Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Wednesday, 7 February 2018

Dheo's (BAB 6)


BAB 6

“Ti amo, Rose..”

Aku tersedar. Keadaan sekeliling dipandang. Gelap seperti selalu. Tepi katil diraba untuk mencari telefon pintar.

5:30 AM.

Lima setengah pagi? Sesuatu yang baru. Ini kali pertama aku tersedar bukan pukul tiga pagi. Petanda apakah ini? Adakah ini petanda bahawa daya ingatanku sudah mula ada perkembangan? Atau sekadar perubahan gara-gara gaya tidurku yang dah berubah sejak ayah meninggal dunia?

Aku mengeluh lemah. Selimut tebal diselak sebelum aku bangkit dari tidur. Dah bersedia untuk memulakan hari baru.

Mandi. Solat subuh. Kemudian mula bersiap untuk ke Hotel La Prince. Hari ni merupakan hari pertama aku mula berkerja di situ. Aku cuma mengenakan seluar slack hitam dan blouse berwarna biru. Tudung biru gelap dililit di kepala. Wajah dikenakan mekap yang nipis. Cuma bedak asas dan lip balm.

Usai menilik diri sendiri di depan cermin, aku tenung diri sendiri dalam-dalam. Cuba bagi motivasi diri awal-awal pagi. Tangan kanan di bawa ke dada. Diletak kemas betul-betul di bahagian jantung. Berdegup kencang. Mungkin sebab nervous.

Kaki belum pun keluar rumah, tapi jantung dah macam guna kuasa kuda. Relaks, Nurissa! Relaks! Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus perlahan.

Kau boleh, Nurissa! Kau boleh. Allah takkan bagi sesuatu di luar kemampuan manusia. Kau kena yakin kau mampu untuk buat semua ni. Ni cuma kerja. Walaupun kerja pertama.

Ya… ini merupakan kali pertama aku bekerja. Atau kerja pertama untuk hayatku selepas aku hilang ingatan. Ini kali pertama aku akan berdikari. Sebelum ini, aku anak manja. Segala-galanya disuap ayah. Semua pergerakanku dikawal ketat. Mungkin ayah risau sebab secara teknikalnya aku masih sakit. Sebab itulah aku dah terbiasa dengan hidup bergantung dengan ayah.

Tapi sekarang ayah dah tiada. Dah tentulah aku rasa sangat lain. Hidup berubah seratus lapan puluh darjah. Tapi aku kena reda. Dah ketentuan. Mengingatkan tentang arwah ayah, mata mula rasa berair.

Cepat-cepat aku tarik nafas panjang. Tahan benteng mata daripada pecah. Hidup mesti diteruskan. Aku yakin aku boleh! Lebar-lebar aku senyum depan cermin sebelum menyambar beg sandangku.

    ---------

Aku pegun di depan pintu rumah. Berkira-kira. Macam mana aku nak pergi ke Hotel La Prince? Lalu aku pandang ke arah garaj rumah. Keretaku. Atau patut aku cakap kereta milik Dheo Han juga?

Ikutkan hati, mahu sahaja aku naik kereta itu untuk ke sana. Tapi, aku masih punya maruah. Aku takkan menggunakan sesuatu yang bukan milikku tanpa pengetahuan tuannya. Agak sedih ketika aku memandang ke arah keretaku. Tapi apa boleh buat? Bukan hak aku lagi.

Aku geleng kepala beberapa kali. Tepis kesedihan tu jauh-jauh. Sesuatu bukan milikku lagi, usah aku tangisi lagi. Kereta itu cuma satu kemahuan, bukan keperluan. Aku yakin Allah pasti permudahkan urusanku hari ini.

Aku terus ke pintu pagar rumah. Kunci pintu pagar rumah rapat-rapat. Pastikan semua dalam keadaan selamat sebelum aku tinggalkan rumah itu. Rumah orang. Selalu dalam kepalaku yang rumah tu bukan rumahku lagi. Tapi kalau ada apa-apa berlaku, akulah yang bertanggungjawab. Lagi berat tanggungjawab itu sebab rumah itu amanah orang untukku.

Nak naik teksi atau Uber ya? Yang mana lebih selamat? Yang mana lebih murah? Aku pun tak tahu memandangkan aku tak pernah naik teksi atau Uber. Ini kali pertama aku cuba untuk menggunakan khidmat itu.

Sedang aku memikirkannya, tiba-tiba kedengaran hon kereta ditekan. Nasib baik tak melompat aku dibuatnya. Sempat tangan urut dada sebelum kepala ditolehkan ke arah si tukang hon itu. Ada satu kereta Range Rover hitam berkilat berhenti betul-betul di depanku. Berkerut dahiku memikirkan gerangan pemilik kereta mewah itu. Bila cermin gelap itu diturunkan, automatik bibirku tersenyum.

“See.. we meet again, signora.”

“Lucca!” Suaraku penuh keterujaan. Mata pun bulat bersinar.

Lucca keluar dari tempat duduknya. Dia berdiri di sebelahku. Pagi ini dia segak macam selalu.

“Are you that happy to see me, signora?” Lucca gelak macho.

