Sebab mengantuk punya pasal, lepas buka pintu kereta terus dia cari pintu rumah.

Nurin senyum manis dulu dan terus keluar daripada bilik Harraz. Harraplah Harraz tak seru dia lagi lepas ni. Yes, malam ni boleh tidur dengan nyenyak. Lepas isyak, terus nak tidur.

Harraz hanya melihat Nurin yang meninggalkan biliknya. Wajah Nurin walaupun penat tapi nampak ceria. Hmm.. gembiranya dia!

Sunday, 1 June 2014

Tundukkan Playboy Itu (BAB 9)

BAB 9

“Nurin, you dah buat apa yang I suruh, kan?” soal Eriq. Sejak Nurin ditugaskan untuk membantunya, boleh dikatakan hampir separuh tugasnya diserahkan kepada Nurin.

Nurin pula sangat cekap. Dia suka berkerja dengan Nurin. Walaupun baru seminggu mereka bekerjasama, tapi semua yang diarahkan Nurin berjalan seperti yang diinginkannya.

Nurin pula langsung tak mengeluh bila diberi banyak tugas. Sebab dia tahu Eriq sendiri punya banyak tugas besar yang dipikulnya. Bukan saja Eriq, kalau orang lain minta tolong daripadanya, dia pasti akan tolong juga.

“Dah. Saya dah siapkan macam yang Eriq suruh. Semuanya saya simpan dalam CD,” jawab Nurin. Pertama kali melukis menggunakan 3D, agak susah juga. Nasib baik dia berjaya atas bantuan Eriq yang lebih senior.

Eriq senyum puas hati. Senang betul kerja dengan Nurin. Selalu patuh. Diajar sekali pun dia dah boleh ingat.

“I suka la kerja dengan you ni. Cekap,” puji Eriq.

Nurin yang kena tegur cuma senyum nipis. Tak payah nak kembang hati sangatlah sebab kena puji. Ni baru sikit. Masih banyak yang dia kena belajar.

“Wow.. Eriq puji orang. Susah ni nak dengar benda-benda macam ni dari mulut Mr. Eriq.” Eddie yang turut berada di situ turut menyampuk.

“Betul-betul. Selain Encik Yaziz, Eriqlah orang kedua yang susah nak puji hasil kerja orang lain. Sebab tu la bila Encik Yaziz bersara, post Encik Yaziz dah tahu dah jatuh kat tangan siapa. Ya tak, Eriq?” sokong Liza pula.

“Shh.. jangan cakap kuat-kuat. Dengar dek orang tua tu, merajuk pulak dia nanti. Nanti dia ingat kita semua nak halau dia cepat-cepat,” giat Eriq sambil menunjukkan ke arah bilik Encik Yaziz yang cuma beberapa meter dari bilik mereka berkumpul.

Nurin senyum. Kelakar dengan karenah mereka semua. Rasanya hati dah mula sukakan tempat ni. Karenah mereka semua ni kadang-kadang mencuit hati. Meskipun ada yang jenis cakap lepas, sekurang-kurangnya tak hipokrit.

“Agaknya ni la bezanya assistant yang berjawatan architect dengan assistant yang berjawatan assistant architect. Tengok macam Elfira? Dah la pemalas. Semua kerja kena I yang buat. Tak guna punya assistant,” kata Ash. Ash salah seorang yang suka bercakap lepas.

“Eleh.. baru-baru ni, memanglah rajin. Tunggulah sebulan dua lagi. Dua kali lima dengan I je nanti,” cebik Elfira. Panas hati juga dengar komen ketuanya.

“You genius, Nurin. I rasa, you ada potensi untuk jadi seorang yang hebat,” puji Eriq lagi.

“Bosanlah layan you all ni. Baik I sambung kerja.” Elfira menyampah bila dengar Eriq yang beria-ia memuji Nurin. Tak pernah dilihat Eriq tu mesra dengan orang secepat itu. Benci betul Elfira rasa.

“Eleh.. buat-buat rajin la tu!” Sempat Ash sindir Elfira.

Semua turut beransur ke tempat masing-masing. Cuma tinggal Ash yang masih pegun di tempat Nurin. Haa.. mamat ni motifnya apa pulak ni? Nurin tunggu Ash mulakan bicara.

“Nurin, you gaduh dengan Elfira ke?” soal Ash sebaik sahaja Elfira hilang dari mata mereka.