Laju aku angguk. Serius aku gembira berjumpa dengannya. Entah kenapa, aku senang dengan Lucca.

“Saya pun gembira jumpa awak,” kata Lucca. Wajahnya jelas menunjukkan kejujuran kata-katanya itu.

“Tapi, apa awak buat kat sini?” Kali ini berkerut keningku bertanya.

Pelik. Jumpa dia di Hotel La Prince, aku tak pelik. Tapi, berhai-babai di depan pintu pagar rumahku, itu agak pelik.

“Well.. Doing my job, of course. I’m a driver.” Kata-katanya buatkan aku tersedar sesuatu. Mataku terus membulat.

“Jangan cakap Encik Han ada di dalam!” kataku sambil mata merenung ke arah kereta itu. Gara-gara cermin gelap, aku hanya nampak pantulan wajahku. Dada tiba-tiba berdebar.

“Don’t worry. Dheo takde di dalam.”

Aku hela nafas lega. Tapi.. entah kenapa, separuh hatiku rasa kecewa bila mendengarnya.

“Habis tu awak buat apa kat sini?” soalku lagi.

Lucca senyum dulu. Kemudian dia berlalu ke tempat duduk penumpang bahagian hadapan. Lebar-lebar dia buka pintu kereta.

“I’m your driver for today. Masuklah.” Lucca mempelawa.

Sekali lagi mataku membulat tak percaya. Aku pandang wajah Lucca yang tengah senyum manis itu.

“Eh, tak payahlah!” Aku menolak secara halus. Seganlah aku.

“Arahan big boss.”

“Tapi..”

“Please. Don’t make me lose my job today.” Dia buat muka kesian.

Aku teguk liur. Kalau dia dah cakap macam tu, aku tahu Dheo Han memang tak teragak-agak nak pecat Lucca mandatori. Hanya kerana Lucca tak menjalankan amanah yang diberi. Dan aku tak sanggup nak jadi penyebab Lucca hilang kerja.

Separuh hati, aku mengangguk. Tapi itu dah cukup untuk buat Lucca sengih selebar mungkin. Habis nampak susunan gigi putihnya.

“Come, principessa!” pelawa Lucca.

“I’m not a princess.” Lagi perkataan Itali yang aku faham tanpa sedar. Aku rasa, sebelum aku hilang ingatan, mungkin aku pernah tahu beberapa patah perkataan Itali. Tak pun pernah belajar bahasa Itali.

Makin lebar senyuman Lucca bila aku cakap macam tu. Lambat-lambat aku masuk ke dalaam perut kereta.

“Every beautiful lady deserves to be treated like a princess.” Dia kenyit mata sekali sebelum pintu kereta ditutup.

Amboi, ayat tak menahan! Mesti dah ramai perempuan tersungkur gara-gara ayat gulanya itu.

Lucca masuk ke tempat duduk bahagian pemandu. Enjin kereta dihidupkan sebelum kami memulakan perjalanan.

“Kalau awak ambil saya, Encik Han pergi kerja dengan siapa?” soalku.

“Semalam dia tak balik rumah. Dia stay di penthouse La Prince. Lepas tu dia arahkan saya untuk ambil awak,” jelas Lucca. Sekarang ni, aku musykil. Lucca ni pemandu Dheo Han atau aku?

Macam mana Lucca boleh tahu rumah aku? Oh, lupa! Rumah Dheo Han. Lucca bekerja dengan tuan rumah tu, jadi tak peliklah kalau dia tahu rumah tu.

“Kenapa awak kena ambil saya?” soalku lagi.

“Big boss cakap awak takde transport untuk ke hotel. Dia taknak awak lambat pada hari pertama awak kerja. Awak ada kereta, tapi dia tahu awak takkan guna kereta tu. Nak ambil grab car or uber, semuanya akan ada complication. Sebab tu la dia suruh saya ambil awak.”

“Macam mana dia boleh tahu?” Aku musykil. Seram sejuk pun ada. Sebab dia tahu apa yang aku fikir.

Lucca cuma angkat bahu.

“Because he’s Dheo Han. Everything is on his fingertips.” Mudah jawapan Lucca.

“Kesian awak, kan? Tak pasal-pasal tambah kerja, kena ambil saya.”

Lucca cuma gelak.

“Nope. It’s my pleasure. I love spending time with you, signora.” Kata-katanya ikhlas. Wajah bercahaya dia tu membuktikannya. Tanpa sedar, aku turut senyum. Aku pun suka luangkan masa dengannya.

“Kenapa?”

“I like you, signora.” Nak tercekik aku mendengar pengakuan selambanya itu. Baru tiga kali jumpa, dia dah cakap macam tu? Wow!

“Not in a pervert way. Never in a pervert way. Dheo will have my head first if I even touch your hair. I mean, I like you like a sister I never have,” sambungnya lagi.

Oo.. macam adik. Kira okeylah sebab aku pun rasa Lucca macam abang. Aku suka kawan dengan dia walaupun kami baru kenal. Aku rasa macam dah lama kenal dia.

“Kenapa Dheo nak buat macam tu?” Punyalah panjang ayat dia, hanya tu yang mampu menarik minatku.

 “Sebab awak perkerja dia,” jawab Lucca.

Kira baguslah Dheo Han tu. Jaga kebajikan para pekerjanya. Baik jugak. Muka ais ketul pun, hati baik. Entah kenapa hati rasa teruja untuk tatap wajah kacak Dheo Han hari ni.

   -------------

Perlahan-lahan langkah diatur untuk merentasi lobi besar itu. Rasa macam semua kepala menoleh ke arahku. Mungkin ada yang ingat muka aku. Yang semalam datang aci redah, tak pandang kiri kanan. Tapi hari ni, rasa malu la pulak.

Tapi, macam biasalah. Buat tak nampak. Aku terus mencari lif untuk ke pejabat Dheo Han. Itu yang dipesannya semalam. Pergi ke pejabat Dheo Han dulu untuk melapor diri. Biasalah tu. Hari pertama kerja. Mesti banyak amanat nak diturunkan bos kepada anak buahnya. Pantang larang kena ikut.

Kaki berhenti di hadapan sebuah lif. Kalau tak salah, ni lif semalam. Haa.. lagi senang! Kalau naik lif ni, bila dah sampai di atas, grenti ingat jalan nak ke bilik Dheo Han. Aku terus tekan butang lif. Automatik terus terbuka. Kaki terus melangkah masuk.

Dinding lif dipandang. Cuma ada dua butang. P dan G. P untuk apa? Pejabatlah kut. Lalu aku tekan P dan masukkan passwords yang Lucca bagitahu semalam. Cuma beberapa saat, kedengaran bunyi ting menandakan aku dah sampai di tingkat P. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, aku terus menapak keluar.

Bila aku muncul di balik lif, beberapa orang yang berada di situ ternganga melihatku. Tak kurang juga ada yang saling berpandangan. Macam tengah berkomunikasi pakai bahasa minda. Aku pandang tubuhku. Kenapa? Seluar terbalik ke? Atau kasut sebelah hijau, sebelah merah?

Tapi semuanya normal. Mungkin mereka cuma terkejut sebab nampak muka baru.  Mungkin hotel ni dah lama tak dapat staf baru. Aku tayang muka selamba sebelum kaki mengorak langkah ke arah pejabat Dheo Han.

“Hai, Cik Nurissa yang datang semalam, kan?” Seseorang menegurku.

Ada wanita anggun berambut pendek separas bahu sedang berdiri di depanku. Kemas dengan kemeja berwarna biru lembut dan pencil skirt separas lutut. Sedang senyum mesra ke arahku.

Aku turut membalas senyumannya. Kepala dianggukkan. Mengiakan. Maksudnya dia juga tahu aku datang serang bos dia semalam. Nasib baiklah hari ni dia alu-alukan aku.

“Nama akak, Tina. Boleh panggil Kak Tina. Akak memang penyambut tetamu aras ni. Encik Han ada bagitahu tentang kedatangan Nurissa hari ni.” Panjang lebar Kak Tina memperkenalkan diri. Tangan dihulurkan untuk berjabat. Aku menyambutnya dengan senyuman.

“Jom, Kak Tina bawakan jumpa Encik Han.”

Aku cuma mengangguk. Bila ada orang iring, rasa lega juga. Sekurang-kurangnya takdelah aku termangu sendirian. Nampak jugalah hala tuju kalau ada orang tunjukkan walaupun semalam aku dah datang.

“Kak Tina, kenapa semua orang tengok pelik kat saya? Saya ada buat salah apa-apa ke?” soalku perlahan. Takut juga kalau tanpa sengaja aku dah sebabkan orang tak sukakan aku. Kerja pun belum mula lagi. Aku taknak cari pasal.

Kak Tina senyum.

“Mungkin diorang pelik.”

“Pelik? Kenapa? Pakaian saya dah langgar etika ke?” soalku cepat. Sekali lagi tenung tubuh sendiri.

“Bukan. Pelik sebab Nurissa tertanya-tanya macam mana Nurissa boleh sampai ke tingkat ni.”

“Saya pakai lif?” Aku berkata keliru. Pelik ke kalau naik lif? Ke semua orang di sini panjat tangga untuk ke tingkat lima puluh lima ni?

“Tapi lif tu lif Encik Han. Exclusively his.”

Kali ini aku terlopong. Lif tu khas untuk Dheo Han je? Dan aku dengan selamba segala badak je pergi guna. Tapi aku tak tahu!

“Saya tak tahu, Kak Tina. Semalam pun Lucca yang suruh saya pakai lif tu. Saya tak tahu pun lif tu khas untuk Encik Han je.” Aku telan liur laju-laju sesudah berbicara.

Aku ni memang suka cari pasal, kan? Semalam tersalah masuk kawasan larangan. Hari ni, guna lif bos. Esok apa agaknya jenayah aku akan buat?

“Semua pelik sebab nak access lif tu kena ada passwords. Cuma Encik Han dan orang-orang kepercayaan dia je yang tahu. Mungkin sebab Nurissa bakal jadi personal housekeeper dia, jadi tak pelik kalau Nurissa tahu.”

“Personal housekeeper? Encik Han?” Sekali lagi aku telan liur. Entah kenapa rasa seram dengan kenyataan itu.