Nurin agak terkejut mendengarnya. Tapi masih sempat dikawal reaksi mukanya supaya tak keterlaluan.

“Gaduh? Eh, kenapa nak gaduh pulak?” Nurin buat-buat tak faham.

“Yalah.. I tengok macam you berdua ni tengah gaduh. You kenal dia sebelum ni ke?” korek Ash lagi.

Sekali lagi Nurin terkejut. Mata Ash ni memang hebatlah. Bukan mata je, teorinya pun hebat sama. Kena pulak dia tembak kali ni. Tapi, memang tak la Nurin nak mengaku. Bukan ke dia dah janji dengan Elfira dulu?

“Mana ada. Dia tak suka saya kut. Sayakan masih baru lagi,” goreng Nurin lagi. Asyik menggoreng je dari tadi. Masuk Master Chef, dah boleh menang agaknya!

“Ke you cuba nak dekat dengan bos kita?”

Hah? Nurin terlopong. Jangan cakap la bos kita tu sama maksudnya dengan Harraz. Hii… Harraz lagi. Harraz lagi! Cuba nak dekat? Tak pernah termasuk dalam angan-angan dialah.

“Bos kita tu, Encik Yaziz ke?” Nurin buat-buat dungu.

“Hish.. you ni! Orang tu tu buat apa. Tengok perut buncit dia pun takde selera. Encik Harraz la.” Seronok betul si Ash kutuk Encik Yaziz. Dia ketawa. Nurin pun sengih sama. Kelakar dengan kata-kata Ash.

“Yalah.. you bukan tak tahu yang Elfira ni suka bos kita. Siapa-siapa yang cuba nak dekat dengan bos kita, memang dia lancar perang saudara. Bukan senang nak jadi macam sekarang.” Kali ni Ash seakan-akan berbisik. Sempat mata scan kiri kanan nak pastikan line clear. Dengar dek Elfira, dengan parang agaknya dikejar si Ash ni!

“You tahu tak, dulu Elfira macam you la. Bertudung macam ni. Sebulan je, I tengok dia dah bukak semua. Sebab bos layan dia teruk. Macam you rasa sekarang ni. Lepas dia bukak semua, baru bos layan dia baik-baik. I dengar, dia pernah tidur sekali dengan bos.” Ash bercerita lagi.

“Oo..” Nurin tak tahu nak beri reaksi apa. Sebab dia pun pernah dengar daripada Elfira pasal benda ni. Tapi kenapa masih terkejut? Nurin rasa kesal dalam hati.

“You nanti, kalau bos suruh pergi rumah dia, memang habislah.”

“Kenapa pulak?” Nurin tak faham. Tapi tetap layan cerita Ash.

Because no one went out virgin from his house.”

Aloha.. kenapalah si Ash ni cakap benda-benda ni kat aku? Memanglah aku ni geng kamcing kacip Fatimah la kan dengan Harraz sampai-sampai nak diajak ke rumah bagai? Dia ni memang. Nak bergosip, mesti cari Nurin sebab Nurin jenis yang melayan dan pandai menyimpan rahsia. Takpelah.. Nurin layankan aje si Ash ni!

“You Nurin bila nak bukak tudung macam Elfira? Mesti bos sayang you lebih nanti,” selamba Ash bertanya.

Geram jugak Nurin. Nasib baiklah si Ash ni bukan Islam. Kalau orang Islam yang tanya dia macam tu, memang dah bagi dah tumit kasut cecah kerongkong.

Dia ingat semua orang macam Elfira ke? Pedulilah sekali pun Harraz nak benci dia seumur hidup ke, boikot sepanjang tahun ke, yang pasti dia takkan buka auratnya. Dia bukan Elfira!

“Petang ni saya buka la,” jawab Nurin selamba.

“Hah? Serius you?” Ash tak percaya. Nurin bakal mengikut jejak langkah Elfira?

“Yalah.. lepas saya balik rumah, saya bukalah. Apa? You ingat orang macam saya ni bertudung 24 jam ke?” bidas Nurin. Selamba tapi padat.

Ash sedar yang Nurin kenakannya. Pandai Nurin cari modal kenakannya. Ash ketawa.

“Hoi.. sambung kerja la. Ajak orang bergosip je. Nurin, you jangan layan sangat budak ni. Kalau tak, semua kerja tak menjadi.” Eriq yang muncul entah dari mana menghalau Ash.