Kak Tina angguk.

“Kenapa saya?” Aku agak cuak. Punyalah ramai staf hotel kelas lima bintang dia ni, kenapa aku juga yang dipilihnya?

Pertama, ini kali pertama aku kerja. Kedua, aku dahlah tak tahu skop kerja macam mana. Ketiga, menghadap Dheo Han hari-hari? Gerun. Tapi pada masa yang sama, rasa teruja. Dan aku sebenarnya lagi gerun sebab aku rasa teruja.

No good, Nurissa! No good.

“Pilihan bos. Tiada siapa yang boleh sangkal kalau Encik Han dah keluarkan arahan.” Itu jawapan Kak Tina. Sempat dihadiahkan satu pandangan simpati kepadaku.

Buatkan aku rasa macam anak tekak dah hilang terus. Laju je liur masuk dan keluar. Apatah lagi ketika itu kaki kami berdiri di depan pintu masuk pejabat Dheo. Kak Tina melayangkan tangan untuk mengetuk pintu beberapa kali. Sebaik sahaja kedengaran suara Dheo mengizinkan masuk, Kak Tina tarik tombol sebelum dibukakan sedikit pintu untukku melangkah masuk.

“Good luck.” Sempat Kak Tina berkata perlahan.

Aku telan liur dulu. Nafas ditarik dalam-dalam. Baca bismillah sekali, barulah kaki kanan menapak masuk ke dalam bilik.

Seram sejuk.

Dua kepala menoleh ke arahku. Dheo dan perempuan cina semalam. Dheo tengah duduk dan perempuan itu tengah berdiri di sebelahnya. Sedang memegang beberapa buah fail. Dheo kembali menyambung tugasnya. Laju aku melihat tangannya menurunkan tandatangannya.

Aku pula hanya berdiri tanpa banyak bunyi. Rasa canggung dan berdebar. Hati banyakkan berzikir untuk menenangkan diri. Tepis segala hasutan syaitan yang sengaja nak menggundah-gulanakan hatiku.

“Dheo, tengah hari nanti you ada lunch business dengan wakil Topazz Corporation. Ingat tu.” Aku dengar perempuan itu berkata.

Dheo cuma mengangguk sekali. Matanya dihalakan ke arahku. Jantung makin bersenamrobik ketika menerima tujahan matanya.

“You.. come and sit here.”

Aku terus patuh. Langkah diatur untuk duduk di depan meja Dheo. Berhati-hati. Sebab kalau ikutkan lutut yang dah macam hilang skru, tak kena gaya memang sujud aku dibuatnya.

Diam. Hanya kedengaran bunyi mata pen tajam Dheo dilarikan di atas dokumen di depan mata. Kemudian, Dheo menutup fail terakhir yang ditandatanganinya. Perempuan di sebelahnya itu terus melakukan tugasnya. Ditundukkan sedikit tubuhnya untuk mengutip fail-fail itu.

Aku nampak perempuan itu pegun.

“You pakai minyak wangi lain ke hari ni? Wangi.” Hidungnya didekatkan ke arah leher Dheo. Sedut bau dalam-dalam.

Aku yang menjadi saksi menahan rasa. Kedua-dua tangan erat menggenggam tali beg yang berada di atas ribaku. Tahan nafas yang mula rasa tersekat-sekat. Entah kenapa, aku tak suka melihatnya! Rasa macam hati dicakar-cakar. Nak je aku tolak dia jauh-jauh daripada Dheo.

Astaghfirullahalazim! Aku istighfar dalam hati. Terkejut dengan pemikiranku sendiri. Apa kena dengan aku ni? Astaghfirullahalazim.

Aku tarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan diri. Tapi yang masuk hidung bukan setakat oksigen. Tapi sekali dengan bau minyak wangi Dheo. Perempuan itu betul. Minyak wangi hari ini tak sama dengan semalam. Minyak wangi hari ni macam pernah kukenal. Wanginya punya aura sendiri. Macam jenama..

“You pakai minyak wangi jenama apa?”

“Creed Aventus.”

Dua kepala tenung aku. Err.. suara aku ke tadi?

“You know?” Perempuan itu tanya aku.

Sah suara aku!

Err.. aku terkelu! Kelip-kelip mata pandang mereka. Memang aku tak tahu nak jawab apa. Kalau aku cakap aku tembak, dia percaya tak agaknya?

“Nancy, you may go. I got things to discuss with her.” Dheo menjadi penyelamat.

Pandangan Nancy teralih kepada Dheo. Dia patuh. Maka, macam semalam, tinggallah kami berdua.

Dheo tegakkan tubuhnya dulu. Aku pula tepat memandang ke arahnya. Maklumlah, bos! Nak cakap kena ada eye contact. Nanti cakap biadap pulak.

Tapi.. lama-lama tenung anak mata dia tu, makin cantik la pulak! Nak-nak lagi bulu mata dia lebat. Kenapa bulu mata dia lagi lebat daripada aku yang perempuan ni? Dahlah aku rasa dia hari ni lagi handsome dari semalam.

“Ehem.. done staring at me?”

Aku kembali ke alam nyata. Wajah Dheo dipandang. Sedang mengangkat kedua-dua keningnya ke arahku. Mungkin sedang menunggu aku menjawab soalannya itu.

Muka tiba-tiba rasa kembang. Malunya! Alamak.. terkantoi la pulak! Apa masalah aku ni? Sebelum ni jumpa lelaki, mana pernah aku macam ni! Aku berlagak biasa. Wajah ditundukkan sedikit.

Dheo berdehem lagi sekali. Back to the business.

“So, Rose!”

Automatik aku angkat wajah.

Rose!

Saturday, 3 February 2018

Dheo's (BAB 5)

BAB 5

“Syarat?” Aku mula tak sedap hati. Ragu-ragu aku pandang wajah kacaknya itu.

“Yup.. What can you do for me?” soalnya balik.

“Maksud awak?” Tak sedap hati berganda. Dup dap.. dup dap.. macam nak bermarahthon keluar je jantung sekarang ni.

Dia diam dulu. Cuma matanya renung aku dari atas sampai bawah. Bagaikan menilik tubuhku. Macam sedang menilai berapa bintang harus diberikan pada susuk tubuhku ini. Meremang segala bulu di tubuhku. Aku telan liur. Jangan cakap dia fikir apa yang aku fikir sekarang ni. Lelaki ni bukan boleh percaya sangat!

“Jangan harap saya nak..”

“Whoa.. relaks! Saya tahu apa dalam kepala awak sekarang ni. That thought is impressive. Unfortunately, I’m not interested in any woman.” Dia cantas kata-kataku. Mukanya jelas menunjukkan kebenaran kata-katanya itu. Muka bosan dan tak berminat langsung.

Meruap malu mukaku. Amboi, Nurissa! Ingat kau tu cantik sangat ke sampai fikir macam tu? Berderet-deret model taraf dunia yang meleleh liur tengah tunggu masa dia pilih untuk ajak makan. Ingat dia nak pandang kau sebelah mata ke? Aku termalu sendiri dengan pemikiranku itu.

“Habis tu?” Malu-malu pun aku lega. Sekurang-kurangnya orang tu dah tak payah pergi tempah appointment dengan pakar sakit tuan besok.

Tapi… bila ingat balik apa yang dia cakap, dia tak berminat dengan perempuan? Lelaki tak minat dengan perempuan? Dia ni gay ke? Aku mula bersangka buruk. Tapi cepat-cepat aku hapuskannya. Dia bukan bff aku jadi aku tak kenal dia. So, jangan fitnah dia ya, Nurissa! Melainkan dia cakap ‘I’m not interested with species like you. I like species who have beard with six pack’, haa.. yang tu memang sahih lagi betul dia nafsu berhaluan kiri.

Bibir Dheo naik sikit. Sinis.

“You know.. despite your innocence look, you have quite  dirty mind.”

Dengan itu, meluap-luap rasa marahku sekarang ni. Dah la dia cakap muka aku innocent, lepas tu aku otak kuning. Cis, ini dah melampau! Tapi macam biasa, aku sabarkan hati, kuatkan iman. Apa boleh buat kalau lelaki di depan dia ni insurans mulut dah habis semalam!

“I’m not innocent.” Suara sedikit marah. Muka pun masam. Aku dah selalu dengar orang kata wajahku suci bersih, bagaikan tak tahu apa-apa. Aku tak suka! Sebab kalau fikir macam tu, maksudnya orang senang nak ambil kesempatan denganku.

“Yeah, right! You’re not innocent.” Suara dia macam sengaja nak iyakan apa yang aku cakap sebab dia malas nak layan.

“Awak cakap pasal syarat apa?” Aku ubah topik. Berbalik kepada tujuan asal.

“I’m a businessman. No business of mine gives me no profit. So, kalau awak taknak saya robohkan kafe tu, apa yang awak boleh buat untuk saya? What can you offer me, Tesoro?” katanya lagi.

“I’m not your treasure.” Spontan aku membalas. Ada je nama-nama aneh dia nak panggil aku, kan?

Wajahnya sedikit terkejut.

“You know Italian?”

Aku tahu bahasa Itali? Aku sendiri terkejut. Kelip-kelip aku pandang dia. Bisu. Sebab aku memang tak punya jawapan untuk soalannya itu. Kalau ikutkan, itu kali pertama aku mendengar perkataan itu. Aku cuma tahu ti amo dan Mia bella.

“Awak nak saya lakukan apa untuk awak?” soalku balik.

“Work for me and I promise you no harms done on that café.”

“Kerja dengan awak?”

“Awak tahukan yang rumah yang awak tinggal sekarang ni adalah hak milik saya. You’re not staying on my property for free, are you?” soalnya lagi dengan penuh selamba.

Rasa terhina. Aku tahankan mulut dari menjawab. Sebab apa yang dia katakan itu sememangnya betul. Segala milik di rumahku itu adalah hak miliknya. Aku sekarang ni cuma menumpang tanpa aku sedar. Kira beruntung sebab dia belum tendang aku keluar.

“Bila saya dah jumpa rumah lain, saya akan pindah dari rumah tu. Jangan risau.” Aku kawal nada suaraku supaya tidak kedengaran biadap. Kata-kataku harus dijaga di depannya. Sebab dengan hanya dengan petik jari, dia mampu humban aku ke tepi jalan atau musnahkan I’s Café.