Tersengih-sengih Ash kena tegur sebegitu. Dia bangun dari duduknya.

“Seronok cerita dengan you, Nurin.”

Sorang cakap seronok kerja dengan aku dan sorang lagi cakap seronok bercerita dengan aku? Hai.. memang manusia pelbagai guna rasanya dia kat sini.

   -------------

“Apa ni!” Harraz hentak tapak tangan kanannya ke meja. Kuat bunyi terhasil sampai-sampai terangkat bahu Nurin yang berduri semeter di depan mejanya.

Harraz mendengus marah. Tapak tangannya sakit. Tapi hati lagi sakit. Mukanya sekarang ni rasanya sama warna kalau letakkan cili merah kat pipi Harraz.

Nurin tunduk. Gerun juga melihat wajah Harraz. Gila garang! Tapi sedar semua ni salahnya. Tapi, dia tak salah. Hakikatnya dia tak tahu apa yang jadi. Tengok-tengok semua dijatuhkan ke atas bahunya.

“Kau memang sengajakan? Sebab kau tahu benda ni penting, kau sengaja hancurkannya, kan? Kau sengaja nak balas dendam kat aku, kan?” tuduh Harraz.

Nurin dijeling bagai mahu dicincangnya hidup-hidup. Tak pernah dia rasa marah macam ni dengan para pekerja. Tapi Nurin yang baru sebulan dah berjaya buat Harraz melebihi takat didih.

Nurin turut bengang bila dituduh begitu. Dia tak bersalah dalam hal ni! Dia turut teraniaya. Harraz sangat melampau kalau tuduh dia macam tu. Ingat dia ni bodoh sangat ke tak dapat bezakan kerja dengan hal peribadi?

Kalaulah dia nak balas dendam macam yang Harraz cakap, tak payah tunggu hari ni. Dah lama dah dia boleh buat macam-macam. Sebab dah macam-macam dokumen penting Harraz pernah dipegangnya.

“Encik, bukan salah saya. Saya tak sentuh pun replika tu!” Garang tak garang, takut tak takut, Nurin membela diri. Dari kecil lagi dia diajar berani kerana benar. Dan sekarang dia berani kerana dia di pihak benar.

“Oo.. kau nak cakap replika tu runtuh sendiri la? Kena gempa bumi, macam tu?” sinis Harraz. Huh.. kalau dah salah, bukan nak mengaku! Dasar perempuan!

“Kalau saya yang buat, tak perlu encik suruh, saya sendiri akan angkat tangan mengaku. Ingat saya ni apa? Pengecut je tak berani mengaku buat salah!” balas Nurin berani.

Harraz jeling tajam. Dan Nurin turut sama tak mengalah untuk melawan mata Harraz. Dia tak bersalah! Dia kena yakin dan berani!

“Habis tu, kerja siapa? Takkan Eriq pulak? Takkan la dia bodoh sangat nak rosakkan hasil kerja dia? Siapa lagi yang aku nampak bersalah kalau bukan kau? Sebab dalam hal ni, cuma kau dan Eriq je yang pernah sentuh replika tu!” soal Harraz lagi.

“Ya, memang kami. Tapi, tak bermaksud saya bersalah. Yang pasti, saya tak buat!” tegas Nurin.

Harraz terdiam. Sedikit kendur tali kemarahannya. Nurin nampak yakin. Tapi, kalau bukan Nurin, siapa? Ahh.. orang kalau buat salah, memang akan lakukan apa pun asalkan tak nampak bersalah. Entah-entah Nurin pun sama. Hati Harraz menghasut.

“Buktikan yang kau tak bersalah. Kalau kau mampu siapkan replika tu dalam masa satu hari, maknanya kau tak bersalah.”

Bulat mata Nurin yang dengar. Satu hari? Gila kau! Eriq ambil masa hampir seminggu untuk siapkan separuh replika itu, tapi dia nak aku siapkan dalam masa satu hari?

“Kenapa? Kau tak bolehkan? Then, just take the blame. Because if not you, whom to blame?” Senang Harraz berkata.

Nurin tarik nafas dalam-dalam. Itu tak adil namanya. Okey.. dia akan buktikan yang dia tak bersalah. Dia Nurin Areesa. Dia takkan izinkan semua tu berlaku.