Aku hanya perlu bersabar. Untuk sekarang.

“Awak boleh tinggal di rumah tu. Saya tak kisah. Kalau tak, rumah tu tak berpenghuni.”

“No.. it’s okay! Itu rumah awak. Bila saya dah ada rumah baru, saya akan keluar. Saya bukannya charity box awak,” jawabku tegas. Tapi suara masih dapatku tahan daripada naik satu oktaf.

“So.. if you’re not staying, then I’m going to sell it to someone else.” Tenang suaranya ketika berkata.

Aku mengecilkan mataku ke arahnya. Dia ugut aku.

“Awak ugut saya?” Aku tahu dia ugut aku.

Dia jongket bahu.

“Saya cuma bercakap benda betul. Saya yakin mesti ramai nak rumah tu. Daripada dibiarkan rumah tu tak berpenghuni, ada baiknya saya jual. Told you before. I’m a businessman. Business means profits. Kalau saya jual, saya akan untung. So, why not? Kalau rumah tu tak berpenghuni, saya jual.”

Rasa macam anak tekak kena simpul mati. Ikutkan ego, nak je aku laung ke telinganya supaya juallah, aku tak kisah. Tapi.. fikiran aku membangkang. Kalau aku ikutkan egoku, aku akan hilang rumah itu. Tapi, menghadap Dheo Han ni, aku kena rendahkan segala egoku.

Aku mengeluh lemah.

“What do you want from me?” Serius aku tak faham. Dia cakap itu rumah dia, dan ya.. aku faham. Rumah dia, harta dia. Aku cuma bagaikan melukut di tepi gantang baginya.  Aku dah bersedia untuk melangkah keluar bila perlu. Sebab aku taknak dikatakan terus menumpang, jadi parasit kepadanya. Tapi, bila aku dah rela nak angkat kaki, dia ugut nak jual rumah itu.

Apa yang dia nak sebenarnya?

“Macam ni la. Siapa pemilik sebenar rumah tu, tak semua orang tahu. So, keep pretending it’s yours. Tinggal dalam rumah tu. Work for me, pay the rent.”

Aku diam. Nak taknak, aku memang akan terikat dengan dia, kan? Aku sekarang ni baru lepas lompat bintang masuk mulut naga ke? Dia bijak. Licik. Otak businessman dia serba tahu untuk mengikat kakiku daripada lari darinya.

“The deal is simple. Work for me and all of your properties will be safe, especially I’s Café.” Sabdu cukup-cukup masa dia cakap ‘I’s Café’. Dia memang tahu itu kelemahanku.

“Kenapa awak buat semua ni? Awak macam ikat saya. Saya takde pilihan melainkan bersetuju dengan awak.”

“Saya dah cakap tadi. Ayah awak ada hutang dengan saya dan hutang itu masih belum dibayar lagi. Your father is dead, so automatically the responsibility is put onto your shoulder. Awak anak dia.”

Ya Allah… hutang apa lagi ni? Tak habis-habis dengan hutang dia. Bila aku tanya hutang apa, dia taknak jawab pulak.

“So, deal or no deal? Come on.. saya bukannya suruh awak kahwin dengan saya atau jadi perempuan simpanan saya. Saya pun tak dera awak. I help you instead. Saya bagi awak kerja, saya bagi awak rumah. You should be grateful. All I ask you to do is to pay the debt.”

Aku pertimbangkan apa yang dia cakap. Dia betul. Sekurang-kurangnya dia tak aniaya aku. Buatnya dia halau aku keluar macam anjing kurap, macam mana? Buatnya dia mintak aku bayar cash hutang dia mana aku nak cekau duit?

“Saya akan kerja sebagai apa?” Aku ingin tahu. Buatnya dia suruh aku jadi penari kelab malam, pakai baju tutup yang mana wajib je memang kirim salam awal-awal la.

“Awak masih belajar. Maksudnya awak tiada apa-apa qualification yang melayakkan awak untuk dapat apa-apa jawatan di hotel ni. I’m going to treat my employees equally. So, I’m offering you to be a housekeeper.”

Lega! Sekurang-kurangnya dia tak suruh aku jadi penari tiang.

“Deal,” putusku.

“Deal?”

“Ya.. deal. Kenapa?”

“Awak okey walaupun hanya menjadi housekeeper?”

“Okey. It’s not a big deal. Awak betul. Saya takde apa-apa qualification dan housekeeper layak untuk saya sekarang ni. Awak ketua di sini dan awak kena layan semuanya sama rata. Saya faham,” jelasku. Serius aku okey dengan apa yang dia tawarkan. Sikit pun tak rasa terhina.

“Saya tak tahu apa hutang ayah saya pada awak, tapi saya akan cuba untuk langsaikannya. I’m your paw until you ask me out of the game. Housekeeping tu kerja yang halal. It suits me for now.”

“But, after I’m graduated, if there is any vacancy that fits with my qualification, I’m going to apply and I hope you will give me a chance to prove myself.” Panjang lebar hujahku.

“Feisty.” Itu komennya bersama senyum herot yang cuba ditahan. Dua kali aku nampak dia senyum hari ni walaupun bukan senyum versi pencair hati.

“Oppurtunist. Persistent. I’m impressed.”

Dia.. puji aku ke tu?

“Therefore, welcome to La Prince.” Bersama ucapan itu, aku tahu kakiku memang terikat kemas dengan Dheo Han.

What have I gotten myself into?

    ----------

Kaki dihayunkan tanpa arah. Sekarang ni, aku punya masalah. Masalah besar! Macam mana aku nak keluar dari tempat ni? Aku kat mana sekarang ni? Kiri pasu bunga besar, kanan replica harimau. Tiada langsung kelibat manusia. Rasa macam hidup di pulau tak berpenghuni.

Aku tolak satu pintu kaca. Masuk yang ni dah tiga pintu kaca aku tolak. Tapi jalan keluar tak muncul-muncul jugak. Hotel dah besar. Tulis la ‘Exit’ kat mana! Yang aku ni pulak, masa datang nak jumpa Dheo Han tadi, laju je jumpa.  Ni nak balik, kenapa macam kena sorok dengan bunian ni? Tak nampak jalan!

Aku hentikan langkah kaki. Kemudian sandarkan badan pada dinding di situ. Penat. Sekeliling kupandang lagi. Nak tahu aku sedang berada di mana sekarang ni. Pandanganku terhenti pada dinding bertentangan denganku. Beberapa lukisan besar tertampal megah pada dinding itu.

Lantas aku dongakkan kepala untuk memandang ke dinding yang aku sedang bersandar itu. Juga tertampal beberapa lukisan cantik. Di setiap kaki lukisan itu, aku perasan ada sesuatu yang sama.

J.H.

Hanya itu yang tertulis. Pasti itu pelukisnya. Siapa J.H? Pelukis terkenal ke? Tapi kenapa aku tak kenal? Tapi, melihat lukisan-lukisannya, aku memang kagum. Halus. Terperinci. Campuran ton warna yang sangat teliti. Kalau dia bukan pelukis terkenal, pasti lukisannya takkan tergantung pada dinding hotel kelas lima bintang, kan?

Tanpa sedar, kaki melangkah melalui sepanjang kawasan itu. Ingin melihat lukisan-lukisan cantik dan unik yang berada di situ. Satu demi satu diperhati, sumpah aku jatuh hati. Tangan rasa gatal nak usap setiap lukisan itu. Setiap gambar itu punya keistimewaannya tersendiri. Lukisannya tulus dari hati. Itu yang dapat aku putuskan.

Hinggalah tiba di satu gambar, kakiku terpaku. Aku bagaikan dipukau. Tak berkelip mata tenung lukisan itu. Di depan mataku sekarang ni, ada satu lukisan huluran tangan berlatar belakangkan Eiffel Tower. Macam apa yang aku pernah lukis dulu. Tapi, bukan itu yang membuatkan mataku meluas tak percaya.

Tangan! Tangan di dalam gambar itu adalah tangan lelaki. Ada seutas jam tangan jenama Vacheron Constantin yang berada di tangan lelaki itu. Itulah yang membezakan lukisanku dengan lukisan yang berada di depanku sekarang ni. Kalau aku lukis tangan yang menghulur dari kiri, tangan di dalam gambar itu pula menghulur dari kanan. Dan kalau aku letakkan lukisan kami sebelah menyebelah, akan terlihat seolah-olah mereka bagaikan mahu berpegangan tangan. Close-up Eiffel Tower di belakang itu juga akan menjadi lengkap jika lukisan kami digabungkan.

Jantungku tiba-tiba berdebar kencang. Kenapa aku rasa macam ni? Kebetulankah semua ini? Tak mungkinlah lukisan hebat ini ada kaitan denganku. Pelukisnya J.H? Siapa dia? Takkan aku kenal dia kut? Mustahillah!

“Hey.. why are you here? This is forbidden area.” Suara yang agak kuat itu buatkan aku kembali ke alam nyata.

Aku pandang ke arah punca suara. Nampak seorang lelaki sedang menuju ke arahku. Bila berada dekat denganku, wajahnya macam  pernah aku lihat.

“Lucca?” Lantas memori dia datang membeli kopi di I’s Café menjelma. Satu-satunya lelaki Itali yang pernah jejak kaki ke situ, macam mana aku boleh tak ingat.

“Signora?” Dia pun bagaikan terkejut. Mungkin tak sangka ada pertemuan kedua antara kami di tempat lain.

“What are you doing in here?” soalnya.

Apa yang aku sedang lakukan sekarang ini? Soalannya itu buatkan aku baru teringat balik punca sebenar kenapa aku boleh berada di sini. Aku memang macam ni. Letak la aku di tempat yang penuh lukisan, aku akan lupa dunia sekeliling. Kaki memang automatik akan dirasuk.

“I’m… lost. I came to see Mr. Dheo Han. And suddenly, I had no idea where my legs brought me to,” jelasku. Tayang sengih serba-salah kepadanya.

“Awak jumpa Dheo?” Wajahnya jelas terkejut.