“Okey.. saya akan siapkan dalam satu malam. And then, you must accept that the culprit was not me. Saya akan buat, sebab saya tak salah! ” Berkobar-kobar semangat Nurin. Menyahut cabaran Harraz.

Dia akan buktikan Harraz salah. Mustahil tak mustahil, dia akan cuba sehabis mungkin. Dia akan pastikan besok, replika tu akan berada di atas meja kerja Harraz.

“Saya minta maaf atas apa yang jadi. Kalau saya tak dapat siapkan replika tu, saya terima semua apa yang encik cakap tu. Saya keluar dulu, encik.”

Harraz pandang Nurin yang berlalu keluar. Semangat Nurin buatkan dia kagum sekejap. Okey.. kita tengok! Mustahil Nurin dapat siapkan dalam masa satu malam. Harraz yakin Nurin takkan mampu.

   ------------

Keluar daripada bilik Harraz, Nurin mengeluh. Hai, Nurin! Belum apa-apa lagi dah mengeluh? Tadi berkobar-kobar semangat. Hangat-hangat tahi anjing ke apa? Huh.. kau tak boleh mengalah, Nurin! Kau kena buktikan pada Harraz. Jangan bagi Harraz perlekehkan kau! Semangat Nurin naik balik.

Nurin berlalu ke tempat kerjanya. Ada satu kotak kaca sederhana besar di atas mejanya. Itu adalah replika bangunan yang dicipta sendiri oleh Eriq. Eriq menyuruhnya untuk menjaganya sekejap. Cuma sekejap, tapi dah cukup untuk menghancurkan separuh replika itu.

Mesti Eriq sedih. Dia kena minta maaf dengan Eriq. Beria-ia Eriq memujinya tadi. Sekarang ni rasanya tak mustahil dia kena caci-maki. Ah, pedulilah! Dia turut bersalah dalam hal ni. Dia kena berani bersemuka dengan Eriq.

Nurin menatang kotak kaca itu ke tempat Eriq. Eriq duduk di tempatnya. Nampak sedang khusuk merenung draft bangunan di atas kertas A4 putih itu. Tapi hakikatnya Nurin tahu yang Eriq tengah sedih. Apatah lagi lepas kena marah dengan Harraz.

Eriq, I’m sorry.”

Eriq mengeluh bila nampak Nurin. Tak tahu nak marah ke nak apa. Dia turut marah dengan apa yang jadi. Tapi, dia turut rasa Nurin tak bersalah.

Explain, Nurin. How could this happen?” Eriq ingin mendengar penjelasan daripada Nurin. Dia takkan menuduh selagi tak dengar daripada mulut Nurin.

“Saya tak tahu, Eriq. Saya tak sentuh pun replika ni. Saya rasa replika ni masih okey sebelum lunch hour tadi.” Nurin turut buntu.

“Benda ni atas meja you, Nurin. Anything happened, you are to be blamed. Bukan I nak menuduh you, tapi kalau jadi apa-apa kat benda ni, itu tanggungjawab you,” kata Eriq lembut.

Nurin tunduk. Faham. Eriq betul.

“Kalau bukan you, siapa Nurin?” soal Eriq lagi.

Nurin ingat balik. Dia pun tak berani nak tuduh siapa-siapa. Sebab tadi ramai yang berminat dengan replika itu. Ash ada datang. Eddie pun ada intai benda tu. Tapi, masa tu dia ada bersama.

Lunch hour. Dia keluar makan dengan Eves. Lepas makan, dia naik kejap ke tempatnya sebab dia tertinggal barang sebelum turun balik untuk solat Zohor. Dia tak nampak orang lain kat situ melainkan Elfira. Dan lepas solat itulah dia nampak replika itu runtuh separuh.

Elfira! Eh… takkanlah dia kut! Nurin tak berani nak menuduh.

I have no idea,” jawab Nurin. Tersalah teka, takut jadi fitnah pula nanti. Biarlah dia yang tanggung dulu.

I’m sorry again. Saya akan bertanggungjawab dengan apa yang jadi hari ni.”

   ----------

Seorang demi seorang tinggalkan pejabat. Pejabat makin sepi. Takut juga Nurin tapi dia kena berani. Dia nekad untuk siapkan replika itu malam ini juga. Kalau perlu, dia takkan tidur asalkan kerjanya semua beres.

Hari makin gelap. Dan kini dia bersendirian di pejabat. Lampu memang sengaja dibiarkan terbuka sebab dia agak takut. Sempat diangkut telekong untuk solat dari surau tingkat sepuluh ke meja kerjanya sebab dia tak berani untuk turun.