“Awak boleh cakap melayu?” Tapi tak seterkejut wajahku bila dengar perkataan melayu keluar dari bibir Italinya itu.

“Ya.. saya boleh cakap melayu. Awak jumpa Dheo?” Lagi sekali dia ulang soalan itu.

Aku angguk. Kenapa dia nak terkejut sangat? Dheo Han tu susah nak jumpa manusia lain ke? Ke sebab bukan senang nak jumpa Dheo Han kalau bukan pasal business?  

“Ya.. saya ada hal nak selesaikan dengan dia. And tomorrow, I’m going to work here.”

“Dheo tawarkan awak untuk kerja apa?”

“Housekeeper.”

Kelip-kelip dia pandang aku. Tak percaya agaknya. Tapi aku cuma senyum. Kerja housekeeping bukannya hina. Apa yang nak dimalukan?

“Awak pula buat apa kat sini?” soalku pula.

“Saya pun kerja di sini.”

“As?”

“I’m Signor Han’s driver.”

Aku pulak yang kelip-kelip pandang dia. Tak percaya. Kalau sendi rahang tak kuat, mahu rahang bawah kena tarik graviti sampai cecah tanah.

Driver? Automatik mataku menilik dari atas sampai bawah. Dua kali. Mak aii.. driver zaman sekarang. Jangan main-main, kau! Kalah model Giorgio Armani.

“Kenapa? Pelik ke?” Suaranya kedengaran bagaikan sedang menahan lucu. Tiada rasa tersinggung langsung.

“Haah.. sebab awak segak, kacak,” jawabku jujur.

“Housekeeper boleh cantik,  takkanlah driver tak boleh kacak?” Dia membalas balik. Kedua-dua kening diangkat. Mencabar aku untuk berkata tidak.

Tersipu malu aku mendengarnya. Serius tak boleh nak balas balik. Bukan nak cakap aku cantik, tapi kata-katanya ada betulnya juga. Rupa tak menentukan karier seseorang. Sekurang-kurangnya kerja yang dilakukan itu ikhlas dan yang penting, halal.

Bila nampak mukaku berubah merah, Lucca lepaskan satu ketawa kecil. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Wajahnya gembira, nampak bersinar bagaikan tengah bahagia. Terhibur sangat agaknya dia melihat aku macam tu.

“Come, signora. We should get out of here.”

“Nurissa. Nama saya Nurissa Rose.” Aku perkenalkan diri. Baru perasan yang dia tak pernah tahu nama aku dan signora itulah yang selalu dipanggilnya aku.

Dengan lagak penuh gentleman, Lucca mempersilakan aku untuk berjalan dulu sebelum dia turut beriringan denganku. Sepi. Tapi mataku masih melilau pada kiri dan kanan, masih mengagumi lukisan-lukisan itu.

“Ini tempat apa?” soalku ingin tahu.

“Ini Galeri The Dheo’s. This place is exclusively his. Haram untuk sesiapa pun. Semua orang di sini tahu peraturan itu. Biasanya sesiapa yang melanggarnya akan dibuang kerja terus. Dheo memang seorang yang sangat tegas.”

Aku telan liur. Ngeri! Belum kerja lagi aku dah cari nahas.

“Alamak.. macam mana ni? Saya tak sengaja. Saya tak tahu pun pasal undang-undang tu. Kaki termasuk ke dalam bilik ni. Lepas tu saya memang suka tengok lukisan. Bila dah tengok tertengok lukisan, kaki memang terasuk nak terus tengok,” kataku.

“Awak jangan cakap kat dia yang saya dah terceroboh tempat ni ya?” Aku mintak belas ihsan Lucca. Tayang muka kesian, haraplah dia setuju.

Lucca ketawa.

“Don’t have to show that face, signora. You always know you would win,” katanya sambil geleng-geleng kepala. Lucu.

Aku turut tarik sengih.

“So, adakah itu maksudnya saya akan terselamat?”

“This is our secret. Selamat.” Dia buatkan gaya zipkan mulutnya. Buatkan aku pula yang tergelak.

“Technically, awak belum bekerja di sini jadi saya tak nampak alasan Dheo untuk buang awak. Betul tak?” hujahnya lagi. Aku angguk-angguk setuju.

“Encik Han suka lukisan ke?” korekku tiba-tiba. Entah kenapa rasa nak tahu.

“Yup. Dia memang sangat gilakan lukisan.”

“Saya nampak semua lukisan ni kebanyakannya dilukis oleh J.H. Siapa J.H.?”

Lucca jongket bahu.

“Pelukis?” jawabnya mudah.

Ketika itu, kaki kami hampir tiba di depan satu lif besar. Akhirnya.. jumpa juga jalan keluar. Terima kasih kepada Lucca yang tiba-tiba jadi tour guide tak bergaji aku.

“Use this lift. It will take you straight to the ground floor. The passwords is 101013#,” arahnya.

“Thank you, Lucca. Nasib baik awak ada. Awak dah jadi hero saya hari ni.” Aku berterima kasih.

Dia senyum manis.

“Saya harap kita akan jumpa lagi nanti,” ucapku ikhlas.

“Oh.. trust me, signora! You will see my face again. Every day.”