Tak pernah dibuat kerja gila macam ni. Bersendirian di tempat yang besar dan sunyi ni. Macam-macam terlintas dalam kepala Nurin. Masa ni la terbayang macam-macam cerita hantu yang pernah ditontonnya. Haish… kenapalah semua nak datang masa ni? Padahal dia tak pernah takut bila tengok cerita hantu.

Nurin pandang jam. Sembilan malam. Bulu roma tiba-tiba menegang. Rasa macam dirinya diperhatikan. Cepat-cepat Nurin beristighar. Perasaan kau, Nurin. Perasaan kau je semua tu. Jangan takut, kau ada al-Quran dengan kau! Nasib baiklah dia memang letak satu al-Quran di mejanya. Pesan abahnya, selalu bawa al-Quran ke mana-mana sekali pun.

Nurin teruskan kerjanya. Dia ingat-ingat lupa rupa replika itu tadi. Yang mana dia ingat, dia cuba bina. Macam-macam alat di atas mejanya untuk menyenangkan kerjanya. Tapi, kalau kerja sorang macam ni la jadinya. Huh.. Nurin menggeliat. Dah hampir lima jam dia khusyuk membina replika itu, tapi tak sampai lima puluh peratus pun lagi.

Mampu ke nak siap ni? Nurin rasa macam berputus asa. Tapi, bila ingatkan kata-kata sinis dan cabaran Harraz, semangatnya naik balik. Kau boleh Nurin!

    -----------

Harraz merenung permandangan malam yang indah itu. Dari rumah tingginya itu, semuanya nampak kecil. Dengan lampu-lampu jalan dan bangunan-bangunan tinggi itu, sangat cantik pada matanya. Kepala didongak ke langit. Hujan renyai-renyai. Sesekali nampak cahaya putih.

“Sayang.. you buat apa kat luar? Kan sejuk ni?” Qaseh datang memeluk Harraz dari belakang.

Harraz cuma senyum. Malam ni rasa tiada mood untuk keluar berhibur. Dengan apa yang jadi di pejabat tadi, patah nafsu nak bersuka-ria. Sebab tu la dia ajak Qaseh ke rumahnya. Nak lari dari kepala memikirkan masalah pejabat yang berpunca daripada Nurin petang tadi.

Nurin. Ingatkan Nurin, Harraz jadi tertanya-tanya. Nurin buat apa sekarang ni? Kat pejabat lagi ke? Petang tadi, sangkanya dia orang terakhir pulang. Macam biasa. Tapi, dia nampak beg Nurin masih di tempatnya walaupun tuannya tiada.

Kalau ikut apa yang Nurin kata tadi, bunyinya macam nekad nak siapkan semua tu malam ni. Adakah tu bermaksud yang Nurin masih kat pejabat sekarang ni?

“Sayang, you fikirkan apa ni?” Pertanyaan Qaseh buatkan Nurin terbang entah ke mana.

Haish.. apa aku ni? Buat apa fikirkan budak tu? Gila betul! Lantak dialah nak buat kerja kat mana-mana pun. Tu bukan masalah aku.

“Apa dia? Sorry.. I tak dengar tadi,” akui Harraz. Dia turut berpaling menghadap Qaseh.

“Jomlah kita masuk. I dah sejuk ni. You taknak hangatkan I ke?” Qaseh menjeling manja. Dada Harraz diusap lembut.

Harraz senyum. Dah mula dah taktik Qaseh untuk menggodanya. Harraz membiarkan dirinya yang dipeluk Qaseh itu.

“Okey.. saya akan siapkan dalam satu malam. And then, you must accept that the culprit was not me. Saya akan buat, sebab saya tak salah.” Tiba-tiba terngiang-ngiang apa yang diucap Nurin. Jelas di matanya wajah Nurin yang tegas.

Kalau dia kat pejabat lagi macam mana? Entah kenapa hati Harraz agak runsing. Alah.. pandailah dia hidup.

Tapi, ni kan malam?

Ada lampu.

Tapi kat luar hujan.

So, apa kaitannya?

Hish.. tak boleh jadi ni! Harraz tolak tubuh Qaseh yang makin melekat dengannya. Terkejut Qaseh bila Harraz tolak dia.

Sorry, Qaseh. I have to go.”